November 12, 2012

Happy 26th Birthday EJ



11.11.2012

HAPPY 26TH BIRTHDAY EJ!
^_____________^




Yea yea dah 26 tahun
yea yea dah tua
yea yea dah boleh jadi mama
yea yea dan nak kawen
;p


*ayat last tu mintak sepak


Alhamdulillah 11 NOVEMBER 2012 berjalan lancar
manis-manis sahaja
walaupun tunang adalah BERKERJA
tidak mengapa
bukan untuk siapa-siapa
untuk saya jugak kan




Thankyou kawan-kawan yang tak henti wish bufday kite kat facebook twitter dan sms
sangat-sangat menghargainya!
walaupun dengan hanya mentaip 'HB' kite tetap hargai
asalkan ikhlas itu ada
apa nak buat
itukan trending masa kini
hahahahahaha




Bufday tahun ni tunang tak masak candle light dinner macam last year
beliau letih mungkin
berkerja keras demi mencari sesuap nasik
ececececcece
cuma sebelah malam lepas balik kerja
beliau belikan saya 1 slice yogurt cheese by SR
dengan lilin 1
datang singgah rumah
mintak saya tiupkan lilin
how sweet!
saya suka
makaseh bakal suami!
^_________^




another 39 days to go 
bakal menjadi isteri sah kepada chenta hati
this is my last birthday as a single woman hokaaayyyyyy!
macam-macam rasa
rasa paling ketara adalah
rasa berat sangat nak tinggalkan zaman bujang trang tang tang




Semoga dipermudahkan segala urusan-urusan untuk menghalalkan cinta 2 jiwa
dan semoga selepas ini
dosa-dosa lepas sudi diampunkan Allah
serta diberkatiNya dalam meniti kehidupan ke depan nanti
amin.




*buat entry bufday ke entry kawen ni EJ??



ok melalut!



MOTHER,
Thankyou lahirkan adik dengan sihatnya ke dunia yang fana ni
Thankyou tak pernah jemu didik adik
Thankyou tak pernah bosan layan kerenah adik
Thankyou sebab selalu ada dengan adik untuk apa pon situasi
I LOVE YOU MOTHER
*fefeeling omputeh plak panggil mother bagai



FATHER,
I miss you dad!
Thankyou untuk segala-galanya



FIANC√ČE,
Thankyou for being there on my birthday 
every year never failed
and this is my 7th year birthday as your girlfriend!
auuuwwwwwww



GOD,
Thankyou sudi fullfill bufdaywish saya tahun lepas
untuk diberikan ruang
merapatkan jodoh kami
menuju cinta halalMu ya Rabbi



FRIENDS AND FAMILY,
Thankyou sebab ingat bufday saya
Thankyou sebab selalu dengan saya
Thankyou sebab selalu menceriakan saya
Thankyou sebab menjadi sebahagian dari saya




HAPPY BIRTHDAY DIRI SENDIRI!



November 04, 2012

Risau Yang Ntah Hape-Hape




Siapa kenal aku mesti tahu aku bakal menamatkan zaman bujang dalam masa tak sampai 60 hari lagi. Sekejap je weh masa bergerak. Aku terasa macam baru semalam aku ngan ajie decided nak kawen-pergi bagitau family memasing-bertunang-buat kerja kawen. Tup tup less than 2 months dah nak jadi laki dan bini, suami dan isteri. Haissshhh



Mampu ke aku jadi isteri yang baek? Yang taat? Yang tak kumpul dosa dan galas bebaik di bahu suami?


Mampu ke aku nak jaga anak sulung kesayangan mak abah ni?


Mampu ke aku untuk mengekalkan keserasian dalam hubungan. Ahhh zaman cinta, zaman tunang ni lain. Ramai cakap bila dah kawen ni, semua berubah. Baik buruk semua keluar. Seram pulak mendengarnya. Harap-harap tempoh perkenalan gelak ketawa kecewa bahagia terluka tersenyum bahagia serta air mata bertimba-timba selama hampir 7 tahun ni sudah cukup untuk mempersembahkan ajie yang sama sebelum atau selepas berkawen. Amin. Eh aku pon. Harap sangat aku akan kekal macam ni dan berubah menjadi lebih baik. 



Sejak-sejak tarikh keramat ni makin nak menjenguk diri. Aku jadi takot. Bukan takot nak dinikahkan. Tapi aku takot kalau-kalau aku tak pandai bawak diri. Takot-takot kalau aku terlupa yang aku ini sudah bertukar STATUS dari bujang ke sudah berkahwin. Nampak je aku macam gedik-gedik berkasih sayang dengan ajie tu, tapi hakikat sebenar aku takut sangat yang aku belum bersedia untuk bertukar status kehidupan. 



Aku banyak berfikir lately. Kadang-kadang perkara bukan-bukan dan tak patut pon kau amek tahu.


Sebagai contoh, sedangkan bakal pengantin lain busy memikirkan gaun pengantin mereka, doorgift, makeup bla bla bla sampai ada yang stress melampau. Aku cool pulak bab tu, dan kadang-kadang malas fikir sebab majlis aku pon ala kadar je nanti. TAPI yang aku risaukan lebih kepada takot kehilangan kawan-kawan bila aku bertukar status tak lama lagi.


Pelik tak??


Maybe sebab sikit-sikit aku dah nampak kesan tu. Ramai kawan-kawan aku dah mula menjauh sedikit demi sedikit dengan alasan paling aku menyampah. "Awak dah bertunang"



Why masalah ini timbul?


Sebab aku ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Itu masalahnya. Jadi aku risau sangat bila aku bertukar status nanti, mereka-mereka yang aku sayang ni akan mula menjauhkan diri. Aku sure sebak, sure sedih. Sebab dah terbiasa hidup ada mereka. 



Aku selalu mengadu kat Ajie yang aku sedih aku dah makin hilang kawan-kawan rapat sebab aku dah nak kawen. Kadang-kadang aku tak tahu aku patut ke tak patut mengadu dengan dia. Sebab mostly kawan yang aku rapat adalah kawan lelaki. 



Aku bersyukur sebab ajie bukan di kalangan lelaki cemburu. Aku memang tak boleh hidup dengan lelaki cemburu ni. Cemburu buta lagilah aku rasa nak tembak. Ajie memang takde symptom JELOUS. Kadang-kadang mai masa-masa mengada aku jadi bebai jugak sebab dia terlalu tidak cemburu. Kahkahkah. Cuma apa yang aku nampak, bila bf kau tak cemburu aku rasa lagi bagus dari cemburu buta tu sebab tahap hormat kawan-kawan lelaki aku pada dia auto timbul auto wujud dengan sendirinya tanpa perlu nak pesan nak ajar nak bla bla bla.



Weh, aku sayang nak tinggalkan zaman bujang aku sebab aku tahu kawan-kawan aku akan menjauh dengan aku. 


Nak marah sangat pon, mereka tak salah. Aku bakal menjadi isteri orang. Isteri orang ni banyak benda nak kena jaga. Masyarakat kita kalau isu melibatkan isteri orang ni, tersangatlah sensitif. Arrrggghhhhhhhh boleh ke aku biasakan diri nanti.



Bersediakah aku ni??




Macam pagi tadi. Lepak dengan seorang kawan baek lelaki. Borak dari pagi sampai masuk ke tengah hari. Pang pung pang kemain gembira. Nanti dah kawen?? Ada ke orang nak ajak aku kuar breakfast?? Ajak aku tengok bola? Ajak aku kuar makan semua?


Silap-silap borak kat whatsapp pon dah taknak.



Aku serabut bila fikir semua ni. Bila serabut, aku suka marah diri sendiri. Nak serabut benda yang nak tak nak kena jugak lalui frasa tu.



Mungkin jugak aku memang teramat takot dengan frasa menjauh dan menghilang. Mungkin.



Kelakar.


Setiap hari ayat ni pop-up dalam kepala hotak aku.


"Seorang isteri tak boleh memikirkar lelaki lain selain suaminya. Hukumnya haram"


Dan. Aku nanti akan jawab sendiri.


"Boleh ke aku buat"


T___________________T



Woi. Aku ni complicated ke??



ni belum masuk cerita kawan-kawan jenis lesbo jenis pengkid jenis gay jenis nyah lagi ni. aaahhhhhh serabut!



Mak oooo mak, anak bongsu mak dah besar. 
Okbai