Showing posts with label AbinDanMinminJugeeee. Show all posts
Showing posts with label AbinDanMinminJugeeee. Show all posts

September 26, 2014

Ini Tentang Amanah dan Perikemanusiaan



Perasaan ni semulajadi
Allah yang wujudkan di dalam hati sanubari


aku sangat sensitif dengan isu ABIN dan MINMIN
sangat sensitif



anak aku warded/admitted last week
sebab dia demam taknak kebah
selsema
batuk berkahak sampai sesak nafas



macam biasa
bila anak sakit je
mesti Abin Minmin orang petik sebagai punca
bulu la
taik la
rumah sempit la
rumah apartment la bukan landed la
semua terperaplah



semua-semua di atas punca kepada anak aku tak sihat
tambah-tambah bila anak aku SESAK NAFAS
orang dah tak nampak isu KAHAK
yang orang nampak 2 ekoq makhluk kat atas tu
ntah apa la dosa mereka
T______________________________T



dan mulalah keluar ayat-ayat puaka
atau suggestion yang meluluhkan hati aku seperti
"buang je la kucing-kucing tu"
"jangan bela lagi la kucing-kucing tu"
"do something la dengan kucing-kucing tu. kesian anak"



dan paling puaka
"inilah akibatnya bila bela kucing dalam rumah"


T_______________________T



macam mana aku dapat ayat tu?
meh nak storey




masa anak warded
macam biasa, ramai juga sahabat handal family members datang melawat
alhamdulillah dan terima kasih



dalam ramai-ramai tu adalah seorang hamba Allah ini
membangkitkan soal kucing


Hamba Allah: Bela lagi ke kucing?
Suami: Dah letak dekat yard. Tutup. So depa tak boleh keluar merata (jawapan selamat suami bagi)
Hamba Allah: Hmmmm inilah akibatnya kalau bela kucing dalam rumah


Disiat-siat hati aku masa ni
telinga pulak macam bernanah je keluar meleleh
nikmat sangat ayat
lalu aku susun ayat aku dengan penuh sopan membalas ayat ini



Penulis: Hmmm kenapa cakap macam tu? 
Hamba Allah: Anak saya dulu warded macam Aaron ni jugak. 
Penulis: Owh sebab kucing ke?
Hamba Allah: Eh tak. tapi sebab carpet. bulu carpet tu. sama la macam kucing. bulu kucing tu la punca anak sakit. Sekarang ni kami dah tak pakai dah carpet dalam rumah nak elak habuk.
Penulis: Oh. 



Hmmmmmm sedih!
carpet dengan kucing tu 2 benda berbeza
lepas tu MALAS dengan RAJIN tu pon 2 perkara berbeza.




Nak je iols tanya
dah berapa lama tak vacum carpet sampai anak leh infection dengan carpet sendiri?
dan kenapa nak salahkan kucing kalau kau selalu mop lantai, sapu sampah, bersihkan pasir dorang, lap habuk sawang?




rumah aku memang takde sekeping carpet pon
pernah beli sekeping carpet ikea
masa tu tengah cewi nak deco rumah sebab baru beli set sofa
tapi seminggu pakai
aku rasa TAK PERLU carpet sebab aku ada anak dan ada kucing
carpet boleh keep habuk dan bulu
jadinya aku gulung dan simpan bawah katil sampai sekarang




Aku bukanlah wanita terlalu rajin
rumah aku pon bersepah jugak
ada masa jugak messy
TAPI takde la sampai lantai aku biar tak mop sempai seminggu
takdelah rumah tak bersapu
takdelah pasir kucing tak bertukar
najis kucing tak aku kutip




Dan takdelah aku biar anak aku tido dengan kucing
bergomoi dengan kucing
cium-cium kucing
dan kucing-kucing aku pon
takde la pulak mencari pasai nak kena buli dengan aaron
pergi serah diri menyendeh bagai 
depa pon tahu batas
sebab aku dah pesan kat dorang




ada masa tu memanglah abin minmin tu tak behave
nama pon binatang
ada masa bengong si abin tu
kencing jugak ditempat bukan sepatutnya
ada masa gila si minmin tu
ada jugak laaaa buat pasal punggah tong sampah la
muntah la
depa tu binatang
bukan ada akal yang waras



Tapi tidaklah jugak aku biar je semua tu
on the spot aku settlekan
T________________________T




TAPI kenapa tetap nak salahkan KUCING bila anak tak sihat
aku sangat tidak paham
aku dah buat macam-macam



Abin Minmin tu INDOOR CATS
dan VACCINE
T______________________________T





Okay okay okay
entry ni aku buah sebab aku nak luahkan apa yang aku rasa
aku just nak pihak terlibat faham
aku berfikir secara mendalam
menimbangkan semua perkara
bukan sebab aku ni cat lover dan terlalu obses dengan abin minmin
sampai aku abaikan anak aku
TIDAK




aku hanya berusaha menjadi manusia BERPERIKEMANUSIAAN
menyanyangi sesama manusia
dan tidak kejam dengan binatang




aku tak pernah mintak Abin Minmin datang dalam hidup aku
aku tak pernah iklankan kat fb ke kat blog aku aku mencari kucing untuk aku adopt
TIDAK
selepas Tuah pergi menghadap Ilahi
sumpah aku fobia dan trauma nak bela kucing
sebab takot nak facing kesedihan akibat kehilangan Tuah
aku payah nak move on
TAPI
Allah hantarkan mereka sebagai amanah untuk aku pegang
secara kebetulan
disusun cantik olehNya




Masa aku tinggai seorang kat rumah sewa sebelum akad nikah
abin minmin yang teman aku
sampailah aku berkahwin
abin minmin jugak yang menghiburkan kami berdua
dan bila Aaron datang dalam hidup kami
takkan lah aku nak BUANG abin minmin ni macam tu saja?
sebab aku dah dapat hadiah dari syurga Allah?



Habis tu
amanah Allah ni macam mana?
dari hidup yang selesa
takkan la aku nak biarkan depa hidup melarat kena cari makanan sendiri
tidur berembum kena hujan panas bagai
makan pon kena meminta minta di kaki kaki manusia
dan TANGAN ini yang ambil belai mereka ketika seusia sebulan
Takkan tangan ini jugak yang seksa hidup selesa mereka?




macam mana pulak dengan doa-doa yang mereka kirimkan saban masa untuk kita?
dan rezeki-rezeki yang Allah selitkan untuk mereka melalui rezeki kita
juga rezeki-rezeki yang Allah kirimkan kerana kita menjada amanahNya?



macam mana?




owh.
aku tahu
nikmat ini nikmat yang tak boleh kita kira dengan jari
yang kita tak nampak dengan mata kasar
sebab tu senang sangat kita nak buang nikmat ini.




dan kenapa KUCING menjadi binatang kesayangan Nabi?
Nabi jugak ada para isteri
nabi jugak ada anak-anak
dan kalaulah kucing ni bahaya
sudah pasti ada barisan ayat di dalam Al-Quran dan Hadith tentang bahayanya kucing seperti bahayanya anjing dan babi




owh.
Nabi itu Nabi
maksum.
sentiasa dipelihara.
kita ini siapa?



Hmmmmm
Nabi itu utusan Allah yang terlampau sayangkan umatnya
kalau kucing itu bahaya
sudah pasti Nabi orang pertama yang berpesan kepada generasi umatnya.
dan tidak sesekalilah kucing itu menjadi kesayangan baginda.
kerana Islam itu mudah
sentiasa memelihara umat manusia.






aku tak pandai ilmu sains
aku bukan doktor
aku bukan manusia hebat tentang sains
jugak bukan individu yang penuh ilmu di dada
aku cuma mahu menjalankan amanah Allah
sampai masa yang dah ditetapkanNya.
itu sahaja



dan dalam masa yang sama
aku sentiasa berdoa
agar Allah pelihara anak aku
dari sebarang penyakit yang berpunca dari Abin Minmin
sebab aku sentiasa yakin dengan percaturan Allah
dan aku ikhlas dalam menjaga amanahNya.





Mana ada ibu yang tak sayangkan anaknya
mana ada ibu yang tak mahu sesuatu yang terbaik untuk anaknya
aku YAKIN akan Allah
Allah akan sentiasa pelihara anak aku





p/s: Anjing tu lagi bahaya. Tapi sihat je aku tengok anak-anak cina. Bijak belaka. Most of them, amek langkah menjaga hygiene instead of mengeluh dan menyalahkan. Okbye










August 28, 2013

Kisah Raya Abin Dan Minmin



Lama tak update pasai buah hati kakak yang 2 orang ni
asek asek update pasai anak je
kami pon anak kakak jugak
lupa?



Alolololo!~




Ratu cantik africa ni sedang berbahagia dengan rumah baru
berbahagia dengan carpet bulu-bulu dia
berbahagia naik turun kitchen cabinets tengok kakak masak
kadang-kadang punya bahagia sampai tido pon nak tido atas meja makan
T________________T



Tak percaya??


ni tido atas meja makan kakak la ni
tanpa rasa bersalah
bila kakak beli alas meja
koyakkan alas meja tu tanpa rasa bersalah jugak
bila kena marah
kena ketuk kepala
merajuk masuk bilik
taknak makan
kakak panggil pon buat dek je
nak kawan dengan abang je
bila kakak pujuk bagi minum fresh milk 1 mangkuk
baru nak kawan
inilah budak yang saaaaaaaaaaaaangat suka tido atas meja makan
PLUS sangat pantang dengan segala jenis kertas, kotak, plastik bag
mesti nak main sampai semua tu rosak
hmmmm alas meja kakak pon
dah 2 dah lubang koyaknye pon adoiyai
T____________________T


Tapi takpe Aaron Abin
kakak tetap sayang awak dan minmin hingga ke syurga Allah insyaAllah
^_______________^



Apa cerita raya Abin Minmin??



Masa nak balik kampung for raya  hari tu
muka memasing super eksaited naik kereta
tak tau nak cakap la punya eksaited
sampai kacau abang drive la
ada ke nak duduk pegang stereng kereta
macam laaa tahu drive



Sampai je rumah atok kat kampung
both diam je
busy main kat luar
sampai lupa makan lupa tido
seronok tak terkira la rumah atok besar
PLUS kakak and abang memang lansung tak kisah dorang nak pergi mana kan
ada atok plak yang rajin melayan makan



TAPI sekejap je kan kan kan seronok tu
bila muncul kucing amcik yang namanya SAREP DOL tu
semua ketenangan Abin Minmin hilang
both takut
masuk bilik duduk bawah katil
kahkahkahkah
sampai atok nak bagi makan pon susah nak kena tertonggeng-tonggeng jenguk bawah katil


itu okay lagi


tapi ada budak yang termenung kat atas ni kan
HILANG 5 HARI bila kat kampung
pergi mana?
IKOT BOYFRIEND BARU berdating ntah ke mana
puas 1 kampung semua orang mencari
sampaikan nama MINMIN tu dah popular sangat laaaa kat kampung tu
mana tak nye
atok kuar tanya semua jiran
amcik cari 1 kampung
abang and kakak dia yang mak buyong ni saban petang sebelum berbuka puasa
cari minmin kat belakang rumah setiap orang


lepas tu kakak pon dah macam orang gila
semua kucing kakak pergi bercakap
pesan dekat dorang kalau nampak ratu cantik africa tu
yang nama minmin tu
awek keyel tu
pesan kat dia balik rumah
kakak dia risau
kalau dia tak tahu jalan balik
tolong hantar dia balik rumah
T_______________T



HAHAHAHAHA
atok lagi hebat
siap cakap kalau hari raya minmin tak balik jugak
atok nak mintak orang masjid announce kat masjid after solat sunat aidilfitri
lagi dasyat
lepas tu atok siap buat reward kat budak-budak 
for those yang dapat cari and bawak minmin balik
akan diberi hadiah
HAHAHAHAHAHA
tengok laaa kasih sayang atok
dalam dok mengutuk kehitaman minmin
tetap jugak dia sayangkan awak minmin
mulut je jahat
hati super baik




Boss selalu puji kucing-kucing dia bijak
hmmmm aku rasa memang betul kot kucing-kucing dia bijak
salah seorangnya budak di atas ni la



Malam raya kakak and abang dah menangis-nangis dah
sebab Minmin hilang untuk malam ke5
esok dah nak raya
masjid dah start takbir raya
anak yang seorang ni hilang tak balik-balik
lusa tulat dah nak ke KL
abin pulak muka monyok je sorang-sorang kat rumah
takde kawan
plus takotkan si Sarep Dol yang asek nak belasah dia je
T________________T



Tapi buah hati kami ni boleh pulak buat surprise 
jadi DENDANG PERANTAU
balik rumah malam raya



Ingat lagi
suami balik dari lepak dengan kawan
area kui 2 pagi
aku pulak tak boleh nak lelap mata sebab terlampau susah hati minmin hilang
tapi nak nangis takotkan suami
sebab suami marah aku nangis
katanya minmin kucing
dalam perut tu orang
anak dia
fikirkan anak sendiri dulu
dia siap warning-warning tolong jangan repeat meqhoyan aku masa Tuah pergi menghadap tuhan
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tersepit sangat masa tu
jadi aku memendam
hanya mampu bercakap dengan anak je
dan tak putus berdoa agar Allah pelihara keselamatan minmin kat luar
dan Allah beri lagi peluang dan masa untuk aku terus jaga minmin



Allah dengar doa aku
Minmin balik jam 4 pagi
terus meluru masuk bilik mak aku
kejutkan mak aku tido
mintak makan



Mak pulak terus bangun kejutkan aku
katanya minmin dah balik
aku pulak yang masa tu baru nak terlelap
terus tampar-tampar muka
takot apa aku dengar ni mimpi semata
sebab terlalu memikirkan dia



Bila mak buka pintu bilik
minmin terus masuk berlari naik atas katil
terus cium-cium aku
Abin masa tu tido sebelah suami
terus bangun jilat-jilat minmin
nampak muka abin muka rindu
minmin cium abang
kejut abang bagitau dia dah balik



lepas tu terus mintak makan
iyelah
maybe dah 5 hari tak makan
uwaaaaaaaaaaaaaaaa
T_____________T


Sepinggan nasik minmin habiskan
air pon banyak dia minum
dahaga sungguh



lepas makan and minum
terus naik atas katil
TIDOOOOOO dengan abin



so sepanjang raya
minmin memang qado tido je
nak tido atas katil
bawah aircond
kalau aircond tu tutup
mula laaa bebel mintak aircond tu dibukakkan
lepas tu sambung tido lagi



haishhhhh
ingatkan dah hilang 5 hari
belajar hidup kampung
tapi hampeh
DIVA tetap DIVA




Sejak minmin pulang ke rumah
abin asek kena belasah je dengan kucing jantan yang ntah mana datang
al maklumlah semua pakat nak tunjuk hero dekat anak dara saya
tapi minmin si diva
keluar bilik pon taknak
kesian abin sampai terkopek kulit kat hidung tu
kena belasah pertahankan adiknya



sampaikan abin fade up muka asek ajak balik KL je
serious tak tipu
sebab masa kami kemas-kemas nak balik KL
dia tengok je kami pack barang-barang dorang
letak pasir dalam bekas and susun dalam kereta
dia masuk kereta sendiri
siap tunggu seksiap dalam kereta
punya tak sabar nak tinggalkan kampung atok yang terlalu banyak hero
kahkahkahkah




dalam kereta semua behave
sebab memasing letih dengan pengalaman raya seminggu di kampung
both qado tido je sepanjang 12 jam perjalanan
sebab jem macam lahanat kuda



sampai je dalam rumah
muka abin tenang gila
muka minmin pulak terus-terus diva



bila dah pindah rumah baru
both muka eksaited gila dengan rumah baru
sampai sekarang nampak dorang sangat selesa di rumah sendiri
cuma kadang-kadang tu mintak nak keluar rumah
sebab geram tengok burung-burung yang banyak berterbangan meniti kat tingkap bilik tu



KAMI BERTIGA masih happy family
dan tak sabar menanti baby kakak and abang
^_____________^





July 05, 2013

Si Diva MINMIN


Amboi, pic kena tak dengan tajuk entry??


Hari ni nak cerita pasai DAYANG NUR MINMIN
taknak cerita pasai AARON ABIN sangat
sebab dia tak banyak perangai
sekadar kuat makan kuat tido dan gemok
;p


Tapi si MINMIN ni banyak prangai lain macamnya
tapi both tetap PUJAAN HATI setiap masa kakak and abang




me and husband selalu menggelarkan si dayang senandung ni DIVA
oh inilah diva di dalam rumah
tengok saja jelingan si diva ni
kahkahkahkah
macam dia tu gebu molek comei teramatlah cantik
kahkahkahkah


MINMIN seekor kucing yang BIJAK
bijak dia lain macam sikit
macam mak kata
akai kucing ni panjang sikit
kadang-kadang kami selalu rasa macam ada seorang bayi di dalam rumah
sebab perangai macam-macam dia memang macam seorang budak kecil gayanya


WHY DIVA??

hahahaha MINMIN nak tido atas tilam
taknak kongsi
kalau husband naik katil nak tido
minmin akan bangun and blah
cari port lain
ATAU
dia akan sengaja mengeliat panjang sepanjang-panjangnya badan tu
sebab nak si abang noticed
hey this is my place
u go!
T__________________T


WHY DIVA?

Minmin tak boleh tengok me and husband bersiap cantik-cantik wangi-wangi
dia akan mula bising meow sana sini
sebab??
dia TAK MAKAN LAGI
So-kakak-and-abang-tu-janganlah-nak-keluar-sangat
selagi tak dapat makan
MINMIN akan sekat sesape sahaja nak keluar dari pintu rumah
sambil membebel panjang
T___________________T



WHY DIVA?

Minmin nak tido dengan KIPAS SYILING berbuka ye
tambah-tambah kalau cuaca sedang panas or jerebu
kalau tak buka atau lupa bukakan kipas untuk dia
Minmin akan protes dengan mentidokan diri beliau di dalam BILIK AIR sambil menjeling tajam ke arah tuannya
TONG SAMPAH di dalam bilik tu akan sengaja diterbalikkan tanda protes
ALAS KAKI didepan bili air sengaja digulung dan ditarik masuk ke dalam bilik air
T__________________T
dan kalau extreme dengan SEJADAH SEMBAHYANG pon sengaja dilucutkan dari hanger



WHY DIVA

Minmin sangat rajin sambut kakak and abang [SAHAJA] pulang
tak kisahlah dari mana
especially kalau we both pulang dari kerja
tak pernah miss
ABIN?? Ikot situasi dan tahap dia mengantuk
MINMIN tak
dia terhuyung-hayang mengantuk and mamai pon
dia tetap akan sambut we both balik
TAPI
jangan sesekali tak dukung dia and cium dia
dia akan PROTES dengan berlari anak
naik atas SOFA dan membuat cakaran tanpa henti sampai la kau amek dukung dia
T__________________T
attention seeker tak??



Kalau boleh MINMIN nak kita dukung and sayang-sayang dia
lepastu bawak dia masuk bilik
and baring-baring dengan dia atas katil
lena skali pon takpe



WHY DIVA?


MINMIN tak suka pasir berak dia kotor
kalau kotor?
hahahahaha dia akan SENGAJA berak di tempat larangan di hadapan anda
lepas berak dia akan lari masuk bilik
T___________________T


WHY DIVA?

MINMIN tak suka kucing luar masuk rumah
dia akan menjeling dan tak akan pernah berkawan
cium kucing tu pon taknak
LALU depan kucing tu pon taknak
MINMIN akan jadi anak dara yang berkurung di dalam BILIK sahaja


dan dia jugak tamak kasih sayang



WHY SHE SO SPECIAL?

dia tak pernah buat TAK TAHU bila kakaknye sakit
mesti sentiasa ada kat sebelah
seolah menjaga kakaknya
T______________T
terharu




Until today
MINMIN belum pregnant
tapi dah 3 orang tanya ANAK DIA
yang tempah pon ada


dayang senandung bukan sebarang dayang senandung
ini dayang senandung RATU CANTIK AFRICA ni




To Abin and Minmin
Kakak and Abang love you so much
terus sihat terus bijak
dan terus-terus menggembirakan hati setiap ahli keluarga kecil kita.