March 31, 2010

Hati Saya Berbunga Teramat





kenapa??


oh ho
banyak sebabnya
sampaikan terlupa sekejap akan blog peneman hati dikala sunyi sakit pedih perit.
biasalah
lumrah manusia
lupa daratan lautan
hahahaha




Hidup saya dikelilingi pelangi-pelangi indah lately
saya ada kawan yang sungguh baek
tidak terlalu berjiwa
tidak terlalu melambung-lambung saya
layan seperti biasa
tapi penuh keikhlasan dalam jiwa
AZA ELLIANI OMAR
saya sayang akan engkau!
dengan banyaknya



Hidup saya juga dikelilingi bintang-bintang comel
siapa??
oh ho
saya ada jiran yang sungguh comel
merangkap adik-adik saya
Syafa+Dila
ini mesin gelak ketawa
asal jumpak je ketawa
asal bertemu muka ja ketawa
sakit kepala asik ketawa
chinchan
conan
oton
apa lagi bha??
hahahaha macam-macam ada sama 2 orang budak ini
^_____________^




bila memerlukan sahabat lelaki utk berkongsi pendapat berkongsi rahsia
aku ada si syafiq yg sentiasa setia memberi telinganya utk segala masalah
dan yang sentiasa bisa mengukuhkan hati merapatkan mulut mengunci bibir jika ada rahsia yang kemas dikongsi kami
thanx bro!




saya jugak ada sensei yang tak pernah hipokrit
tak pernah kesah siapa akan saya
sensei VIVA yang setia
hahahahaha
makaseh Ilik




kan??
saya dikelilingi pelangi indah bukan?
saya tak eprlu serabut-serabut kepala pikir dia ni ngumpat kau dia ni mengata kau
tak perlu
sungguh selesa
amalkan kehidupan secara sederhana
berdiri diatas kaki sendiri
pandai bawa diri
bila masa kita perlu bergelak ketawa
rangkul tangan
satukan hati
sekepalakan otak tu
naaah kau
mari bergelak ketawa
dah abes ketawa???
diam
balik ke bilik masing-masing
jalankan kehidupan masing-masing
tugas menimbun seorang pelajar


tidak ada kisah disebalik pintu InsyaAllah




Makaseh Aza Elliani
Makaseh Syafiq
Makaseh Ilik
Makaseh Syafa adikku sayang
Makaseh Dila si selipar jipun yang sengal
anda memang pelangi indah saya di akhir-akhir masa sebagai pelajar tahun akhir UTM
sedih
tak sanggup
tak sampai hati
pasti
itu pasti aku akan merasainya bila tiba masa berpisah
InsyaAllah, tidak dilupakan akan masa-masa kita
itu janji hati


-TAMAT-


Jom Layan Gambar
^____________^


















I LOVE MY FRIENDS













March 27, 2010

Hati Sedang Busy

sate lengan satu!
kahkahkah




hati aku sedang busy
tu je aku mampu cakap



bila hati busy
keje semua tak jadi
demn!
thesis belum settle lagi
master belum settle lagi




Welcome Back STUDY WEEK
the last study week for me as degree student InsyaAllah





wei scholarship
bila nak masuk??
pokai teruk dah ni





kerja gile tu kadang-kadang menseronokkan!
^_______________^




bye!

March 20, 2010

HYUN BIN saya


dulu kini dan selamanya
aku gilekan mamat ni
adoi laaaaaaaa
x_______x





first time jatuh cinta masa tengok drama series THE SNOW QUEEN
tu imej beliau dalam cerita tersebut
messy n super duper cool



hair style yg sungguh super duper cool n smart!




sexy



adorable

Cool





and ini drama series yg sedang aku gile tengok
The World That They Live In
terbaek!!



oh my Hyun Bin
u r soooo messy n hawt!
sekian


March 19, 2010

Dilah


1 sem aku penat otak pikir mcm mana mau kenal bf di atas ini
tengok gaya macam sombong
nak buta-buat ramah takot kena sound setepek
akibatnya
1 sem jugak main senyum-senyum dalam lift ja
haishhhh

taadaaaa
sem akhir ni sem paling manis
ntah macam mana boleh jadi rapat
aku pon tak sedar
sedar-sedar bf ensem jiran depan bilik yang 1 sem aku skodeng ni dah jadi kawan baik kat kolej ni
^________________^



okey
ini ketika melalak di karaoke tadi..
sungguh enjoy
=)



like i say before
I AM THE GURL WHO ARE REALLY ENJOY MAKING FRIENDS!!





March 17, 2010

Break-Off

sumber: google image



sempat lagi nak post entry even esok dah start VIVA kan kan kan



aku nak potpet potpet sket je
betul ni sket
janji!



Lately aku tengok makin meningkat dewasa manusia tu makin kebudak-budak kan lak aku tengok
dan hari demi hari lelaki makin tak hargai perempuan setia
perempuan plak makin tak menghargai lelaki setia
ntah apa yang dikejar
ntah apa yang dicari


lupakan sekejap pasai tu
apa yang aku nak sentuh kali ni
penggunaan ungkapan 'CLASH, BREAK-OFF, PUTUS wut eva' dalam 1 perhubungan cinta
aku makin hairan bila aku tengok pasangan sekarang ni PUTUS tu macam bahan mainan dalam hubungan lak
gaduh sket putus
gaduh sket putus
then sambung balik
elok balik
bahagia balik


best ke macam tu??
adakah itu caranya anda menghargai cinta pasangan anda??



Allah hantarkan dugaan untuk kita harunginya
bukan LARI


kadang-kadang aku sampai tak tahu nak percaya ke tak kalau someone tu datang and cakap kat aku
'aku n bf aku dah putus'
nak tolong calm down kan pon aku dah mcm malas
sebab aku dah memang set in my mind, alaaa kejap je tu
gaduh putus
asal gaduh je putus
nanti-nanti baek la tu



tengok??
aku pon dah jadi jahat dan tak berhati perutkan??


tahu tak
putus cinta tu adalah perasaan yang sangat SAKIT??
tolonglah jangan main-main dengan ungkapan tu
sebab bila dah ditakdirkan memang betul kau dah putus
kau nak tak kalau kawan-kawan sekeliling kau dah mula tak percaya
and mula rasa ungkapan tersebut sesuatu yang ANNOYING yang keluar dari mulut kau
dah tekde nak rasa sedih
nak rasa simpati??



nak ke??



tahukah anda masa kita putus cinta tu
KAWAN adalah aset paling penting
kalau dah kepercayaan dorang kau main-mainkan
tak ke kau tak hormat cinta kau
dan dalam masa yang sama tak hormat akan perasaan kawan-kawan kau



1 je perkataan paling sempurna untuk orang mcm ni




'childish'


kan??




tapi tu la
kalau statement ni plak keluar??
'hubungan cinta aku, lantak aku la'


apa aku boleh cakap??
hahahahaha boleh bebel kat sini je la
^_______^




oh terlupa
aku bercakap secara RANDOM
tak maksudkan siapa-siapa





March 15, 2010

Facebook dan Ajie




itu AJIE
di apit 2 orang amoi sexy
suke ea!




baeklah
just nak bagitau yang aku sangat hairan dengan my Ajie sebab dia lansung TAK PERNAH ADA HATI NAK BUKA AKAUN FACEBOOK



sedang dunia gilakan facebook
mamat ni buat relax je
sedang classmates beliau sedang gilekan facebook
beliau relax je
sedangkan kawan baik beliau yg sama-sama membesar pon DAH ADA AKAUN FACEBOOK
beliau masih relax
selepas dipujuk oleh Eima Jer merangkap gf beliau pon
TATAP beliau buat relax
sungguh tak paham!



aku tak cukup manja kot!
T______________T




aku tak tau la kalau oneday nanti Ajie terbuka hati nak buat facebook
sure wall bersepah dengan ayat-ayat hairan kawan-kawan dia
hahahaha



March 12, 2010

V3 Samseng Jalanan = MENGECEWAKAN



macam biasa
aku memang sangat berminat nak buat review filem melayu
mari mari dan mari mengomplen




semalam sesi bertemu blogger bermula di U Mall, Giant
ecehh sungguh tak glamor tempat kami berjumpa
takpe
muvie nya MURAH!
dan agak selesa



-V3 Samseng Jalanan-
sungguh GAH bukan nama filem ni
tengok la tag line filem ni
"mati hanya sekali"
pandai crew farid kamil design poster GEMPAK seperti di atas
dan tag line yang memang cool sumpah menarik-narik kau ke panggung!



Honest
aku memang menanti filem ni
sebab expectation aku filem ni mmg gonna b super duper superb dari REMP-IT
barisan pelakon yang mantop abes
farid kamil yang sungguh keterlaluan HAWTnya
aqasha yang memang kita dah tau bakat lakonannya
Bront Palare yang slalu performed well dalam semua filem
Intan Ladyana yang sangat cantik
Lisa surihani yang sangat menawan
semua perfect!








TAPI




barisan pelakon je yang terlebih HAWT
tapi filem ni bagi aku sangat biasa
tak keterlalun kalau aku cakap kat sini
REMP-IT masih 4 kali ganda terbaek dari filem ni


aku cakap bersebab
aku ulas berdasarkan penilaian aku
selepas menonton filem ni smalam



penggunaan LOGHAT UTARA dalam filem ni memang TERBAEK
tu aku tak nafikan
bukan sebab aku orang utara
tapi da way farid kamil cuba ulas kehidupan rempit utara
slalu kita dah didedahkan dengan life rempit KL kan..
dan
beliau sangat HAWT bila cakap utara
bahasa ibonda beliau
back to da basic
hahahahahahaa



tapi dan tapi
mengapakah jalan penceritaan filem ini terlalu SIMPLE??
atau banyak sangat kena TAPIS dengan lembaga??
aku kurang pasti
ye la, filem ni kan tak lepas untuk ditayangkan kan kan kan?



kita pergi kepada 1 watak ke 1 watak


Farid Kamil:
watak dia memang sempurna
biasa la HERO
i love to see da way dia bertumbuk bergaduh dalam mana-mana filem pon
dengan muka garang beliau
memang macho abes!
watak yang dibawak beliau memang berjaya


Bront Palare:
beliau memang seorang perlakon versatile sumpah tak tipu
loghat utara di bawa dengan sungguh baek
watak beliau memang hidup abes


Aqasha:
oh ho mengapa perlu pakai eyeliner abang??
rempit gothic pulok ko??
n ur hair style memang lansung tak cool
sometime dah macam lembut la abang.
auw!
imej yang aqasha bawak dalam remp-it dah perfect n cool sangat dah
why kena ubah??
ok fine
tak boleh blah dan sangat tak puas hati dengan eyeliner aqasha tu



Radhi O@G:
tak perlu sangat hyper active aka terhegeh-hegeh
aku as penonton jadi rimas dengan watak beliau
radhi memang dah natural hyper active
tak perlu ditambah utk lebih hyper active
dah macam beruk la aku tengok
watak beliau FAILED!



Intan Ladyana:
watak perempuan baik berkejaya lembut bagai
memang sesuai dengan beliau
tapi aku pelik boleh lak kau biar rumah kau si mat rempit baru kau kenai sekejap tu lepak lama-lama
sungguh tak logik
and apa motif Farid kena kiss kau atas katil tu??
tak perlulah aksi tu aku rasa
macam sangat tiba-tiba




Lisa Surihani:
watak ni takde pon takpe
maybe sebab dia tengah hangat dengan farid kamil kot masa filem ni dibuat
so, awek kena la masukkan jugak dalam filem kau buat babe
baru berkat
hahahahaha stakat kau make-upkan dia bagi nampak garang
dah
abis
dialog adela dalam 10 perkataan




boleh tak malas dah nak teruskan cerita?
sebab aku sedih dan kecewa dengan jalan cerita filem ni
poster gile gempak
pelakon gile hawt
tapi apsal jalan cerita out!
tak tersusun
berterabur
takde kelogikan penceritaan
tu yang paling penting!




tu la lemah filem melayu
pelakon nak gempak tapi jalan cerita amek ringan
ending tak payah tanyala kan
memang sungguh hampeh!



dah la
aku bg 2 bintang je from 5
sekian!




My First Time


my first time jumpe blogger
=)
semuanya PERFECT!
2 minit je jumpe, dah boleh borak macam-macam



Cik Sha
nice to meet u!



nanti kita lepak minum TEH AIS kegemaran kita berdua okey =)


p/s: Apai dan Aza penyeri majlis =)


March 11, 2010

VIVA Part I



I mahu update mode VIVA!!



Okey
VIVA bukanlah sejenis kereta yang saya maksudkan
VIVA saya adalah Final Year Project Presentation
ini adalah saat paling menakutkan sebagai seorang student!
30% tau!





my VIVA will be on THURSDAY [18.03.2010]
10.30 AM


Panel 1 (Second Reader):
Puan Hidayah

Panel 2:
Puan Adibah




Wish me luck kawan-kawan
=)



p/s: semoga saya tidak di shoot dengan begitu terok! panel 2 saya sangat menyeramkan ok!


Finally

thesis yg sentiasa menghantui ketenangan hati
+_____________+





finally draft thesis berjaya dihantar semalam
plus
seminar paper


semua classmates aku kalau korang tgk smalam mata masing-masing macam panda
semua tak tido
semua tak boleh nak tido



ntah apa yang jabatan aku rushing kan sangat
aku tgk jabatan tlain relax je
bukan macam kami yang terkejar sana terkejar sini



bayangkan seminar paper kena submit sekali dgn full draft thesis
tak ke kau rasa nk tangan kau tetibe ade 14 n otak ade 3??



semalam pukul 5.30 petang jugak baru settle semua
penyelaras pon dah nak balik
siap je hantar, aku tgk list ramai yang tak hantar lg
hope dorang sume sempat!
Cik Ruby siap suruh aku balik tido lagi
maybe semak tgk mata aku yang sembam gile
muka yang kuyu letih
plus
LAPAR nak mati
since pagi tak sempat makan apa



panahan thesis ni memang TERBAEK lah!



semalam
settle je antar segala azab dunia tu
aku dan rakan-rakan pi makan
masing-masing tak sempat makan tau
ada yang order air sampai dua
ada yang order lauk sampai dua
semua nafsu perut tong memasing
tu la
bila stress sangat
dan penggunaan otak yang maksimum!
penat tau dunia student ni!
huh




okeylah
mari berdoa everything wil b okey
Next Wednesday aku dah start presentation FYP
demn!




semoga aku LAYAK menjadi GRADUAN UTM nanti
=)




p/s: for those yang final year korang tak perlu buat thesis or fyp bagai. memang tak mencabar la wei g kelas balik kelas jawab test kuiz bagai then grad! hahaha macam aku cakap tadi, panahan thesis ni memang terbaek. buat kau tido pon tak lena asek memikirkan aku ni layak ke tak grad ni. UTM memang lasak la wei. LI kau wajibkan, Thesis pon kau wajibkan. fuhhhhh



its Thursday!
weekend aku dah bermula!
=)





March 07, 2010

Pengenalan






MPG's Dinner itu adalah Majlis Malam Pra Graduan
^_______________^


Danga Cruise, JB
makanan sedap sedap belaka sumpah tak tipu
tempat pon selesa
majlis pun berjalan lancar


gambar berdozen-dozen
yang jadi ade yang sampah pun ade
(sila upgrade lens wahai eima!)
semua org sporting habis
enjoy!




thanx junior buat majlis utk KAMI para pelajar tahun akhir




tq jugak kepada Encik Ajie ku sayang sebab sudi datang dari KL semata-mata utk aku dan majlis
tengok kawan-kawan sangat friendly dgn dia
aku suka
bukan senang nak cari 1 masa nk kenalkan Ajie kat semua classmates syurga aku tu
bukan nak menayang ok!
takde asset pon nak menayang
tapi just nak dia kenai semua kawan aku
kan senang sket hubungan tu
eceh
melalut je





ini entry pengenalan untuk timbunan gambar yang bakal menjengah dalm masa terdekat
=)





March 05, 2010

Tak Perlu

tagged by Cik Mimie di FB saya


kata-kata di atas buat saya terpikir



tak perlu sebok mengkaji perubahan dalam hubungan persahabatan kita
tak perlu mengeluh betapa susahnya hendak mencari sahabat karib
tak perlu sentap sana sentap sini
tapi lihat diri sendiri dulu
adakah kau seorang sahabat yang baik?




siapkan diri kau dulu eima
untuk menjadi seorang kawan yang baik
InsyaAllah
mereka ada menanti bersusah senang bersama
tak perlu mengejar kawan
kawan yang baek tak akan biarkan dirinya dikejar
tapi persiapkanlah diri untuk menjadi seorang kawan terlebih dahulu



saya bercakap secara RANDOM!
diingatkan lagi
^______^



credit to:
Cik Mimie




March 04, 2010

UTM dan 'Say NO To Polystyrene'

sumber: google image



hari ni mood baek
sangat baek
thesiskan dah hantar kat supervisor untuk semakan terakhir
sure la hati bunga-bunga



sebab mood penulis sangat baek
nak bercakap sesuatu yang ILMIAH sket
hehehehehe



'SAY NO TO POLYSTYRENE!'


ini yang nak dibincangkan oleh penulis
ilmiah bukan?
^___________^



sebelum tu, jom kita ushar sket bahaya penggunaan polisterin atau dlm bahasa inggerisnya polystyrene ni


Pertubuhan alam sekitar antarabangsa, Californians Against Waste misalnya mengklasifikasikan polistiren ini sebagai ancaman masa depan yang mampu mewujudkan revolusi hijau yang menganggu gugat elemen pembangunan mapan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan dengan menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Malah Foundation for Advancements in Science and Education (FASE) pula menyatakan bahawa styrene, komponen utama dalam polistiren ini berpotensi untuk bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam bekas makanan polistiren.

Malah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyenaraikan polistiren sebagai bahan buangan yang ke lima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.

Sumber:
http://kdoclass0809.blogspot.com/2009/03/berita-bahaya-politerin-terhadap-alam.html
makaseh tuan empunya blog di atas ini




Isnin lalu bersamaan 1 March 2010, seluruh kampus UTM sudah mula mengharamkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan
proud so!
sehingga entry ni dibuat, tiada lagi kelihatan wajah-wajah polisterin di sekitar kafeterian UTM ni
semua pelajar dan kakitangan sangat comel dibekalkan dengan bekas makanan plastik yang boleh dikitar semula seperti di bawah ini oleh pengusaha kafe jika mereka memilih untuk membungkus makanan

comelkan??
mesra microwave lagi!




menurut maklumat yang saya perolehi sepanjang kajian thesis saya berkaitan sustainable campus ni, perancangan ke arah penggunaan polisterin sifar di kawasan kampus adalah termasuk di bawah Program Inisiatif Perlaksanaan Kampus Lestari Fasa 1 di bawah pengawalan Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM
ini merupakan hasrat NC UTM yang sangat mementingkan pemeliharaan alam sekitar
sungguh bangga dengan NC baru kami!



berita baik!
UTM memang sudah mula mempunyai perancangan ke arah perlaksanaan kampus lestari di mana draf perancangan untuk dimuatkan di dalam projek-projek pelestarian kampus di bawah RMK-1O nanti sudah mula dirancang dan diatur dengan teliti
tahniah Pejabat Harta Bina, UTM!
tahniah NC untuk ketegasan anda!




pengusaha kafe tak rugi ke?
taklah
sebab bagi sesiapa yang willing nak tapau makanan, mereka akan di charge RM0.30 bagi setiap bekas makanan di atas
dan kalau kau taknak membazir RM0.30, rajin-rajinlah bawak bekal makanan sendiri1
comel dan jimatkan??




ada warga UTM yang mengeluh ianya remeh??
oh ho
jangan begitu
sebagai golongan berpendidikan, mentaliti kitalah yang sepatutnya sangat senang diubah
kan?
bukan susah pon untuk mula membawa bekal sendiri
dan ia bukan sesuatu yang memalukan lagi bila semua warga UTM berbuat demikian
saya sangat suka
sangat bangga
taknak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk UTM
taknak buat utk UTM, buatlah untuk alam sekitar kita
kalau alam sekitar pon kau berkire nak jaga
cuba buat untuk generasi kau keturunan kau akan datang
=)




act, banyak lagi perancangan UTM yang dah saya tengok di bawah program ni
antaranya penggalakan warga kampus menunggang basikal di kawasan kampus
sungguh comel kan??
dan mata kepala sendiri pon sudah dapat melihat ramai para pelajar yang sudah mula gila membeli basikal
parking untuk pembonceng basikal pon sudah mula dititik berat oleh pihak UTM dari segi peningkatan penyediaannya
bagus!
saya bangga dengan kamu, UTM



haishhh
selamatlah saya lagi 2 bulan je nak lepak kat bumi UTM ni InsyaAllah
kalau tak, dah beli dah basikal satu
bestnya!!




kepada semua warga UTM
teruskan mensupport usaha pihak pentadbiran ke arah program-program yang berunsurkan alam sekitar dan kelestarian kampus sebegini
bukan untuk siapa-siapa
untuk kebaikan bersama juga



cukup kata-kata ilmiah saya setakat ni saja
nanti orang suruh masuk pilihanraya MPP lak
hahahahahaha



sebarang info yang lebih lanjut berkaitan sustainable campus, anda boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM iaitu Encik Zulkarnain bin Mohd Shah.
^_____^



UTM
'kerana Tuhan untuk Manusia'



Hairan

[[sekadar gambar hiasan]]


  • aku sangat hairan dengan insan-insan pelik di luar sana yang boleh MEMBENCI seseorang dengan kebencian meluak-luak tanpa kau pernah kenai pon akan orang yang kau benci tu. tak payah nak tahu dan selami hati budi beliau, suara beliau pon kau tak pernah dengar live tetibe nak benci tahap dewa-dewa. hairan bukan?? manusia dijadikan dengan pelbagai jenis hati, perangai, perlakukan. kenal dulu baru judge! tak semua kat beliau tu BURUK!

  • aku juga hairan dengan segelintir orang yang lansung tak bolehlah aku ni lebih sedikit daripada beliau. bukan stakat aku tapi orang-orang lain jugaklah. asek kau je yang nak nampak hebat da bomb. kau perlekeh orang ni, kau perlekeh orang ni. Up diri kau kat sini, Up diri kau kat sana. Apsal tak sewa je belon panas, and enjoy terbang dalam bakul tu. tak payah penat nak angkat bakul sendiri kan. terbangkan belon panas sendiri. okey? tak bagus prangai tu. kesudahan?? kau jadi bahan ejekan dan kutukan orang je.

  • aku lagi-lagi hairan bila tengok para ibu sekarang ni dah lansung tak sayang anak. kau boleh biar anak kau selama ni di dera oleh bf tersayang asalkan kau terus dapat hidup bersedudukan bersama. anak mati mula nak maki hamun bf tersayang binatang syaitan bangsat bagai. haishhhh taknak anak kau, bagi je aku! family aku boleh jagakan InsyaAllah.

  • ni satu lagi perangai manusia yang aku rasa dalam kategori yang paling-paling aku MENYAMPAH iaitu prangai PILIH KASIH.



p/s: alhamdulillah, thesis dah siap. Pagi nanti akan dihantar kepada supervisor tersayang untuk semakan sebelum submit full draft kepada penyelaras 10 March ni. Wish me best of luck kawan-kawan =)



Eima Jer: Aku bercakap secara random! itu perlu ingat...