December 18, 2009

Follower oh Follower


JOM FOLLOW BLOG AKU YANG BEST GILE NEH!!
(dengan nada penuh bangga kembang kempis kembang kempis lobang hidung!)
=p



ok.
hari ni aku nak sentuh sket pasai hal followers ni



warning:
entry ni untuk diri aku
ditujukan untuk aku
perihal tentang aku



reason warning:
aku taknak sape-sape terasa ok
sebab semua bloggers ada followers masing-masing






ok.
aku dah blogging hampir setengah tahun
bukan setengah abad
bagi aku
aku sangatlah new beginner yang baru nak blajar explore dunia blog yang memang sungguh kena dengan jiwa aku
penulis yang sangat baru dengan dunia alam maya ni



setengah tahun aku berblogging
followers aku baru 36 orang
ade yang remove aku from list dia pon ada
hahahahaha
tak kisahlah




apa yang aku nak sentuh
apsal followers aku sangat biasa-biasa sahaja??
sedangkan ramai bloggers kat luar sana bersepah beribu-ribu followers berkeliaran ke sana ke mari menikmati entry anda!




macam aku kata
aku budak hingusan lagi dalam dunia blog ni
dan.
cara aku
aku lebih suka followers datang dengan hati terbuka menikmati entry aku
bukan malu alah atas pelawaan aku
"alaaaa abang ensem, follow la i..i dah follow u..minat gile ni dengan u..kahkahkah wtf"
lalu klik follow blog aku
ntah apa aku mencarut haram tak penah hargai
buat apa kan???





kau apsal eima macam nak sangat je orang hargai penulisan kau??
heh.
oh tidak
oh tidak
bukan itu maksud penulis
tak payah nak tipu tak payah nak kelentong klu kau tak suka entry kau org komen
entry kau boleh buat orang senyum
entry kau boleh buat orang berfikir
dalam erti kata lain entry kau mampu entertain kan orang
tak payah nak tipu kalau hati kau tak berbunga bila followers kat blog kau bertambah setiap haru
komen kau bertambah setiap entry
sila jujur
pasti anda gembira bukan??



sama la dengan aku
tapi dalam masa yang sama
aku lebih mengharapkan followers yang betui2 suka penulisan aku
lalu dengan rela hati klik untuk jadi followers aku
biar sket dan jumlah tak naik-naik
tapi cukup buat aku rasa yakin
cukup buat aku rasa smangat untuk menulis



sebab
cara aku sama
aku hanya follow blog-blog yang aku jatuh cinta dengan cara penulisan beliau
yang aku sangat-sangat hargai penulisan beliau
yang memang aku tunggu setiap entry beliau
yang buat aku kagum
tak kisah apa genre
tak kisah apa bentuk penceritaan
yang penting hati aku suka
yang mana mata tak pernah terlepas pandang setiap bait-bait ayat yang dikarang kemas
itu cara aku




dan aku harap
kalian jugak macam tu




to silent readers
jangan malu tinggaikan jejak
kita sama-sama belajar
sama-sama mengexplore dunia blogging ni
sama-sama menghulur
sama-sama menikmati



dan kalau
kau follow blog aku aku tak follow blog kau jangan la letakkan perasaan tak puas hati
aku tak suka simpan entry orang mcm sampah
sebab tu aku tak follow




dah.
kalau pas baca entry ni ada yang nak remove aku dari list korang
ouusssshhhhh
sendiri mau ingat la eima!!
hahahahahaha




Eima Jer: owh Avatar..ada sape-sape nak ajak aku tengok muvie?? sesungguhnya muvie-ing di JB ni sungguh bosan!! =p






Congrat Malaysia


walau goal kemenangan hanyalah sebijik goal bodo
aku tetap bangga Malaysia menang!


walau first half game boleh buat mata aku layu menguap 4 juta kali sebab sangat lembab lari-lari jatuh lari-lari jatuh kejar sana kejar sini injured bagai
aku tetap bangga Malaysia menang!



walau tetibe Aidil maen defend zakuan plak maen stricker lalu menimbulkan kemusykilan
"aik, zakuan sarung jersey aidil ka???"
tapi aku tetap bangga Malaysia menang!!




dan.
walau game agak bersepah strickers ikot suka main sepak je bola tu
aku tetap bangga Malaysia menang




dan yang sangat pasti
aku bangga dengan defend Malaysia along the game
anda lakukan kerja dengan baik skali!!
=)






tahniah SafiQ
anda hero bola sepak Malaysia kali ni walau goal tu ala-ala boleh la kan
=p
congrat Rajagopal yang agak garang memberi arahan ditepi luar padang
kerja keras anda berhasil!
Congrat pasukan bola sepak Malaysia!!




Eima Jer: bila game petang aku jadi blur nak lepak tengok bola kat mana n dengan sapa. sudahnya kat bilik tv hostel je la. so, taklah sgt happeningkan.. okey la, goal pon biasa-biasa ja.




December 16, 2009

Sexy Chick


ini untuk mista Ajie a.k.a my hubby yang sangat-sangat suka minat pulun adore bagai dengan semua lagu AKON



perkara comel tentang hubby dan akon:
paksa aku atau sesiapa sahaja download lagu-lagu baru akon yang cuping telinga beliau dapat detect kat corong radio tu
paksa sbb beliau sgt tidak gemar berinternet pelik punya manusia zaman bila ntah kahkaakah
dan jangan lupa, lirik lagu tersebut skali
lalu beliau akan transfer masuk hp
siap dgn lirik
dgr je lagu ni kat radio
cepat-cepat bukak lirik dalam hp tu
dan
pulun melalak sepenuh jiwa
sumpah comel
aku rasa comel




ok.
jujur I tak suka Akon sangat
lagu dia sedap tp I kurang gemar
hmmm
cuma 1 lagu featuring dia dgn David Guetta ni memang berjaya menawan hati I
musicnya sumpah best!
I like


SEXY CHICK
by Akon feat David Guetta
terbeak!!
thumb up
=)




So,
I dedicated this song for u hubby n all the sexiest chick outside!!
chickmunk pon I tujukan jugak lagu ni untuk dia
kahkahkah



David Guetta Feat. Akon - Sexy Chick .mp3


Found at bee mp

Yes I can see her
Cause every girl in here wanna be her
Oh shes a diva
I feel the same and I wanna meet her
They say she low down
Its just a rumor and I don't believe em
They say she needs to slow down
The baddest thing around town
She's nothing like a girl you've ever seen before
Nothing you can compare to your neighborhood girl
I'm tryna find the words to describe this girl without being disrespectful
The way that booty movin' I can't take no more
Have to stop what i'm doin so I can pull her close
I'm tryna find the words to describe this girl without being disrespectful
Damn girl
Damn you'se a sexy chick
A sexy chick
Damn you'se a sexy chick
Damn girl
Damn you'se a sexy chick
A sexy chick
Damn you'se a sexy chick
Damn girl
Yes I can see her
Cause every girl in here wanna be her
Oh shes a diva
I feel the same and I wanna meet her

They say she low down
Its just a rumor and I don't believe em
They say she needs to slow down
The baddest thing around town
She's nothing like a girl you've ever seen before
Nothing you can compare to your neighborhood girl
I'm tryna find the words to describe this girl without being disrespectful
The way that booty movin' I can't take no more
Have to stop what i'm doin so I can pull her close
I'm tryna find the words to describe this girl without being disrespectful
Damn girl
Damn you'se a sexy chick
A sexy chick
Damn you'se a sexy chick
Damn girl
Damn you'se a sexy chick
A sexy chick
Damn you'se a sexy chick
Damn girl
Damn you'se a sexy chick
A sexy chick
Damn you'se a sexy chick
Damn girl
Damn you'se a sexy chick
A sexy chick
Damn you'se a sexy chick
Damn you'se a sexy chick


p/s: enjoy yay!!!


Eima Jer: Miss him a lot. sekian

December 15, 2009

Semak

Insyaallah bila marah entry mesti aku tulis sampai abes..
bukan save as draft pastu sambung esoknya
tak pon lansong xsambung lalu jadi sampah dalam draft
hahahahaha



aku tak la marah sangat
cemburu pun bukan
tapi SEMAK
paham tak SEMAK??



dengan siapakah anda semak??



dengan perempuan gedik jiran boyfy yang boleh dikategorikan sebagai BITCH yg masih menjaga aurat ye la kot!
heh.
nak aku describe lagi detail kau??





" mak cerita si bitch (aku yg letak nama dia) bagitau mak dia yang hubby tak cakap dengan dia sebab hubby merajuk jeles cemburu marah sebab dia balik kl cepat-cepat jumpak boyfriend..kira hubby jeles laa n tak suka dia balik jumpak boyfriend..apehal plak nak jelez..gf hubby kuar dgn kwn-kwn laki pon hubby consider je tak cemburu bagai..dia sape lak nk kita kena jelez bagai!"




heh.
aku berdesing-desing irama lagu akon feat david sexy chick la kan
tu belum kira brapa miligram taik telinga yang dah cair
tinggai tak menitik je lagi
ape kau gile langau lalat nyamuk la pompuan sedap-sedap buat statement macam tu
dah tu maen taktik kotor
bagitau si adik boyfy yang mak kau mengasuh pastu siap pesan
"oooppssss jangan bagitau mak nab tau"
dah tentu la si kecik tu akan copy paste dekat mak dia
memang cilakak la prangai kau kan
cakap je la terus terang kau n mak kau memang nak sangat-sangat bagitau mak nab tu yang anak mak nab kononnya kemaruk kat kau tapi kau tak layan lalu merajuklah mamat tu bawak diri taknak sms taknak call taknak balik penang sesama tak semua-semua laa kan




hahahaha
aku tak tau apa motif kau
aku ni bukan jenis cemburu
stakat nak kawan-kawan sesama jiran tetangga takkanlah aku nak suruh si ajie pilih aku atau kau kot
tu ace keje gile sewel meghoyan namanya
lansung tak cool
tapi bila aku dah bagi muka kau nak kepala
aku bagi hati kau nak jantung
aku bagi penampar nanti taknak lak kau mintak penendang?
heh.
bila jumpak aku kau angkat kening sombong taknak salam taknak apa
tapi bab sms laki aku boleh plak ayat manja bagai mintak tolong nun tolong ni dah macam adik kau dah takde nak tolong
apa niat?




dah tu.
4 tahun aku tak pernah tau jiran rumah hubby ada anak dara sebaya tapi tup-tup hubby kuar kereta baru parking depan rumah terus-menerus sms datang bertanya khabar tiba dengan secara tiba-tiba dan hampir secara pukal wtf!
kau perempuan jenis apa wahai b@#$h??





dan.
hari ni kau buat statement membunuh rumahtangga macam tu plak kan?
memang kau suka nak tempah cop sliper adidas bunga padi lekat muka kau sekeping dua kan?
kan?
kan?



aku semak dengan spesis pompuan macam ni
aku semak dengan nyamuk murah macam ni
aku diam sbb aku hormat kau jiran tetangga bakal suami kahkahkah
tapi jangan bagi aku rasa rumah bakal suami dah mcm kat tepi JALAN TAR lorong gelap lorong kecil lorong hitam sbb wujudnya spesis perempuan murah macam kau!
tolong ea
tolong jangan bagi aku rasa




Allah dah anugerah kau lelaki yang sangat baik
sila belajar hargai
jangan ada sifat tak tahu bersyukur
dan lagi
jangan ada sifat keji suka tengok rumahtangga orang musnah sebab kau
jangan
sangat keji kau macam tu





Allah hantarkan sahabat yang betul-betul nak bersahabat bersaudara dengan kau
tolong la hulurkan keikhlasan sebenar sesama saudara jiran tetangga
janganlah nak ambik kesempatan macam-macam
bila susah cari bila senang diam
bila sekeliling perasan prangai buruk kau
pandai pusing cerita yang si hubby merajuk marah cemburu manje la konon kau nak balik keluar jumpe pelok sayang bf kau
heh
sumpah jijik!!





aku marah bukan sebab aku cemburu
aku marah sebab kau buat cerita yang boleh jatuhkan maruah bf aku
dah gile kalau ada gf yang boleh SUKA boleh tersenyum bila senang-senang perempuan jijik macam ni tabur fitnah yang menjatuhkan kedudukan bf kau sebagai lelaki
yang paling penting sebagai bf aku!
hahahaha
heh.





aku sangat harap kau baca blog aku
entry aku
biar lepas ni kau boleh amek wuduk muhasabah diri cepat
kau kan bitch yang masih menjaga aurat
diam-diam berisi
senyam-senyap boleh jadi duri
dan.
sila jangan tunjuk muka depan aku
sumpah aku tarik tanya macam2 kau nanti





to readers
aku tau dahi korang berkerut tak paham apa aku maki
heh.
telan je la wei
aku tak pandai nak buat ayat detail cerita hal-hal hati
aku memang suka maki makian amalan syaitan bila aku marah
so??

sekian.



p/s: entry marah kena tujukan khas kat tuan empunya diri..perlu di detailkan mcm di atas. nanti takot ada yang terasa walau tak sepatutnya terasa. kahkahkah =p aku cuba mengelak sebarang pertelingkahan. niat baek wei.





Eima Jer: To Ana Drunbella..here cotton on..yang lain sila google =)







December 13, 2009

Masa Yang Dihabiskan atau Dibuangkan

[[sekadar mencapap]]



cuti semester aku kali ni adalah hidup seorang pelajar yang menghabiskan setiap saat cutinya secara nomad.
dalam erti kata lain tidaklah berada disetempat tapi sentiasa berpindah randah membawa bontot ke merata hala
heh.



cuti semester kali ni jugak si penulis mengupdate attitude kurang sopan dengan menjadi si anak kampung yang sudah lupa daratan lupa lautan lupa kampung halaman bila mana si penulis lansung tak menjenguk kampung halaman tercinta.
ini hebat.
lansung tidak mengupdate rindu pada amcik serta si comel qistina
haishhhh
lansung tak goyah iman dek pujukan kurang manja cik nuyun serta rakan-rakan skolah yang lain untuk pulang berjimba di kampung.
ini memang hebat!
lansung tak rindu kat jabatan pulau pinang tapi gile kemaruk nak makan nasik kandaq line clear
lansung tak rindu Sg.Semambu tapi sampai 6, 7 kali kau ulang pegi Midvalley pelahap laksam penang kat jusco tu dengan niat melepaskan gian mengidam laksa penang sebetui2nya penang
penulis jugak lansung tak heran tak dapat berhari raya di kampung halaman sambil pulun makan sup daging korban bagai seperti setiap tahunnya
hebat hebat
hebat sungguh si penulis mengupdate mode lupa daratan lupa kampung halaman beliau
heh.






cuti semester sekangkang kera tempohnya ni penulis habiskan dengan mengupdate hidup secara nomad
berpindah randah dari PJ ke Subang ke Serdang ke Nilai ke Klang ke Damansara sampai kadang-kadang baju tu aku tak keluar pon dari beg sbb nanti nak kena packing lagi kan
tapi sumpah penulis tetap bahagia
menghabiskan masa bersama keluarga terchenta
mengusik anak-anak buah sampai diorang naik muak jengkel bebal tengok muka kau pergi berambus laaa maksu kuar dating ke hape asek kacau kami nak online myspace add lelaki2 comel kiut bagai
heh.
penulis jugak sangat bahagia melayan kerenah anak-anak buah yang gile pemalas tapi kuat melantak nak mampos sampai mana aku dah terpaksa jadi chef maksu yang berwibawa masak dan masak sementara si ibu amek peluang goyang kaki senyum riang hilang 1 beban di dapur.
heh.
takpe.
dah penulis katakan penulis sangat bahagia




walau kondisi kesihatan penulis sepanjang cuti semester ni kuranglah baiknya
semedang tepeleot lembik pitam muntah cirit birit demam bagai
tapi penulis tetap mengupdate muka ceria excited bila mana kakak-kakak tercinta mengupdate pelbagai aktiviti di dalam rumah yang kadang-kadang kurang kena dengan jiwa raga
hahahaha kecuali masak memasak
entah kenapa penulis sangat suka masak sepanjang cuti semester ni
sudah bersedia mungkin
=p
bersedia untuk apakah??





satu yang sangat penulis perasan pada cuti semester kali ni
penulis sangat menikmati setiap saat cutinya
tak pernah merungut bosan walau kadang-kadang hampur 4x kena basuh berak anak buah yang memang gile busuk kaw punya bau taik beliau
takpe
penulis tetap rasa comel
penulis jugak menikmati waktu siang sepanjang cuti semester ni bila mana penulis sangat slalu bangun pagi seawal subuh
hahahahaha tapi kalau skali bantai tido boleh bawak sampai ke petang
sekian.





cuti semester kali ni jugak mensajikan rezeki yang agak murah buat si penulis bila mana terpijak Iphone 3gs ketika menikmati kecantikan keseksian Megan Fox as Jennifer
lalu lansung takde hati nak pakai hp tu sbb touch screen bagai yang sumpah menyusahkan aku lalu dijuai pada harga yang sangat menguntungkan!
hahahahaha
dan sebagai habuan aku kena bambu dengan mak n kakak-kakak semalam sebab amek barang orang siap kau juai bagai
padan muka!
lalu dengan slumber hubby amek duit tu tukar sport rim kereta
ok?
hahahahaha






dan yang paling penting
cuti semester kali ni hati penulis sangat tenang menjalani hidup sehari-hari
rasa annoying rasa semak rasa serabut semua menghilang seketika tapi still harap akan hilang sampai bila-bila
heh.




dan hari ni
penulis kembali ke utm tempat pencarian ilmu sehari-hari





'layankan je lah'
tu je yang mampu penulis katakan
mendalam maksudnya tapi penulis malas nak ulas
biar hati saja yang bercakap
biar hati je yang merasa
biarkan saja
tengok lihat ushar dan gelak dalam hati ok?
bukan siapa boleh tahu walau ada yg nak amek tahu
dah biasa
'hidup ibarat roda' dalam bahasa peribahasanya
dah biasa lihat
dah biasa tengok
dan sekarang masa untuk membiasakan merasa
'your turn'
heh.



'sila terima!'
bila cuti semester secara realiti dah tamat tapi fantasinya masih berjalan seperti biasa
'sila rasa terharu!
bila utm adalah universiti pertama yg sangat teramat sungguh bersemangat bukak semester seawal mungkin
'perlu lagi bersyukur!'
bila mana perlu menjalani kehidupan kampus kafe kolej seperti biasa setiap hari sampai kau rasa lebam dengan tangga fakulti yang memang takde perkhidmatan lift
dengan hostel kau yang tak pernah bertukar-tukar nama kolejnya
dan dengan lauk-pauk kat meranti n arked 13
heh.
'dan perlu belajar terima'
jugak dengan hal yg satu lagi tu
hahahahahaha





to all my clazmates
walau malas menggunung bebal seguni bosan selori dengan kehidupan beban seorang pelajar ni
aku tetap sangat rindu korang semua yang sweet manis gila sengal senget senet cool hot n spicy tu!
tunggu aku esok
walau takde beg p skolah yang baru
walau takde selipar baru
walau takde baju kurung baru (penah ke aku buat baju kurung baru tiap naik sem baru??)
walau muka tetap tak cantik macam biasa
walau tak 4 flat
aku tetap smangat nak PERGI KELAS ESOK!!





haissshhh apsal takde smangat nak masuk semester baru semester akhir terakhir ter-last skali ni?
heh,
sebab aku SEMAK kot
hahahaha
abaikan
mari lihat mari rasa






selamat datang semester akhir!!
aku update mode student utm skrg!!!
sekian
=)





Eima Jer: Cotton-on...hmmm macam dh sgt jatuh cinta dgn kau. wait aku balik. banyak aku nk hambek n bayar! =p