January 12, 2010

8 Januari 2010


kepada ajie insan pujaan hati,


jutaan terima kasih saya ucapkan di atas segala keromantikan kesweet-an dan kesurprise-an di malam ulangtahun hubungan kita yang ke-4 tahunnya. Ia sungguh-sungguh menterujakan hati saya hingga tak terhingga-hingga. romantik jugak kamu ea. ingatkan spesis lelaki yang tak tahu tulis kad lebiu-lebiu buat si kekasih ni memang spesis lansung tak romantik. hehehe rupa-rupanya tidak.


kepada pasangan kekasih awal dan akhir yang sangat saya sayang,


makaseh aida makaseh fahmie untuk malam yang comel itu. kalian berdua memang sangat tegar melayan kerenah ajie saya. nak cake la. nak surprise party la. nak itu la. nak ini la. macam-macam. makaseh bagi pihak saya. kalian memang sungguh baek. sayang kamu berdua sungguh-sungguh banyak sekali.




regards,
Eima Jer


..............................................................................................................................................


ok.
surat tamat
kali ni rumusan plak


08 Januari 2010 yang lalu
aku n ajie genap dah 4 tahun susah senang bersama
alaaaaaa
ramai tanya aku
" bukan dah clash ke??kire 4 tahun jugak ke?"
jawapan aku
"tu bukan clash, tapi cuti summer"
jangan diambil kira tempoh edah itu
aku dah nak lupakan dah
aku memang melayu mudah lupa
so?


barang yang lepas jangan dikenang
amboi kau main peribahasa bagai
okeylah
bagi aku 2 bulan kami terpaksa berpisah tu aku anggap sebagai salah satu ujian dugaan halangan terhebat untuk sampai ke tempoh 4 tahun genap kami bersama
sama macam pasangan lain
ada pasang surutnya
ada dugaannya
ada yang kecundang
ada yang tak mampu diselamatkan lagi
dan
alhamdulillah aku masih dalam kategori yang bernasib baik
alhamdulillah amin amin amin


taknak review banyaklah pasal anniversary kami
nanti semua orang muak nak muntah
sekadar sedikit catitan yang nak aku rekodkan untuk simpanan sendiri
sudahlah
cukuplah


malam tu ajie ajak aku candle light dinner bagai
hahaha tapi aku cam geli
nak kena pakai dress heel make up bagai
sumpah tak pandai
next time je la



tak sangka plak dalam temph 2 jam dia boleh plan macam-macam dengan fahmi n aida sampaikan lahirlah small party kat hartamas
very small party
aku ajie fahmie n aida
berempat di malam anniversary aku n ajie
simple and sweet
dengan pinky cake yang sangat adorable
ajie plak gile mimpi ape ntah bagi aku pearl bagai
yang seutas rm1 pon aku tak penah terpikir nak beli pakai
adehh
pandai la plak aku nak pakaikan
takpe takpe takpe
aku akan cuba



ni pinky cake yang comel tu
adorable sungguhkan?
sedap plak tu
haishhhh


ni aku n ajie la
sape lagi
kebetulan plak aku gatai nak pakai pink
hahaha geli mak nyah!!



ni la romeo n juliet aku
aida n fahmi

p/s: selain Aza Elliani Omar, ni antara insan-insan yg sangat aku gemar menempek gambar mereka di blog aku ni. mintak halal ea tuan empunya badan =p



ok.
aku ni tak romantikkan?
tengok la gift aku untuk ajie
something sweet n romantic boleh tak eima jer??
ni kau bantai hadiahkan kasut n suar main bola
sungguh sungguh sungguh tak romantik


baeklah
ini hadiah ajie untuk aku
tak pernah seminit pon aku terpikir dia nak bagi aku rantai gelang pearl bagai ni
tak pernah ok
sebab slalunya aku dapat sliper baru macam slalu
skali tersasar
even tak pandai pakai sangat, tapi saya sangat sukakannya
thanx u sayang
=)



oh lupa
aku sambut anniversary kat hartamas je
lepak2 sane
cool je tapi aku suka
thanx again babe!!



ok sudah



kepada kawan-kawan diluar sana yang masih berjuang mendapatkan cinta, yang masih belum berpunya, yang ditinggalkan atau meninggalkan, yang terluka atau diluka, InsyaAllah, kebahagian pasti akan datang nanti cuma samada cepat atau lambat. itukan habuan hidup di dunia. dan yang sedang berbahagia hati berbunga-bunga mari berdoa semoga ia adalah kebahagian yang berkekalan. Kuat hadapi dugaan dan jangan mudah mengalah.
sekian





Eima Jer: Nak saya tempek 1000 pic saya dan ajie ke baru kau nak pecaya yang aku TAKNAK akan BOYFRIEND sayang kau??? [[kiasan entry seterusnya..nantikan..kahkahkah]]


p/s: Eima Jer cari pasai lagi. Tu la, jangan dicucuk sarang lebah. walau penuh dengan madu yang manis-manis belaka tapi tetap garang bila menyengat!






Baju Baru Woah

Firstly,
aku tak tengok AJL
sekian!

naaah amek review terbaek AJL
kemas serta padat
[[Insan Tinggi]]


dah.
abes kat situ je



baeklah
sempena 2010 aku tukar layout
woah


tak dapat pakai barang LV
aku tempek as theme blog aku ni pon kire okey la jugak kan?
heh


paling tidak dah boleh sedondon seiring sejalan dengan bed sheet aku dah
tralalalalala
biar version pasar malam je mak
tapi katil I tatap nampak MALATOP!!
=p



sekian




Eima Jer: Banyak cerita nak kongsi act tp mata perlu tido dulu. esok je la ek??



January 05, 2010

Emak

hari ni bukan bufday mak
bukan ulangtahun perkahwinan mak
bukan hari apa-apa bagi mak
saje je aku nak bercerita perihal mak



HAJAH SABARIAH BINTI JAAFAR

ini emak aku
ibonda kesayangan aku
yang sangat cool
tak banyak songeh
tak suka mengongkong hidup aku
yang selalu jadi kawan baek aku
yang tak jemu-jemu dengar mulut aku ni berceloteh perihal kehidupan
yang tak banyak merungut tentang kehidupan susahnya dahulu kala ketika membesarkan kami sekeluarga
itulah ibu
semua ibu kat dunia ni takkan pernah merungut bersusah payah untuk anak
tapi anak??
haisshhh mintak simpang aku tergolong dalam list anak senget macam tu




semalam mak call aku
tapi tak sempat plak aku nak angkat
bila di dail balik no mak
tak berangkat la plak



mak jarang call aku
apetah lagi nak sms bagai macam ibu orang lain
mak aku orang kampung
mana la nak mahir sangat dengan hp ni
stakat angkat call tu pandai laaa
tapi semalam mak call aku
untuk jarang-jarang skali





bila tengok ja miscal mak kat skrin hp
hati aku rasa tersentuh
Ya Allah, aku terlupa call mak aku hari ni
dah 2 hari aku lupa call mak aku
perkara dunia apakah yang sangat-sangat aku sebokkan sampaikan membiarkan seorang ibu menanti dengan penuh sabar panggilan dari anak bongsunya




semalaman jugak aku cuba call mak
tapi tak berangkat
hati dah mula risau
nasib la Kak Ayu ada sms bagitau beliau baru lepas bercakap dengan mak pagi tadi
maknanya mak sihat-sihat sahaja
lega






mak selepas pemergian abah memang banyak berubah
aku dapat rasa mak sangat-sangat merindui kehadiran arwah abah dalam hidup beliau
kalaulah nyawa tu dapat ditukar
aku redha aku ditempatkan ditempat abah
biar mak terus hidup berteman macam selalu
terus-terus dapat tengok senyuman mak yang paling manis
masakan mak yang sangat sedap-sedap
gurau senda mak abah sambil teman abah menjalin bubu
gossip tegur-teguran manja orang kampung tiap kali tengok mak abah berkepit berdua ke sana ke mari
ke masjid membonceng scooter abah sama-sama
ke majlis ilmu berdua bersama-sama
sampaikan ke sungai mencari rezeki sungai pon masih berdua bersama-sama



emak tak penah mengeluh letih
megeluh panas dek panas mentari kat tengah sungai tu
suami ditemani dengan penuh kasih sayang




paling aku rindu
tengok mak sediakan lauk pauk santapan tengahhari kami sekeluarga
tak jemu penuhi keinginan tekak abah
nak gulai ikan semilanglah
nak makan terobok bakarlah
pajeri terunglah
semua mak penuhi dengan penuh kasih sayang
sambil abah setia temani mak memasak di dapur
maknye menumis, abah memotong sayur bagai
mak sangat bahagia
makin meningkat umur makin abah romantik



mak penah cerita kat aku
abah yang dulu tak seromantik sekarang
buat hal masing-masing je
tapi sejak abah giat jadi orang masjid
abah sangat berubah
dari segi dalaman sampailah attitude beliau sebagai suami
lebih teratur menguruskan rumah tangga
banyakkan masa di rumah bersama keluarga
sudah mula menjauhi aktiviti minum-minum petang di kedai-kedai kopi
sebok dengan tanaman bunganya
dan sambil tersenyum mak cakap
'betuah mak dapat abah. suami yang tak pernah bagi mak rasa susah payah nak beli ikan kat pasar tu. semua barang dapur abah sediakan.serba serbi.tugas mak masak je. ntah anak mak yang mana la akan ikot prangai teratur abah hang"
aku rindu tengok mak senyum macam tu





sejak abah pergi
mak dah jarang masak
kami anak-anak tak pernah merungut
sebab kami paham
sampai sekarang ni setiap inci benda kat rumah tu akan ingatkan mak kat arwah abah
apatah lagi nak biarkan mak masak kat dapur
tempat yang paling banyak mak ukirkan kenangan indah bersama



tambah lagi
selera kami sama sebijik selera abah
tetambah aku
apa yang abah suka makan aku suka jugak




dulu
aku pernah merungut nak makan mak masak
macam dulu
nak makan pajeri terung
nak makan kari ikan pari
nak makan gulai kerisik ayam
nak makan gulai lemak kacang buncis
nak makan gulai ketam dengan nenas
nak sambal belacan
nak ulam jantungg pisang
macam-macam aku rindu nak makan
sampaikan mak penuhi tapi lepas masak mak tengok aku makan
mak masuk bilik lalu menangis rindu abah




masa tu abah dah pergi hampir setahun
ya Allah
tuhan je yang tau betapa aku rasa besalah
sejak tu
aku tak pernah mintak mak masak
biarlah kalau mak rasa nak masak mak masak



tu tak bermakna mak tak masak lansung sejak 7 tahun lalu
masak tetap masak
tapi sekadar lauk-lauk biasa yang bukan peberet aku dan abah
ye la
dalam ramai-ramai kami adik beradik
aku adalah pengikut selera abah sama sejibik
aaarrrggghhhh kenapa la nyawa tu tak boleh ditukar ganti
aku nak mak terus gembira memasak
terus gembira menguruskan rumah tangga





selepas abah pergi
2 tahun jugak mak lansung taknak pergi mana-mana
taknak lepak umah anak-anak
taknak jenjalan rumah adik-adiknya
kata mak
'takmau tinggalkan abah jauh-jauh. nanti abah rindu mak, balik rumah nk tengok isterinya tapi mak takde'
aaarrrrgggghhhhhh
aku benci dengar ayat tu keluar dari mulut mak
walau dengan nada bergurau senda
tapi aku tau
jauh disudut hati mak
beliau sangat-sangat rindukan kehadiran abah di sisi




sampaikan 2 tahun jugak aku takot nak teman mak pergi pusara abah
takot mak taknak balik plak
kalau nak pergi
mesti amcik ada
mak memang emosi bab-bab pemergian abah ni





tadi aku dengar suara mak
skali lagi beliau sebak
ada majlis bacaan yassin beramai-ramai untuk arwah
aku tau mak ingat abah
mak rindu abah



oh lupa
mak kat skolah pondok sekarang ni
skolah pondok moden di Jenderam Hilir
mak mintak nak ke sana
katanya untuk pengisian akhiratnya
kami anak-anak sokong je apa yang terbaik untuk mak




mak bahagia kat sana
ramai kawan-kawan yang mempunyai arah yang sama
iaitu mencari pengisian akhirat
mak dekat dengan anak-anak
mak rasa nak balik rumah anak
mak call je sape-sape yang dia nak
mak boleh main dengan cucu puas-puas
sekali skala rindukan kampung halaman
mak balik kampung



aku harap mak sentiasa sihat dan berbahagia
aku sayang mak
tempat sedang aku berdiri ni adalah hasil doa beliau yang tak henti-henti
restu dan keredhaan beliau untuk aku
terima kasih mak
untuk segala-galanya





abah jugak rindukan mak




Eima Jer: tetibe teringat ayat someone yang mentujukan 1 ayat kat aku iaitu " sooooooooooo kampung outdated gurl " ...aku bangga kot jadi anak kampung. sangat rindukan hidup kampung. tapi tak la outdated sangat kot! hahahaha




p/s: aku suka cari pasai







January 04, 2010

Aku Sangkakan Aku Sudah Cukup Kg Tapi Rupa-Rupanya Masih Tak Cukup Kreadibiliti Anak Kampung Piaw Lagi Neh

Woah
seingat aku entry kali ni adalah entry yang memiliki tajuk entry yang paling panjang dalam catatan rekod blog aku.
heh.



ok.
aku teruja nak kongsi isu perihal kehidupan sebagai anak kampung ni
sangat teruja!
aku teruja sensorang pon takpe dah
yang stakat nak stalker je pastu berkumpul ramai-ramai dengan spesis macam korang lalu mengumpat aku
silakan tekan pangkah
dah aku katakan
aku teruja sorang-sorang pon dah takpe
dah cukup
dah memadai
sekian!




Weekend baru-baru ni aku habiskan 3 hari indah di hometown classmate aku iaiti Cik Aza [[aku bg link facebook seksiap, kot2 ada nk apply jadikan rumah aza homestay.kahkahkah]]
hometown beliau terletak di Batu Pahat, Johor
tak salah aku Kg.Semerah kot
tu je pekataan yang keep aku dengar dari mulot famili beliau
"nak ke pekan semerah"
malas nak tanya tuan empunya kg sebab nanti kantoi lak nak buat review psi kg dia
kang bangga malas lak aku nak layan!
heh.




perasaan nak ikot beliau balik pada mulanya lebih kepada excited nak makan sedap-sedap.
ok.
aku sangat adore masakan orang jawa!!
sangat-sangat suka
bagi aku orang jawa antara masyarakat yang sangat pandai memasak
especially bab makanan ala-ala kampung ni
Mak Aza iaitu Cik Puan Lasteri [[ada unsur bodek]] ni adalah suri rumah yang memang piau jawa Indonesia
so, kau dah boleh bayangkan betapa kesedapan yang ada di dalam setiap masakan beliau.
tak payah bukti
cukup la tengok kadar kunjungan rakan-rakan aza tiap kali beliau buat openhouse atau makan-makan
sumpah ramai woah!
berkonvoi-konvoi
kalau setakat jamu mihun goreng lembik ade sawi je dah tu tawar hebiau ade ke orang nak datang berkonvoi-konvoi setiap tahun??
-pikirkan-



ok.
ditambah lagi keinginan tekak aku nak makan roti jala version mak aza yang memang suepr duper sedap
roti jala yang kau layankan dengan kari ayam kampung yang memang malatop!
ok.
pegi lap air liur kau yang melejeh tu
hahahahaha
tak pon cepat-cepat telan air liur yang banyak sgt kau kumpul kat tekak tu
hahahahaha
yucksss!





makanya
bertolaklah aku dan aza dari utm yang serba kebosanan ni menuju ke Batu Pahat
perjalanan biasa-biasa saja
naik bas VIP sengal yang budget first class sangat lalu memasang DVD Ninja Assassin yang dicetak rompak sekuat yang mampu
memang sungguh-sungguh mengganggu ketenteraman dan kekusyukan tidur kami berdua
dan mungkin semua org
tapi lena tetap lena
melejeh jugak air liur aku
hahahahahaha
dah tu apsal sebok nak membebel kat bas tu??
ok.
mari diam





baeklah
cerita catitan pengalaman kehidupan kampung aku bermula setibanya kami di Stesyen Batu Pahat
ok.
famili aza ni very independent famili
kau takkan jumpak la mama papa tunggu kat bus-station batu pahat tu sambil lambai-lambai tangan pastu angkat semua beg kau dan kwn kau masuk bonet kereta lalu mulakan pejalanan pulang ke kg halaman.
oh tidak
kau takkan jumpa
sebab tu aku cakap pengalaman aku bermula di sini





dari stesyen bas batu pahat
aku di bawa aza naik bas loncat untuk sampai ke kg beliau
sumpah wei
last time aku naik bas loncat ni masa abes skolah dulu
ingat lagi aku
kalau kat tempat aku nama syarikat bas loncat ni ialah 'Red Omnibus'
hahahaha nama mcm nak letak 'Red Devil' je tapi malu-malu alah
dulu masa budak skolah naik bas ni la nak ke pekan Kuala Kurau
nak ke Bandar Bagan Serai, Parit Buntar atau nk jauh lagi Penang or Taiping
dah lama woah tak layan naik bas loncat
perangai aku
aku jenis takot nak lepak tunggu bas kat bus-stand bandar aku tu
sumpah penuh dengan mat rempit ala-ala tak mandi 2 minggu jeans tak basuh setengah tahun
aku sangat takot
so aku lebih prefer naik teksi ja
atau orang kampung panggil perebet sapu
same je pon tambang
mahal sket je
janji selamat
ye ke selamat??




berbalik cerita asal
masa naik bas loncat nak bergerak ke kg aza tu
muka aku cam teruja jaa
tak tau la aza perasan ke tak
macam-macam aku tanya
over melebih-lebih dari anak-anak bandar!
heh
ye la
bas loncat kampung aku takde aircond
panas woah
tingkap lak takleh nak tutop
abes tudung rambut kain boleh terselak bagai
tapi bas loncat rumah aza ada aircond sejuk
hahahahahaha
aku dengki!
tapi tu dulu eima
ntah-ntah bas loncat nak ke lg kau pon dah ada aircond sekarang ni [sedapkan hati]
=p




ok.
aku suka tengok perkampungan orang
maksud aku perkampungan di luar kawasan negeri aku
macam perkampungan di melaka, penang, kedah, perlis dan tak lupa jugak johor
dalam bas loncat yang aku teruja serta dengki sungguh tu banyak aku abeskan masa dengan menikmati pelbagai rekabentuk rumah kampung di sekitar batu pahat
halaman rumah yang kebanyakannya sangat bersih dan luas
kalau kawasan kampung aku
halaman rumah kebanyakannya kecik aje
banyak yang dimodenkan dengan diturapkan tar
senang tak payah cabut rumput
becak pon takde
di batu pahat lain
halaman masih mengamalkan konsep semulajadi dan kehijauan
daun kering di sapu rapi
halaman kemas-kemas belaka
thumbs up!





setibanya di rumah Aza
kedatangan aku disambut baik oleh keluarganya especially mak beliau yang memang saling tak tumpah gayanya dengan cik aza elliani ni
[classmates aku pasti memahaminya]
heh.
dan si gorgeous little kid menyambut kedatangan aku dengan memek muka yang sangat-sangat comel
and also baby baru yang masih di dalam tempoh pantang!
semua berjalan lancar



first masakan jawa yang aku hadap malam tu of coz my peberet air tangan orang jawa iaitu kari ayam kampung version mak aza!
woah sumpah sedap wei
kau jangan harap mintak mak aku masak la kan
ayam daging pon beliau dh pencen dari memasak tambah-tambah la ayam kampung yang agak remeh itu
=p
harapkan kakak-kakak aku
mana la pulak nak cari ayam kampung di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur tu kan?
so, apa lagi
nak plak lepaskan peluang keemasan ni
malam tu aku n aza berdinner betul-betul ala-ala kampung yang sgt real kampung!
fuhhhh puas beb!!




macam biase
satu lagi perkara yang aku rindu masa kat kampung adalah masa tido yang sangat awal
kalau balik kampung aku
situasi ni dah tak brape nak ada
abang-abang aku layan lepak borak tengah malam jugak
layan astro sampai ke pagi jugak
rumah plak kadang-kadang terang berderang dengan lampu sampai ke pagi jugak
tu la panahan astro
hahahaha tak memasal astro plak di salahkan




tapi kat rumah aza sangat lain
terasa kehidupan kampungnya
takde astro tapi ahli keluarga tetap cool n sentiasa tahu isu-isu semasa jugak
kalau kau yang siap ada astro mix tu
nak rakam sehati berdansa
upin ipin
cerekarama
awan dania
buletin utama taknak tengok
dunia jam sepuluh taknak rakam bagai
heh.
macam aku cakap tadi
kat rumah aza aku dapat balik rasa suasana yang sangat-sangat aku rindu
zaman-zaman arwah abah ada lagi dulu
lepas makan malam satu famili, semua lepak depan tv tengok berita
lepas tu layan drama melayu jap
pastu dunia jam sepuluh [sebab arwah abah berkuasa ke atas tv]
pastu kui 10.30 malam tu rumah aku dah masing-masing shut down and switch to alam mimpi




malam kat rumah aza sangat pendek
pukul 10 lebih je masing-masing dah get ready nak tido
mata aku pon automatik kuyu layu dah
memang la persekitaran mempengaruhi kehidupan kita kan?
cuba kalau kat utm?
mahu 2,3 pagi kau baru nak nampak tilam
heh.
yeah.
aku teruja sorang-sorang dapat ulang balik perkara yang aku buat 8 tahun lepas
iaitu 'tido awal setiap malam'
biar ia perkara bodoh bagi sesetengah pihak tapi bagi aku
ada kenangan yang aku rindui dan kenangi
iaitu 'kehidupan bersama abah'.
sungguh indah
[haissshhh jom lap air mata jap.secara tak sengaja meleleh ni]





kehidupan kampung diteruskan lagi esoknya
aku tewas nak terus berjaga selepas solat subuh
sebab aza pon bantai tido
pukul 8.30 jugak baru aku bangun
rekod yang agak bagus untuk aku
kalau kat kampung aku
mahu pukul 11,12 baru aku bangun
sejak arwah abah pergi, mak tak brape nak amek kesah aku nak bangun lewat
abes kuat dia bising kalau kau liat nak bangun subuh
abes sume keluar la
kubur berasap laa
kubur sempit laa sebab lewatkan solat
tapi lepas kau settle tanggungjawab kau dengan tuhan
kau nak tido sampai lebam ikot kau laa
kehidupan kampung kat rumah aku dah semakin bandar dah sejak pemergian abah





tapi kat rumah aza
aku bangun je nak amek wuduk
dah nampak dah mak aza busy kat dapur
sediakan sarapan pagi seawal sesubuh pagi
siapkan macam-macam kuih untuk penuhi pesanan pelanggan
dan juga sebagai alas perut ahli keluarga
coolkan?
kat rumah aku
dah sangat lama tak amalkan aktiviti bersarapan
so, mak aku prefer mengaji al-quran sampai ke siang lalu bersolat duha bagai
tak payah pikir soal sarapan
sebab anak-anak pon bukan layan bekpes sangat pon
tengok mak aza busy buat kuih, abahnya pulak masih ditikar smayang berzikir mengaji quran bagai
hati aku kembali sayu
teringat suasana subuh 8 tahun lalu
pukul 5 pagi je kau akan dengar dah bunyi enjin moto scooter suzuki v100 kale purple milik abah dipanaskan
memang sumpah bising sebab abah macam saje je presskan minyak kuat-kuat nak bagi anak telinga aku ni kesan bunyi enjin tersebut
hahahaha sebab garage sangat dekat dengan tingkap bilik aku
jam 5.30pagi dah dengar moto abah gerak ke masjid
dalam pukul 5.45 dah dengar suara abah azan subuh
dah dengar mak sebok mengemas di dapur
sampah sarap plastik megi yang abang-abang aku buat pada sebelah malam tu
dah dengar suara mak kejut aku bangun subuh
dah dengar bebelan mak aku potpetpotpet dengan pelbagai hadith sabda dosa pahala lewat bangun subuh dekat abang-abang aku yang sememangnya sungguh liat nak bangun solat subuh
dah dengar bunyi cerek dok bebunyi yang kadang-kadang tu saje je mak aku bairkan melalak sbb nak kacau kami sume tido
aaarrrrggghhh aku rindu semua suasana bahagia tu
yang dah Allah tarik balik sejak pemergian arwah abah 7 tahun lalu
bila tengok suasana tu ada kat dapur rumah aza
dekat segenap ruang rumah aza
hati aku sebak ingatkah abah dan kehidupan mak skrg
sebab tu aku tanya aza soalan bodo
'rumah kau bukan tak boleh tido lepas subuh ke?'
bila aza cakap
'belasah je tido'
aku tanpa pikir panjang terus tarik selimut lalu tido
tak kuat wei nak tengok suasana yang sangat-sangat aku rindu tu berlaku depan aku
hati aku ni pelik
suka sayup sedih layan bagai bila time subuh
ingat lagi masa first time masuk asrama
aku cool je masa-masa lain
tapi masuk je time subuh, dengar je azan surau berdekatan blok asrama aku
dah kau
aku masuk toilet menangis ingat mak abah aku
ingat suasana subuh di rumah aku
sebab tu aku amek keputusan tido je pagi tu
sorry aza




bangun je tido
tak sempat kau basuh muka gosok gigi
dah dengar bunyi suara mak aza ajak bekpes
hehehe sungguh terharu
macam-macam kuih aku dapat makan
yang memang jangan haraplah nak jumpak kat dining table rumah aku
walau hakikatnya rumah aku adalah di dalam sebuah kampung
heh
aku menikmati sarapan pagi dengan penuh kerinduan kampung halaman aku sendiri
kau boleh tengok ayam kat luar halaman
pokok kelapa sawit keliling rumah
macam-macam tanaman ulam-ulaman sayur-sayuran kampung kat bahagian blakang rumah
kalau datang rumah aku
jangan harap nak jumpak semua-semua tu dah
halaman dh diturap
bahagian dapur abang aku dah buat second garage
dah takde ulam-ulaman hasil cucuk tanam arwah abah
dah takde pokok-pokok rambutan yang galak berbuah
dah takde pokok-pokok bunga ros yang berbunga pelbagai warna
dah takde
yang ada timbunan pasir kat blakang rumah menutupi tanah kampung tu
pasu pokok-pokok sume mati tak berjaga
pkok-pokok dah malas nak berbuah keluarkan hasil
yang ada rumah tua yang dah semakin usang tidak secantik seukuh dulu
masa zaman-zaman arwah abah sebagai pentadbir rumah dulu






siang di rumah aza sungguh aku tak rasa masa tu sedang berlalu
penuh dengan pelbagai aktiviti kampung
aku dapat tengok macam mana orang buat tapai ubi
macam mana nak bungkus tapai ubi guna daun pisang
sumpah aku tak penah tengok dan tak penah amek tau pon sepanjang aku hidup ni
pengalaman dan ilmu baru yang aku kutip
haishhh
tengok tapai pon ingatan tetap kau palitkan kat arwah abah
betapa arwah sangat-sangat suka makan apa jenis tapai pon
kalau kat utara
tapai akan dibalut guna daun getah
tak kira la tapai ubi ke tapai pulut
tu yang aku slalu nampak la
sebab abah selalu bawak balik untuk mak kalau abah balik dari penang or kedah
dan
prangai arwah abah
beliau suka berhenti makan kat kedai-kedai makan yang ada juai tapai
memang klu aku tengok tapai kat mana pon hati mesti terdetik
'hmmm abah suka sgt mkn tapai'
=(




tengah hari di rumah aza aku disajikan dengan santapan kampung lagi
dah
tak payah la nak wish ada steak ada chicken chop nasi ayam nasi tomato bagai
sumpah takde sape nak layan
aku tegaskan kat sini
AYAM DAGING pon kau payah nak jumpak
sebab famili aza memang mengamalkan kehidupan kampung yang sebenar
kau penah makan sayur air pucuk meranti bandar??
heh.
aku penah, pertama kalinya
kau penah makan pucuk daun keledek??
hehe aku sempat tengok ia dipetik tapi belum sempat nak rasa
baru aku tau yang pucuk daun keledek tu boleh dibuat sayur
hahahahaha
selama ni aku hengatkan ubinya saja boleh dibuat makan
=p
dan.
kau penah makan sambal ketuk yang sangat syurga??
aku dapat
sambal ketuk version mak aza
sumpah syurga!!
kan aku cakap orang jawa memang superb dalam masakan kampung
aku suka
aku suka
aku suka
sambal ketuk yang kau layan dengab kari ayam kampung
asam pedas ikan yang kau layan dengan sayur tumis pucuk meranti bandar
air kelapa fresh yang masuk tekak kau
roti jala yang menyengat
bubur lambuk
woah
terbaek wei
sungguh terbaek!!



rumah aku??
namanya saja kampung
abes-abes kau sume akan teruja datang rumah aku makan siakap besau fresh from sungai pastu dapat pelahap udang galah besau besau fresh nak mampos bukan dari kolam tapi dari sungai hasil skill jalaan amcik aku yang sungguh terror.
heh
tu je la tarikan kampung aku
dan
macam mana kau nak buat rokok daun
ada pakej skali dengan layan rokok daun lagi
kahkahkah
nak sentuh bab makanan kampungnya
rumah aku layan ayam daging
layan ikan laut
kau tak payah nak harap jumpe ikan keli ikan baung ikan haruan belut bagai dalam peti ais rumah aku
memang takkan
sebab famili aku tak makan ikan sungai
harap je rumah tepi sungai



tapi tak bermakna aku tak alu-alukan kehadiran tuan puan adik akak sahabat handal nk jalan-jalan menikmati suasana kampung aku yang hampir-hampir ke arah kemodenan sudah
anak dara tak pakai baju kurung dah
contoh terdekat: AKU
anak teruna tak banyak yang suka pegi masjid dah
lepak kat hujung-hujung kampung pon dah takde dah sangat
ntah mana semua pegi ntah
dah xde nak pomen-pomen moto kat halaman rumah aku
dah takde nak mengorat anak-anak gadis gedik dok lalu lalang depan rumah aku sambil control-control ayu sambil berbasikal sebab rumah aku penuh dengan barisan rempit terkemuka naungan amcik aku
dah takde dah semua tu
mana pegi semua anak dara kampung aku ntah
dah tak berdara mungkin
ooopppsssss
maksud aku abes sume pakat dah kawen kot
ye la
kalau balik sana
aku terperap kat rumah ja
nak berkawan abes sume kawan dah kawen
semua sebok layan laki layan perut memboyot layan anak mintak disusu
semua kehidupan kampung aku lenyap bersama pemergian arwah abah
sebab tu masa kat rumah aku tu nak bejalan 1 minit pon aku rasa sangat lambat
ape tak nye
dah la kau kepam dalam rumah je sepanjang cuti semester
nak masak membazir
takde orang yang nak makan
nak keluar kawan takde
aseknya mengadap tv je
heh.



dan satu lagi
kat rumah aza ada little gurl yang sangat adorable names Syaqeera
si kecil ni sudah sangat berjaya curik hati aku
berjaya jugak imbas kenangan aku dan anak-anak buah perempuan masa kat kampung dulu
nakal
asek nak jajan je
asek nak main je
rindu masa-masa kakak aku dalam pantang baby baru pastu aku plak take over jaga si kakak baby yang sungguh nakal
dari mandi sampai la suap makan, basuh berak, layan kerenah dorang pastu siap pakej bawak jenjalan pusing 1 kampung naik basikal lagi
dah si tokwan plak [abah aku]
asek pulun beli jajan pelbagai jenis
dari snack keropok sampaikan aiscream pop tu 1 kotak lepak masuk fridge
amek kau
sampai nak muntah jajan aku tengok anak-anak buah aku masa tu
aaarrrrrggghhh skali lagi aku merungut
aku rindu masa-masa lampau




dah dah
kang lagi banyak air mata aku meleleh
ni pon dah berhingus bagai dah


to Aza dan keluarga
jutaan terima kasih tak terhingga sebab sudi terima kedatangan aku untuk 3 hari
layanan kalian sekeluarga sungguh-sungguh buat aku terharu
sumpah tak serik nak datang lagi
hehehehe
thanx untuk bekal yang belambak-lambak dari Mommy Aza
Gonna mish Kak La, Pakcik, Abang-abang Aza, Kak Yut, Mak Cik, Baby Maisarah and da last 1 of coz si genit syaqeera


mari saya paste pic si genit ni sebagai penutup entry saya

sangat adorable kiut miut beautiful funny chicky n hawt kan??


kan aku dah kata
tengok
muka korang senyum geram tgk pic si genit ni
haishhhh
i heart her soooo much!!



Eima Jer: Hairan apa salah kau bila tetibe orang yang kau tak pernah rasa dia ada masalah dengan kau tetibe remove kau as fren from fb list beliau. kesilapan teknikal kot. perasaan aku?? hairan campur takde perasaan. baru je perasan keadaan itu. maaf kerana lambat menyedarinya. dan maaf kalau ada perangai aku, entry aku, kata-kata aku yang buat kau terasa hati. aku lebih suka berdiam diri tanpa ambil sebarang tindakan. semua manusia skrg xboleh dipercayai untuk berkongsi luahan hati. baik luah kat blog. tetibe lak emo. heh


January 01, 2010

Lil Sis Ajim

Happy New Year 2010!!!



01012010

pembuka tirai 2010 ni aku mulakan dengan menempek gambar insan yang paling aku sayang sama seperti sayangnya aku akan my parents, family and hubby
InsyaAllah sampai bila-bila akan terus seperti itu

baeklah
ini adalah si manis kesayangan aku
NUR AZIMAH SAMSUDIN
atau
AJIM



beliau adalah satu-satunya adik yang aku ada
maksud aku, adik yang aku sudah anggap seperti sebahagian daripada hidup aku
walau kami ni lain perut lain keturunan
kahkahkah




SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Penang
menyaksikan pertemuan kami pertama kalinya
dan alhamdulilah hubungan kasih sayang ni berterusan hingga ke saat ini


si manis ini sentiasa dengan aku
ketika susah aku
senang aku
gembira aku
sedih aku



si manis ni tidak sama sekali menyokong aku jika aku adalah di pihak yang salah
salah tetap salah
tak kira hubungan kami adalah berstatuskan kasih sayang
maksud aku
tiada kompromi




si garang ini sangat benci tengok aku menangis
perlu sentiasa gembira
jangan lemah
jangan terlalu pikir sesuatu tu terlalu complicated






si penyayang ini jugak adalah satu-satunya adik aku yang sangat sabar dengan semua prangai buruk aku
yeppp
aku mengakuinya
perhatian yang aku curahkah untuk beliau
masa yang aku luangkan untuk beliau
tidaklah sehebat kata-kata gah yang aku slalu keluarkan kepada dunia betapa aku sayangkan beliau
aku sangat slalu sebok dengan hal perihal hidup aku
kawan-kawan aku
buah hati pengarang jantung aku
sampaikan kadang kala aku akan tersedar sendiri
omg
"dah lama tak tanya kabar adik aku"
omg
"dah lama tak call adik aku"
omg
"dah lama tak jumpak ajim"
omg
"dah lama aku tak sms ajim"



si baju putih tu adalah seorang kakak yang agak kejam
yang agak kurang berhati perut
yang agak pentingkan diri mungkin
yang agak n pelbagai agak



terima kasih Ajim sebab masih sudi menyayangi saya




2010 ini saya mahu memohon jutaan kemaafan andai kata sangat banyak buat kamu sedih
I LOVE YOU AJIM
more than u know!




Eima Jer: Off to Batu Pahat. Oh men, hope diet aku tak punah ranah along kat rumah aza nanti. Mommy aza masak sangat2 lah syurga rasanya. Roti jala kari ayam, here I come!! =.=