December 31, 2010

EJ's 2010 Highlight



jarang EJ buat entry berganda
KAHKAHKAHKAH
sebelum segala masa saya yang tak sampai 12 jam je tinggai untuk tahun 2010 ini diculik oleh encik bf baeklah saya update belog siap-siap
^_____^
kejap lagi je tu dia datang culik



ini entry TERAKHIR saya untuk tahun 2010
oh ho
cepatnya masa berlalu
rasa macam baru je semalam aku counting days nak sambut ketibaan 2010
macam baru semalam je habis blajar
macam baru smalam je masuk dunia kerja
graduation
putus cinta
KAHKAHKAHKAH
semuanya macam baru je terjadi



hey 2010
kau datang dengan penuh dugaan
sungguh padat dan memadat
dan alhamdulillah
kau aku lalui dengan sempurna tiada cacat cela
amin ya Tuhan
syukur ya Rabbi


2010 melihatkan kehidupan aku berterabur
ye la
dalam perjalanan nak bentuk dunia baru
peringkat kehidupan yang baru



  • JANUARY setiap tahun memang selalu berjaya buat aku tersenyum bahagia. ingat lagi cake pink comel untuk small party yang ajie buat sempena anniversary kami yang ke 4 tahun. auw! romantik. mood bahagia membuka tirai 2010 aku. kahkahkahkah

  • FEBRUARY plak menambahkan lagi ahli keluarga aku. Kak Ayu dapat baby. my beby Orked yang comel bulaaaat muka sebijik macam fotostat muka si bapaknye lahir bulan inilah. suka gila tengok muka kakak saya yang bahagia sangat sambut kelahiran little girl dia.

  • MARCH plak memang bulan senak gila nak habiskan semester akhir degree aku. THESIS memang buat otak aku padat sepadat setepu yang boleh. TAKNAK hengat weh. benci thesis.
  • hey, march jugak ingatkan saya tentang kemeriahan Malam Pra-Graduan. Oh ho rindu classmates! masa ni mode-mode sedih bakal tinggalkan UTM dah mula muncul sket-sket. mulalah nak cintakan utm dengan banyaknya. hahahaha semua kawasan utm tu aku nak ukur nak lepak. EMOSI!
  • March jugak menyaksikan hubungan cinta aku skali lagilah dilanda dugaan ketegangan. isu yang sama isu tak sudah. campur darab plak dengan isu baru isu gila. lepas tu diharu birukan lagi dengan watak-watak baru yang secara tak sengaja timbul muncul ntah datang dari mana. serabutkan lagi apa yang dah serabut dah messy dah lintang pukang. oh ho senang cakap hubungan cinta memang sangat SERABUT masa ni. dan aku malas nak pikir sebab sangat STRESS dengan final year project. kepala hotak nak GRADUATE on time. tu je aku pikir. eeerrrr march jugak menyaksikan titik permulaan aku MEREPEK ntah hape aku merepek untuk hidup aku ni. shitty!

  • Oh APRIL. april 2010 april paling SAKIT paling JAHANAM. kahkahkahkahkah tak baeklah mengungkit. biarlah. dah berlalu pon.

  • MAY bulan hati aku sendiri. lepas tu kembali berteman balik. gila best main tarik tali isu-isu hati. cett macam bodoh pon ade. eh eh eh May memang bulan bodohlah. HAHAHAHAHA. .
  • May jugak melihat EJ berjuang mencari PEKERJAAN setelah kecewa tak kesampaian nak sambung MASTER! pergi interview sana interview sini.
  • May jugak kenalkan saya dengan seorang kawan yang hebat.

  • JUNE oh JUNE. EJ dah berkerjaya. June melihat EJ move to the next stage of life. Major hidup mula berubah. skop kawan-kawan pon berubah. hal hati pon makin merepek. merepek dan merepek!

  • JULY- macam biasa july adalah bufday Mommy saya!! takde yang menarik sangat yang happened. dok syok main tarik tali. luka hati orang ni orang tu sebab cik hati ntah serabut sebab apekah. July selain dari bufday ibu, semuanya banyak yang tak best tentang EJ

  • AUGUST- Yeah, seluruh umat islam menjalankan ibadah puasa. bulan baik bulan mulia. itu aje aku hengat selain sibuk bekerja.

  • SEPTEMBER-bulan PEDIH! malas hengat walau graduation day aku dah persembahkan yang paling terhebat termampu dek diri

  • OCTOBER- menikmati hidup SINGLE dengan penuh tabah cool tenang gembira. Hey en.gebu, tq ada untuk saya masa ni. saya tahu anda baca blog saya. saya tak penah lupa masa-masa dan semangat yang awak tiupkan untuk saya. tak penah.

  • NOVEMBER- EJ always love NOVEMBER! selain bufday saya, november tahun ni bulan saya kena HENTAM kena MAKI kena KUTUK KAW KAW . kahkahkahkah lawak pon ade. Ting! hidup berubah sekelip mata. watak-watak sekeliling berubah dan mengambil tempat dengan pantas. tak sempat terpikir dek akal. Ting..cinta yang dah hancur datang balik..cinta yang dipaksa pupuk membunga hilang ntah ke mana. macam TUMBUH TUNAS BARU tapi BENIH YANG CUBA DITANAM tak menjadi. oh, tunas tu lebih kuat. eh apa aku cakap ni. November menyaksikan EJ dimusuhi ramai pihak. oh tak paham. biarlah. kenangan bermakna jugak tu.hengat senang nak handle budak-budak baru nak besar ni?? susah tau!
  • TQ Ajie untuk surprise bufday party!

  • DECEMBER- EJ pulun kerja! itu je yang mampu saya cakap. kahkahkahkah



Hey 2011
Please being NICE on me okey!


Happy New Year Peeps!
entry 2010 TAMAT
tq







My Little Girl Pablo, Happy Bufday!




sebelum entry 2011 review aku tempek kat sini
penutup segala entry 2010
ini entry kedua terakhir 2010



HAPPY BIRTHDAY CHENTA
-Nadia Pablo-



Semoga hari-hari mendatang akan membawa sejuta kebahagian
terima kasih untuk semua masa kamu untuk saya
terima kasih kerana selalu ada dengan saya
untuk segala apa situasi milik saya




kamu antara sahabat terbaek sahabat berkualiti yang saya ada
semoga persahabatan kita akan kekal dan terus mekar
sayang kamu sangat-sangat my little bufday gurl



Enjou your Bufday Darl!




December 30, 2010

EJ dan Kerja





d.e.m.a.m
f.l.u
b.a.t.u.k
m.e.r.a.c.a.u


demn!!


kerja sangat banyak kat opis
doakan EJ cepat sehat keh
saya taknak cuti
hujung bukan hujung tahun
bankers suke serabutkan otak saya
hey
kalau saya ada saploh tangan
dah lama report-rport you guys tu siap okeh
ni tak
tangan saya ada 2 je
inilah nak taip report
inilah nak pergi inspection
inilah segala-galanya


T_________T


penat angkat call bankers especially Standard Chartered Bank
haiiishhhhh
abang-abang kakak-kakak
you guys nak close cases hujung tahun
saya pon nak close cases hujung bulan saya
janganlah keep calling
benci!



eeeeeeeeee currently EJ benci dengar hp berbunyi
grrrrrrr


btw
smalam jumpe client saya yang hensem tinggi lampai ya Tuhan banyak gila duit kau
ok perfect
jumpe kat Starbuck Time Square
oh ho
dia ajak saya lepak borak-borak lama lagi
tapi TAK BOLEH lah sebab saya datang dengan Ajie
kahkahkahkah



ayat paling best dia cakao
"ms, eima, remind me okey. I owe u LUNCH. Gimme a call when you're free. anytime anywhere okey. "



oh ho si hensem
itu rezeki
baeklah saya tuntut nanti
kahkahkahkahkahkah



kau gataikan EJ
yang hensem kalau owe kau lunch kau senyum je kan
bebunga
tapi kalau tokey2 tua tu
terus kau jawab
"its okey sir"
cetttttt!



Oooopppssss
Ajie, jangan marah naaaaaaa
ini salah satu urusan kerja
KAHKAHKAHKAH
^_______^



Semoga lebih ramai clients yang akan terus selesa berurusan dengan saya ke depan nanti
amin
tq Allah untuk segala kemudahan perjalanan kerja saya



December 26, 2010

Surat Cinta Dari Peminat EJ



Cerita ini bukan cerita kelakar
bukan juga cerita kuch kuch hota hai
kahkahkahkah
ini cerita EJ dan peminat rahsia atau dalam bahasa omputehnya SECRET ADMIRER
auw!



hampir 2 bulan saya di rumah sewa saya ni
saya dah dah dapat 3 kali surat cinta
auw!
ade lagi ea zaman tulis-tulis surat pastu selit lah kat mana-mana yang kau rasa si dia akan dapat
kahkahkahkah



Surat Cinta Pertama:
"Salam, hye awak. awak tinggal kat block 7 kan? saya dah lama perhatikan awak. saya nak kenal dengan awak. kalau awak sudi balas la surat saya ni. dan kalau boleh tinggalkanlah no telefon awak."



Komen Penulis:
auw! manje sungguhkan ayat dia. tergelak aku baca. ada lagi orang mengirat style Orthodox mcm ni
mintaklah facebook ke twitter ke
tak pon tanye la no phone kat form spiring ke
teknologi please!
auw


Eh EJ,
kau balas??


Cett
of coz la aku tak balas
nak balas kat sape?
pengirim pon tak tahu sape
at last surat tu aku campak tong sampah je
abaikan dan malas nak pikir banyak-banyak
sebab aku dapat rasa kerjaan sape
dalam kepala hotak ni ligat bermain muka adik aku n unisha
dorang bedua tu bukan leh harap
ada je keje nak kenakan aku




-kehidupan berjalan lancar 3 minggu selepas itu-


tapi 2 minggu lepas
aku dapat lagi surat cinta layang
ooouuuccchhhhhh



Surat Cinta Kedua:
"Hye awak. xombongnya awk. tak balas pon surat saya. lama tau saya tunggu. dah la awak selalu balik keje lewat. penat tau nak tunggu. nak tengok awak senyum. mahal sungguh no phone awak. tak sudi ke kawan dengan saye? saya ikhlas"


Komen Penulis:
oh sungguh puitis surat cinta kedua milik beliau
dan aku tak rasa tu adik-adik aku
sebab masa dapat surat pertama tu aku ada tanya dorang
dorang pon cakap dorang penah dapat jugak
dan dorang suspek pak guard yang muda-muda tu
sebab memamg semua gatai-gatai belaka
bukan bangla bukan pakistan
memang melayu kita kan



Hmmm
aku malas nak pikir banyak
malas nak amek tahu sangat
sekali lagi surat cinta penuh harapan dari sang pengirim aku buang
ye la
dapat kat Ajie nanti
tak ke dia cakap aku melayan
HAHAHAHAHA



TAPI
minggu lepas kesabaran memang diuji Tuhan
setiap pagi aku kena kacau dengan guard kat guard house
macam-macam soalan dorang tanye
paling tak boleh blah
kebetulan last week aku inspection kat condo sendiri
memanglah dah prosedur kerja nak kena pusing condo ni tengok pegi management office lah, ambik gambar block la gambar nama condo kat depan guard house tu la
memang dorang amek kesempatan nak mengusik aku lah


dan aku ni plak
malas nak marah orang
tak suka nak buat muka kat orang
yang aku tau aku SENYUM je manis-manis



lepas tu boleh plak one of them terlepas cakap
"awak ni rajin senyum. tak nampak sombong. tapi sombong gak sebenarnya"


sekali lagi aku senyum paling manis
dan blah terus
huh
malas nak layan
makin layan makin menggatai




esok paginya
sekali lagi aku didatangi surat cinta yang diselit kemas


Surat Cinta Ketiga:
"Salam, awak. balas la surat saya. dah lama sangat saya tunggu. kalau awak tak tahu nak balas macam mana atau takot nak letak balik kat sini. awak pass je kat guard yang jaga kat block awak. saya dah pesan kat dia. dia akan pass kat saya nanti. jaga diri tau"



Komen Penulis:
Oh ho
I got the proof
memang tak syak lagi kerjaan pak guard!
kau tunggu




EJ yang manis berbaju kurung merah ala-ala ayu sungguh berhentilah di guard house
sambil senyum
saya panggillah seorang uncle yang agak saya rapat
lalu dengan lembut tapi agak lantang saya cakap ayat ni


EJ:" Uncle, nak tanye ni. this week uncle jaga block 7 kan? I mean block saya tu kan?"

Uncle Guard: "A'ah. kenapa adik?? "

EJ: "Nak tanye sket. Uncle tahu tak sape yang suka bagi surat cinta layang kat saya? selit kat sini selit kat sana. "

Uncle Guard: "Tak perasan la plak adik. selalu ke dapat (sambil memek muka tahan gelabah dan sempat jeling kat budak-budak muda si guard gatai tu"

EJ: "masuk ni dah 3x dah uncle. saya bukan apa. saya ni kalau BUJANG takpe. masalahnya saya ni DAH KAWEN cuma HUSBAND SAYA TAKDE KAT SINI. dia kerja. OFFSHORE. nanti kalau dia balik, buatnye dia yang dapat surat-surat ni, saya taknak lah jadi benda bukan-bukan. jadi gaduh-gaduh. uncle paham-pahamlah. WIFE orang ni HAK ORANG. takkan saya nak marak kalau HUSBAND saya nak naek hangin orang kacau bini dia"

Uncle Guard:" Laaaaaaaaaaa awk dah kawen ke?"

EJ: "dah uncle. takde anak je. saya duduk dengan adik-adik saye sebab husband saya kerja luar, jarang kat rumah. saya malas la sampai nak mengadu kat management office kan. nanti semua orang susah. baek saya mintak tolong uncle je tengok-tengokkan sape yang dok kirim=kirim surat ni. saya nak tahu sape je. saya nak slow talk dengan dia, maybe dia tak tahu saya dah kawen kot. sebelum jadi benda bukan-bukan baeklah saya settlekan cepat-cepat. next week husband saya balik"

Uncle Guard: Baeklah adik. nanti saya tengok-tengok kan. (sambil jeling kat budak-budak tu yang tadi telan air liur tak lepas"



HAH
amek kau
BINI ORANG skali statement kau keluar EJ
habis cerita
kahkahkahkahkah


ntah bila la aku ade husband offshore bagai
main belasah je
tekebil-kebil pakcik guard tu
HAHAHAHAHAHAHA

yang paling tak boleh blah
guard muda 3 ekor tu memang telan air liur tak lepas la
aku saje je cakap terang-terang sambil jeling dorang
bagi dorang dengar sket
GATAI SANGAT kan
semua dalam rumah aku tu kau nak kaji




lepas je kena sound setepek dengan aku
sejak tu
tegur aku kat guard house tu pon tak berani dah
KAHKAHKAHKAH
kelakar!



hubby offshore ye EJ??
offshore mane?
Penang ke?
kahkahkahkahkahkah
main blasah je dialog





My BFF E-Day


HAPPY E-DAY my beloved bestfriend PIPAH
Im happy for you both


almost 9 years bercinta-cintun
finally both of them mula melambai-lambai to the next stage!


hey
ini kawan baik saya dari kampung
Siti Hafifah namanya
saya kenal beliau masa tusyen form 3 dulu
kahkahkahkah
kami sangat akrab hingga ke hubungan keluarga kami
dia sahabat paling garang yang pernah saya ada
dengan dia, oh ho rasa sangat secure
memang garang habis okeh!



si manis ni jugak la kenalkan saya dengan Ajie
masa tu jiwa raga tengah parah baru lepas putus cinta
kahkahkahkah


apa yang sweet tentang mereka
PIPAH adalah kawan baek saya
En.tunang beliau si SHAHID tu kawan baek AJIE
sweet kan
bila berempat lepak
memang kawan baek VS kawan baek la



Semoga semuanya baek-baek belaka
maaf tak dapat balik
cuti tak approve
yang pasti cuti untuk wedding hang nanti PASTI APPROVE sebab boss aku dah janji
kahkahkahkah
amek hati sebab cuti aku tak approve ghetu
cettt



lets counting days to your big day Pipah!




December 25, 2010

Sundal Malam. EJ Jatuh Cinta. Cannot Tahan Lagi

sumber:bakrihafizhisham.com


Currently
EJ sangat jatuh cinta dan tak tahan lagi menahan betapa kejatuhan cintanya hati ini kat TUBEROSE
-Bunga Harum Sundal Malam-


cantiknya kau
wanginya kau
sucinya kau
lambang kesucian betul!



Hmmm boleh tak nak tanam??


Merry Anne Part 2#


Saya sampai awal di lokasi
awal 20 minit
amek kau!
punya la nak amik balik hati client yang dah saya lukakan akibat keterlupaan


-Appointment around 1.30pm-


sambil-sambil tunggu Merry Anne kat depan pintu masuk lift-tak-boleh-masuk-sebab-takde-access
maka saya pon pusing-pusing la kawasan sekitar
jalankan kerja-kerja saya di sana


dalam dok kusyuk snap picture
tetibe saya di sapa seorang nyonya
oh pulak



sambil senyum saya toleh la
tetiba that nyonya cakap
"Hye, U are Ms.Eima izit?? im Merry Anne. Sorry, lil bit late!"



OMG!
amek kau
Merry Anne yang gojez la sangat kan kan kan
hahahahahahaha



so
aku yang tahan gelak sensorang dalam hati ni sebab imaginasi tersasar
ikot je la bontot Merry Anne naek Subject Property
dia tak banyak cakap
sebab masih bebai kot aku terlupa appointment
ok la kau senyap
dari kau sembur aku macam-macam
T______T
teruskan silent mode awak tu
saya suka


nak menyedapkan hati beliau
saya try janji yang akan siapkan sketch n all my work within 15 minutes je
berlagak kau EJ
rumah tu besar jugak kot!


adehhhhh
ayat amek hati weh
terpaksa sebab dah buat salah


Hmmm sedikit keceriaan kat muka dia
ye la aku paham
aku dah buat salah
kena la pantas settlekan kerja



dalam aku kusyuk memantaskan segala kerja aku
tetibe aku rasa Merry Anne hilang ntah ke mana
oh ho
takpelah
maybe dia on da phone kat luar
atau perasaan aku je sebab rumah tu besar



tiba-tiba pergerakan kerja aku terganggu dengan bau
oh bau tak brape harum
dan kedengaran toilet dalam master bedroom di FLUSHED!
OMG
Merry Anne melabur dalam rumah orang
vacant house!
dan BAU TAIK KAU SATU RUMAH DAPAT NIKMATI lah bodoh!!!
berape hari tak buang tak lupus ni?
setahun??



OMG!
Selamatlah Tuhan dan pelihara saya
saya dah selamat settlekan part kerja saya kat master bedroom tu
cuma errrr toilet dia guna tu tak sempat nak snap picture and sketch



WEH
TAIK dia gile harum
aku nak PENGSAN kot



dan Merry Anne yang tadi diam je taknak bercakap dengan aku
tetibe change menjadi insan yang sangat ramah
HAHAHAHAHAHAHAHA
plus muka menggelabah dengan bau-bauan yang diciptakannya dalam rumah tu


eleh
aku tau kau gelabah
kau nak cover line sebab tu tanye aku macam-macam
hahahahaha on phone sana on phone sini



nak tahu
saya tak sketch pon toilet tu
pic pon saya zoom dari luar pintu master bedroom je
kau boleh jadi mumia tahi tau kalau masuk situ
demn!



dan paling kelakar
bila saya keluarkan je ayat ni
" ok miss. im done my job"
terus dia kalaut nak keluar dari rumah tu
kunci pintu kunci grill
dan dalam beberapa second
beliau lenyap
HAHAHAHAHAHAHAAHA


Merry Anne oh Merry Anne
lain kali hormat sket property orang hak orang
jangan berak merata
hope new purchaser tak pengsan masa masuk tengok rumah baru dorang
kahkahkahkahkah




semoga saya tidak ditakdirkan bekerja dengan anda lagi






December 23, 2010

Bahasa Jiwa #14



Melarikan MINDA dari memikirkan kisah luka
itu bukan LEMAH


Itu cara halus
mengelak hati dari terus BUSUK
dek nanah-nanah luka yang pernah terhiris dihiris tajam
ya. suatu ketika dulu





December 22, 2010

Merry Anne Part 1#



hye bloggers!
baek-baek kah anda??
semoga sehat



wah
EJ ayat tak boleh blah
hengat MC Selamat Pagi Malaysia ke?
T________T



baeklah
untuk entry kali ni
(apsal ayat kau ni??)
saya nak story sket perihal TENTANG KERJA saya
plawok plawok plawok plawok
bace jampi Kak Limah sket
^______^



okeh
smalam bersamaan 21st December, 2010
makanya EJ telah terlupa bahawasanya beliau ada APPOINTMENT dengan property agent name MERRY ANNE
sungguh terlupa
boleh duduk RELAX kat opis sambil kusyuk buat kerja
T_________T
nyanyok ke hape kau ni EJ


makanya tepat jam 12 tengahari waktu Malaysia
Admin saya panggil saya dengan nada CEMAS
jeng jeng jeng
hengatkan ada urgent case lagi nak kena handle
macam selalu
TAPI firasatku tersasar belaka
amek kau EJ
agent yang bernama MERRY ANNE on the line


" Cik eima, hang lupa ka hang ada appointment kat Bangsar pukul 11.30am tadi?? mati la hang. agent on the line ni. dia dah tunggu 30 minutes dah ni. awat la hampa semua mcm ni. pening kepala aku. mau pengsan la macam ni. nah hang cakap n explain kat dia pasai apa"

oh ho
itu penjelasan Admin saya dengan panjang lebarnya
sambil tekup ganggang telepon tu konon-konon agent tak dengar apa dia membebel
T________T



hai cik telinga
mari dengar leteran that agent
memang berapi-rapi la aku kena bebel
sebab terlupa appointment
kena la tahan sebab MEMANG SALAH KAU EJ
tak payah tunding jari kat sesiapa
tak bagus tak manis


makanya
dengan kuasa yang ada
saya pon try la pujuk agent ni sebagai tanda apologize
beliau pon semakin menurunkan nadanya lalu bersetuju untuk forward appointment tadi area jam 3.30pm
saya plak pihak yang salah ni memang tak boleh nak demandlah
kena akur dan mengikut je la
T______T



jadinya fixed lah new appointment dengan MERRY ANNE tadi
saya pon tarik nafas lega dan sambung buat kerja



5 minit kemudia
MERRY ANNE call saya
beliau nak ubah appointment plak dah
nak pukul 1pm
hoi
gila ke hape
saya kat Kelana Jaya
nak pergi Bangsar 20 min??
gila dan gila
nak cari that property lagi
mana sempat
haishhhhh
sebab saya salah saya tak boleh la nak marah
maka saya nego cara baek
mintak 1.30pm
selamat beliau bersetuju
lega!


-habis bab arrange appointment dengan MERRY ANNE-



DI LOKASI APPOINTMENT
-Casa Vista Condo, Jalan Kapas, Bangsar-


saya sampai 15 minutes awal
bodek kan sebab dah buat salah
siap call dia cakap take your time takpe saya tunggu
gile poyo
kahkahkahkah


ye la weh
baek aku tunggu dari nak lawan betengkar dengan agent ni
dorang nak menang saje
menyampah!
semua benda nak cepat je
grrrrrrrrr


sambil dok tunggu MERRY ANNE dengan penuh sabar
aku pon duduk-duduk sambil imagine laaa muka MERRY ANNE yang bakal monyok kerepot masam mencuka dengan aku kejap lagi
segala teori untuk mengambil hati MERRY ANNE berputar-putar di kepala hotak menunggu masa sesuai nak POP UP
haishhhh
berdebar
first time nak handle situasi macam ni
kepala hotak ni pon ligat berimaginasi betapa HAWT n SEXY nye MERRY ANNE nanti
dengan ketinggian ala-ala TYRA BANK
berpakaian formal sket pendek sambil bimbit COACH HANDBAG
IPHONE always kat tangan
rambut curly yang menawan
oh GORGEOUS
dah sangat-sangatlah mencabar nak handle agent hawt macam ni



-bersambung-
off to office
^_____^




December 20, 2010

Two In One



saya food poison today
kesian EJ
T______T



Hey my beby tummy
awok ni pendengki betul laaaaa
semalam awak dengki kan saya makan kerabu air tangan mommy saya kan kan kan
mentang-mentang la saya dah lama tak makan kerabu bagai ni
awak berlagak gila ea
buat-buat tak biasa la plak kan
sampai nak sakit perut bagai


kalau mommy tau
tak ke mommy kecik hati nanti
dah la mommy sangat susah nak masak dah skrang ni
T___________T



Hey
ke kau memang akan kena FOOD POISON tetiap kali DECEMBER??
sebabnye
tahun lepas pon kau masuk hospital sebab food poison
december jugak
haishhhhhhhhh


dan masa tu kan kan kan
ajie kat kampung gak
macam skrang ni
T____________T





.............................................................................................................................................................................................................................................




OKEH
habis pasai food poison
nak cerita pasai hati yang tengah membuak bengang



oh dunia
saya PALING BENCI kalau ade exboyfriend PENYEBOK suke budget kau kawan baek abang aku konon-konon hebat dan takecare sangatlah dengana adik kawan kau yang nama EJ tu
eh bodoh
kau dah kawen okey
tau tak dah kawen
oh
kau dah KAHWIN ok
wifey pon tengah dok pregnant
dan kenapakah kau perlu sebok-sebok hal aku?
semua benda kau nak report kat abang aku??


sampaikan kau terserempak aku dengan Ajie dan Ajim dengan Unisha dok makan roti canai sambil gelak KAHKAHKAHKAH tu pon kau nak report??


hey penyibok!
kau duduk dekat mana?
kerak bumi ke?
sampaikan aku lepak mamak sambil makan roti canai pon sangat PELIK bagi kau??
dan dan dan
kau hengat FAMILY aku tak tahu ke yang anak bongsu aka adik bongsu dorang ni ade BOYFRIEND??
eh memang kau bodoh
bebal aku!



kau tahu tak bila kau tu jadi exboyfriend aku??
form 3 la sengal
budak sangat
otak sempit nak mampos
apsal nak simpan dalam hati nama aku ni lelama??
since clash aku lansung takde amek tahu pasal kau
kau mati ke kau hidup ke
kau bahagia ke dengan KAWAN BAEK AKU
sampai sanggup BACKSTABBING aku
ye kau bedua
lansung aku takde nak amek tahu
korang clash ke bahagia ke



bila u both split off
aku pon tak tahu
yang aku dapat tahu
both pulun nak kawen



hey
aku ni punye la manusia tak suka amek tahu hal korang
wedding you both pon aku lansung tak datang
siapa bini kau
siapa laki bekas kawan baek aku tu pon aku tak tahu aku tak kenai
serious tak amek tahu


kau ade anak ke
dia dah ada anak ke
aku TAK TAHU ok



dah tu
APSAL NAK SEBOK hal aku??



eeeeeeeeeeeeeeeee memang bodoh
meluat
menyampah!



ade yang makan penampo aku kang!
aku ni tak boleh sket dengan orang menyebok hal aku
tapi dulu kau pernah BUAT TAIK baek punya kat aku



kang dari aku tak tahu rumah kau kat mana
kang terpacak depan rumah kot
bagi khutbah kat bini kau
"cik wifey, tolong jaga en.husband awk bebaek boleh?? penyebok hal orang sangat ni"
kang perang
kat bergaduk anak bini



oh ho
bikin panas betul la




hey apsal la orang terlalu suke NEGATIVE THINKING kat aku??
benci la




December 16, 2010

Glasses


woah
EJ rindu la plak dengan diri sendiri ketika memakai glasses seperti di atas!



T______T
cepatnye masa berlalu
dah ham[ir setengah tahun tinggalkan zaman study
oh my





December 15, 2010

Nasihat Yang Termampu Dek Diri



kadang-kadang kita perlu akui
hati kita sedang KALAH


di situ letaknya permulaan langkah
untuk hati kita bangkit
jiwa kita dihidupkan semula



tak siapa mampu tolong
tak ada yang boleh membantu
semua terserah hati


hey
kalau tak bisa kau bangun dengan hati
cuba berdiri dengan jiwa
kerana aku percaya
JIWA kau mahu bebas dari semua masa tenat
kisah hati yang sendat dan memadat
aku sangat faham



kerana aku pernah menapak
di tempat kau sedang berdiri kala ini
aku sangat faham
teramat faham




-untuk dua orang kesayangan-
masa yang sedang anda lalui adalah masa- masa yang sangat tenat
terus tabah
memilih untuk menerima kekalahan hati
sedikit pon tidak menampakkan kelemahan diri
tidak sama sekali
percayalah
di situ letaknya ketenangan yang cuba kau cari
untuk melepasi waktu tenat ini



aku bercerita dengan pengalaman
sekadar berkongsi
kerana kau berdua kesayangan saya



bye

December 14, 2010

Roti Canai Special





8 properties 1 hari
buat aku lemau!



tekak nak makan benda atas ni
ROTI CANAI SPECIAL
Jalan TAR
oh ho oh ho
Its Yummy
T_______T

Ajie and Eima

Ajim and Unisha



Hoih
jom pi makan lagi
TERINGIN










December 13, 2010

Dear 1OO FollowersKu




Hey
saya seorang blogger yang sangat malas blog walking oh
T__________T
saya benci kemalasan saya tu
maaf maaf maaf



Hey EJ
no wonder la kau dah blogging almost 2 years baru 1oo je followers


Hey
100 JE awk kate?
JE??
OMG
for me 100 tu angka yang cukup besar untuk blogger malas macam saya
yang menulis lebih kepada untuk diri sendiri hati sendiri oh ho dan selalu syok sendiri
lalalalala!~



sempena 100 followers ni
meh sayang meh
tinggalkan jejak anda di ruangan komen entry ini okeh
nak jugak saya jenjalan belog kamu orang
nak ubah sket perangai pemalas saya



saya cepat jatuh cinta dengan penulisan orang
tapi tu la saya
sangat pemalas nak blog walking
shopping online pon malas
kalau nak apa-apa
saya buleh pergi sms kawan saya Cik Puan Drunbella tu suruh dia yang usha-usha
tahap apa la kau malas kan EJ



baeklah baeklah
masuk bulan depan belog sayang saya akan menyambut birthdaynye yang ke-2 tahun
kahkahkahkah
tahun pertama takde sambutan harijadi
tahun ke-2 ade okeh
sebab makin sayang lebiu piu piu lah kat belog ni



makanya saya mahu menerjah ke semua dunia anda wahai followers sayang
^____^



Ej, tahun depan tukar layout??
kan tukar layout setahun skali?


Hmmm tengoklah macam mana
saya sangat SUKA dan SELESA dengan current layout
simple
kemas
sedap mata saya memandang



hope korang pon macam tu jugak!~



Have a greet Monday peeps!



December 12, 2010

Untuk Tidak MERAYU



Ya Tuhan
dah 24 tahun lamanya aku dipinjamkan Kau nyawa
sesungguhnya aku bersyukur



Salam Ahad sayang-sayang sekalian
hye bloggers
bye stalkers
teeeeeeeeeeeeeeeeetttt!~



hey EJ
asek nak cari gaduh je kan kau kan kan kan


heeeeeeeey
mana ade
dah ada yang datang kacau hidup saya
wek!



ok.dah
abaikan


today
saya nak bercerita sedikit tentang perkataan ini
-MERAYU-


saya taknak bercerita tentang perihal orang
tapi perihal saya
kahkahkahkah
padan muka penat-penat datang sini lepak-lepak nak baca entry
tapi kena baca hal perihal tentang berkaitan saya dan saya lagi
(ayat apekah ini?)
ok teruskan EJ



one thing saya realized dalam diri saya
saya memang takde EGO sangat
saya tak suka melayan ego
tapi saya tak tahulah kalau perangai saya ni menidakkan statement saya yang saya ini bukan seorang yang ego
sebabnya
saya sangat kenal diri saya
saya tak akan pernah MERAYU untuk sebuah kasih sayang
itu egokah??



hey
walau sakit macam mana pon
saya lebih ajar diri untuk menerima hadapi lalui
tapi sesekali tidak saya MERAYU
itu egokah??



konsep saya pegang begini
bagi saya dalam kasih sayang
saya lebih suka disayangi
dan saya akan membalas kasih sayang yang dicurahkan untuk saya
saya akan hargai
dan jadikan hubungan kasih sayang itu lebih hangat lebih bahagia lebih bertambah-tambah
dengan syarat
kau datang dan menyayangilah saya seadanya
insyaAllah
saya hargai kasih sayang tersebut


dan bila pada bila-bila masa kasih sayang anda berubah
hilang
lari
ghaib ntah ke mana
saya tak pernah halang untuk ia lenyap pergi tinggalkan saya
dan saya takkan sesekali BEGGING pemilik kasih sayang itu untuk STAY
terus sayang saya
jangan tinggalkan saya
saya tak boleh hidup takde kasih sayang anda
takkan pernah boleh dan mampu
euw!



jangan macam tu sayang
saya tak suka macam tu
untuk apa rayuan?
itu semua bukan usaha
tapi sekadar jalan pintas untuk elak diri dari sakit
dari terseksa
berada pada situasi tenat
dah apa kau dapat??
huh
bukan segunung kasih sayang weh
bukan
hanya sekelumit rasa KASIHAN
oh demmit



perlukah nilai KASIHAN SIMPATI TAK SAMPAI HATI bla bla bla
dalam hubungan kasih sayang??
perlu ke?



bagi aku
tinggallah aku
ketepikanlah aku
tikamlah aku
khianatilah kasih sayang yang aku balas aku bagi aku curah
teruskan
tapi jangan sesekali kau pusing kau paling kau kembali
hanya dek kerana sekelumit rasa bersalah
rasa SIMPATI
oh ho tak sampai hati
tengok aku macam ni
itu BULLSHIT tahu??



bagi aku itu suatu penghinaan teramat sangat



nak tahu kenapa??
sebab aku pernah kena dulu
zaman cinta monyet beruk kera yang bodoh
hahahahahaha
taknak sakit
taknak kehilangan apa yang pernah ada
punya pulun sayang pulun cinta orang
aku telah merayu untuk tidak mengakhiri apa yang kami ada
dan ia sungguh TAHI
hubungan yang terbina kembali pon
bukan sekukuh mana
seindah mana
macam tahi jugak
sebab kau terus tegar buat tahi



sejak itu
aku ajar diri aku
jangan merayu untuk apa-apa jenis kasih sayang
tak kisah dalam persahabatan
percintaan
keluarga
dan isu belajar isu kerja
memang aku takde konsep merayu
kecuali buat rayuan JPA
hahahaha itu perlu sebab aku rasa aku LAYAK untuk menerima
setelah penat menelaah ilmu kat UTM sana tu
eh melalut kau EJ



sambung balik



aku sangat belajar dari pengalaman lampau
sebab tu kalau markah assignment ke test ke final aku macam HAREM J
tak pernah la lagi selama aku jadi student ni
aku pergi merayu lepak-lepak dalam bilik lecturer
tak pernah!
sebab aku tak pernah amalkan konsep merayu untuk aku berjaya
itu usaha aku
itu habuan setimpal yang layak untuk aku



isu merayu ni tak akan pernah kau terpikir nak guna
kalau kau yakin dengan diri
ya
YAKIN
yakin yang kau dah bagi yang terbaek
usaha yang sehabis molek
maka tunggu dan lihat hasilnya
kau sahaja yang tahu sejauh mana usaha kau tentang sesuatu


sama macam cinta
jangan merayu sayang
terutamanya awak-awak yang perempuan ni
jangan
saya nasihat jangan
sebab once anda merayu
anda akan letakkan diri anda dalam situasi sungguh kasihan
dalam tak merayu pon lelaki ni boleh letakkan kamu dalam situasi macam tu
apetah lagi bila a nda merayu bagai
oh ho
memang habis melampau naik kepala lah mereka semua



saya bukan ajar untuk jadi ego
berkawan baek dengan ego
tapi saya sedang ajar untuk berasa sedikit MAHAL



eleh EJ
cinta kau pon berterabur
jap off jap on
macam-macam hal
tarik sana tarik sini
iktikad sana iktikad sini
at last GET BACK balik
so, how??
kau tak merayu ke???



Tetttttttt
saya tahu itu yang terlintas kat kepala hotak yang mengikuti belog saya kisah saya dari dulu




ya
kisah cinta saya berliku
tapi pergilah korek segala entry saya
segala status fb saya
tak pon pergi cari buah hati saya
dan tanya pada beliau
"ada EJ merayu untuk anda terus stay?"



tak
5 tahun saya dengan dia
saya tak pernah amal konsep merayu dalam hubungan
dan syaa juga tak suka dirayu
kau mahu
kau BUKTI kau mahu
bukan merayu



dan aku sayang aku cinta
maka sebab itu aku pernah lepaskan kau dengan rela dan redha
sebab aku sentiasa yakin
aku dah beri yang terbaek semampu hati
persembahkan yang terpaling mampu kudrat
dan Allah itu adil



kau
ya. kau
yang sedang mengharungi masa-masa getir dan tenat
dengan isu hati yang dah tiba masanya diuji Yang Esa
ingat
jangan merayu untuk terus memiliki kasih sayang itu
ada masa-masa
kita perlu terima KEKALAHAN HATI
lepaskan pergi


kau mahal
kasih sayang kau mahal
cinta kau tersangatlah mahal
jangan murahkan ia untuk si buta hati
lepaskan dia pergi
mencari sendiri mata hati yang dah sengaja Tuhan kaburi untuk menduga dan menguji hambaNya
biarkan



-untuk seseorang yang aku sayang. aku mohon. kuat dan terus tabah usaha keluar dari situasi parah ini. kau boleh. kau mampu. sebab kita bangsa tabah.-





December 11, 2010

AjaqMySayang

-I adore this picta!-


sebab saya lambat
ini entry khas untuk awak
tebus salah saya keh


untuk sayang saya Mr.Ajaq
HAPPY BELATED BIRTHDAY!!



hey
awak tahu kan yang saya selalu sayang awak!
mak abah kita
adik-adik kita
angah kita
^_________^

yeah
keluarga kita
selalu dan sentiasa


Semoga hari-hari seterusnya mendatangkan lebih kebahagiaan, kejayaan, kemanisan, kegembiraan yang paling maksimum
saya selalu bangga dengan kamu


selamat tamatkan study
join saya mencari rejeki



Love you AjaqMySayang
always!



Regards,
EJ

December 09, 2010

My Bff E-Day




saye ade 6 orang bff
since diploma kami rapat
terpisah macam mana pon
ikatan dalam hati tu tetap ada tetap keutamaan tetap tak boleh nak ganti dengan shiapa shiapa
auw!



dan dalam 6 orang kami
dua orang si shantekk ni dah mendahului semuanya
yeah!
sudah move to da next stage of da life!
OMG
sangat happy untuk you both my dear darling
^_______^




siapa dorang EJ?



hey
mari saya kenalkan yaw



Congrat Akma@Kechik
-Akma and Aizan-


si kecil manis yang sentiasa comel manis gebu
ini ex-rumate seya selama 2 tahun ketika di UTMKL dulu
awek Taiping tegar
hmmm inilah partner sehidup semati saya dulu
masa baru-baru menerokai KL


hari indah beliau berlansung pada 20th November, 2010 hari tu
dan aku sangat sedih tak dapat hadir
jauh dan cuti tak lulus
hohohoho
T_________T


-Muslih and Maryam-


ini pulak CT Maryam
classmate saya masa diploma UTMKL dulu
group member assignment yang tegar dan tak pernah berubah bertukar sampai habis diploma
hahahahahaha



hari indah beliau berlansung baru-baru ni iaitu pada 27th November, 2010
dan
saya dapat jugak hadir!
yeay
sebab apa??
sebab dekat je
kat Gombak je



Congrat Kechik Congrat Yam
doa yang terbaek terbahagia terpaling gembira untuk kalian berdua
jangan lupa doakan kami berempat yang tertinggal ni jugak ye
hehehehehehehe
^________^



ok jom layan gambar!~






Love you guys!



Jom tengok sape paling akhir kawen
huh
mesti EJ
T___________T