February 27, 2012

My Fault



Oh ini masa-masa sempit hujung bulan
T__________T



bagi orang makan gaji macam aku ni
paling benci nak harungi 2,3,4,5 hari di setiap hujung bulan
apa lagi kalau bukan 
perlu CATUR duit untuk hidup sampai gaji masuk



bukan tak ada duit saving
tapi kalau asek tak cukup bawak keluar asal tak cukup bawak keluar
bila nak tinggi gunung penyimpanan duit tu?
ye dop



jadi, kalau nak duit kau jadi bukit-bukit
makanya SIMPAN dan LUPAKAN je duit tu
catur jangan tak catur perbelanjaan setiap bulan
^__________^




TAPI walaupun dah habis susun dah habis manage
bila hidup ni ada nafsu
dan nafsu itu selalu menguasai KEHENDAK
dan akal mewakili KEPERLUAN
KITA selalunya akan tunduk pada kehendak walaupun sedikit kan kan kan
makanya
terjadilah apa yang selalu terjadi pada 2,3,4,5 hari di setiap hujung bulan
T_________T





APA AKU NAK CERITA SEBENARNYA NI?




errrr aku just nak share rasa SAYU aku hari ni



Gaji aku tak  masuk lagi
duit memang honest dah kena catur 
nak belanja bawak pergi kerja
minyak + makan + site inspection + topup
macam-macamlah nak kena catur betul-betul
sebab aku tak suka harap RUMOURS gaji masuk esok gaji masuk lusalah
aku tak suka percaya
memang jenis aku tak suka harap benda tak pasti




catur punya catur
duit aku memang cukup lagi nak tempuh alam kehidupan sepanjang seminggu  ni
alhamdulillah
TAPI bila aku bukak peti sejuk nak bagi Tuah and Atan makan pagi tadi
aku mula SERABUT 
sebab??
ikan dorang dah HABIS!
memang cukup untuk pagi tadi je




dah sudah
duit cukup-cukup je
memang ikotkan aku akan beli ikan dorang today untuk stock seminggu
sebab ada pasar malam
TAPI minggu ni sesaklah pulak




seharian aku memikir
sampai tahap teringat ikan bilis housemate la
Plan just nak rebus ikan tu je balik nanti untuk dinner dorang
Aku tak risau Atan sebab dia makan whiskas
aku paling risau Tuah sebab dia tahu makan ikan dan susu je
makan Whiskas je dia muntah balik
tak pon mula cirit
T_____________T




masa pergi site inspection  
hati sayu je lalu pasar malam yang aku selalu beli ikan dorang
haishhhh
seyes dowh
taktau nak gambarkan perasaan tu
TAPI memang bulan ni aku over loaded guna duit
sampai jadi macam ni




punyalah salahkan diri
maki segala diri sendiri
T______________T




TAPI itulah orang cakap
Bela kucing ni, buka pintu rezeki kita




dalam aku dok risau-risau tadi
tengok kat whatsapp group officemates aku
semua pakat dok happy GAJI dah masuk
^______________^
'Subhanallah ada rezeki anak-anak aku'
itu je yang terkeluar dari mulut aku masa baca mesej-mesej dorang
sedar tak sedar aku menangis
T____________T




aku tak makan takpe
TAPI aku tak boleh biar dorang tak makan
SEBAB dorang memang tunggu aku balik kerja setiap hari
sambut aku balik
dengan penuh harapan dapat makan sedap-sedap
kenyang-kenyang



apalah aku buat bulan ni!




maaf tau Tuah maaf tau Atan
kakak janji kakak saving rm10 per week untuk topup ikan korang
so, benda-benda macam ni takkan happened lagi
kakak sorry!




Hmmm macam ni kot rasa mak ayah kita kan kalau dorang sempit duit tapi kita nak macam-macam
walaupun ini hanya soal kucing
TAPI bagi aku
ini rasa sayu yang serius



Makanya terciptalah 1 tabung comel untuk makanan kitten saya
kakak sorry kakak hampir nak buat korang berdua tidor tanpa kekenyangan
T__________T



OK SEDIH
bye.





February 24, 2012

Unedited Pictures Of Tuah


Now I presented you Super Model Super Annoying In The House
^__________^



Bila budak kekenyangan PLUS kebosanan
yang on her way nak tido mengangkang
disajikan camera depan mata
macam kat bawah ni lah respond dia


Tuah memang suka camera
sanggup tahan mata asal dapat bergambar sakan
T_____T












very super modelkan?
sampai tertidur penuh gayalah depan camera




Tuah oh Tuah




February 22, 2012

Dear Awak.



Dear Awak,


Semoga awak sihat sejahtera hendakNya di tempat persembunyian awak sana. Saya masih doa awak sihat-sihat sentiasa sebab banyak benda lagi tak settle ni tapi awak cepat sangatlah nak angkat kaki berlari ke tempat persembunyian yang ntah di mana.



Dear Awak,

Awak mesti marah saya gila-gila kan? mesti awak maki hamun mencarut bagai saya di TWITTER awak yang dah awak removed ke blocked saya tu. sure pang pung panglah awak maki saya kan kan kan kan? oh oh saya tak tahulah apa awak tulis dan akan tulis nanti sebab twitter awak tu PRIVATE kemas sangat. Lainlah saya. remove tak remove sama je. saya tak private. semua boleh tengok jugak. ^_____^




Dear Awak,

Kenapa awak diam seribu bahasa masa semua dok busy body mentanya saya macam-macam even ntah siapalan mereka dalam perkaitan ini. awak yang memang pelakon utama, diam je seribu bahasa. saya tunggu jugak awak tanya saya. sebab saya tahu kita sama-sama tahu. kan?




Dear Awak,

Saya bukan tikam awak tau. saya cuma mencari KEBENARAN dalam setiap percakapan awak. SETIAP SATU saya cari sebab itu memang jenis saya. Dengar kedua-dua belah pihak dulu lepastu baru saya nilai untuk diri sendiri nak percaya ke tak. Iyelah, tak baek pikir terlalu buruk tentang seseorang yang pernah kita sayang. Tetambah la fakta tu tidaklah logik difikir akal yang waras ni. So, bila saya ada peluang saya akan cuba cari kebenaran. tak salahkan??




Dear Awak,

Awak pergi mana?? kenapa awak tak mengaku walau sedikit apa yang awak buat? sedih tau saya dengar. mengakulah sikit. jangan feeling mulia sangat. saya pon mengaku apa salah yang dah saya buat. awak ni memanjang nak feeling DIVA nak feeling INNOCENT. benci tau!




Dear Awak,

Saya ada 4 pasang telinga lagi yang dengar. dan kalau awak pergi tanya, sama je jawapan yang awak dapat. kami tak pusing cerita. kami cuma cari kebenaran untuk hati kami jiwa kami dan persahabatan kami. saya tak kisahlah awak nak lari sampai bila lari ke mana. cuma ke depan sana nanti, jangan terlalu kejar cinta sampai awak gadai nilai manusia yang awak ada. jangan.




Dear Awak,

Awak HEBAT tau! banyak sangat cerita yang TWIST! 





Dear Awak,

Awak MEMANG SANGAT HEBAT sebab list-list mangsa awak bukan sedikit, tapi ramai. termasuklah kawan-kawan baek awak. senang-senang awak petik nama.




Dear Awak,

Awak SUPER DUPER HEBAT sebab semua jadi caca marba sejak awak mula jatuh cinta.




Regards,

Ms. EJ
Mangsa fitnah yang ntah ke berapa
^________^



February 20, 2012

Chenta.

pemberitahuan: Tuberose saya mati kering =,=". misi gagal!




saya dan Chenta dah okay
SAYA BUAT PENGUMUMAN NIH!


tanpa facebook
without twitter
KAMI tetap okay



Alhamdulilah
hati aku sangat lega dan lega
bila dapat settlekan semua isu tak sudah antara aku dan Chenta
hubungan persahabatan kami pon kembali macam biasa
segala salah faham
dah pon diuraikan satu persatu



lega sangat
sebab hati aku terbuka untuk beri peluang untuk segalanya
dan hati Chenta juga
terbuka untuk perbetulkan segala



KAMI sama-sama salah
senang.
Takde yang berul
takde jugak yang salah
sebab memang sama-sama salah



jawapan sama
sebab terlalu sayang
hati jadi sensitif untuk semua perkara
mulot masing-masing jugak boleh tahap puakanya
MAKA
menjadi-jadi salah faham yang timbul
ditambah pula dengan adunan isu-isu sekeliling
BERTAMBAH dan BERTAMBAH salah fahamnya



bila masing-masing turunkan EGO yang ada
berbincang apa yang tak kena
TANPA sebarang rasa yang disorok kemas
semua diluah dikongsi ditanya dan dijawab
sekecil hama sahaja LUKAnya
tapi membusuk dek kerana memendam
dan memikir yang bukan-bukan
haishhhh!~




sekali lagi saya ingatkan anda semua yang ada kaitan dengan saya dan Chenta
saya lansung tak berminat untuk CEMBURU kisah cinta Chenta dan buah hatinya
lansung tidak
itu perasaan natural
malah.
saya lagi suka melihat mereka meniti hari-hari bahagia yang ada




*ikhlas



saya di sini hanya berusaha menyelamatkan apa yang pernah KAMI ada
sebab Chenta antara SAHABAT GEMILANG saya
dan saya akan sentiasa cuba selamatkan apa yang ada
cepat atau lambat
saya pasti usaha!








February 19, 2012

Kerana Seorang Fazura



wah wah wah
mula-mula entry lagi dah tempek gambar hot Fazura kita tau
wewiit!


ini the latest avatar cik Fazura di twitter beliau
ini artis yang sangatlah rajin layan peminatnya di TL
dan beliau juga merupakan one of my followers
nak pengsan tau masa mula-mula tu beliau follow
macam tak percaya
^_______^




eh eh eh
entry yang nak aku karang panjang ni bukan nak cerita pasai cerita dunia hiburan
kalau nak story xoxo pasai retis-retis ni semua
google je terlalulah banyak blog-blog gossip tu
kau akan jumpak apa yang kau nak jumpak




apa yang aku nak cerita ni ada jugaklah sedikit pasai Cik Fazura cantik gorgeous sumpah memang cantiklah!
ada kaitan
jeng jeng jeng





few months ago
tak salah aku masa bulan puasa kot
Unisha ada bagitau aku masa dia nak pergi jemput Jim balik kerja
dorang singgah bazar ramadhan TTDI
lepas tu terserempaklah dengan si cantik jelita ni
^___________^
apa lagi
si Unisha yang memang minat sangat dengan Fazura ni memang excited habislah
lalu TWEET lah aku di twitter
bagitau yang dorang tersempak Fazura dan dia sangatlah cantik, hawt, gorgeous
sambil mentioned twitter Fazura tu



tetiba 
Fazura RT tweet kami
dan adalah tersalah anggap kat situ
Fazura ingat aku yang terserempak dia tadi di Bazzar Ramadhan TTDI
tak salah aku ada 4 tweet yang dia balas
on the dot
aku ni super happylah
sebab tak sangka dia balas
dan sebab excited, aku dan Unisha dah terlupa dah yang Cik Fazura tu dah tersalah orang
bukan aku yang terserempak dia tapi Unisha
bila check twitter beliau thru uber social
tengok-tengok ada naik
'Fazura is following you'
lagilah aku ni excited tahap gila
dan dan dan
sebab Fazura balas tweet aku banyak kali
ramailah followers beliau yang turut sama RT
jadi meriah gila TL masa tu



malam tu memang hati bunga-bungalah!
dan TL asyik cerita pasai Fazura je lah
^_________^



sebelum tido tu
ada dapat tweet dari kawan rapat
she asked me
"sejak bila suka Fazura. Hang bukan suka Fasha ke"
dan before terlelap
aku balas
"Ada ke orang tak suka Fazura?"



hmmm aku rasa jawapan tu dah cukup-cukup buat kau pahamkan?
sebab aku malas nak bertekak untuk sesuatu yang takde kena mengena dengan hidup
dan ia berkaitan artis pulak tu!
YES.
memang aku sangat suka FASHA SANDHA
semua yang kenal aku
pasti tahu aku memang suka Fasha Sandha tu
TAPI tak bermakna aku tak boleh berubah hati suka akan orang lain ke depan nanti bukan??




esok masuk office
kebetulan Monday blues tak salah aku
paham-pahamlah emosi monday blues macam manakan




tup tup dapat plak sambungan TWEET semalam
isu yang sama iaitu isu Fazura
dan kali ini
ayat betoi-betoi tak puas hati
nak jugak ungkit isu 8 tahun lepas
yang MEMBUKTIKAN aku ni memang tak suka Fazura dan hanya suka FASHA
HomaiGOSH
I thought semua dah habis
BUT WHY
nak kerohkan lagi keadaan
nak AIBkan aku di TL
nak jugak jatuhkan air muka
untuk sesuatu yang takde faedah




sedangkan kau boleh fikirkan?
dah aku bagitau jawapan sebelum tido semalam
maknanya aku SUKA
dan tak salahkan suka kedua-dua nya
apa isu?




Syaitan mana yang merasuk
Iblis mana yang tiup-tiup api kemarahan
aku yang memang selalu gagal kawan emosi ini pon
apa lagi
mulalah balas tweet ikot perasaan
takmau lansung lindung dan pendam
semua aku hentam
keluar habis luka-luka terpendam
amek semua!



dan macam biasa
mulot EJ menang sangat longkang bila sedang marah
tu memang dah sedar lama
sebab tu malas nak marah
untuk isu kecik





Maka.
detik itu AKU HILANG SEORANG SAHABAT GEMILANG!
just sebab perkara kecil
PLUS dengan mulot puaka ayat longkang aku bila marah
dan dan dan 
semuanya tentang FAZURA
bhahahahahahaha



now nak salahkan siapa?



fazura?


aku si mulot puaka??


dia yang aku taktahu tak puas hati kat mana?


so.SIAPA?


atau TWITTER?





marah aku sekejap
baran aku tak lama
DAN sepuaka mana semarah mana
aku tak pernahlah terdetik nak putuskan apa yang ada
sebab bagi aku
tak semestinya dalam bersahabat kita tak boleh marah tak boleh emosi dan tak boleh bertelingkah kadang-kadang
kan?
itu semua memang patot elak
TAPI kalau kita amal konsep memendam pon susah jugak
sebab asyik fikir
beliau kecik hati nanti beliau jauh hati nanti
kalau kita tegur kita marah



bila memendam sangat
macam inilah jadinya
isu yang sebesar hama
dan rosakkan perhubungan persahabatan yang boleh aku kata antara yang terpaling aku sayang




mungkin sebab marah dimarah
mungkin terlalu marah akan aku yang memarah
mungkin bencikan kata-kata aku yang sedang marah
dan mungkin
dia jugak gagal kawal emosi dan ada benda-benda yang dipendam lama
jadi,
masing-masing MELETOP!



dan sahabat gemilang aku itu tadi
memilih untuk UNFRIEND aku di FACEBOOK
UNFOLLOW aku di TWITTER
dan maybe 
UNFOLLOW aku jugak di blog
T____________T




ayat terakhir aku baca
"SEKALI AKU BENCI. SELAMANYA AKU BENCI"



what to do
masa aku baca tu
aku masih berada pada lingkungan emosi paling tinggi
jadi aku tak rasa apa-apa malah lagi suka!



TAPI bila kemarahan dah reda
otak boleh berfikiran normal
aku sayu.
ya salah aku naik hangin yang tak terkawal dek kata-kata
tapi boleh juga kau fikir
kenapa emosi itu datang menerpa, bukan?




seminggu lepas kejadian
aku macam biasa
nak selamatkan semua
kawan-kawan rapat pon banyak bagi dorongan
suruh berbaek segala
TAPI niat tu terhenti
sebab kau terlalu MURAHKAN persahabatan kita
dengan sesuatu yang terlalu remeh




kau buang aku
hanya kerana aku mampu buat kau sakit kau luka kau sedih
dek kerana perkara yang paling remeh




sedangkan kau bolehkan
letak diri kau di tempat aku jugak.



SEMUDAH ITU kau baling persahabatan kita
kaki aku auto terkunci
ego aku mulai meninggi
untuk lembutkan hati
perbetulkan apa yang sepatutnya kembali seperti sedia kala




sebab kau itu sentiasa KESAYANGAN
tak pernah secalit emosi aku kotorkan di ruang ini
tentang kau
hingga ke hari ini




entry ini
hanya cuba jelaskan
keadaan di pihak aku
itu SAHAJA niatnya




semoga ada lorong ada peluang diberi Tuhan untuk kita perbetulkan semua
sebab kau
sentiasa SAHABAT GEMILANG aku sampai bila-bila



Maaf untuk segala salah dan silap
*ikhlas






February 18, 2012

EJ Kena Blocked La Weh



facebook ni selalu buat orang bergaduhkan?
yang tak amek tahu pon
tetiba kena blocked!



kejadian ni dah lama
TAPI memang saje je bagi cold down dulu baru aku bawak isu ni ke dalam penulisan aku
so entry aku tidaklah terlalu emosikan
sebab aku tahu
aku memang lemah bab-bab kawal emosi



korang pernah tak ada kat situasi di mana korang LANSUNG TAK BERMINAT dengan kisah hidup one of korang punya kawan
dan bila LANSUNG TAK BERMINAT
*saja nak CAPS!
korang rasa korang ada tak masa nak jadi STALKER
stalked apa dia buat kat facebook
status dia
apa gambar-gambar dia uploaded whatasoever
korang rasa korang akan BUAT TAK SEMUA tu
kalau from beginning lagi
korang memang kurang berminat nak amek tahu hal dia?



ada masa tak. ada masa tak???



kalau aku?
MEMANG TAKDELAH MASA
dan TIDAKLAH AKU RAJIN nak stalked orang yang takde perkaitan dan kesinambungan dalam kitaran or circle hidup aku sehari-hari
memang TAK la kan



baeklah aku pergi stalked current girlfriend ex-boyfriend aku ke
ex-bestfriend yang dah decided nak putuskan persahabatan ke
sahabat-sahabat gemilang yang tersalah faham lalu bertengkar bawa diri masing-masing ke
ada jugak kaitan dengan hidup aku kan?



ini kau.
sudahlah aku jumpa hari-hari
nak stalked facebook lagi dan lagi
apalah aku nak cari.




kawan-kawan kau takde pon kaitan dengan hidup aku
kawan-kawan boyfriend kau lagilah jauh kaitannya dengan hidup aku
cara hidup kau berbeza dengan aku
style kau bersahabat jugak berbeza dengan kehendak jiwa aku
JADI?
cuba pikir apa yang aku nak STALKED?


TETIBA
kau datang explained bla bla bla
kau blocked aku kat facebook
dengan alasan?
TAKNAK STATUS-STATUS OR GAMBAR-GAMBAR YANG KAU POST KAT FB KAU TU kecikkan hati aku ke hapa
pelik tau pelik




sedangkan
untuk tempoh sebulan
2 kali pon susah aku nak klik facebook kau
ini KENYATAAN BENAR!




macam-macam tau manusia ni
kita tak ambil tahu
dituduh ambil tahu




kau mungkin ada dunia halusinasi kau sendiri kot.
aku jangka!
bhahahaha



sebab tu boleh berfikir sedalam itu
yang aku ini terlalu berminat dengan kisah hidup kau
aku memang nak gelak




dan siapa-siapa yang aku cerita hal ini pon
semua pakat bantai gelak kahkahkah
how ANNOYING YOU ARE!



TAPI takpe
aku marah secara dalaman je
tapi kemarahan tu tak MEMBUSUK pon
sekadar marah yang dalam masa yang sama PELIK
itu aja



kau berlakon baek
aku balas dengan lakonan paling baek
kau cuba untuk ikhlas
aku balas dengan ikhlas semampu aku



TAPI untuk aku approved kau balik on future
mungkin TIDAK!



aku tak suka ada manusia penuh psycho dalam friend list aku
sekian.




please GROW UP lah