November 25, 2009

Gifted kah??

sekadar meningkatkan mood n feeling





ok.
aku nak cerita pasal hal yang menyemak n mengganggu tido lena aku sebulan ni.
cettt
tak suspendesss lansong la kau ni eima
baru start ayat dh bagitau apa yg nak kau tulis
heh.




aku tak perlukan suprise suspend bagai untuk menulis
sebab aku ni suka tukar topic bila-bila masa
baek berterus terang sajakan?
hahahaha





okey
aku mulakan penceritaan
acececececece mcm best je crite kau tu nyahhhhh!
=p





aku sekarang ni tengah kompius dengan diri aku
apa yang aku boleh rasa
dan apa yang aku boleh dengar
tapi masih tak mampu melihat
mintak2 jangan dibolehkan aku melihatkan ia
subhanallah aku xsekuat itu




macam ni
aku dah tersedar dan perasan perubahan diri aku ni sejak 2 tahun yang lalu
tapi aku malas nak layan sangat
tapi makin hari makin aku boleh rasa dengan jelas
demn it!





dah dah
malas nk bagi korang kompius
lets straight to da point





korang percaya tak kalau aku kata aku boleh dan dapat rasa kehadiran kuasa atau makhluk ghaib tu kat sesuatu tempat aku berada???
mesti tak kan??
sebab tu aku pon kompius
tapi tu la yang aku dapat rasa
susah nak explain tapi memang realitinya aku dapat rasa





rasa mcm mana??





rasa bila kau datang n lepak suatu tempat tu tetibe badan kau akan rasa kebas suam-suam panas pastu berat n sengal-sengal badan
dan bila kau keluar dari kawasan tu
semua rasa tu akan hilang dengan serta mertanya
dan bila kau tido kat suatu tempat tu
kau akan disergah dgn nafas-nafas yang ntah datang dari mana
dan sergahan itu bukan fantasi tapi memang realiti
bukan mamai tapi dapat dirasai





sebagai contoh:


aku dah kaji benda ni 3x dah
apa aku rasa bila aku menghampiri lobi hostel Kolej 9 UTM
rasa yang sama
secara tiba-tiba datang
dan bila aku gerak keluar dari kawasan kolej tersebut
rasa tu sume hilang secara serta merta
sengal badan hilang
rasa kebas suam-suam panas ntah ke mana
dan
tubuh badan kembali sihat dan normal seperti biasa
3 x sudah
pertama kalinya bila aku tersalah naik bas awal semester lalu hingga membawa aku ke kolej 9
keduanya bila aku dan yuni menghantar ika ke kolej 9
dan terakhirnya ketika aku menghantar ilik ke kolej 9 untuk urusan assignmentnya
rasa yang sama




contoh kedua:

perkara yang sama jadi kat salah 1 bilik di rumah kakak aku
I mean bilik aku n anak buah aku
ape kau rasa bila kau tido, kau rasa badan kau gile berat, sakit badan macam haram, dan bila lampu ditutup kau pasti menerima sergahan nafas dari makhluk mana betoi2 kat muka kau
nasib dia gosok gigi kot so takde bau!
=p
dan.
apa kau rasa bila kau keluar je dari bilik tu
sebagai contoh tido di ruang tamu
rasa tadi semua hilang dengan serta merta
dan kau boleh tido lena
dan apa kau rasa bila kau slalu rasa diperhatikan
bila kau pergi mana-mana tempat yang mungkin ada penunggunya
demn it!
gile menyerabutkan kan???




dan.
apa kau rasa bila kau boleh tahu yang ada tak kena kat someone tu
maksud aku yang melibatkan kuasa-kuasa ghaib ni
membela ke
ade benda kat dia ke
ade ilmu-ilmu salah dia amalkan ke




aku tak cakap kosong
sbb aku sentiasa mengkaji
secara sedikit demi sedikit
aku penah rasa benda ni bila salah sorang kwn aku ada mengamalkan amalan perubatan yang salah
I mean dr bomoh yang salah ilmunya
aku boleh rasa kuasa tu berlegar dalam bilik dia
aku boleh rasa kuasa tu mengelilingi diri dia
omg!
sumpah aku benci benda-benda ni




dan
malam tadi setibanya aku dari subang
1 lagi kajian aku berhasil
apa kau rasa bila kau masuk je bilik umah kakak aku ni
rasa berat badan kebas suam suam panas badan kau tu tetiba datang menjelma sejurus kau masuk ke bilik tu
dan bila
mak mula membuat bacaan ayat-ayat suci al-quran
semua rasa tu dengan tiba-tiba hilang
dan kau dapat rasakan proses kehilangan tu
gilekan??




dan.
apa kau rasa bila kau tido
dalam mimpi kau datang jelmaan kakak kesayangan kau berjubah hitam berambut panjang datang menghampiri kau lalu mencekik kau dengan sekuat-kuatnya dan bila kau jaga cengkaman cekikan tu masih dapat kau rasa??
dan benda yang sama terjadi kat anak buah kau??




sumpah malam-malam aku tak tenang
dan
aku sangat-sangat berharap
aku tak diberi kesempatan utk melihat
aku tam mampu
dan
aku tak kuat!




sekadar berkongsi
kalau ada pembaca yang boleh membantu untuk aku keluar dari semua-semua ni
datanglah membantu





November 22, 2009

LATELY


lagi gambau yg xde kaitan!
=p







salam



lama aku tak menulis
ye ke lama??
hahahaha lately aku prefer jadi silent reader untuk semua blog-blog pojaan hati aku especially gdsjht
omg!
aku sungguh adore penulisan beliau
diluar kemampuan batasan pemikiran aku cara beliau menyusun bait-bait ayat
cara penulisan beliau
gaya beliau
kestyloan beliau
heh.
sumpah aku admired!





lately jugak aku sedikit kecewa dengan result exam aku
sangat terok bagi aku
apa perasaan korang bila semua subjek korang dah score cantik punye siap ade ++ kat hujung gred tu tapi tetibe je ade 1 subject yang memunculkan resultnya lalu membunuh segala-gala yang dh discore cantik itu.
apa korang rasa?
sangat terkilan kan??



tapi xpayah nak tunding jari kat orang lain
tak payah nak cari salah orang lain
semua kat kau..
kalau kawan-kawan sama sewel dengan kau boleh score A- untuk subject tu
maknanya yang bodohnye kau
yang careless nya kau!
yang lembabnya kau!
tak payah nak salahkan lecturer tu kedekut markah
tak payah nak cakap lecturer tu buyers
tak payah nak cakap kau benci subject tu
tak payah nk cakap subject tu killer
sbb killer tu adalah KAU!


dan bila
sepatotnya kau boleh letakkan CGPA kau sebagai first class musnah
tu bukan salah lecturer
bukan salah ADR
bukan salah sesape
tapi salah kau!



dan bila transcript kau nanti cacat dengan satu2 nya result yang paling hampeh penah kau score..
tak perlu aku ulang la kan salah sape
memang totally salah kau wahai Eima Jer
tap perlu menangis
tak perlu terkilan
tak perlu nak moody
sebab kau yang memilih untuk itu
=(





so.
bersedia untuk bayar PTPTN
hahahahahaha






teruskan penceritaan lately








lately jugak
aku banyak menambah senarai kawan-kawan baru
yang mungkin akan menjadi teman raoat aku nanti
atau mungkin sekadar teman biasa
yeah
aku sangat-sangat bergumbira menambah senarai kenalan
=)






lately jugak
aku enjoy lepak kat dapur
memasak apa sahaja yang terlintas di otak untuk sajian anak buah, kakak, abang ipar terchenta dan kadang-kadang chenta hati yang datang menziarah keluarga
=)
haishhhh masak itu suatu ketenangan
dan melihat orang yang kau sayang makan dengan kenyangnya
sumpah ia lahirkan suatu kepuasan





ooopppsss lately jugak
aku dah mula berminat membantu kakak membuat tart nenas beliau yg sangat superb itu
yeah
kalau tak
kau jangan harap la kan
membuat biskut adalah perkara yang paling aku benci selain lipat kain
hahahahaha
=p



okey la
aku memang pemalas
asalkan blog tak bersawang jadila kan??
hehehehe




happy sunday kawan-kawan
have a great day!!
=)




Eima Jer: Sangat rindukan Penang..sangat rindukan madu..sangat rindukan nasi kandaq line clear..sangat rindukan baby qis..sangat rindukan amteh n amcik..tapi kenapa kaki ni masih ditahan oleh hati untuk pulang ke hometown??? masih berkecil hatikah aku ini??




November 18, 2009

Dari Eima Jer Untuk Nuyun Blair Waldoft





ok.
dalam facebook aku dh tempek.
saje la nk tempek dalam blog plak.
aku memang suke semakkan blog aku dengan cerita-cerita kasih sayang
sebab aku memang suka berkasih sayang!
=)





cerita pasai BFF
ramai yang cakap bff ni slalunya refer kepada sorang je bestfriend korang.
ye ke??




aku pon agak kompius
sometime sampai membawa kepada conflict diri
sebab aku ada 11 bff
hahahahahaha
bukan 1 yay
tapi 11
ayoyoyo




bagi aku bff ni adalah kawan-kawan aku yang mana friendship kami ada sejarah tersendiri
dan.
hubungan persahabatn tu tak penah putus walau ke pelosok mana kami pergi
kami berjauhan
kami terpisah
kami membawa haluan masing-masing
tapi kami tetap bersatu di dalam hati




ni bukan soal nk jaga hati semua
tapi ini berkaitan komitymen yg dah kau bagi kat satu2 persahabatan tu
bagi aku
bff tu bila sekian lama tak jumpa tak menggila sesama
aku akan pelok mereka-mereka seerat-erat yang boleh
aku akan ada rasa nak cium mereka-mereka dengan begitu banyaknya
aku akan rasa sangat-sangat free dan tenang bila aku dengan mereka-mereka
aku akan rasa aku sangat kuat menempuh dunia tiap kali mereka-mereka bersama aku
dan.
aku akan menjadi sangat sebak bila tibanya masa perlu berpisah ke haluan masing-masing semula.
tu yang aku rasa kat sume bff aku
rasa yang sama
perasaan yang tak pernah berubah
kasih sayang yang makin bertambah-tambah
kepercayaan yang tetap kukuh aku pahat dalam hati





tapi tu tak bermakna aku tak sayang kawan-kawan baik aku
kawan-kawan sekeliling aku.
aku sangat menghargai kawan.
kawan adalah antara insan terpenting dalam hidup aku
aku tegur aku ikhlas
sumpah tak pernah ada niat membodek niat mendengki niat cemburu ke hape
semuanya untuk ke arah kebaikan
walau ada seketikanya aku sering disalah anggap
aku terima
asalkan aku tahu niat aku di mana





hakikat dunia
putaran hidup
realiti kehidupan
kita perlu akur perlu terima setiap insan pasti ada sahabat karibnya





to all my friends
to all my besties
to all my bff
I LOVE U GUYS!!
a lot




entry merepek ni di bawa oleh penulis dari pelusuk bilik tidurnya yang gelap yang sangat dipenuhi mood tido.
its mean
entry tamat.
sekian.



November 12, 2009

11 November 2009




HAPPY 23rd BUFDAY EIMA JER!!
Proud to be myself!




to all my friends yang tak putus-putus send bufday wish through sms + facebook + call n bla bla thanx a lot guyssss...
sangat-sangat terharu!



btw,
agak bersawang blog I lately..
haishhh sedang sebok berjimba neh
tak sempat update
nanti yay!



jumpa lagi nanti
love u guyss!!
May God Bless Me Always!






Eima Jer:
Cant wait nk muvie-ing esok!! 2012 we were warned..here I come!!




November 01, 2009

Cerita Hati

comel gile kan mereka-mereka ni..haishhh!




ok.
secomel pic kat atas
macam tu la comel hati aku lately




lama tak bercerita tentang cerita hatikan?





Alhamdulillah
cerita hati aku lately cerita gembira
cerita hati aku cerita bahagia
cerita hati aku cerita penuh dengan gelak tawa
setelah puas hati ni menangis
setelah puas hati ni aku paksa tabah
setelah puas hati ini aku terapkan dengan keredhaan terhadap dugaanNya.





beberapa bulan ni aku bermain dengan status di facebook
status hidup
status di slut
status hati
status persahabatan
status hubungan
semak
sangat semak
sesemak hati aku untuk beberapa bulan itu




hati aku penah dihambat keliru yang teramat sangat
bila tuan pemilik hati ini kembali menagih cinta yang dibiarkannya hancur
keliru yang sungguh aku tak mampu nak uraikan
terima
biarkan saja berlalu
rebuild
just forget about it
force to forget
force to accept
future??
owh
hati aku stuck
otak aku serabut
jiwa aku sungguh tak tenteram




2 minggu kekeliruan hati tu aku cuba uraikan sedikit demi sedikit
menghargai pendapat keluarga
mendapatkan pandangan kawan-kawan, sahabat terdekat, madu tercinta, adik sayang
dan semua termasuk sahabat di alam maya
dan.
petunjuk yang sebetul-betulnya iaitu Istikharah
ya.
aku bukan sesolehah saidina Aisyah
aku bukanlah sebaik sesuci hati watak Nur Aminah
tapi aku juga hambaNya
yang rasanya tidak salah meminta sedikit belas kasihan Allah untuk memberi petunjuk ke atas kekeliruan hati.
walau aku tahu dan sangat sedar
ada yang mempertikaikan tahap kebaikan aku untuk layak mendapat petunjuk Allah.
aku terima.
sebab tu aku usaha
kerana aku tahu untuk mendapat petunjukNya bukanlah sesuatu yang mudah.
tapi tak salahkan berusaha??




dan ketika hati kembali berbunga.
aku yakin dengan keputusan yang aku buat.
dorongan keluarga, dorongan sahabat handai
aku kembalikan kegembiraan hati ini
dan aku tahu
bila hati ini tenang
pasti itu petunjuk Dia untuk aku





aku tak nafikan
ramai diluar sana mempersoalkan keputusan aku untuk kembali bersama
ya.
aku terima semua persoalan itu
sebab itu adalah sesuatu yang perlu aku terima
tak salah
asalkan hati ini tahu apa yang terbaek untuk aku
aku bukan lemah dengan hati
tapi aku hanya seorang wanita yang cukop bersyukur dengan apa yang ada
Allah hantarkan aku kebahagian hati
alhamdulillah aku terima dengan hati yang terbuka
jika ditakdirkan dugaan datang menimpa untuk keberapa kali
alhamdulillah aku terima
siapa aku untuk merubah qado dan qadar tuhan
siapa aku untuk melawan hati hanya kerana takot akan masa depan.
aku hanya seorang wanita yang sangat bersyukur dengan segala kegembiraan yang dihadiahkan untuk aku.
aku ambil kebahagian itu
dengan azam untuk menjadikan lebih bahagia
aku sambut kegembiraan itu
dengan nekad untuk membentuk ia menjadi kegembiraan yang berpanjangan.





hati ini ditakdirkan untuk meletakkan dia sebagai cinta kepada kaum adam
aku terima
tidak sekali aku memaksa dan melawan takdir itu
aku hanya seorang pemilik hati yang cuba mengikut rentak kehidupan
jika itu yang dikatakan si lemah hati
aku terima
asalkan hati ini tahu apa yang terbaek untuknya.






aku menulis dengan hati
aku menulis dengan emosi
maka terhasilnya sedikit coretan cerita tentang hati
thanx kepada mereka-mereka yang sudi membaca
salam gembira dan salam bahagia dari hati penulis untuk semua
doakan aku bahagia yay!
amin




Eima Jer: aku jiwang??? hahahahaha aku pon dok rasa mcm tu jugak! =p