November 27, 2014

Menusuk Jiwa Sangatlah



Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa




Aku bukan peminat tegar Fynn Jamal
tapi performance dia masa separuh akhir muzik-muzik 29 hari tu
aku memang TERIAK bagai nak rak
dasat punya menangis!




dan sampai sekarang
aku masih tak boleh move on dari menangis
tiap kali tengok video ni
lepas nangis
rasa nak lari laju-laju pergi pelok anak teruna yang seorang




mungkin sebab
aku seorang ibu kepada seorang anak teruna
feel tu lain macam



Bodoh semua juri
kalau lagu ni tak masuk FINAL JUARA LAGU



Bodoh semua juri
kalau lagu sehebat ini tak menang
penuh perasaan
menusuk semua hati yang mendengar
tak payah tarik sana menjerit sini
tetap menusuk
bawak semua pendengar masuk dalam lagu ni




November 21, 2014

Selamat Setahun Aaron Muhammad Aariz





HAPPY FIRST YEAR BIRTHDAY
AARON MUHAMMAD AARIZ BIN ABDUL KHAIR
[21.11.2013-21.11.2014]



Kehadapan Suami tersayang:

Kamulah kekuatan dan semangat terpaling kuat di setiap aliran darah dan nafasku dalam meneruskan perjuangan dan tanggungjawab membesarkan buah hati pengarang jantung kita. Kita diduga dengan pelbagai dugaan. Kesedihan dan kesempitan. Kesusahan dan kemurungan. Tapi Alhamdulillah, kamu Allah hadiahkan untuk aku sebagai lelaki sempurna sifat lemah lembutnya. Tak pernah meninggi suara apantah lagi naik tangan kaki segala. Mendidik aku dengan penuh kesabaran dan lembut pertuturan bahasanya. Ringan mulut memohon maaf jika ada perkara yang kurang di mana-mana. Ringan tangan membantu aku dalam semua urusan rumahtangga. Sabar dengan baran si isteri yang boleh tahan emonya. Sentiasa menjadi air yang memadamkan setiap amarah aku. Setiap kalinya menjadi selimut empuk yang sentiasa pastikan hati aku sejuk dengan segala kasih sayang dan perhatian kamu. Terima kasih ibu mertua melahirkan anak sempurna ini. Terima kasih abah mertua mendidik suamiku dengan sempurna didikan. 



Hari ini,
Anak teruna kesayangan turn to 1 year old.
Yang bermain dalam kepala ni sejak dari semalam ketika mengira detik 12 malam semuanya tentang si baba yang saban masa sentiasa tenang dalam menguruskan anak. Sejak aaron lahir, baba aaron belajar menguruskan aaron untuk semua perkara. Basuh berak anak. Mandikan anak. Jaga pakaian anak. Ampai baju. Lipat baju. Jaga anak masa demam masa tak sihat. Jaga anak masa ibu tengah sebok berperang di dapur. Berjaga malam sama-sama bila anak tak sihat. anak merengek nak susu tengah malam pon tetap dijenguikan kepalanya check apa yang patut. Nasiblah baba takde susu badan ye. Kalau ada mesti disusukan jugak anaknya. Kihkihkihkoh



Terima kasih baba aka suami tersayang sebab sentiasa concern sentiasa amek tahu sentiasa menjaga kebajikan anak dan isterimu sehabis baik. Kami bangga punya baba/suami seperti kamu. 



Semoga sifat-sifat baik yang punyanya kamu turun dan menjadi ikutan anak kita hingga ke akhir hayatnya. Terima kasih suami. Terima kasih kerana sentiasa ada setiap saat bila saya dan aaron perlukan awak. Terima kasih.




Kehadapan Anak Teruna Kesayangan Hamba,

Membesarlah dengan sihat sejahtera. Terokailah dunia ini wahai si anak dengan sebaik-baik pekerti. Doa ibu sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan hidup kamu. Jadilah harta dunia akhirat yang paling sempurna untuk ibu dan baba. Jadilah cucu yang terpaling menghiburkan atok, maktok dan tokwan kamu. Serikanlah hari-hari setiap ahli keluarga kamu dengan senyuman paling manis milik kamu. Bahagiakanlah semua hati yang mengenali kamu sebagaimana mereka menyanyangi dan menyenangi kehadiran kamu.


Ibu dan baba mungkin bukanlah pendidik yang terbaik. Tapi percayalah saban masa kami cuba membetulkan apa yang kurang agar kami sentiasa bisa menjadi pendidik yang mampu menjadikan kamu hambaNya yang taat, anak yang soleh, umat yang berbakti kepada agama, lelaki yang menghargai wanitanya, abang penyayang kepada adik-adiknya, khalifah Allah yang berguna di bumi Allah. Insyaallah.




Aaron Muhammad Aarin Bin Abdul Khair
Ketahuilah
Kamu adalah anugerah buat Ibu dan Baba yang terpaling indah
Sepanjang 28 tahun usia kami di muka bumi Allah



Ibu dan Baba sayang Aaron sampai syurga Allah. Selalu dan tak pernah tak ada.



-Ibu-
21.11.2014




November 11, 2014

11 November 2014



Semoga segala angan-angan yang selalu buat aku berangan akan menjadi kenyataan dan sekaligus merealisasikan segala impian



HAPPY 28TH BIRTHDAY EIMA JER!



Semoga aku akan berubah dari segala perilaku buruk kepada yang lebih baik
Taat kepada Allah yang Esa
Isteri yang solehah
Anak yang baik
Ibu yang terbaik untuk anak dan bakal anak-anak
Adik yang terbaik buat semua kakak dan abang sekeluarga
Kakak yang sempurna di mata adik-adik
Kawan yang cemerlang buat semua sahabat handal



Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sampai bila-bila
Semoga arwah abah tenang bersama Allah di sana
Semoga menjadi anak yang lebih taat kepada ibu dan ibu bapa mertua
yang bisa membahagiakan sesiapa sahaja
semoga
semoga dan semoga



Amin.



Hello 11 NOVEMBER 2014

November 10, 2014

Bahasa Jiwa #47




"Detik tidak pernah melangkah mundur.. 
tapi kertas putih itu selalu ada..
Detik tidak pernah berjalan mundur..
Dan hari tidak pernah terulang..
tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru..
Untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab.."








"Nama adik apa?Nak panggil apa"

"Cinta"
sambil senyum paling nakal


dan aku terus blah malas nak layan.









semua tentang Cinta itu mengingatkan aku tentang kamu
semua.










kamu yang 12 tahun yang lalu
akan pasti kembali
aku yakin
dan sentiasa menunggu