Siapa kenal aku mesti tahu aku bakal menamatkan zaman bujang dalam masa tak sampai 60 hari lagi. Sekejap je weh masa bergerak. Aku terasa macam baru semalam aku ngan ajie decided nak kawen-pergi bagitau family memasing-bertunang-buat kerja kawen. Tup tup less than 2 months dah nak jadi laki dan bini, suami dan isteri. Haissshhh
Mampu ke aku jadi isteri yang baek? Yang taat? Yang tak kumpul dosa dan galas bebaik di bahu suami?
Mampu ke aku nak jaga anak sulung kesayangan mak abah ni?
Mampu ke aku untuk mengekalkan keserasian dalam hubungan. Ahhh zaman cinta, zaman tunang ni lain. Ramai cakap bila dah kawen ni, semua berubah. Baik buruk semua keluar. Seram pulak mendengarnya. Harap-harap tempoh perkenalan gelak ketawa kecewa bahagia terluka tersenyum bahagia serta air mata bertimba-timba selama hampir 7 tahun ni sudah cukup untuk mempersembahkan ajie yang sama sebelum atau selepas berkawen. Amin. Eh aku pon. Harap sangat aku akan kekal macam ni dan berubah menjadi lebih baik.
Sejak-sejak tarikh keramat ni makin nak menjenguk diri. Aku jadi takot. Bukan takot nak dinikahkan. Tapi aku takot kalau-kalau aku tak pandai bawak diri. Takot-takot kalau aku terlupa yang aku ini sudah bertukar STATUS dari bujang ke sudah berkahwin. Nampak je aku macam gedik-gedik berkasih sayang dengan ajie tu, tapi hakikat sebenar aku takut sangat yang aku belum bersedia untuk bertukar status kehidupan.
Aku banyak berfikir lately. Kadang-kadang perkara bukan-bukan dan tak patut pon kau amek tahu.
Sebagai contoh, sedangkan bakal pengantin lain busy memikirkan gaun pengantin mereka, doorgift, makeup bla bla bla sampai ada yang stress melampau. Aku cool pulak bab tu, dan kadang-kadang malas fikir sebab majlis aku pon ala kadar je nanti. TAPI yang aku risaukan lebih kepada takot kehilangan kawan-kawan bila aku bertukar status tak lama lagi.
Pelik tak??
Maybe sebab sikit-sikit aku dah nampak kesan tu. Ramai kawan-kawan aku dah mula menjauh sedikit demi sedikit dengan alasan paling aku menyampah. "Awak dah bertunang"
Why masalah ini timbul?
Sebab aku ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Itu masalahnya. Jadi aku risau sangat bila aku bertukar status nanti, mereka-mereka yang aku sayang ni akan mula menjauhkan diri. Aku sure sebak, sure sedih. Sebab dah terbiasa hidup ada mereka.
Aku selalu mengadu kat Ajie yang aku sedih aku dah makin hilang kawan-kawan rapat sebab aku dah nak kawen. Kadang-kadang aku tak tahu aku patut ke tak patut mengadu dengan dia. Sebab mostly kawan yang aku rapat adalah kawan lelaki.
Aku bersyukur sebab ajie bukan di kalangan lelaki cemburu. Aku memang tak boleh hidup dengan lelaki cemburu ni. Cemburu buta lagilah aku rasa nak tembak. Ajie memang takde symptom JELOUS. Kadang-kadang mai masa-masa mengada aku jadi bebai jugak sebab dia terlalu tidak cemburu. Kahkahkah. Cuma apa yang aku nampak, bila bf kau tak cemburu aku rasa lagi bagus dari cemburu buta tu sebab tahap hormat kawan-kawan lelaki aku pada dia auto timbul auto wujud dengan sendirinya tanpa perlu nak pesan nak ajar nak bla bla bla.
Weh, aku sayang nak tinggalkan zaman bujang aku sebab aku tahu kawan-kawan aku akan menjauh dengan aku.
Nak marah sangat pon, mereka tak salah. Aku bakal menjadi isteri orang. Isteri orang ni banyak benda nak kena jaga. Masyarakat kita kalau isu melibatkan isteri orang ni, tersangatlah sensitif. Arrrggghhhhhhhh boleh ke aku biasakan diri nanti.
Bersediakah aku ni??
Macam pagi tadi. Lepak dengan seorang kawan baek lelaki. Borak dari pagi sampai masuk ke tengah hari. Pang pung pang kemain gembira. Nanti dah kawen?? Ada ke orang nak ajak aku kuar breakfast?? Ajak aku tengok bola? Ajak aku kuar makan semua?
Silap-silap borak kat whatsapp pon dah taknak.
Aku serabut bila fikir semua ni. Bila serabut, aku suka marah diri sendiri. Nak serabut benda yang nak tak nak kena jugak lalui frasa tu.
Mungkin jugak aku memang teramat takot dengan frasa menjauh dan menghilang. Mungkin.
Kelakar.
Setiap hari ayat ni pop-up dalam kepala hotak aku.
"Seorang isteri tak boleh memikirkar lelaki lain selain suaminya. Hukumnya haram"
Dan. Aku nanti akan jawab sendiri.
"Boleh ke aku buat"
T___________________T
Woi. Aku ni complicated ke??
ni belum masuk cerita kawan-kawan jenis lesbo jenis pengkid jenis gay jenis nyah lagi ni. aaahhhhhh serabut!
Mak oooo mak, anak bongsu mak dah besar.
Okbai