Showing posts with label Segala Tentang Tuah. Show all posts
Showing posts with label Segala Tentang Tuah. Show all posts

May 11, 2012

Surat Untuk Tuah Vol. 3



Dear Tuah,


Awak sihat di syurga sana??


Kakak rindu awak sangat hari ni. Almost 2 months awak tinggalkan kakak. Pergi awak terus menerus sunyikan rumah kita. 


Tuah,
Percaya tak kalau kakak kata kakak masih tak kuat nak tatap wajah Atan??
2 bulan dah awak pergi
Khamis dan maghrib yang macam ni
Tapi kakak masih si lemah yang tak mampu terima realiti ni secara terus-terus
Kakak masih orang yang sama yang tak mampu nak pegang nak pelok Atan
T_____T
Kakak sorry
Sorry untuk Atan



Tuah,
Kakak nak ada pengganti kamu
tapi kakak tak mampu
kakak fobia
kakak takot kakak akan hilang dia macam kakak hilang kamu
tapi rumah sunyi sangat
rindu masa-masa kita sama-sama bergelak ketawa kah kah kah melayan kerenah awak
kakak nak repeat semua tu
tapi kakak tak cukup kuat
nak jumpa Atan pon masih lemah
inikan pula nak replace awak
TAK MUNGKIN 



Tuah,
Takde awak
balik keje awal atau tak
takde yang istimewa
kalau dulu, excited sebab kakak tahu kamu ada di rumah
tunggu kakak balik saban jam
tapi sekarang
ada dinding ada lantai ada syiling
itu je
Cik Sue plak asek out station
Kak Jim plak busy dengan kerja dia
Kak Unisha dah pindah rumah kakak dia



Tuah,
Doa kakak di syurga sana ya
Doakan kakak murah rezeki
Doa kakak dapat betulkan apa yang tak betul dalam hidup kakak ni
Doa apa yang kakak impikan jadi kenyataan



Kakak dah tukar kerja
Dan kakak rasa ni bidang yang kakak minat
dan ada potensi untuk kakak berjaya
Tuah doakan kakak dari sana ya


Maaf,
Selepas sebulan baru kakak kuat melawat pusara awak
itupon sekejap
takot-takot ada residence kata kakak gila
menangis sorang-sorang 



Tuah,
hadir dalam mimpi kakak malam ni ya?
kakak rindu awak sangat



awak tetap TUAH kakak yang seorang
takkan ada pengganti


T______________T



With Love,
Kakak



March 26, 2012

Surat Untuk Tuah Vol. 2

To: Tuah
From: Kakak


11 hari sudah OUG tanpa kamu Tuah. Kakak masih sama. Cuma air mata sudah mampu diseka. 


Tuah,
Syurga Allah di atas sana pasti indah teramat sangatkan? Kamu kucing yang sangat baek. Tak susah dijaga. Mesra semua. Bawa segunung bahagia dan gelak tawa. Memang sangat-sangat LAYAK kamu di sana. Tuah doa kakak ke sana jugak nanti ya? Tunggu kakak tau.



Hari ni,
Kakak kerja letih teramat. Ntah kenapa sepanjang pejalanan pulang, minda ni asyik fikir kamu saja. Alangkah seronoknya hati ini, kalau-kalau pintu rumah nanti bila dikuak lemah ada si comel berlari anak mintak dipeluk dicium. Pasti hilang segala letih dan beban kerja yang bersarang hampir 10 jam dalam minda. TAPI itu semua kenikmatan Tuhan pinjamkan dulu. Sekarang ni, kakak hanya mampu begini. Menulis surat untuk kamu. Cuba berkongsi rindu yang menyesak ini. *Sambil menangis



Tuah,
Kawan baek kakak dapat baby. Amanda namanya. Ibu Amanda sangat sukakan kamu. Masa dulu, saat bahagia kita bersama, Ibu Amanda selalu mintak kamu dari kakak. Nak jaga barang sebulan dua. Kakak tak bagi, sebab nanti kakak rindu. Semua gambar kamu di facebook, Ibu Amanda tak jemu likes. Bila tengok Amanda, kakak ingatkan kamu. DUA PERKARA kamu dan Amanda sama. COMEL selalu dan mampu buat orang TERINGAT dan RINDU bila sudah mula dapat cium dan pegang kamu berdua. Bila rindu Amanda walau baru pertama kali berjumpa, kakak percaya Tuhan ambil kamu dari kakak, Tuhan hantar Amanda pengganti tempat kamu. Kamu berdua sama. Dari kecil sudah ADORABLE sentiasa.



Rindunya kakak pada kamu. Kenapa ye, bila rindu kakak gagal kawal air mata dari jatuh menyembah bumi. Rindu kakak ini rindu yang hanya mati penamatnya. Sebab rindu kakak ini rindu yang tak mungkin dapat diubati. 



Datang dalam mimpi kakak Tuah. Kakak rindu sangat.   T____________T



I Love You,


Regards,
Kakak

March 19, 2012

Surat Untuk Tuah

To: Tuah
From: Kakak



Hari ni hari ke-4 kamu mengadap Ilahi. Subuh ke-4 kakak bangun tanpa kamu disisi. Maghrib ke-4 kakak balik kerja tak disambut kamu. Weekend pertama tanpa keletah kamu. PERIT.


Tuah,

Hari ke-4 ini, kakak masih kakak yang lemah. Kakak yang masih tak mampu nak ziarah pusara kamu. Kakak yang masih tak mampu nak tatap wajah Atan. Kakak yang sama yang masih menangis saban subuh saban maghrib saban waktu bila wajah comel kamu menerpa minda. Kakak masih kakak kamu yang sama, yang sayang dan rindunya tak pernah berkubur bersama jasad kamu. Masih hangat masih kuat dalam jiwa, diri dan setiap aliran darah ni.



Tuah,
Kenapa cepat sangat kasih sayang kamu pergi?
Kenapa singkat sangat perkongsian hidup kita berjalan sempurna?
Kenapa sekejap sangat kita berkongsi hidup berkongsi sayang berkongsi segalanya bersama?
Cepat, singkat dan terlalu sekejap.



Tuah,
Sayang kakak terlalu dalam untuk kamu. Kakak bagi semua hati kakak untuk kamu. Sampaikan perginya kamu ke syurga milikNya, kamu bawa sekali hampir separuh jiwa kakak bersama. PERIT. Jiwa kakak sakit tanpa kamu.



Hari ke-4,
Tapi kakak?? Gambar kamu pon masih tak mampu kakak tatap. tengok sofa kamu tido kakak nangis. tengok sofa kamu cakar kakak nangis. tengok pasir berak kamu kakak nangis. tengok selendang kamu main saban pagi kakak nangis. tengok pintu bilik kakak nangis. setiap sudut rumah kita ni penuh kenangan kamu Tuah. 



Saat rumah sunyi sepi tanpa penghuni, kamu ada temankan kakak.
Saat kakak sedih makan sendiri, kamu ada temankan kakak.
Saat takot berseorangan lalui malam seorang diri di OUG, kamu ada temankan kakak.
Saat rumah bersepah tak sempat berkemas, kamu tak pernah jemu temankan kakak. Moping, sapu sampah, sidai baju, basuh toilet, basuh balcony, lipat baju, semua kamu ada setia temankan kakak. Penuh minat. Semua kita lakukan sama-sama. Sebab tu kakak sakit bila kamu pergi. Hampir seluruh kitaran hidup kakak di rumah kita ini, ada kamu menemani.



Tuah,
Hari ni hari isnin. Hari kakak beli ikan kamu dan Atan. Hari kamu paling excited tunggu kakak pulangkan?? Sebab ada sedikit rewards makanan kucing sedap. Semua berhenti tiba-tiba. Semua RUTIN kita hilang macam tu saja.



OUG sangat sunyi tanpa keletah kamu. Rumah hilang seri tanpa kehadiran kamu. Bilik kakak  kusam dan muram bila tiada lagi kamu yang excited nak terjah masuk saban masa. Semua jadi sunyi jadi sepi jadi suram dan kusam.



Yang tak lalui masa-masa bersama mungkin kata kakak gila. Terlalu sayangkan kamu hingga terseksa jiwa. Tanya saja pada mereka yang pernah memeluk tubuh kecil gebu bersih kamu. Pasti sedih yang wujud dalam jiwa itu, sedih yang pilu kan??



Abang nangis. Cik Sue nangis. Atok nangis. Atan sendiri menangis. 
T___________T



Tuah,
Kamu anak kucing paling istimewa. Yang mampu pahatkan rasa sayang pada kamu dalam setiap hati yang pernah mengenali kamu. PAHAT. sebab terlalu kuat ikatan sayang tu. 



Biar orang kata kakak gila. Biar orang kata kakak terlalu ikotkan rasa. Yang tak rasa, hanya mampu berkata-kata. Yang lalui bersama?? Air mata bukti rasa perit yang diselindung ditampal ditanggung yang dah tak tertanggung.



Tuah,
Jangan macam semalam. Teruslah muncul dalam mimpi kakak walau sekejap. Kakak rindu sangat. Rindu yang teramat.



Salam Sayang,
Kakak



February 27, 2012

My Fault



Oh ini masa-masa sempit hujung bulan
T__________T



bagi orang makan gaji macam aku ni
paling benci nak harungi 2,3,4,5 hari di setiap hujung bulan
apa lagi kalau bukan 
perlu CATUR duit untuk hidup sampai gaji masuk



bukan tak ada duit saving
tapi kalau asek tak cukup bawak keluar asal tak cukup bawak keluar
bila nak tinggi gunung penyimpanan duit tu?
ye dop



jadi, kalau nak duit kau jadi bukit-bukit
makanya SIMPAN dan LUPAKAN je duit tu
catur jangan tak catur perbelanjaan setiap bulan
^__________^




TAPI walaupun dah habis susun dah habis manage
bila hidup ni ada nafsu
dan nafsu itu selalu menguasai KEHENDAK
dan akal mewakili KEPERLUAN
KITA selalunya akan tunduk pada kehendak walaupun sedikit kan kan kan
makanya
terjadilah apa yang selalu terjadi pada 2,3,4,5 hari di setiap hujung bulan
T_________T





APA AKU NAK CERITA SEBENARNYA NI?




errrr aku just nak share rasa SAYU aku hari ni



Gaji aku tak  masuk lagi
duit memang honest dah kena catur 
nak belanja bawak pergi kerja
minyak + makan + site inspection + topup
macam-macamlah nak kena catur betul-betul
sebab aku tak suka harap RUMOURS gaji masuk esok gaji masuk lusalah
aku tak suka percaya
memang jenis aku tak suka harap benda tak pasti




catur punya catur
duit aku memang cukup lagi nak tempuh alam kehidupan sepanjang seminggu  ni
alhamdulillah
TAPI bila aku bukak peti sejuk nak bagi Tuah and Atan makan pagi tadi
aku mula SERABUT 
sebab??
ikan dorang dah HABIS!
memang cukup untuk pagi tadi je




dah sudah
duit cukup-cukup je
memang ikotkan aku akan beli ikan dorang today untuk stock seminggu
sebab ada pasar malam
TAPI minggu ni sesaklah pulak




seharian aku memikir
sampai tahap teringat ikan bilis housemate la
Plan just nak rebus ikan tu je balik nanti untuk dinner dorang
Aku tak risau Atan sebab dia makan whiskas
aku paling risau Tuah sebab dia tahu makan ikan dan susu je
makan Whiskas je dia muntah balik
tak pon mula cirit
T_____________T




masa pergi site inspection  
hati sayu je lalu pasar malam yang aku selalu beli ikan dorang
haishhhh
seyes dowh
taktau nak gambarkan perasaan tu
TAPI memang bulan ni aku over loaded guna duit
sampai jadi macam ni




punyalah salahkan diri
maki segala diri sendiri
T______________T




TAPI itulah orang cakap
Bela kucing ni, buka pintu rezeki kita




dalam aku dok risau-risau tadi
tengok kat whatsapp group officemates aku
semua pakat dok happy GAJI dah masuk
^______________^
'Subhanallah ada rezeki anak-anak aku'
itu je yang terkeluar dari mulut aku masa baca mesej-mesej dorang
sedar tak sedar aku menangis
T____________T




aku tak makan takpe
TAPI aku tak boleh biar dorang tak makan
SEBAB dorang memang tunggu aku balik kerja setiap hari
sambut aku balik
dengan penuh harapan dapat makan sedap-sedap
kenyang-kenyang



apalah aku buat bulan ni!




maaf tau Tuah maaf tau Atan
kakak janji kakak saving rm10 per week untuk topup ikan korang
so, benda-benda macam ni takkan happened lagi
kakak sorry!




Hmmm macam ni kot rasa mak ayah kita kan kalau dorang sempit duit tapi kita nak macam-macam
walaupun ini hanya soal kucing
TAPI bagi aku
ini rasa sayu yang serius



Makanya terciptalah 1 tabung comel untuk makanan kitten saya
kakak sorry kakak hampir nak buat korang berdua tidor tanpa kekenyangan
T__________T



OK SEDIH
bye.





February 24, 2012

Unedited Pictures Of Tuah


Now I presented you Super Model Super Annoying In The House
^__________^



Bila budak kekenyangan PLUS kebosanan
yang on her way nak tido mengangkang
disajikan camera depan mata
macam kat bawah ni lah respond dia


Tuah memang suka camera
sanggup tahan mata asal dapat bergambar sakan
T_____T












very super modelkan?
sampai tertidur penuh gayalah depan camera




Tuah oh Tuah




February 07, 2012

Tuah #3



Siang tadi dapat soft copy cerita melayu paling seram bagi aku
KEKASIHKU SERU


last tengok cerita ni masa kat tv3 dolu-dolu
it was 3 years ago
and maybe more than that


So, bila dapat soft copy cerita ni
sangat excite dnak tengok TAPI sangat takot jugak
tapi nak tengok jugak
maka tengoklah saya petang tadi



Episod 1 mula
fuhhhh skali nak hujan la plak cuaca lat luar sana
tetibe gelap
angin kuat
rumah ni mulalah nak buat drama sendiri
pintu bilik ni tertutup
pintu bilik tu terbuka




baru 5 minit cerita mula
pannnnngggg skali pintu bilik aku sendiri tutup sket punya kuat
meremang bulu roma weh



dah pulak
Waris datang ke
T__________T



tapi hati macam biasa
degil
nak jugak tengok
walaupun housemate dah selamat keluar meronggeng
adik dan suami selamat dah keluar lunch honeymoon



cuaca seram tadi telah menjadikan Tuah mangsaku
huehuehue


amacam??



kalau nak mintak Tuah teman
kau kenalah bagi dia kerusi VIP
depan skali takde yangdepan dah
baru dia nak teman



kalau setakat atas riba je kirim salam
dia tak tumpu perhatian
ini kira okaylah
tak mintak duduk atas keyboard
selalunya keyboard tu memang cara terakhir dia guna nak alih perhatian aku
daripada screen computer kepada bermain dengan dia
biasalah
Tuahkan attention seeker!



selamat ada Tuah selamat ada Tuah
maka ribut dan Kekasihku Seru bergerak seiring sekata
tak perlu kata apa-apa



bila aku takot
aku tahu ada penonton VIP di hadapan sedang menonton sama
rasa takot dia ada
cium-cium sekali dua
rasa takot tu hilang



TAPI




menyesal ar bagi tiket VIP kat Tuah
sebab korang tengok arrrrr

sekejap nau dia teman aku tengok drama seram
selebihnya terbongkang tido dengan pelbagai aksi
benci arr



puas dah kacau suruh dia bangun
hampeh
makan bergolek-golek mengeliat sakan
T____________T



KESIMPULANNYA
jangan harapkan penonton VIP di hadapan
harapkanlah chat bersama bersama boyfriend di bbm
Tuah tipu
tak teman itew pon
wek!



*TAPI kalau main game mancing ikan kat TAB, Tuah memang cool! belum ada record tertido.



February 03, 2012

Tuah #2



Alhamdulillah
hari ni genap 30 hari Tuah menjadi penyeri kami di OUG


dari sekecil dan secomot ini
.
.
.
.
.
.
.
hinggalah sebesar di bawah ni



seriously
walau baru sebulan
aku dah rasa terlalu sayang si Tuah ni
sampaikan aku dah terlupa
hidup aku tanpa Tuah nanti dah macam mana gamaknya


Tuah sangat adorable
bijak
pandai sesuaikan diri dengan rumah baru dia
walaupun tanpa susu ibu
T___________T



aku tak pernah tengok ibu Tuah
aku tak sampai hati nanti nak amek dia bawak balik
better tak tengok
tapi aku percaya
ibu Tuah mesti seekor kucing yang comel dan behave
sebab dia dah lahirkan Tuah yang aku rasa tak pernah bagi aku sedikit pon masalah jaga dia
malah.
mampu buat 1 rumah ketawa menjerit-jerit gembira adalah dengan teletah dia




rutin harian aku sebulan ni pon banyak dipengaruhi Tuah
setiap pagi permulaan hari pasti libatkan pengurusan Tuah
sebelum aku tinggalkan dia di rumah
makanan Tuah, susu Tuah, air masak Tuah
cuci tempat berak dia
semualah!



bangun tido je
kuar bilik check Tuah okay ke tak kat luar
pastu baru aku continue dengan kerja-kerja dan tuntutan diri aku



Tuah tak boleh dibawa tidur sekali
sebab dia sangat super duper hyper active
dia akan akacau kau tido dengan pelbagai percubaan
just nak kau bangun tido dan layan dia main
T__________T
aku pernah kena
just sebab hujan kat luar
takot dia sejuk tido kal hall
aku bawak masuk tido dengan aku
sekali amek kau
siap tido atas muka aku
sebab nak aku bangun tido dan main dengan dia




perkara paling aku suka tentang Tuah
dia kelakar
dan tiap kali aku balik kerja
dia akan sambut
buka pintu
panggil nama dia
kalau lambat macam mana pon
dia tetap akan datang jenguk kau
sweet sangat
aku tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana
tapi aku rasa bahagia sangat



bila angkat dia
pelok dia
tengok muka dia
aku slalu mintak dia cium aku skali
believe me, Tuah akan cium mulut aku skali


Tuah kucing yang bijak
yang pandai jaga kebersihan diri dan rumah
tak berak merata
tak kacau orang makan
tak suka makan makanan yang bukan makanan dia
suka ikan sardin rebus
suka susu tepung yang dibancuh air suam
suka minum air masak
suka buat mogok lapar
sangat gembira bila semua orang ada dalam rumah
suka tido mengangkang
dan masih tak pandai kawal kuku beliau ketika bergurau senda
dan.
Tuah tak pernah gagal buat aku tersenyum
dan tak pernah juga berjaya buat aku marah



Tuhan. terima kasih untuk anugerah ini
syukran




kepada Lucy She Tuah
kakak love you so much
tak terkira sayangnya
terima kasih untuk 30 hari yang penuh kasih sayang gelak ketawa dan saat-saat bahagia kami sekeluarga
terus sihat
terus membesar
terus-terus menjadi penyeri kami sekeluarga






January 11, 2012

Tuah #1



mungkin akan ada Tuah #2 Tuah #3 Tuah #4 dan seterus dan seterus dan bla bla
dan munkin juga hanya pengelanan yang ntah bila kesudahan
mungkin ada mungkin tiada
dan main mungkin bermungkin ini lagilah menjadikan intro entry ini seprti sangat bangang
*maka abaikanlah!




TUAH??
siapa ni siapa ni
sehebat Aaron Aziz ke??




atau tajuk entry adalah berkaitan tuah atau nasib??





atau tajuk entry jugak berkaitan kesusateraan melayu lama
HANG TUAH





atau atau atau mungkin saja je penulis feeling- feling so bertuah??




atau atau atau penulis mungkin perlu berhenti mentulis ayat tidaklah lansung suspen ini??




atau atau atau nanti ramai yang tekan pangkah atas bakar sahaja penulis??





*okay penulis sudah seperti agak berpuas hati dengan intro bangang panjang berjela
okbye!





TUAH adalas sejenis binatang kaki 4
yang kini menjadi buah hati pengarang jantung penulis
dan segenap ahli keluarga kecil penulis di OUG
^______^



sudahlah bebel
banyak lagi entry berkaitan beliau akan muncul



perkenalkan
TUAH the OUG attention seeker

baru menapak ke OUG
kondisi: hapak busuk comot tapi masih terserlah kecomelan


Tuah after 2 times grooming
kondisi: wangi dan muka penuh lagak romeo!




inilah buah hati kami
yang mampu buat 1 rumah kecoh
dan penuh gelak ketawa



Tuah sangat hyper!