January 06, 2015

Suami Admitted


31 DECEMBER 2014
Hingga ke hari aku menulis ni, suami aku masih terlantar di hospital. Dah seminggu tak berjemur bawah cahaya matahari apantah lagi hirup udara segar milik Allah di luar kawasan hospital. Dan seminggu jugak dah bebas dari asap rokok. 


Suami sakit apa?
Ajie sakit apa?
Kenapa ajie admitted hospital?
Ajie dah sihat ke?



Terima kasih pada yang concern. Walau terpaksa berulang kali terangkan perkara yang sama, tak mengapa. Aku senang dengan pertanyaan berbentuk ambil tahu dan ambil berat. Sungguh aku tak jemu menjawab setiap bait pertanyaan. Dan jutaan terima kasih kepada yang punya masa datang melawat suami di hospital. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasNya.



Seminggu suami di hospital, baru aku perasan yang kami berdua ni sama. Suka dok buat cool dok buat chill padahal yang seorang tengah sakit, yang seorang lagi ni Allah sahajalah yang tahu betapa aku susah hati.



Dan seminggu suami di hospital, baru aku sedar yang dia sentiasa involved dalam setiap urusan rumahtangga kami especially urusan anak. Masa dia tengah sihat, depan mata dok sengih kerang dia tu aku selalu rasa yang dia ni tak suruh tolong tak jalan. Semua upon request. Padahal bila dah takde depan mata dalam tempoh yang agak lama, baru nak tersedaq sebenaqnya dia involved dalam semua perkara. Haish



Aku bukan isteri yang manja. Cuma kalau suami tu ada, mengada tu mula menerpa. Itu nak dia tolong, ini nak dia tolong. Dan bila emergency macam ni, boleh je aku buat semuanya. HAHAHAHAHAHAHAHA. Jadual harian padat sangat. Minggu ni aku rasa macam tak cukup 24 jam 1 hari. Macam nak mintak dengan Allah, panjangkan sikit 1 hari tu jadi 28 jam ke 30 jam ke so that aku boleh uruskan semua perkara dengan sempurna. Kerja. Rumahtangga. Suami yang sakit. Anak yang mengada manja. Ibu yang dah berusia. Kucing-kucing yang kadang-kadang boleh tahan perangai tu mintak penampar. 



Sentuh soal anak teruna yang seorang tu. Aku okay je nak hidup dengan dia SAHAJA di rumah kami tu tanpa perlu mak teman. TAPI anak aku ni pelik sikitlah. REFUSE secara paling bersungguh CARSEAT. Aku dah tak tahu nak buat apa. Letak dia atas carseat tu dah macam letak dia dalam mulut buaya. Menangis selak tahap menjerit tahap hingus dan jadi belon.
Luluh hati ibu aku ni. Macam mana nak teruskan pemanduan secara berkhemah? Dah pulak kalau mak aku ke anak buah aku ke pegang dia kat seat belakang, MENGAMUK jugak nak pergi kat aku yang sedang memandu. Kesian tengok mak, letih orang tua tu. Habis sakit sendi-sendi tulang urat belipat bagai.




Tengok gambar bonding time anak dan bapak di atas. kemain bahagia. Tapi sebenarnya sebelum sampai ke baba tu, menangis menjerit kena duduk carseat dan macam histeria. T_________________________________T
anak oh anak.




1 lagi perangai anak teruna ni yang nak aku bebel kat sini, dia sungguh tak suka bila kena tidur rumah orang. Mula nak merap. Taknak kat sape-sape. Nak berkepit dengan ibu je. Jadinya terpaksalah aku balik duduk rumah sendiri. Baru dia okay. Jangan nak marah anak ye wahai si ibu, anak tu ikot perangai awaklah. HAHAHAHAHA sebab aku memang tak suka tido rumah orang. Kalau boleh nak tempat tido sendiri. Baru aku boleh rehat dengan sebetul-betul rehat. 




Mohon suami cepat sembuh. Balik ke rumah cepat. Kami rindu baba in da house!





January 02, 2015

Dua Kosong Satu Empat




2014
boleh aku simpulkan sebagai tahun penuh UJIAN ALLAH. terlalu banyak. tapi banyak jugak aku simpan tak terluah. siapa yang hidup bersama atau yang punya masa mendekati dan mengambil tahu, bagi pinjam bahu, bagi aku tumpang menangis pasti sangat paham apa yang aku lalui. Tapi macam biasa, ada perkara boleh diluah ada perkara perlu kau simpan kemas. itu namanya kehidupan.



"Adik banyak-banyak bersabar ye. Kakyang tengok tahun ni adik banyak sangat diduga Allah. Allah sayangkan adik tu. Ada habuan Allah sediakan untuk adik ke depan nanti. Banyak bersabar tau."


Kakak aku no 3 Whatsapp. Masa ni baru tersebar berita suami aku admitted hospital sebab pinggang tetiba meletup. rebah. tak boleh nk bergerak. berkejar aku ke hospital uruskan segala. Tersentuh hati. Buat aku terfikir dengan penuh teruja, "apa la Allah sediakan untuk aku ke depan sana"


Kahkahkahkahkah
habuan sesaja kau imaginekan kan kan. Iman tu taknak kau pikir. Maybe Allah nak kau lebih taat kepadaNya. Tambahkan lagi apa yang kosong mantapkan lagi apa yang kurang, gilap lagi apa yang dah lama ditinggalkan tanpa amalan. SubhanAllah.


Ujian Allah itu sentiasa datang bersebab. Yang penting aku kena YAKIN dan REDHA. Jangan putus asa harungi kehidupan. Dan sentiasa percaya, percaturan Allah itu sempurna. 


Nak aku simpulkan macam mana ye 2014 aku ni? Senang cerita, tahun ni tahun kondisi anak dan suami punya kesihatan agak merudum dan kurang memuaskan. Sekejap anak sakit. Sekejap si ayah sakit. Alhamdulillah, ibu aka isteri yang seorang ini masih gagah masih kuat uruskan segalanya. Kan dah cakap percaturan Allah tu sempurna. Kalau dah tiga-tiga lemau, dah nak jadi apa rumahtangga aku?



Jadinya aku hantarlah 2014 aku ni dengan sejuta keredhaan dengan segala Ujian. Dan selamat datang 2015 yang aku yakin dengan segenap pelusuk hati dan jiwa, pastinya tahun yang disusun Allah dengan sempurna untuk aku, suami dan anak. oh dan mungkin anak-anak. kahkahkah



SELAMAT TAHUN 2015



Mohon maaf segala khilaf