December 24, 2021

Bahasa Jiwa #53

 


Roda kehidupan makin putar ke atas
Masih bukan terpaling atas
Jika diambil 360 darjah, pusingan mungkin hanya sukuan
Tapi cukup indah rasanya
Dikit demi dikit Tuhan lepas apa yang saban masa kita minta


Bahagia masih sama
Ahhhhh apa baiknya aku dipilih Tuhan untuk bahagia ini
Tak terungkap bait syukur aku buat Tuhan yang selalu baik dengan aku
Yang kadangnya lurus kadangkan terhuyung hayang di bumiNya


Iya lupa
Yang telah lama pergi menjauhi
Kembali mampir dikit demi dikit
Mula ungkap rindu
Mula ungkap kenangan lama
Itulah watak-watak kehidupan
Yang dah lelah melalui perit ini, masih senyum melihat keletah
Manusia manusia bertopengkan persahabatan
Aku juga bukan teman yang baik
Kerana aku juga sudah lama terbiasa hidup sendiri dengan keluarga kecil sendiri
Merekalah kawan merekalah pengisi sunyi sepi
Jadi datang dan pergi yang lainnya
Bukan isu besar hati


Terima kasih Tuhan untuk hidup 2021
Awal tahunnya hilang kerjaya dek wabak dunia
Hujungnya manis digolekkan semula jalan kerja
Suami dimurahkan sentiasa rezeki 
Anak-anak sihat sejahtera
Ibu tercinta cantek & kesihatan terjaga
dan Aku yang genap 35 dan BAHAGIA



2022
Kita sudah sedia!


September 10, 2020

Bahasa Jiwa #52

 


Bukan di sini untuk berbicara tentang cinta
Tapi kembalinya aku sekali sekala
Untuk mencoret serba sedikit kisah jiwa
Agar gusar di jiwa ini bisa terhakis pergi
Tenggelam dalam mimpi
Lupus dalam ramai
Lemas dalam pekat malam yang sedikit dingin malam ini


Agarnya
Pagi nanti hati ini lapang
Jiwa ini tenang
Minda ini hilang dari segala fikiran tentang rahsianya susunan kisah hidup


Kita rancang
Kita susun
Kita usaha
Kita pulun


Kita masihnya kita
Yang tidak akan bisa mampu melawan susunanNya




Jadi terus lurus langkah itu
Hingga ke temu apa yang dihajati




Tuhan itu tidak pernah memungkiri janji, ya.
Pegang teguh




May 27, 2020

Salam Lebaran 2020 Yang Lain Macam



Salam Lebaran 2020 semua!
lama tak menulis
tapi alhamdulillah blog ni masih hidup
banyak kenangan blog ni


Disebabkan seluruh dunia merayakan aidilfitri yang terlalu berbeza dari kebiasaan pada tahun ni makanya aku terpanggil nak mencatit serba sedikit catitan kenangan sepanjang aidilfitri di musim Covid 19 ni
Bak kata mak aku
"umur mak dah 73 tahun. Ini kali pertama mak beraya yang macam ni. Sejarah tercipta"


Aidilfitri aku berlansung serba sederhana tapi laki bini eksaited lain macam
iye la kami berdua punya kampung halaman
memang setiap tahun tempat beraya adalah di rumah ibu bapa memasing
tahun ni sebab kita masih dalam tempon PKPB dan dilarang merentas negeri
makanya ini merupakan syawal pertama kami di rumah sendiri
hanya bersama keluarga kecil milik kami
sangat-sangat berlainan kan
tahun 2020 ni memang tahun lain macam sungguh
kan?


sedih memang sedih tiap kali mak memasing bertanyakan perihal persiapan hari raya tiap kali on phone TAPI apa nak buat
sayangkan keluarga especially orang tua kita melebihi segalanya
kalau mereka boleh berkorban apa sahaja
apa sangat kita as anak nak berkorban raya di perantauan sahaja
kan?


teknologi kita sekarang sungguh sungguh canggih
aplikasi whatsapp pon kemain laju update version terbaru mereka sebelum raya yang membolehkan kita bervideo call 8 orang sekaligus
hebatkan?
nikmat apa lagi laaaa yang kita nak dustakan
kalau kita berlapang dada menerima semua ini sebagai satu dugaan & perjuangan
banyak je jalan untuk gembira terbentang luas untuk kita explore


lebaran kali ni walau semuanya terbatas
rumah terbuka sudah nan hado
rumah tertutup sahaja yang ada
HAHAHAHAHA
kadang-kadang adik beradik seperut pon menjaga sesama kita
tak mahu bersua muka dek kerana risau akan virus yang ada
inikan pula sepupu sepapat
rakan sahabat handai
teman sepejabat
memang raya kali ini kita telah menjadi sebahagian dari lipatan sejarah terbesar dunia
bukan hanya Malaysia tetapi dunia!



one thing aku suka tentang PKP ni
manusia semakin berdisiplin
yang dulunya memang lansung tak punya common sense dalam dirinya
dah mula belajar untuk pupuk nilai tersebut dalam diri
yang dulunya terlalu busy mengejar dunia
kini sudah mula kembali kepada fitnah asal kita yakni Tuhan dan keluarga


Sweet gila tengok semua orang updated di social media pakat dok solat hari raya aidilfitri di rumah memasing bersama keluarga masing-masing
si ketua keluarga macho membaca khutbah buat seluruh ahli keluarga
tak punya tongkat seperti khatib membaca khutbah, diambilnya pedang anak laaa, senapang anak laaa, tongkat tokwan laaaa
HAHAHAH creative sungguh rakyat malaysia bila terlalu lama kena kurung
TAPI semuanya nampak bahagia


PKP juga menyaksikan semua orang BOLEH MENJADI CHEF YANG BERJAYA
semua resepi kita cuba
dari masakan harian sampailah ke baking kuih raya
semua kita bisa!
PKP punya panahan
ini suasana baru tahu
yang aku suka tengok semuanya dari sudut positive
walau hakikatnya dunia kita sedang tenat
ekonomi dunia sedang terumbang ambing
ramai yang hilang punca pekerjaan
bersabar ya semua
kita terus berjuang okay
berjuang cara kita
insyaAllah kita pasti menang
dunia pasti SIHAT semula





SALAM LEBARAN COVID 19 SEMUA
Kita sebahagian dari sejarah dunia
Maaf Zahir & Batin
Terus kuat berjuang
Kita Pasti Menang!



December 09, 2019

Lima Tahun


Setelah hampir 5 purnama diuji
Alhamdulillah, Allah lepaskan juga genggaman rezeki
Alhamdulillah, Allah tunaikan janji
Hasil dari bersabar dan bersabar dengan dugaanNya


5 tahun ini bukan 5 tahun yang mudah
SUKAR
Pelbagai peperangan emosi yang berlaku
Aku hampir tewas sebenarnya
Selalu berada dititik tidak waras
Sering bercakap-cakap di dalam hati
Mengapa & kenapa
Apa yang tidak kena


5 tahun ini
Ada masa aku rasa gelap
Ada masa aku rasa lemas
Ada masa aku mahu memberontak keluar
Hingga aku lupa untuk melihat kehidupan aku dari sudut yang berbeda
Hingga aku lupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada
Dan asyik melihat langit menanti apa yang aku tidak punya
Untuk turun ke dakapan dan genggaman aku


5 tahun ini aku simpulkan sebagai peperangan jiwa
Jiwa aku penuh sesak tapi bahagia
Jiwa aku selalu rabak tapi gembira
Jiwa aku kadang memberontak tapi masih senyum ketawa
Sesak, rabak dan memberontak untuk semua perkara yang aku masih tak punya



Alhamdulillah
Di hujung peperangan jiwa ini
Aku berjaya latih jiwa latih hati untuk melihat hidup aku dari pelbagai sudut
Ya Allah, ampunkan aku
Aku sebenarnya punya hampir segala yang semua inginkan dalam hidup
Cuma kurang satu dan dua sahaja
Tidaklah cacat kelihatannya
Hati aku sahaja sukar untuk redha


Bila aku dapat rasa yang hati aku redha
Terus Kau lepas genggamanMu
Dan sepenuh jiwa aku yakin
Ia adalah di saat dan tika yang paling sesuai
Yang mana hanya Kau yang tahu semuanya Ya Allah


December yang indah!
Alhamdulillah

August 29, 2019

Bahasa Jiwa #51


Hidup.
Allah tak bagi semua
Dan Allah tak juga ambil semua


 Untuk semua yang kita tak punya
Kadangnya belum masa
Untuk Pencipta lepaskannya buat kita
Untuk semua yang diambil Pencipta dari kita
Sememang sudah tiba masanya
Juga ia adalah yang terbaik buat kita


 Memangnya sifat kita yakni manusia
Sibuk mengejar apa yang belum punya
Sibuk mengira masa bila mahu berlalunya setiap dugaan yang menerpa.
Memang itu kisahnya kita manusia.


Mulut ringan mengucapkan syukur
Yang kadangnya tak selari dengan lintasan jiwa
Allahu

May 07, 2018

Bahasa Jiwa EJ #50


Kadang
Walau sibuk dengan hal dunia
Sudut hati yang jahat
Bijak mencuri perhatian mata
Curi curi pandang manisnya senyuman
Pemilik gigi cantik
Yang pernah selalu dipuja


Bahagianya dia
Seperti bahagianya aku


*Tarik nafas
Tutup muka buku


March 28, 2018

Your Trusted Young Living Independent Distributor

ID: 12979551


Assalammualaikum
Alhamdulillah terjebat jugak dengan business best dan sihat
^____^


Thankyou Allah
Thankyou Emir Muhammad Errizal, sebab allergy awak kenalkan ibu dengan dunia Young Living
Ibu happy sangat-sangat dapat kumpul minyak pati [essential oil] untuk kegunaan harian keluarga
InsyaAllah, ibu akan usaha lagi dan lagi untuk collect semuanya dan menambahkan lagi pendapatan keluarga kecil kita
Doakan Ibu okayyyyy!



For those yang nak dapatkan perkhidmatan saya sebagai consultant YL anda, jangan malu jangan segan nak tanya apa-apa sahaja dekat saya berkaitan YL product melalu whatsapp saya;-

018-2911 866 
[Puan Eima Jer]


atau rajin-rajin ke page facebook saya

YLEO.BY.EimaJer
 https://www.facebook.com/search/top/?q=YLEO.BY.EimaJer


atau Instagram saya

YLEO.BY.EimaJer

https://www.instagram.com/yleo.by.eimajer/ 



Saya di bawah super duper active support group








Jom Oiling!!

 

July 17, 2017

Mandi Sungai Dengan Anak-Anak



16 July 2017


First time bawak anak-anak mandi sungai
blah utara panggil batu hampaq aka aiq terjun


I looooooove nature!
suka hutan batu hampaq segala lagi pada pantai indah di laut sana
kihkihkih
jadinya ibu depa yang tersangat laaaa eksaited!


kat mana ni?
boekkkkk ngat tempat ni sebab yang tukang bawak pon anak jati BATANG KALI yakni ipaq biras saya
seronok wehhhhhh buleh ipaq biras ada dusun buah-buahan
rumah pulak dekat dengan batu hampaq laguni
haishhhhhhhhhhh mula laa berangan dengan laki aku pencen nanti nak cari rumah kat batang kali ja nanti anak menantu cucu leh balik kampung selalu mandi sungai sambil makan durian
gitchuuuuuuuu!~
meh pakat tolong aminkan impian baru aku ni


Lokasi sungai ni dalam ladang kelapa sawit pakcik mana ntah la
sungai ni sepanjang Jalan Batang Kali- Genting Highland tu
memang bukan kawasan perkelahan
private land orang
sebab pegi dengan anak jati batang kali
memanglah dapat pergi tempat tempat rare yang boekkkkkkk


nak masuk lorong ke sungai ni better naik moto atau 4 x 4
sayangilah kereta cantik anda
^____________^


Jom layan gambaq anak-anak seronok main aiq main pasiaq









dua dua hero kami kemain eksaited main aiq
boleh pulak main pasiaq
ibu depa diam ja tak kata apa-apa
hari pelepasan am ke apa ni
HAHAHAHAHAHAHA


So far bawak depa pergi pantai depa takot
HAHAHAHAHA
mandi pool pon takot-takot
maybe kecik lagi kot masa tu sebab tengok sungai ni kemain berani ja dua orang ni dok terjah
kita pulak jenoh nak kawal sensorang 



kami naik 4 x 4 mai sini
balik tu sebab dah lokoih
kami anak beranak dok kat belakang
nikmat kemain tengok anak-anak seronok dapat duduk belakang




Okay nanti kita ajak tok tokwan repeat picnic sini okay
^______________^



Thankyou Pakchaq & Makchaq sudi bawak kami berkelah
Thankyou Baba jagakan anak-anak
Thankyou anak-anak sebab well behave
LOVE YOU ALL

 

March 24, 2017

SELAMAT PENGANTIN BARU CHENTA




SELAMAT PENGANTIN BARU MAKWE!


Besaq dah makwe kami
dah kawen dah
hehehehehehe


kenai makwe kat twitter
dari twitter bawaklah ke social media yang lain
pejam celik pejam celik dah nak dekat 8 tahun dah kenai


Semoga mahligai perkahwinan yang dibina bersama insan tersayang akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah, sentiasa diiringi dengan gelak tawa bahagia, sentiasa dibekalkan dengan kesabaran dalam mengatasi sebarang dugaan rumahtangga dan ikatan kasih sayang ini berpanjangan sampai nyawa pemisahnya


Semoga kamu adalah ketua bidadari buat suamimu kelak di syurga Allah


"Terlalu mudah untuk seorang isteri itu membuat pahala. Terlalu mudah"
-idola-


Selamat bersuami Chenta
Ketahuilah saya antara puluhan kesayangan kamu yang teramat gembira dengan hubungan yang baru terbina ini
terlalu.





 

January 09, 2017

AYAM MASAK KICAP VERSION DIET


Weekend lepas berlakunya perkara yang maneh dalam hidup sis dan suami
Dapat tolong stranger yang dalam kesusahan
Tolong guna kudrat yang kami ada
Kongsi rezeki sama-sama


Macam-macam keajaiban lepas tu Allah hantaq
sis dan suami rasa bahagia sangat weekend hari tu
jadinya sis nak share resepilah kat blog usang sis ni



Kalau ada yang masak guna resepi ni
jangan lupa kirimkan doa buat sis dan suami
mohon Allah murahkan rezeki kami sekeluarga
juga rezeki korang kehhhh
Amin
Alhamdulillah


AYAM MASAK KICAP VERSION DIET 


 BAHAN-BAHAN:
  • Ayam yang dicuci besih
  • Brokoli yang dipotong sederhana besar
  • Tomato Cherry
  • Carrot dipotong panjang
  • I biji bawang holland diblend
  • 1 biji bawang holland dipotong bulat-bulat
  • 1 senduk cili kisar
  • Kicap
  • 1-2 sudu sos tiram
  • 2-3 sudu sos blackpepper 
  • 1-2 sudu serbuk blackpepper
  • 4 sekawan
  • 1 inci halia dipotong halus
  • 2-3 ulas bawang putih dimayang halus
  • Bancuhan air tepung jagung

CARA-CARA:
  1. Panaskan 3 sudu minyak [boleh guna olive oil kalau yang extreme nak diet]
  2. Tumiskan 4 sekawan bersama halia dan bawang putih yang dimayang halus 
  3. Masukkan bawang holland yang dikisar. Biarkan ke semua bahan kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan cili kisar. Kacau dan biarkan pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, sos blackpepper dan serbuk blackpepper
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  7. Masukkan ayam dan gaul. Tutup sekejap dalam 5 min biar air ayam tu keluar dan sebati dengan bahan-bahan yang ditumis tadi
  8. Masukkan air kosong dalam 2 gelas
  9. Masukkan kicap manis hingga mendapat warna seperti di atas
  10. Kacau sebati dan biarkan mendidih dan sebati dengan ke semua bahan. 
  11.  Tutup kuali dengan penutup agar ayam betui2 masak dan sebati dengan kuah.
  12. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk mendapatkan kepekatan kuah yang dikehendaki.
  13. Masukkan tomato cherry, brokoli,carrot dan hirisan bawang holland.
  14. Kacau sebati
  15. Biarkan dalam 5min kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan 

SELAMAT MENCUBA SEMUA!


P/S: Kenapa version diet? HAHAHAHAHAHA sebab kurang minyak dan konsepnya rebus sahaja! Tapi jaga jaga boleh pergi jauh jugak nasik tu kalau tak kawal. Ngeh Ngeh Ngeh

 

December 21, 2016

Selamat Empat Tahun EIMAJIE



 Macam best je hidup dengan Uols!

Jom kita tua sama-sama
Hidup sederhana
Dunia akhirat kita sempurna
Anak-anak kita berjaya
Ibu bapa dan keluarga kita terbela

Cukup.
Itu semua dah cukup bahagia buat kita berdua


Jom kita tua bersama-sama
Jadinya kita boleh minum kopi yang sama rasanya
Sambil bercerita tentang anak cucu kita
Yang mana setiap mereka
Cukup membagiakan hari tua kita.


Jom kita jaga apa yang kita ada.
Agar kita rasa bahagia sampai bila-bila.



HAPPY 4TH YEAR WEDDING ANNIVERSARY HUSBAND!
I LOVE YOU SO MUCH




Thankyou Mak Abah 
Untuk anak yang baik dan penuh kasih sayang ini


Thankyou Mak & Arwah Abah
Atas segala didikan dan titipan doa



THANKYOU ALLAH
Pencipta yang mengatur jodoh kami dengan sebaik baik percaturan
Alhamdulillah



 

December 08, 2016

Bulan-Bulan Kopak Baba

Aaron, Emir and Baba


Hello DECEMBER!
OCTOBER & NOVEMBER dah berlalu
bulan-bulan kopak untuk baba makin berlalu
tinggai wedding anniversary je lagi haaaaa this becoming 21st December.
KAHKAHKAHKAH



Mana tak kopaknya
October- Birthday Adik
November- Birthday Ibu & Abang
December- Anniversary Ibu & Baba
Lagi kaya Baba nanti lagi kopak mengharungi liku-liku 3 bulan ini
HAHAHAHAHAHAHAHA
mohon bertabah


Seebelum 2016 melabuhkan tirai tak lama lagi
meh la nak paste serba sedikit gambar-gambar yang sempat ibu snap masa birthday adik, ibu & abang


12 OCTOBER 2016
Comel sungguh birthday cake adik
Birthday party ibu baba buat kat rumah babysitter je
simple birthday party je sebab ibu baba tak kaya lagi
HAHAHAHAHAHA
janji ada birthday party sudahlah
bersederhana
adik pon kecik lagi


11 NOVEMBER 2016 

Yeay! 
Birthday ibu tahun ni baba delivery bunga sejambak
hambekkkkk
lama dah baba tak buat kerja manis manis macam ni
HAHAHAHAHAHAHA
 Sesak hati kitew menahan gembira
gitooooooo!~
Thankyou Husband

21 NOVEMBER 2016

Ini pulak birthday cake Abang
sebenarnya abang request nak birthday cake ultraman 2 ekor lawan lawan atas cake tu
HAHAHAHAHAHA mana nak cari abang?
ini je la yang mampu ibu baba sediakan
kebetulan masa ni abang tengah gilakan spiderman
fuhhhhhh selamat la LULUS!

Birthday party abang pon ibu baba buat kat rumah babysitter
kemain happy abang
Alhamdulillah



Tup tap tup tap 2017 anak sulung dah masuk tadika dah uols
macam baru semalam je sis rasa sis dok berpujangga tak habis habis dalam blog ni
HAHAHAHAHAHA


tua tua