Jom memasak!
^___________^
today nak tulis entry tentang perjuangan EJ memasak
AYAM BUTTER MILK CREAMY
Penulis kurang mahir masakan ala-ala western
sebab penulis sangat cintakan masakan kampung
disebabkan bakal suami tak habis-habis request nak chicken butter or butter prawn macam kat William Corner tu
so penulis pon cubalah google dan google resepi
terus terang habaq kat hang
aku masak masakan simple macam ni pon
first try was GAGAL!
hahaha tak jadi seperti yang diingini
percubaan KEDUA barulah menjadi setelah mendapat tunjuk ajar Cik Yana Yano yang memang sangat pakar dengan masakan butter prawn chicken prawn bagai ni
So here I present uollsss
air tangan EJ pulak
Bahan-bahan:
- Ayam (pergi Giant tu suruh mamat tu potong ayam kau macam nak buat tomyam)
- Tepung jagung
- Putih telor
- Butter
- Whipping cream
- Lemon
- Daun kari
- Bawang merah
- Cili api
- Garam
- Susu cair
Cara-cara memasak:
nampak tak tepung jagung sebesar muka kau kat atas ni??
haaaa ayam yang dah dibersihkan tadi
kau golek-golek dalam puteh telor
lepas tu kau golek-golek pulak atas tepung gebu empuk ni
Minyak panaskan
lepas tu gorenglah ayam bersalut tepung tersebut sehingga garing mengikut citarasa
dah garing tu angkat dan tos minyaknya
panaskan kuali lain yang bersih tiada sebarang unsur minyak
masukkan 1/2 butter di atas
biar ia mencair di dalam kuali
ini daun kari.
bila butter dah mencair dalam kuali dengan kadar api yang perlahan
masukkan bahan2 tumisan iaitu hirisan bawang merah dalam 3 ulas
bawang putih 3 ulas
dan daun kari di atas
kacau sehingga sebati dan naik aroma memikat
eceh
;p
masukkan juga gula dan garam secukup rasa
masa ni jugak pastikan api paling perlahan ye
kacau sampai sebati dan bolehlah masukkan susu cair barang 3 sudu besar
ini pula whipping cream
nak bagi kuah buttermilk anda tu jadi creamy
^________^
boleh je guna tepung jagung
tapi kalau guna yang ini
terasa lebih westernnya
bila butter, tumisan dan susu sejat sebati dalam kuali
api perlahan dan panas sama rata
bolehlah masukkan whipping cream ni
dalam separuh kotak di atas'
kemudian kacau tanpa henti sampai anda dapat tahap kepekatan yang anda mahu
kalau nak pekat lagi
bolehlah bancuh 2 sudu tepung jagung dan tuang ke dalamnya
dan teruskan mengacau
bila lidah dah sampaikan informasi kepada otak dengan menyatakan bahawa semua rasa ada dan sempurna
bolehlah tuangkan buttermilk yang creamy tu ke atas ayam yang dah digoreng garing
hirislah lemon sebagai menyempurnakan hidangan kamu
bagi saya
LEMON adalah bahan yang penting dalam masakan ini
WHY??
sebab masakan ini sangat creamy
main bahan adalah ayam dan butter
so bila ada hirisan lemon ini
ia dapat membantu memotong rasa mual dan muak ketika makan
dan lebihan hirisan bolehlah di buat teh o ais lemon
owsem!!
terliuq plak dah aihhhh tengok lemon tea ni
Selamat mencuba ye
tak jadik mintak maaf
untuk resepi detail anda dinasihati untuk menggoogle blog-blog masakan
saya memasak ikot hentaman saya saje
selalu je lari dari resepi asal
T_____________T
Btw,
bakal suami kata LULUS
itu yang nak didengar
okbai
No comments:
Post a Comment