February 04, 2014

Aaron Cakap Terima Kasih Daun Keladi


2 months 10 days


Paling tertinggi dan teragung
Allah ya Allah
terima kasih atas segala urusan kehamilan dan kelahiran yang dipermudahkanMu saban masa
Alhamdulillah
syukur


Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada suami tersayang
banyak sangat masa, tenaga dan duit ringgit dikorbankan untuk kami anak beranak
terima kasih jugak untuk doa dan kata-kata semangat
terima kasih untuk tenaga dan keringat
terima kasih untuk kasih sayang dan perhatian yang tak pernah putus dan terkurang


Buat ibonda dan mertua
Allah sahaja dapat membalas segala pengorbanan kalian menyambut kehadiran cucu kesayangan
tak tergambar rasa gembira dapat memberi hadiah dari syurga Allah ini untuk kalian bertiga
terima kasih mak, mak nab, abah
tak putus kirimkan doa
tak pernah jemu berkongsi pengalaman
tak pernah lokek dengan nasihat
dan terima kasih sebab sudi menjaga saya dan anak sepanjang tempoh kami berpantang
masakan yang sedap dan berkhasiat
tempat tidur yang selesa
anak yang dijaga sempurna
semuanya PERFECT, MANIS dan INDAH
sepanjang tempoh 44 hari di bawah jagaan kalian semua
terima kasih ya Allah untuk anugerahMu ini



kepada kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik iparku
terima kasih atas setiap keringat dan kiriman doa
terima kasih menjadi sebahagian daripada kegembiraan saya, suami dan anak
love you guys!



dan hari ni Ibu dan baba Aaron nak ucapkan jutaan terima kasih jugak kepada semua sanak saudara dan sahabat handai yang tak putus datang ziarah Aaron
dan bagi macam-macam hadiah
hanya Allah sahaja tahu betapa kami bersyukur dan menghargai setiap ingatan tulus ikhlas kalian semua



































Semoga kalian semua sentiasa dimurahkan rezeki
dan sentiasa di bawah rahmat Allah


Yang tak berkesempatan datang ziarah Aaron tak mengapa
kami tetap berterima kasih untuk setiap doa yang dikirimkan dari saya mengandung hinggalah ke hari ni
terima kasih sangat-sangat



Doakan anak saya membesar dengan sihat, sempurna dan bijaksana
menjadi anak yang soleh dan berjaya
ameen
terima kasih



Sayang Aaron sampai syurga Allah