March 19, 2013

Drama Philippine dan EJ




hari ni nak review pasai drama series kat atas ni
ini drama PHILIPPINE yang sedang rancak ditayangkan selama 2 jam di Astro Bella setiap sabtu dan ahad bermula jam 10 malam
^____________^
senronoknya sebab sekali ditayangkan 2 jam terus
so rasa PUAS sket tengok



Drama series ni semua tentang RATU CANTIK
itu main plot drama ni
so paham-pahamlah nak cuci mata memang best la cerita ni
hahahahaha
gadis-gadis Philippine  memang tak pernah mengecewakan
dengan english american mereka yang superb
memang menambah hot yang sedia ada





ini HEROIN drama series ni
IZA CALZADO atau dalam drama ni beliau memegang watak sebagai MAITA SAN MIGUEL
Maita seorang gadis kampung anak kepada bekas ratu cantik yang dianiaya hidupnya
Watak kampung dibawa dengan begitu baik


aku start tengok drama ni sebab tertarik dengan keredupan mata si maita ni
dia tak puteh sangat
tapi kening yang tebal dan mata yang redup tu
memang menarik minat aku untuk terus mengikuti drama series ni
sebab aku memang suka tengok perempuan kening lebat mata cantik
^______________^




ini HEROIN NO. 2
macam biasa
mestilah watak ANTOGONIS

Nama awek hot ni MAGGIE WILSON 
dalam drama series ni beliau memegang watak REBECCA RIVAS
kalau sesiapa yang follow twitter aku
mesti akan terbaca tweet tweet membebel tentang kejahatan Rebecca Rivas ni
sebab memang jahat betul laa dia dan mak dia ni
T___________________T




Ini HERO utama drama ni
auummmm auummmm
TJ TRINIDAD atau dalam drama ni namanya MARC SANDOVAL
jambu sket mamat ni
ini je gambar yang agak macho
hehehehehe


aku tak suka sangat hero ni
tapi sebab heroin best
dan jalan cerita agak straigt dan tidak melencong keterlaluan
makanya aku rasa mereka gabungan yang best



ini SECOND HERO
tapi bukan watak antagonis tapi watak sangat baik
aku baru tengok episod 14
tak tahulah episod 15 dah jadi jahat dah mamat ni


nama sebenar MARVIN AGUSTIN dan dalam drama bersiri ni beliau membawa watak sebagai
DONALD CERVANTES
seorang jutawan yang suka buat surprise



taraaa ini 3RD HERO dan ini hero pilihan EJ
nama beliau LUIS ALANDY 
watak dalam Drama Queen adalah seorang kacak bernama DANTE yang memendam perasaan cinta ke MAITA dari zaman kecil lagi
gagah perkasa sebab bekerja sebagai penjual daging babi dalam drama ni
hahahahahhaa
^_____________^




jalan cerita drama ni tak ke laut
plot by plot bergerak pantas
so tak la boring sangat
plus astro bella main 2 jam terus tayangan
^_____________^



susah nak cari link drama series philippine kat internet
aku memang suka drama dorang
real story



okaylah
selamat menonton semua


March 07, 2013

Sotong Goreng Tepung Lembut Mulus Gitooo By EJ


Tepi tepi tepi
EJ nak masak lagi dan lagi
;p



banyak cerita nak kongsi sebenarnya
TAPI masak jugak yang best dibuat entry



Hujung bulan lepas 1st time balik kampung suami sebagai menantu
ecehhhh
FIL so eksaited nak masak macam-macam
beliau memang suka masak pon
TAPI sangatlah terpaut dengan SOTONG GORENG TEPUNG beliau



Bila pergi CHERATING weekend lepas
order sotong goreng tepung jugak masa dinner seafood dengan aza elliani
hmmmmm sangat mengecewakan walaupun ketam cukup OWSEM!
tepung tebal sangat
sotong pon tak tahu sembunyi kat mana
T________________T



Disebabkan makan seafood dengan bersenang lenang tanpa suami di sisi
so rasa bersalah mulai menguasai diri
jadinya aku dengan ikhlas hati REPEATLAH memasak seafood untuk suami


smalam dah share resepi ketam berempah
today nak kongsi resepi SOTONG GORENG TEPUNG
yang tepung tu nipis dan lembut-lembut sahaja
^____________^



macam ni laaa
nyum nyum nyum
;p



BAHAN-BAHAN

Sotong gemuk
[dibersihkan dan dipotong, lepas tu toskan air. Kalau boleh tekap dengan tisu dapur nk bg sotong betul-betul kering]

1 biji telur
2-3 sudu tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 sudu rempah kari ikan
garam



CARA-CARA MEMASAK
  1. Pecah dan kacau telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam
  2. Masukkan sotong ke dalam bancuhan telur dan garam
  3. Perap barang 10 minit
  4. Campurkan tepung beras, tepung gandum, serbuk kari sebagai 1 serbuk adunan [guna mangkuk besar dan selesa untuk proses menggolek]
  5. Panaskan minyak mengikut sukatan sesuai untuk proses penggorengan
  6. Ambil sotong yang dah diperap dan golekkan di atas campuran tepung dan serbuk kari tadi
  7. Bila sotong dan sebati digolekkan, masukkan ke dalam minyak panas untuk proses menggoreng
  8. Sotong akan menjadi kekuningan cantik. Jangan terlalu lama menggoreng dan terlalu banyak kuantiti di dalam kuali.
  9. Angkat dan toskan minyak
  10. Sedia dihidangkan


WHY KENA KERINGKAN SOTONG?
sebab taknak meletop masa menggoreng


WHY TEPUNG BERAS BUKAN TEPUNG JAGUNG
sebab tepung akan jadi lebih lembut


Suami kata sedap
habis sepinggan besar beliau makan
suami anda??
tunang anda>
bf anda?
keluarga anda?


So cubalah



p/s: seafood macam sotong dan ketam, baik beli basah dan masak di rumah. Puas sikit masak. Sotong dan ketam untuk hidangan 5 pax ekceli kos dalam rm50 je compare kalau kita makan di luar. Jimat tau dan paling penting puas makannya.


ramai tegur bila aku memasak
memang hidangan tu kena hias bagai ke
jawapan aku
YES memang aku pentingkan bab food presentation
sebab bagi aku
menggembirakan tekak dan mata orang yang nak makan tu
adalah salah satu cara kita meraikan kasih sayang
sebab memasak itu perlukan kasih sayang dan keikhlasan
^___________^




March 06, 2013

Home Made Ketam Masak Cili Berempah EJ



Halooooooooo
Lama tak hupdate belog
*ayat lama*


Okay PC kat rumah rosak
taknak appear gambo
so memang jarang la dapat online
kebetulan adik ipar plak bawak lappy beliau pulang ke kampus
T___________________T
*Menangis*



Today nak kongsi resepi KETAM tam tam tam nyum nyum
nah amek dlu gambar ni


HOME MADE KETAM MASAK CILI BEREMPAH


ekceli resepi ni aku google je
google dalam 3,4 resepi lepas tu aku combined bagi jadi resepi merapu sendiri
suami kata sedap
orang lain makan tak tahulah rasa apa
iyelah
suami ni kalau tak puji isteri
takot la pulak kena tido luar
kahkahkahkah



Resepi ni sangat simple
suruh Abin and Minmin masak pon dorang pandai
teheeeee
T______________________T



Bahan-Bahan

Bahan A
Ketam
(4-5 ekor)
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari ikan
sedikit garam



Bahan B
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 cili api
(semua di atas ditumbuk)


Bahan C
1 tangkai daun kari
1 batang serai
(di potong halus)
2-3 sudu cili kisar
2-3 sudu sos cili


Bahan D
1 biji telur
(dikacau di dalam mangkuk)



Cara Memasak

  1. Ketam disiang dan dibersihkan sempurna. Masukkan ke dalam bekas yang agak besar dan selesa untuk proses pemerapan.
  2. Campurkan semua BAHAN A dan gaul sempurna
  3. Gaul sebati ketam dan semua bahan A (macam kita garamkunyitkan ikan tu)
  4. Perap barang 20-30 minit
  5. Panaskan minyak. Kuantiti perlulah sesuai untuk proses penggorengan.
  6. Goreng ketam yang dah diperap sehingga masak sempurna
  7. Angkat ketam dan toskan minyak
  8. Guna kuali yang sama, buangkan lebihan minyak menggoreng dan tinggalkan untuk menumis sahaja.
  9. Tumis semua BAHAN B sehingga naik bau dan kekuningan.
  10. Masukkan hirisan serai
  11. Masukkan semua BAHAN C dan biar pecah minyak dan masak sempurna
  12. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  13. Setelah sebati rasa, masukkan BAHAN D secara 1 sudu by 1 sudu dan kacau
  14. Jumlah bancuhan telur tadi adalah mengikut kepekatan kuah yang diingini
  15. Final, masukkan ketam dan kacau sebati
  16. Tutup sebentar dengan penutup kuali dalam 3 minit.
  17. Buka, kacau dan bolehlah dihidangkan

^________________^
senangkan kan kan kan



Selamat mencuba


okbai