December 24, 2021

Bahasa Jiwa #53

 


Roda kehidupan makin putar ke atas
Masih bukan terpaling atas
Jika diambil 360 darjah, pusingan mungkin hanya sukuan
Tapi cukup indah rasanya
Dikit demi dikit Tuhan lepas apa yang saban masa kita minta


Bahagia masih sama
Ahhhhh apa baiknya aku dipilih Tuhan untuk bahagia ini
Tak terungkap bait syukur aku buat Tuhan yang selalu baik dengan aku
Yang kadangnya lurus kadangkan terhuyung hayang di bumiNya


Iya lupa
Yang telah lama pergi menjauhi
Kembali mampir dikit demi dikit
Mula ungkap rindu
Mula ungkap kenangan lama
Itulah watak-watak kehidupan
Yang dah lelah melalui perit ini, masih senyum melihat keletah
Manusia manusia bertopengkan persahabatan
Aku juga bukan teman yang baik
Kerana aku juga sudah lama terbiasa hidup sendiri dengan keluarga kecil sendiri
Merekalah kawan merekalah pengisi sunyi sepi
Jadi datang dan pergi yang lainnya
Bukan isu besar hati


Terima kasih Tuhan untuk hidup 2021
Awal tahunnya hilang kerjaya dek wabak dunia
Hujungnya manis digolekkan semula jalan kerja
Suami dimurahkan sentiasa rezeki 
Anak-anak sihat sejahtera
Ibu tercinta cantek & kesihatan terjaga
dan Aku yang genap 35 dan BAHAGIA



2022
Kita sudah sedia!


September 10, 2020

Bahasa Jiwa #52

 


Bukan di sini untuk berbicara tentang cinta
Tapi kembalinya aku sekali sekala
Untuk mencoret serba sedikit kisah jiwa
Agar gusar di jiwa ini bisa terhakis pergi
Tenggelam dalam mimpi
Lupus dalam ramai
Lemas dalam pekat malam yang sedikit dingin malam ini


Agarnya
Pagi nanti hati ini lapang
Jiwa ini tenang
Minda ini hilang dari segala fikiran tentang rahsianya susunan kisah hidup


Kita rancang
Kita susun
Kita usaha
Kita pulun


Kita masihnya kita
Yang tidak akan bisa mampu melawan susunanNya




Jadi terus lurus langkah itu
Hingga ke temu apa yang dihajati




Tuhan itu tidak pernah memungkiri janji, ya.
Pegang teguh




May 27, 2020

Salam Lebaran 2020 Yang Lain Macam



Salam Lebaran 2020 semua!
lama tak menulis
tapi alhamdulillah blog ni masih hidup
banyak kenangan blog ni


Disebabkan seluruh dunia merayakan aidilfitri yang terlalu berbeza dari kebiasaan pada tahun ni makanya aku terpanggil nak mencatit serba sedikit catitan kenangan sepanjang aidilfitri di musim Covid 19 ni
Bak kata mak aku
"umur mak dah 73 tahun. Ini kali pertama mak beraya yang macam ni. Sejarah tercipta"


Aidilfitri aku berlansung serba sederhana tapi laki bini eksaited lain macam
iye la kami berdua punya kampung halaman
memang setiap tahun tempat beraya adalah di rumah ibu bapa memasing
tahun ni sebab kita masih dalam tempon PKPB dan dilarang merentas negeri
makanya ini merupakan syawal pertama kami di rumah sendiri
hanya bersama keluarga kecil milik kami
sangat-sangat berlainan kan
tahun 2020 ni memang tahun lain macam sungguh
kan?


sedih memang sedih tiap kali mak memasing bertanyakan perihal persiapan hari raya tiap kali on phone TAPI apa nak buat
sayangkan keluarga especially orang tua kita melebihi segalanya
kalau mereka boleh berkorban apa sahaja
apa sangat kita as anak nak berkorban raya di perantauan sahaja
kan?


teknologi kita sekarang sungguh sungguh canggih
aplikasi whatsapp pon kemain laju update version terbaru mereka sebelum raya yang membolehkan kita bervideo call 8 orang sekaligus
hebatkan?
nikmat apa lagi laaaa yang kita nak dustakan
kalau kita berlapang dada menerima semua ini sebagai satu dugaan & perjuangan
banyak je jalan untuk gembira terbentang luas untuk kita explore


lebaran kali ni walau semuanya terbatas
rumah terbuka sudah nan hado
rumah tertutup sahaja yang ada
HAHAHAHAHA
kadang-kadang adik beradik seperut pon menjaga sesama kita
tak mahu bersua muka dek kerana risau akan virus yang ada
inikan pula sepupu sepapat
rakan sahabat handai
teman sepejabat
memang raya kali ini kita telah menjadi sebahagian dari lipatan sejarah terbesar dunia
bukan hanya Malaysia tetapi dunia!



one thing aku suka tentang PKP ni
manusia semakin berdisiplin
yang dulunya memang lansung tak punya common sense dalam dirinya
dah mula belajar untuk pupuk nilai tersebut dalam diri
yang dulunya terlalu busy mengejar dunia
kini sudah mula kembali kepada fitnah asal kita yakni Tuhan dan keluarga


Sweet gila tengok semua orang updated di social media pakat dok solat hari raya aidilfitri di rumah memasing bersama keluarga masing-masing
si ketua keluarga macho membaca khutbah buat seluruh ahli keluarga
tak punya tongkat seperti khatib membaca khutbah, diambilnya pedang anak laaa, senapang anak laaa, tongkat tokwan laaaa
HAHAHAH creative sungguh rakyat malaysia bila terlalu lama kena kurung
TAPI semuanya nampak bahagia


PKP juga menyaksikan semua orang BOLEH MENJADI CHEF YANG BERJAYA
semua resepi kita cuba
dari masakan harian sampailah ke baking kuih raya
semua kita bisa!
PKP punya panahan
ini suasana baru tahu
yang aku suka tengok semuanya dari sudut positive
walau hakikatnya dunia kita sedang tenat
ekonomi dunia sedang terumbang ambing
ramai yang hilang punca pekerjaan
bersabar ya semua
kita terus berjuang okay
berjuang cara kita
insyaAllah kita pasti menang
dunia pasti SIHAT semula





SALAM LEBARAN COVID 19 SEMUA
Kita sebahagian dari sejarah dunia
Maaf Zahir & Batin
Terus kuat berjuang
Kita Pasti Menang!



December 09, 2019

Lima Tahun


Setelah hampir 5 purnama diuji
Alhamdulillah, Allah lepaskan juga genggaman rezeki
Alhamdulillah, Allah tunaikan janji
Hasil dari bersabar dan bersabar dengan dugaanNya


5 tahun ini bukan 5 tahun yang mudah
SUKAR
Pelbagai peperangan emosi yang berlaku
Aku hampir tewas sebenarnya
Selalu berada dititik tidak waras
Sering bercakap-cakap di dalam hati
Mengapa & kenapa
Apa yang tidak kena


5 tahun ini
Ada masa aku rasa gelap
Ada masa aku rasa lemas
Ada masa aku mahu memberontak keluar
Hingga aku lupa untuk melihat kehidupan aku dari sudut yang berbeda
Hingga aku lupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada
Dan asyik melihat langit menanti apa yang aku tidak punya
Untuk turun ke dakapan dan genggaman aku


5 tahun ini aku simpulkan sebagai peperangan jiwa
Jiwa aku penuh sesak tapi bahagia
Jiwa aku selalu rabak tapi gembira
Jiwa aku kadang memberontak tapi masih senyum ketawa
Sesak, rabak dan memberontak untuk semua perkara yang aku masih tak punya



Alhamdulillah
Di hujung peperangan jiwa ini
Aku berjaya latih jiwa latih hati untuk melihat hidup aku dari pelbagai sudut
Ya Allah, ampunkan aku
Aku sebenarnya punya hampir segala yang semua inginkan dalam hidup
Cuma kurang satu dan dua sahaja
Tidaklah cacat kelihatannya
Hati aku sahaja sukar untuk redha


Bila aku dapat rasa yang hati aku redha
Terus Kau lepas genggamanMu
Dan sepenuh jiwa aku yakin
Ia adalah di saat dan tika yang paling sesuai
Yang mana hanya Kau yang tahu semuanya Ya Allah


December yang indah!
Alhamdulillah

August 29, 2019

Bahasa Jiwa #51


Hidup.
Allah tak bagi semua
Dan Allah tak juga ambil semua


 Untuk semua yang kita tak punya
Kadangnya belum masa
Untuk Pencipta lepaskannya buat kita
Untuk semua yang diambil Pencipta dari kita
Sememang sudah tiba masanya
Juga ia adalah yang terbaik buat kita


 Memangnya sifat kita yakni manusia
Sibuk mengejar apa yang belum punya
Sibuk mengira masa bila mahu berlalunya setiap dugaan yang menerpa.
Memang itu kisahnya kita manusia.


Mulut ringan mengucapkan syukur
Yang kadangnya tak selari dengan lintasan jiwa
Allahu