April 29, 2011

Happy Bufday Hubby Wibby




Happy Bufday Hubby Wibby!!


semoga yang paling sempurna paling bahagia paling gembira dan berjaya untuk masa-masa di hadapan anda
have a blast!



maaf saya agak busy dengan kerjaya seharian sampai on your bufday pon boleh heret awak pergi property exhibition oh kesian
T___________T



I promise you
kita celebrate nanti okey
this weekend!
promise promise promise



love you more than you know my bufday boy
muaaaakkkssss!





April 24, 2011

Oh Monday Blues!


saya plaing benci bila ahad yang sebelah malamnya menjelma!
oh benci benci benci
sebab esok paginya
saya perlu _____________________.
KERJA!




bila monday blues sumpah hengat bestnya-kalau-aku-jadi-student-lagi-klu-malas-boleh-ponteng!
bila monday blues je MENYAMPAH tengok jalan yang sesak macam ada rusuhan je tu padahal jalan tu kau hadap dah nak masuk SETAHUN!
bila monday blues macam nak HEMPUK je henpon tu bila alarm bebunyi memekak suruh bangun pagi

dan
dan
dan


bila monday blues aku meluat tengok muka seseorang kat opis tu
yang tak habis-habis nak lepas marah kat aku
hey
kalau kau tak dapat malam tadi
kau jangan nak bebai dengan aku bhai
bodoh!



ok actually paling meluat nak hadap monday blues adalah DIA
oh oh oh
makhluk itu



T__________________T



April 23, 2011

TEPU Sampai KAPLA. Tahu?



fresh air fresh air
new environment please
peeps, cud u please take me out from home-sweet-home yang tetiba I rasa sumpah sampah sebab-tengah-bengang-dengan-seseorang!



What a lovely SATURDAY!
oh 23rd April yang AWESOME
tq for being such a SUCK day for me yay!
T____________T





I todaykan kan kan kan bangun awal sangat!
sumpah awal untuk weekend neh
ingat senang weekend hari sabtu lalalalala I tak kerjalah?
ok tipu
I kerja lah babe dude peeps pumpkins!


today kan kan kan
I smangat sangat nak mencari nafkah
sumpah smangat you olllssss!
bangun pagi
buka lappy hupdated blog
online dengan hati gumbira sampai jam 9 pagi
sumpah I bahagia di hari Sabtu
tido pon cukup
rehat pon terlebih-lebih
tak tau nak gambarkan how I FRESH saaaaaaaangat this saturday morning



TAPI pagi yang BEFORE jam 9.00am je la kan
after tooooo
my lovely Saturday turned to super weird day!!!



I malas nak maki hamun melontar segala amarah I
sebab tu ada status FB I pagi tadi cakap
'KEMARAHAN YANG TAK TERUNGKAP'
sebab tak boleh nak ungkap
tap patut
tak perlu



tapi kapla hotak ni dah TEPU tahu?
menahan GERAM
berperang dengan emosi marah hasutan syaitan
oh shit!



saya mahu LARI
mentenangkan hati


tapi mesej kakak suruh buat BUBUR GANDUM SHEDAP
boleh plak dia call then cakap
"sorry adik, esok boleh tak? today kakak keje. baru je balik ni and saaangat penat. esok akak cuti! akak masak esok je ea. datang makan n bawak balik untuk budak2 rumah skali"


okey okey okey kecewa!
oh kakak
tahukan awak adik awak ni tengah memiliki hati yang SOOOOOOOOOOOOOOO HURT!
T__________T



call anak buah
ok find!
tak angkat
after 1 hour she's sms me
"maksu, y?sorry late.im working til 10.30pm"


ok find find find!
baru nak lepak skali nak godek-godek lappy baru kau!
oh kecewa
T__________T



as conclusion yang tetibe je nak terus sampai part penutup
SAYA SO BENCI DENGAN PEOPLE YANG BUAT-BUAT BODOH KAU TU ADA BUAT SALAH
WITHOUT DISCUSS
EVEN SAY SORRY
OR EXPLAIN WHAT EVA
gimme gimme gimme some REASON selain buat muka emergency gila sebab try nk AVOID salah yang dah kau buat
THEN
blah macam tu je
sambil buat muka seposen
oh-lantaklah-dia-tu-bukan-penting-sangat-okey!



saya tak emosi sebab 5km tu
ia dah tertulis
tapi I sangat EMOSI dengan sikap baru tu
ACTING LIKE NOTHING HAPPENED
BUT YOU PRETTY SURE WHAT IS GOING HAPPENED ACTUALLY!
its sucksssss!



bai



p/s: "baru tak hantar purse je pon"- I really love this words. adore it!



til then




Sekitar MAHARAJA LAWAK Volume 2#




mari bercerita tentang MAHARAJA LAWAK Week 4#


haishhhh
AF dah masuk minggu ke 4 tak salah aku
langsung TAK SEDAR
sebab meluat nak tengok
tapi mai tang MAHARAJA LAWAK ni aku rasa sangat-sangat lambat masa berlalu
tetambah bagi penonton-penonton seperti aku yang TAK-LANGGAN-ASTRO-WARNA
T____________T


malam tadi tido awal
letih kerja
bangun gila awal pagi untuk hari minggu
terus capai laptop
buka facebook dan klik kat LINK INI


Soooooo
amacam korang!
dah tengok semua episod??


untuk WEEK 4 ni
aku pilih JAMBU as the best performer
tapi takde la best-sangat-sangat pon
cuma dorang je la yang nampak MENJADI-SIKIT-LAWAKNYA untuk minggu ni
wooot wooot NABIL
ape cerita ni??
mendadak turun kualiti da keunikan lawak anda
ada masalah jiwa ke Bang Bil?



JOZAN pon sama
honest aku rasa lawak dorang minggu ni sekali lagi menyentuh sensitiviti agama laaa
1st week dulu sentuh bab roadblock polis
itu bagi aku okey lagi
tapi bila datang sentuh bab AGAMA
aku rasa kita semua TAK PERLU SUKA
sebab itu agama kita
wajah kita
kenapa kena buat bahan ketawa masyarakat
banyak lagi benda lain
I think tu bukan IDEA yang bagus
tak tahulah korang pikir apa
pandangan masing-masing
masing-masing faham kan
cuma bagi aku
aku tak SELESA sangat bila rakan seagama kita
gunakan agama sebagai bahan lawak
tengok?
BERKAT takde, maka lawak korang pon sekadar so-so sahaja



SEPAH oh SEPAH
persembahan dorang pon hambar jugak this week
hey TOP 3
korang apa pasal ni
kecewakan aku betul
minggu lepas korang memang lawak habis
honest aku REPEAT tengok video performance korang lebih saploh kali tau 1 hari
kelakar sangat!
tapi minggu ni ada SERRRRRR sket laaa



BALAS
heh. ini antara group yang aku suka laaa
dorang ni SENGAL
tu je aku boleh cakap
ada idea tapi kurang kot lagi skill
tapi comel la both
dan sure la AKU-KENA-SOKONG-DORANG-JUGAK-KAN-DORANG-PUAK-UTARA-AKU!
macam PARA PENGUNDI AMIR!
hahahahahaha



Amir oh pity you Amir
kau jumpe bomoh siam ke weh untuk stay dalam maharaja lawak
tak boleh terima dek naluri manusia normal la jenis lawak kau ni
adoiiii!



maap
EJ hanya updated kumpulan yang EJ suka tengok sahaj
eh eh eh EJ suka Amir?


HAHAHAHAHAHA of tidak
amir tu kena tengok jugak
sebab nak tengok sampai mana dia MAMPU BODOHKAN DIRI SENDIRI
ok.bai





p/s: smalam before tido-gile-bapak-awal, tangan ni tergatai la plak tekak diari akademi fantasia. weh weh weh WTH laaa AF ni. gile SAMPAH semuanya tetambah yang NAMA-AMIR-YANG-NANGIS-RINDU-TUNANG-OH-SUNGGUH-EUW!! adoiiiiii sampah la weh. eeerrrrr amir jugak???






April 20, 2011

Bahasa Jiwa 17#






berMONOLOG dengan hati sama sahaja seperti sedang BERPERANG dengan hati sendiri
tobekan dari peluru luka yang lepas
adakalanya berdarah
darah yang kadang-kadang merah segar
dan adakalanya
merah pekat



ini perjuangan EJ
ingat pesan ibu
'tak semua yang indah itu mudah. tak semua yang perit itu sukar.terletak pada diri mcm mana nak perangi nak hapus nak buang nak capai nak garap nak miliki. ingat. hidup ni adalah percaturan kehidupan. bahagia dan sedih tak datang sentiasa. naik turun.tukar ganti.'



ok.saya harus terus kuat
untuk bahagia yang melambai di sana






April 19, 2011

KL-PENANG-KL Within 24 Hours




hokey wokey woot woot!~
mari hupdated cerita weekend saya baru-baru ni
^__________^


saya dengan ajie memang suka buat kerja gila meletihkan badan
sumpah memang selalu dan sangat suka

kerja gila apa?
kerja gila buat KL-PENANG tu macam PJ-KLCC
haishhhhh
T____________T



ingat lagi
dulu pernah merempit naek moto dengan ajie balik kampung nak raya
bulan puasa okey balik KL to PENANG
bulan puasa plak tu
dari jam 8 pagi pukui 2 petang baru sampai
terus pengsan tido tak sedar diri



ahad hari tu buat kerja gila lagi
pukul 6 pagi kot gerak pergi PENANG
lepas tu settle semua kerja
jumpa mak abah kejap dalam 3 jam
lepas tu balik KL balik
KL-PENANG-KL within 24 hours
gila kan kan kan
T_____________T


tapi takpe
semua untuk PAPA MAMA YOKIES kesayangan
Kakak and Abang kesayangan kami


Selamat berbahagia kakak
Lets counting days hari bahagia awak berdua
tak sabar tak sabar tak sabar





kakak saya setelah tersarung cincin di jari manis yang gebu tu









ini mereka
pasangan bahagia


ini pula budak comel yang terserempak ketika majlis bahagia kakak saya
comel sangat!~



To:
Kak Sha and Abang Kerul
Selamat menanti hari bahagia



To:
AJIE
okey okey okey
saya tau saya banyak TIDO je sepanjang jalan
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
^_______^



To:
Mak Abah
trillion tq untuk durian yang sangat sedaaaap!
sampai demam MC bagai eima punya pulun
okey okey okey
saya makan 2 bijik ok!



To:
Angah and Adeq
baeklah baeklah
along n kak eima jeles tengok bilik pengantin wannabe korang yang makin hari makin mengancam
tak sabar tengok korang naek pelamin
maaflah korang
kak eima memang adore gile dengan bilik air korang
laju gila shower tu


To:
EJ aka PENULIS
padan muka sakit gigi
T__________T



HAHAHAHAHAHAHAHA
dalam tak sampai 24 jam ni
sempat jugak saya merasa CHARKUEWTIAU Parit Buntaq
tq kesayangan!~




p/s: Selamat berminggu ulangkaji chenta hati! study tu jangan nak malas sangat!





April 16, 2011

Sekitar MAHARAJA LAWAK #Volume 1


tak payah nak nafi lagi
Malaysia memang tengah DEMAM MAHARAJALAWAK
facebook tu penuh dengan share link dari youtube
untuk semua persembahan setiap paserta


sejak disiarkan kat astro WARNA untuk minggu ke3
aku ni salah seorang penonton yang terseksa batin menanti jam semua persembahan perserta diuploaded dalam youtube
adoiii
apsal la merumitkan keadaan wahai ASTRO
nak untung berlipat kali ganda ke?
baek kau jaga RATING lagi bagus
buat apa kalau customer just langgan astro WARNA sepanjang maharaja lawak punye season je
then dorang REMOVE balik

sape susah?
ADMIN korang jugak banyak kerja
CUSTOMER SERVICE korang jugak banyak kerja
tak paham saya

to supporters maharaja lawak yang ada facebook tu
nah amek link ni pegi LIKE
next week punye persembahan cepat je korang dapat tengok before jam 12 dah siap upload sumpah tak tipu
pergi cepat
boleh main kutuk-kutuk amir jugak
^__________^



baeklah
untuk minggu KETIGA ni
EJ memilih


S.E.P.A.H sebagai the super joker
diikuti secara rapat melekat oleh JOZAN
dan NABIL yang penuh dengan keunikan dalam persembahannya


hoihhh
kalau soh saya yang pilih siapa maharajalawak
saya pilih je KETIGA-TIGAnya
sebab semua konsisten je lawaknya


to AMIR
izit true memang ada orang UNDI kau??
tak sayang credit ke??



eh eh eh eh
AKADEMI FANTASIA MUSIM AKHIR dan start ke?
TAK PERASAN la plak
teeeeeeeeeeeeeeeetttttt!



ok bai





Header Baru Lagi


okey
HEADER baru
untuk sajian semua



p/s: saaaaaangat saaayang nak tukar layout blog. so sebagai perubahan aku main tukar-tukar header baru boleh??


April 14, 2011

14 Days-Finally



14 days


berlalu


pergi


aku bukak jugak sampul tu



terkedu


terkejut


terharu



dalamnya kau letak aku
dalam sungguh




aku nak menangis
tapi
aku rasa tak layak
bukan tak perlu
tapi tak layak




semoga yang terbaek di sana
titipan pesan akan aku jaga



aku rindu masa kita bertiga!
sumpah aku rindu
T__________T





Surat Untuk KETUA



can you please teach me how nak KIPAS-KIPAS orang
oh please!
I need that sense of humor
T_________T



kerja dengan kompeni komunis ni memang memerlukan sifat mengipas ke?
HAHAHAHAHAHAHA
oh EJ
itu benar
kau kena pandai kipas ok
pandai amek hati
skill kerja tak brape nak hebat pon takpe
asalkan ko pandai guna apa yang ko ada
paham??



dah tu apa guna usaha?
apa guna skill?
apa guna dok pulun nak improve diri?
dan macam mana bagi staf yang memang BANGANG gila nak bodek-bodek macam aku ni?



kau
kau wahai ketua aku
kau manis tahu
kau hensem
kau kategori budak baek bagi aku
TAPI maaf, aku tak pandai nak kipas kau
tak pandai nak belikan kau pape
tak pandai nak sms kau
tak pandai nak bertanya hal perihal peribadi kau
walau aku tahu
kau mahu macam tu
kau senang dengan semua tu



tolong nilai aku dengan kualiti dan kuantiti kerja aku boleh?



berpanas aku on site
berpeluh aku measure merata
bertimbum file atas meja
berkeping file close bila aku ada dalam office pulun dan pulun buat kerja
mahu kau nampak kerja aku
mahu kau senang dengan kerja aku
mahu improve diri aku
kutip segala jenis ilmu yang kau ada
untuk aku majukan diri yang masih diperingkat bermula ni


dan bila aku SALAH
tak aku kisah aku dimarah
itu LEARNING LESSON untuk aku tidak mengulanginya lagi
tak aku kisah
tapi tolong jangan BUYERS
aku benci
aku rasa teraniaya
just sebab aku tak pandai beramah mesra



tahu kenapa?
sebab kau dah aku letak di suatu label yang aku gelar IDOLA
mahu jadi macam kau
mahu sehebat kau
mahu mengorak langkah memilih hidup seperti kau
aku minat
aku bersemangat


tapi
buyers kau kikis macam-macam
semangat aku
minat aku
dan KUANTITI kerja aku
kau wujudkan kebencian dalam ruang pejabat yang kita sedang berkongsi
aaahhhh
maaf, sampai ada tahap
nak hadap kau pon aku tak lalu
tahu?


"U know what, u always ARGUE me but u r wrong!"


kau salah
sebab aku tak pernah beri ruang untuk aku rapat dengan kau
untuk kau kenal
aku ni orangnya macam mana
batas yang aku bina antara ketua dan pekerja
yang secara tak sengaja
memusnahkan kemesraan yang ada


aku tak argue
itu cara aku belajar
learn from my mistake
dan tolong
jangan tak percaya dengan kerja aku
aku jenis simple
kalau salah, aku cakap aku bersalah
kalau aku tak buat
aku akan cakap aku memang TERLUPA TAK TAHU KURANG PASTI SEGALA
tapi jangan pertikai kerja aku itu
main pakai hentam je
damn!
aku marah
aku tak suka


marah aku buat aku menjawab tahu?
sebab tu kau nampak aku argue
padahal aku sedang menegakkan
yang aku jalankan tanggungjawab aku sebagai pekerja
aku tak argue
cuma aku taknak kau terus selesa dengan sikap hormat aku
nak semua cara kau betul kau hebat semua


maaf
kebencian aku mulai wujud untuk kau
tak perlu PUJI AKU MELAMBUNG
bila kau sedar
tiada lagi senyum manis yang aku hadiahkan untuk kau seperti saban hari
SEMANGAT aku dah mati
untuk kata-kata kau dua hari lepas
yang memang robek habis hati aku sebagai PEKERJA


aku tak STRESS
aku lebih kepada rasa DI SALAH ANGGAP!



p/s: ini kisah antara 2 watak SAHAJA. aku repeat. DUA WATAK SAHAJA. kau diluar sana jangan nak TERASA nak ambil pusing apa yang aku kata. ini dunia kecil aku. tempat aku berkongsi rasa. setelah penat mengeluh saban masa. tiada niat tersembunyi. kata-kata sinis untuk orang ketiga keempat kelima mahupun yang ke sejuta. dah aku bilang. ia luahan tentang DUA WATAK. harap faham.




April 13, 2011

Entry Untuk Apai





dah agak lama tak updated pasai BOLA kan kan kan kan?
okey ini entry pendek khas untuk blogger nama
-APAI-


sempena kemenangan Man United vs CHELSEA
dan
.
.
.
.
.
.
.
dan
.
.
.
.
.
.
.
.
dan
.
.
.
.
.
.
.
KEMENANGAN itu adalah kemenangan HOME dan AWAY
kahkahkahkah




penah dengar DESTINED TO WIN??
oh oh oh
itulah KEMENANGAN MAN UNITED saya




glory glory man united!!



demam tak apai???
^________^


P/S: mamat ni takde fb. pelik. so terpaksa la buat entry khas nak nganjeng beliau. selamat tenangkan hati apai. dah boleh juai torres tu.


April 12, 2011

Sekitar PD dan Officemates Syurga


9 April 2011-10 April 2011
ini weekend untuk officemates syurga saya
kami decide nak habiskan duit claim duit gaji serba sedikit release tension kat PD



Le-Paris apartment yang dipilih
sebab nak lepak kat marina ke avillion ke mampus tak mampu
bukan ada kapal sendiri pon kan nak lepak sana
HAHAHAHAHAHA
even beach kat PD tu bukanlah indah mana
tapi air lautnya sama je masin
angin pantainya sama je syahdunya
so layankan je lah




baeklah
kami ber7 untuk trip ke PD ni
actually officemates saya yang bujang ramai lagi
tapi macam biasa
maybe dorang ada hal lain yang lebih penting
so tak dapat join
next trip insyaAllah


mari saya kenalkan officemates syurga saya


Ini Cik Marina
awek Kelate gaaaakkkkk
Mix dengan Penang
dah jadilah anak mami campur
muka mami tapi kecek kelate




Ini Thursheena sayang saya
kakak senior kat opis saya
tapi bila kat luar
mengalahkan adik bongsu prangainya
eh eh eh eh beliau SINGLE lagi tau
sesape yang nak masuk isi borang tu
roger saya
ini aset kompeni komunis saya ni
kalau dia resign mahu demam bos!

ini Cik Gee
baru je join kitorang dalam 2 month
budak klang
lembut ayu comel
jangan suruh EJ jadi lembut macam dia
memang rasa macam sangat TAK MAMPU sebab dia ni serba serbi lembut

Ini Aisyah
saya panggil dia kat opis PENANGGAL
HAHAHAHAHAHA
Omg!
dia ni KELAKAR nak mampos
kau stress dengan kerja
mai mai mai lepak dengan dia ni
sumpah kau sakit perut gelak

ini Cik Eira saya
opismate yang paling rapat dengan saya
lembut tapi garang
orang kuat Kg Dato Harun ni
HAHAHAHAHAHA


Ini Cik Yana
awek klang
sama fakulti dengan saya dulu masa kat UTM
maaflah beliau dah nak kawen
takleh nak promote lebih

Ini EJ
single ke?
HAHAHAHAHAHAHAHAHA


jom layan gambar nak?
saya ni updated pepagi buta before pergi kerja
saya takde masa banyak nak celoteh panjang
T________T



itu bulan sabit
EJ buat keje bodoh
pakai camera biasa tapi ada hati nak shoot bulan
KAHKAHKAHKAH



Ini time petang masa dah sampai Le Paris






sempat lagi mandi kolam bebudak neh
HAHAHAHAHAHA



Ini plak masa BBQ malam sabtu tu



tak banyak sangat gambar
sebab EJ sebok dengan arangnya
kahkahkah


Ini plak masa dah check out nak pergi telok kemang
nak balik dah time ni



p/s: oh EJ sangat suka ice cream magic ni
T__________T









okey
secara KESIMPULANnya
gambar penulis cepotet je
adalah sekeping dua
haishhhhh
SEDIH



hey opismates sayang
best lepak dengan korang
next trip SAYA NAK MANDI WATERFALL plak
alrite?




















April 11, 2011

Orked Saya



ahad lepas masa dengan keluarga
saya di Klang
spent time dengan Mommy and budak kecik kat atas ni


OMG
cepatnya masa berlalu
orked dah 2 tahun dah
dah dapat kaki
dah montel
dah pandai panggil ayah
tapi panggil umi masih sekat-sekat lagi
hampeh



paling kelakar
bila bawak ajie
maksu jadi no.2
semua anak buah dah taknak dengan maksu
semua sebok memikat menggedik dengan paksu wanna be dorang
SEMUA okey
shahid pon
qistina pon
demn!
maksu serius turun saham


macam tak percaya
rasa baru semalam je tengok orked buka mata tengok dunia
T________T
orked, maksu dah tua rupanya
oh man!



jom layan gambar
maksu rindu awak sangat-sangat tahu
errrrr
rindu paksu wanna be awak jugak!
okey ayat last tu gatai je lebih
padahal jumpe hampir setiap hari
eh eh eh eh
salah
hari ni tak jumpe pon
T________T


sudah-sudah melalut
mari layan gambar orked saya berbaju hijau











okey okey
ini gambar paksu wanna be dengan orked saya plak
betulkan apa saya cakap
maksu EJ dah jadi no.2
T__________T

actually ada dak shahid dalam rumah tu
anak buah saya yang teramatlah ajie sayang
sebab saling tak tumpah macam dia masa kecik-kecik dulu
now BOTH pon botak jugak
kahkahkahkah


tapi nape ntah
SOMBONG BUKAN MAIN BETUL dia dat day
sebok dengan toys dia je


dak shahid pon dah besar
teringat masa dia seusia 5 hari
masa tu dah kenal ajie
dah rapat dengan ajie
SHAHID
itu pon nama yang saya dan ajie letak
sempena sayangnya kami kat MOHD SHAHID kat kampung tu yang baru kawen tu



haishhhh
saya BAHAGIA
sumpah saya gembira
hati saya senang


terima kasih Tuhan
pinjamkan saya segunung kasih sayang ini
saya sangat-sangat bersyukur


p/s: actually orked tu bukan nama dia yang betul pon. nama betul Iffa Zafirah. hahahaha maksunye yang kempunan nak anak buah nama orked. ok bai!



Bahasa Jiwa 16#




abah
i wish you are here



terus melihat anak bongsu abah membesar
bantu saya bila saya sedang jatuh
dek bebanan hidup yang mula meruntun hari-hari saya
nasihatkan saya tentang hidup
berkongsi pengalaman dengan saya
bagaimana untuk membentuk hidup
biar tak kaya tak senang mana
tapi sempurna serba sederhana
dah memadai



aaahhhh
hidup ini terlalu payah tanpa seorang ayah



saya masih anak bongsu abah
yang masih tidak bijak
untuk mengorak langkah menguasai kehidupan
saya perlukan abah!




April 05, 2011

Broga With All The Yayangs


hye semua
penulis nak TEMPEK GAMBAR lagi malam ni
banyak-banyak
harap-harap korang semua tak skait mata
^___________*



ini update story yang agak basi
20 March, 2011 yang lalu saya di invite oleh all da yayangs join dorang hiking Broga Hill tu
penulis yang memang sangat teringin nak naek atas tu
apa lagi
teramatlah seronok


siapa ALL THE YAYANGS tu?
macam biasa
mari layan gambar

pagi buta

pagi buta demi broga

pagi buta dan cinta

pagi buta dan semput




Ini Yayangs Ijal+Yayangs Janna+Yayangs Nas
^____^

Ini Yayangs Atin
oh pendaki luekimia
HAHAHAHAHAHA

Ini semua all da yayangs
Nas+Atin+Aisyah+Mek+Janna+Tasya+Fanny


The gurls

The boys

ini dua orang kesayangan saya!

Hubby wibby
lep lep lep

Favor pic

penulis

penulis lagi

penulis dan lagi dan lagi

bf penulis

gadisss

Ej and Fanny
budak ni comel sangat tau!
gewam!


wooot woooot!
memang PENAT SANGAT
lepas tu tak dapat pon tengon sunset bagai sebab hari mendung
LALANG EMAS yang shantekkk tu pon dah gugur
musim luruh agaknya
takde la takde



kesimpulannya
broga tak shantekkk sangatlah that day
dan kaki saya sangat PENAT


dan sebagai upah penat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

amek ni
penat kau mendaki EJ
bantai nasi lemak syurga ni


HAHAHAHAHAHAHA
bukan saya sorang je laaaaa
mai usha gambar bawah ni


jeng jeng jeng
mereka semua juga!

ngeeeeeeeeeeeeeeee
diet semua PUNAH



to all the yayangs
thank you yaw
next trip
KELIP-KELIP jom!