Showing posts with label Tentang Perihal Penulis. Show all posts
Showing posts with label Tentang Perihal Penulis. Show all posts

December 31, 2015

Good Bye 2015



mengandung
beranak


dan 2015 di akhiri dengan status ANAK DUA
kahkahkah




Hello 2016
Hai hai 3 series
T____________________________________________T

January 02, 2015

Dua Kosong Satu Empat




2014
boleh aku simpulkan sebagai tahun penuh UJIAN ALLAH. terlalu banyak. tapi banyak jugak aku simpan tak terluah. siapa yang hidup bersama atau yang punya masa mendekati dan mengambil tahu, bagi pinjam bahu, bagi aku tumpang menangis pasti sangat paham apa yang aku lalui. Tapi macam biasa, ada perkara boleh diluah ada perkara perlu kau simpan kemas. itu namanya kehidupan.



"Adik banyak-banyak bersabar ye. Kakyang tengok tahun ni adik banyak sangat diduga Allah. Allah sayangkan adik tu. Ada habuan Allah sediakan untuk adik ke depan nanti. Banyak bersabar tau."


Kakak aku no 3 Whatsapp. Masa ni baru tersebar berita suami aku admitted hospital sebab pinggang tetiba meletup. rebah. tak boleh nk bergerak. berkejar aku ke hospital uruskan segala. Tersentuh hati. Buat aku terfikir dengan penuh teruja, "apa la Allah sediakan untuk aku ke depan sana"


Kahkahkahkahkah
habuan sesaja kau imaginekan kan kan. Iman tu taknak kau pikir. Maybe Allah nak kau lebih taat kepadaNya. Tambahkan lagi apa yang kosong mantapkan lagi apa yang kurang, gilap lagi apa yang dah lama ditinggalkan tanpa amalan. SubhanAllah.


Ujian Allah itu sentiasa datang bersebab. Yang penting aku kena YAKIN dan REDHA. Jangan putus asa harungi kehidupan. Dan sentiasa percaya, percaturan Allah itu sempurna. 


Nak aku simpulkan macam mana ye 2014 aku ni? Senang cerita, tahun ni tahun kondisi anak dan suami punya kesihatan agak merudum dan kurang memuaskan. Sekejap anak sakit. Sekejap si ayah sakit. Alhamdulillah, ibu aka isteri yang seorang ini masih gagah masih kuat uruskan segalanya. Kan dah cakap percaturan Allah tu sempurna. Kalau dah tiga-tiga lemau, dah nak jadi apa rumahtangga aku?



Jadinya aku hantarlah 2014 aku ni dengan sejuta keredhaan dengan segala Ujian. Dan selamat datang 2015 yang aku yakin dengan segenap pelusuk hati dan jiwa, pastinya tahun yang disusun Allah dengan sempurna untuk aku, suami dan anak. oh dan mungkin anak-anak. kahkahkah



SELAMAT TAHUN 2015



Mohon maaf segala khilaf




November 11, 2014

11 November 2014



Semoga segala angan-angan yang selalu buat aku berangan akan menjadi kenyataan dan sekaligus merealisasikan segala impian



HAPPY 28TH BIRTHDAY EIMA JER!



Semoga aku akan berubah dari segala perilaku buruk kepada yang lebih baik
Taat kepada Allah yang Esa
Isteri yang solehah
Anak yang baik
Ibu yang terbaik untuk anak dan bakal anak-anak
Adik yang terbaik buat semua kakak dan abang sekeluarga
Kakak yang sempurna di mata adik-adik
Kawan yang cemerlang buat semua sahabat handal



Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sampai bila-bila
Semoga arwah abah tenang bersama Allah di sana
Semoga menjadi anak yang lebih taat kepada ibu dan ibu bapa mertua
yang bisa membahagiakan sesiapa sahaja
semoga
semoga dan semoga



Amin.



Hello 11 NOVEMBER 2014

January 01, 2014

2013 Review




Tahun ni terlambat sehari nak buat review
dah masuk dah pon 2014
aiyaaakkkkkkk
maaf diucapkan kepada diri sendiri di atas kelewatan entry catitan wajib saban tahun
dek kerana jadual harian yang padat
sejak-sejak bergelar ibu muda ni
kihkohkihkoh



banyak benda lagi nak update ni so tak payah nak membebel jauh sangat ye penulis
teruskan!~



JANUARY 2013


macam biasa Januari setiap tahun sejal 2006 adalah tentang ulangtahun percintaan
gitooooooooo
2013 lebih kepada tahun menikmati cinta halal tapi ulangtahun percintaan masih kami ingati saban masa
CUMAnya bila dah ada ulangtahun perkahwinan ni 
makanya anniversary zaman bercinta ni sekadar diingati
dah tak sambut macam dulu-dulu lagi bukan main romantik meriah bagai


kami raikan ulangtahun percintaan pada 8 Januari 2013 hari tu dengan memasak sesuatu istimewa untuk suami
dan cukuplah ucapan di facebook sebagai catitan peringatan


mohon jangan muntah!!!
kahkahkahkahkah


FEBRUARY 2013

February memang bulan paling lawak bila aku dan suami ingat balik
why kelakar
sebab bulan ni aku adalah wanita paling stress
asik nak marah ja
nak mengamuk
nak bergaduh je dengan suami
sebab sebab sebab
AKU STILL TAK PREGNANT
boleh tak??




HAHAHAHHAA itulah nak sangat BUNTING PELAMIN
bila tak dimakbul Allah
mulalah nak meghoyan tak tentu hala
kesian suami
bila ingat-ingat balik aku ni memang gilaaaaaaaaaaaa!


sampai sekarang
suami still ejek aku
sebab aku gila nak mengandung


to newly brides
jangan tiru macam aku
gila nak mengandung cepat
T______________________T



MARCH 2013

Jeng jeng 
ini bulan paling BAHAGIA
rasanya mesti dah boleh agakkan kenapa?


apa lagi kalau bukan sebab bulan ni aku delay period
dan dan dan
disahkan oleh pregnancy test dan pemeriksaan doctor 
bahawasanya aku ini
PREGNANT
aummmmmmmm!~



bahagianya bahagianya
masa ni aku rasa aku sangat wanita
masa ni aku rasa doa aku semua didengar Allah
masa ni aku rasa aku isteri sempurna di mata suamiku
dapat memberi zuriat penyambung waris suamiku
dan dan dan cucu sulung untuk mertua aku



Ya Allah
sampai sekarang ni
moment tu antara moment paling indah dalam hidup aku
sentiasa segar dalam ingatan macam mana air muka suamiku
terlampau gembira bila aku tunjuk keputusan pregnancy test yang double line tu
dia menangis terharu
pelok cium aku
pelok cium mak aku
tak henti ucap terima kasih 
lepas tu eksaited call semua ahli keluarga mohon dikirimkan doa yang terbaik untuk aku



Bulan ni jugak bulan double gembira bila end of the month ipar biras pulak disahkan mengandung
beza kandungan kami hanya 2 minggu
betapa happynya laaa mertua aku
bakal menimang 2 orang cucu hujung tahun ni
^_________________^




APRIL 2013

April bulan kelahiran suami
apa lagi yang lebih istimewa
cuma tahun ni memang kami tak raikan apa-apa sebab kondisi aku yang tengah alah teruk 





MAY 2013 

May tahun ini bulan kejayaan buat ipar biras yang seorang sempena konvokesyen beliau
jom tempek gambar sket

kalau ditanya apa impian beliau semasa hari konvokesyen
beliau impian hari konvo beliau nanti
ditemani suami disisi dan anak di dalam rahim
naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah
berkat kesabaran dan kesungguhan
long distance marriage almost 1 year
finally doa beliau Allah  makbul



Allah itu maha mendengar



JUNE 2013

June hanya berkaitan dengan kisah kisah melayan tekak yang sedang membawa si comel di dalam rahimnya
makan dan makan laaa



JULY 2013

July pulak berkaitan birthday ibondaku dan ulangtahun pertunangan aku dan suami

 


bulan ini tahun pertama jugak sambut ramadhan bergelar isteri dan bakal ibu
ingat lagi sebulan baby dalam perut ni lansung taknak makan masakan luar
semua nakl dimasak sendiri
amboi anak



yeay
puasa tahun ini saya puasa penuh
^______________^



AUGUST 2013

Aidilfitri pertama bergelar isteri, bakal ibu dan menantu
aummmmmmmm
 moh layan gambar


dan dan dan
.
.
.
.


Tiada yang lebih gembira selain melihat sahabat terbaik saya mengakhiri zaman bujangnya
menyempurnakan cinta halal yang diimpikannya saban masa
alhamdulillah
^________________^



SEPTEMBER 2013

September menyaksikan penulis enjoy with her baby bump
hiks


penulis vs ipar biras

masa ni seronok sangat-sangat jadi wanita hamil
pergi mana semua orang sayang
tak kira apa bangsa pon
semua lapisan masyarakat sayang
hiks



September jugak bulan gembira buat adik ipar sayang
sempena majlis konvokesyen diploma beliau


Congrat kakak!



OCTOBER 2013

Bulan oktober dimulai dengan MINMIN si ratu cantik africa saya yang selamat melahirkan anak pada 8 october 2013
bukan sekor bukan 2 ekor tapi 6 ekor okay
dan kesemuanya comel belaka



takde benda lain ke nak buat highlight sepanjang tahun
kucing??


hello
MINMIN adalah makhluk Allah bukan manusia yang paling aku sayang selain ABIN dan late TUAH
sure la aku buat review pasai dia
sampai aku ada anak sekarang pon
sayang aku pada dia tak pernah berubah
sentiasa ada dan bertambah





oktober tahun ni jugak AIDILADHA pertama aku dan suami
dan dan kami di perantauan
sebab keluarga aku semua di KL




NOVEMBER 2013


I Love November!!
tahun ni lagi dan lagi sukaaaaaaaaaaaaaaaa November



why why why?


November tahun ni selain ulangtahun kelahiran yang ke 27
bulan ni jugak aku bertarung nyawa untuk hadiah syurga Allah
iaitu melahirkan buah hati pengarang jantung aku dan suami
-Aaron Muhammad Aariz Bin Abdul Khair-


macam mana bertarung nyawa tu
insyaallah aku akan buat 1 entry khas tentang semua tu
kenangan dan pengalaman yang aku rasa memangf wajib aku catit dalam ni
biar anak aku baca sket nanti
betapa susahnya aku nak lahirkan dia
hiks



so mak mak tau
usia anak baru 42 hari kau dah bebel macam mak mak
;p




ucapan dari suami
auuuuwwwww
mohon jangan muntah



baiklah
selain ulangtahun kelahiran
21 NOVEMBER 2013 merupakan hari kebesaran dalam hidup aku bila dengan izin Allah berjaya lahirkan anak sulung aku dan suami


masa entry ni aku tulis
usia anak aku dah masuk 42 days
dah pandai berinteraksi melalui mata dengan aku
dah kenai suara ibunya
dah banyak akainya



semua indah tentang anak
tak tahu nak gambarkan macam mana rasa syukur dan bahagia yang aku sedang alami sekarang
terima kasih ya Allah


3 hari lepas tu Allah tambahkan lagi kegembiraan aku dan keluarga mertua dengan kelahiran anak buah pertama suamiku
anak kepada Angah Mohsin 
ya Allah
indahnya percaturan Allah


dalam masa 3 hari mertua dapat sepasang cucu
indah sangat bila tengok muka bahagia mertua menyambut cucu-cucu kesayangan


 
November 2013 memang november paling PERFECT!




DECEMBER 2013

selain menikmati kebahagiaan bergelar ibu
december jugak bulan ulangtahun perkahwinan yang pertama
^_________________^





dan dan dan 21 December 2013 jugak tarikh di mana anak sulung kesayangan dah masuk 1 bulan
yeay!



indahnya jadi seorang isteri
sempurnanya perasaan bergelar ibu
semoga 2014 membawa lebih kebahagian
dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan kehidupan
ameen




HAPPY NEW YEAR 2014 TO EVERYONE



P/S: Membesarlah dengan sihat dan bijak Aaron anak ibu dan baba. Sayang kamu sampai syurga Allah





September 20, 2013

Berkenan Sungguh



Selain makanan
Ibu mengandung kebanyakannya akan ada perangai-perangai pelik dan tersendiri yang dibawanya sepanjang tempoh kehamilan
kan kan kan kan



Selain itu
mesti akan ada orang-orang yang si mak buyong berkenan sungguh-sungguh secara semulajadi sukanya
kan kan kan kan



ke aku je yang mengalami symptom tu?
T________________T





aku istiqamah gilakan 2 orang mahkluk Allah yang ditakdirkan menjadi perhatian mata aku
kahkahkahkah
ntah la tak tahu siapa yang berkenan
aku ke atau anak dalam kandungan
tapi kegilaan tu berpanjang dari mula-mula pregnant sampailah sekarang ni
aku pon pelik



siapa?



kalau baby tu aku rasa semua dah tahu kot
sebab selalu sangat aku tempek gambar baby idaman hati aku tu kat semua social network aku
twitter la facebook la tumblr la instagram suami la
sampaikan wallpaper kat pc opis ni pon gambar si baby idaman ibu dan anak
eh




TAPI ada seorang lagi yang tak masuk akal
kihkohkihkoh
kenapa aku kata tak masuk akal?
sebab seseorang itu adalah hamba Allah yang dah dewasa
seorang lelaki bukan muhrim aku
seorang lelaki yang tak aku kenali
[bercakap pon tak pernah]
tapi selalu nampak di sekitar tempat kerja sebab kami bekerja di sebelah-sebelah bangunan



sebenarnya dari sebelum kahwin lagi dia dok ada je depan mata
selalu je terserempak
reaksi aku biasa-biasa je
TAPI sejak pregnant ni
terus kemain berkenan ke mamat ni
sampai tahap kalau terserempak dia tu
baby pon menendang-nendanglah bagi isyarat suka
lepas tu muka ni mulalah nak senyum galak
haishhhhhh


suami dah tak boleh kata apa dah
hahahahahah
dia pon masak sangat dah
opismate lagilah malas nak layan dah
kihkohkihkoh
galakkan
tapi ni natural attitude tau
bukan sesaja
anak kot suka sangat
sebab ayahnya memang suka tengok LELAKI KACAK



okay okay
beliau memang kacak
T_________________T



*harap maaf tiada gambar*
sebab menurut sumber beliau adalah suami orang



Hmmm kalau anak keluar-keluar muka dia
perggghhhhhhhh
kahkahkahkahkah
iyelah tak cari pon anak dalam perut ni tolong zoom kan untuk ibu dia
mesti nampak je walau takde pon rasa nak cari
kadang-kadang duduk tak duduk laaa pergi teringat ke dia
padahal lansung takde kaitan
saje je nak bagi dosa kering ke aku
selalu mintak maaf kat suami
sebab semua ni adalah diluar kawalan



Kita tak boleh tampal gambar lelaki kesukaan anak EJ
tetapi kita boleh tampal baby kegemaran si ibu, anak dalam perut dan termasuklah si baba sekali


inilah baby kegemaran saya sepanjang mengandung
Namanya Aina Nur Mardhiah
atau
Baby Dhia
^______________^



tahap terlampau suka Dhia ni
kalau lepas jumpak Dhia
sure muka iols macam muka dilamun cinta
berbunga-bunga gila hati
siap pakej senyum sorang-sorang punya seronok la dapat jumpa Dhia
;p


lepas tu selalu rindu budak tomei ni
kesian mommy Dhia terpaksa melayan iols
dua hari skali mintak gambar terbaru Dhia
sampaikan sekarang ni mommy Dhia pon dah paham
ada gambar terbaru je mesti hantar ke mama EJ 
kihkohkihkoh



eh eh eh bukan saya je yang eksaited tau
baby dalam perut pon galok semacam
hari tu masa pergi beraya rumah Dhia
si ibu sampai mengah sesak nafas la sebab si anak punya menendang laaaaa
bila nampak je Dhia depan mata
macam si anak nak keluar dari perut
kahkahkahkah



si baba pulak
kalau ditunjukkan gambar terbaru Dhia
kemain dia eksaited
dok alolololololololololo sambil senyum sorang-sorang



nampak tak nampak tak betapa kami anak beranak gilakan baby Dhia ni
HAHAHAHAHAHA
mintak maaf laaa mommy and papa Dhia
mesti rimas melayan kami anak beranak
;p



Jom layan gambar-gambar Dhia yang super comel



uwaaaaaaaaaaaaa
comelnya semua
senronok mata ni menatap saban hari
wallpaper henpon pon macam-macam version gambar Dhia sebab semua comel
wallpaper desktop pon
;p



nak tahu kenapa Dhia comel?
jawapannya sebab semua baby kat dunia ni adalah sangat COMEL


nak tahu kenapa Dhia comel?

sebab Mummy Dhia memang comel
dan Papa Dhia memang kacak
^____________________^



kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan?



Dhia memang fotostat papa sebijik
tapi sangat kecik molek macam mummy nye
perfect combination




kite tahu
semua mesti suka mata Dhia yang kuyu tapi bulaaaaaaaaaat tu kan
kite pon!



mohon anak mama EJ ada la terkenan comel Dhia sket
mana la tahu tang mata and bulu mata tu jugak ke
kihkihkihkihkih




Esok majlis aqiqah Dhia
Insyaallah akan cuba curi masa pergi sana
sebab esok mama kena pergi daftar adik ipar masuk belajar



Kami bertiga doakan majlis aqiqah Dhia berjalan lancar
dan jangan risau
ahad nanti bila mommy dah free pasti kami whatsapp mintak gambar lagi
kihkihkih
;p



anak ooooo anak
high taste sungguh awak ni
kalau macam ni punya comel
dari skrang baba and ibu kena manabung dah ni
sebab kalau takde 50k jangan sebut-sebutlah kan
;p



Love you Dhia!
Friendship forever mommy Dhia





p/s: Mummy Dhia ni roomate penulis selama 2 tahun masa pengajian diploma di UTM City Campus, Jalan Semarak. Ke mana memang berdua. Bercinta pon sama-sama. Sebab dulu papa Dhia and Baba both study kat Sepang. Banyak kenangan bersama. Dah kawen dah kami berdua. Alhamdulillah dengan lelaki yang sama. Yang dicinta saban masa dari dulu sampai ke syurga insyaAllah. ececececece. okbai!