October 11, 2013

Mohon Doa




BABY vs BABA



About 6 more weeks til we meet, anak! 
Can't wait!



Lately banyak jugak didatangkan perkabaran sedih tentang ibu-ibu yang diuji dengan ujian yang sungguh berat bila mana anak yang dikandung sudah usia mencecah 7 months+ diambil kembali Allah menjadi anak syurgaNya


Iya
sudah pasti anak itu anak syurga
cuma untuk kita insan biasa ini
pastinya terlalu berat dugaan yang dihantar Allah
subhanaAllah
kalau saya, masih tak pasti mampu untuk seikhlasnya redha
T_____________T



bila dengar berita-berita macam ni
perut auto mengeras
hati gelisah
jiwa tak tenteram
takot kisah yang sama
dugaan yang sama
didatangkan Allah untuk aku pula
subhanaallah
sakit
aku tak mampu tanggung Ya Allah



kadang-kadang berita ini menekan
walhal sudah dititip pesan saban masa oleh ibu, mertua, orang-orang tua, keluarga, sahabat handal
perjalanan kehamilan itu suatu perjalanan yang tak diketahui penghujungnya yang macam mana
penuh risiko
pelbagai tanda tanya
diri perlu dipersiapkan dengan kesabaran
dan persediaan menerima apa sahaja kemungkinan



saban masa dari dihidupkan Allah benih suamiku di dalam rahim ini
aku ajar diri bersedia untuk apa sahaja kemungkinan
saban masa tak pernah berhenti berdoa
agar dipelihara proses kehamilan dan kelahiran zuriat suami ini
dengan niat cuma satu
mahu menggembirakan suami, mertua, keluarga dan sekeliling



TAPI aku ini jiwa manusia biasa
yang eksaitednya saban masa
menikmati keindahan setiap masa bergelar wanita hamil
dan rasa eksaited ini kadang-kadang menekan diri sendiri
bila di datangkan aku perkabaran sedih macam ni




kadang-kadang sampai meragut lena malam
mencuri ketenangan jiwa
Ya Allah
selamatkan semuanya ya Allah
hanya padaMu kami memohon pertolongan 
agar dipelihara semuanya




Kawan-kawan
doakan saya ye
saya teramat memerlukan doa-doa kalian semua



October 03, 2013

Chicken Wing Pemanggang Ajaib



Mak and kakak belikan pemanggang ajaib untuk mak buyong
meh la try keajaibabnya dengan masakan pertama


CHICKEN WING PEMANGGANG AJAIB
^_________^



Tajuk menu kemain melampau
HAHAHAHAHAH
so kalau takde pemanggang ajaib macam mana?



Jawapannya memang tak jadi la
sebab kawan ada try guna kuali
melekat dan hangit katanya
;p




BAHAN-BAHAN

  1. Chicken wing 8 ketul dikerat 2
  2. ABC sos manis
  3. Blackpepper sos
  4. Halia [besar ibu jari kaki]
  5. Lengkuas [besar ibu jari kaki]
  6. Bawang putih 4 ulas
  7. Blackpepper kasar [ditumbuk]
  8. Garam
  9. 1 sudu Madu

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Bersihkan chicken wings dengan tepung gandum. Biar selama 5-10 minit bagi hilang bau ayam tu. Bersihkan
  2. Bawang putih dipotong dadu halus
  3. Tumbuk halia dan lengkuas
  4. Gaulkan bawang putih+lengkuas+halia bersama chicken wing yang dah dibersihkan sehingga rata.
  5. Masukkan ABC sos manis mengikut kesesuaian dan kerataan pada ayam
  6. Masukkan 1 sudu madu dan blackpepper yang ditumbuk kasar
  7. Masukkan garam sesedap rasa dan gaul rata
  8. PERAP dalam 30-40 minit
  9. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan biarkan masak
  10. 15 minit sekali, alihkan chicken wing tu bagi perapan tu masak rata dan chicken wings tu dapat warna macam kat atas tu.
  11. Siap dihidangkan.



Selamat mencuba
;p