June 28, 2010

Harapan



hari ini
telinga didengarkan dengan harapan lagi
harapan untuk luka disembuh seperti sebelum ini



hari ini juga
realiti masih bertanyakan kehadiran cinta itu
dari keluarga
dari si anak kecil yang dari seusia 4 hari sudah dipeluk cium kau
Ya
anak buah aku mencari 'Paksu'nya di majlis harijadinya yang ketiga tahun
kerana dia sudah bijak bercakap
sudah pandai bermain kata
bersoal tentang itu dan tentang ini


kerana tahun sebelumnya kamu ada
ada disini
kita sama-sama memeluk beliau
sungguh bahagia



aku sebak bila soalan comel penuh kepedihan ini muncul
"Maksu, paksu mane??"
aku sebak
cuba aku senyum tawar
cuba aku larikan mata dari memandang wajah ibu
takut kekuatan yang aku bina runtuh dengan titisan air mata pedih
kerana ibu sangat memahami aku
memahami kisah hati aku
memahami lakonan senyuman aku




hidup sebelum ulangtahun harijadi kamu yang ke 24 adalah sangat sempurna
walau pernah tercalar tercarik dek dugaan
ia masih aku rasakan sempurna
kenapa begini?
kenapa disini?
mengapa kita tidak terus di sana
di saat-saat kita bahagia



sebelum majlis berakhir
aku salam tangan ibu mohon restu kehidupan baru
ibu di situ sedang bersiap sedia menunaikan solat asar
bertelekung putih bersih
sesuci hatinya
salam aku disambut lembut
pipi aku dikucup penuh kasih sayang
dan bila kucupan sampai ke dahi
bibir ibu mula mengeluarkan kata-kata nasihat hikmatnya
'anak mak jaga diri. belajar melupakan kalau itu jalan terbaek. jangan dendam. mak tak ajar macam tu. Redhakan. itu dugaan Allah. ada ganjaran untuk orang yang sabar. Mak doakan yang terbaek untuk adik. '
badan aku dipelok erat



aku sebak!



Mak
kalaulah mak tahu hati anakmu ini terlalu DEGIL??
saya masih di sini ibu
tetap di sini



boleh ibu bantu saya??
tak salah menagih dari ibu sendiri
sebab anak kamu ini sudah tak berdaya sebenarnya






No comments: