March 11, 2010

Finally

thesis yg sentiasa menghantui ketenangan hati
+_____________+





finally draft thesis berjaya dihantar semalam
plus
seminar paper


semua classmates aku kalau korang tgk smalam mata masing-masing macam panda
semua tak tido
semua tak boleh nak tido



ntah apa yang jabatan aku rushing kan sangat
aku tgk jabatan tlain relax je
bukan macam kami yang terkejar sana terkejar sini



bayangkan seminar paper kena submit sekali dgn full draft thesis
tak ke kau rasa nk tangan kau tetibe ade 14 n otak ade 3??



semalam pukul 5.30 petang jugak baru settle semua
penyelaras pon dah nak balik
siap je hantar, aku tgk list ramai yang tak hantar lg
hope dorang sume sempat!
Cik Ruby siap suruh aku balik tido lagi
maybe semak tgk mata aku yang sembam gile
muka yang kuyu letih
plus
LAPAR nak mati
since pagi tak sempat makan apa



panahan thesis ni memang TERBAEK lah!



semalam
settle je antar segala azab dunia tu
aku dan rakan-rakan pi makan
masing-masing tak sempat makan tau
ada yang order air sampai dua
ada yang order lauk sampai dua
semua nafsu perut tong memasing
tu la
bila stress sangat
dan penggunaan otak yang maksimum!
penat tau dunia student ni!
huh




okeylah
mari berdoa everything wil b okey
Next Wednesday aku dah start presentation FYP
demn!




semoga aku LAYAK menjadi GRADUAN UTM nanti
=)




p/s: for those yang final year korang tak perlu buat thesis or fyp bagai. memang tak mencabar la wei g kelas balik kelas jawab test kuiz bagai then grad! hahaha macam aku cakap tadi, panahan thesis ni memang terbaek. buat kau tido pon tak lena asek memikirkan aku ni layak ke tak grad ni. UTM memang lasak la wei. LI kau wajibkan, Thesis pon kau wajibkan. fuhhhhh



its Thursday!
weekend aku dah bermula!
=)





March 07, 2010

Pengenalan






MPG's Dinner itu adalah Majlis Malam Pra Graduan
^_______________^


Danga Cruise, JB
makanan sedap sedap belaka sumpah tak tipu
tempat pon selesa
majlis pun berjalan lancar


gambar berdozen-dozen
yang jadi ade yang sampah pun ade
(sila upgrade lens wahai eima!)
semua org sporting habis
enjoy!




thanx junior buat majlis utk KAMI para pelajar tahun akhir




tq jugak kepada Encik Ajie ku sayang sebab sudi datang dari KL semata-mata utk aku dan majlis
tengok kawan-kawan sangat friendly dgn dia
aku suka
bukan senang nak cari 1 masa nk kenalkan Ajie kat semua classmates syurga aku tu
bukan nak menayang ok!
takde asset pon nak menayang
tapi just nak dia kenai semua kawan aku
kan senang sket hubungan tu
eceh
melalut je





ini entry pengenalan untuk timbunan gambar yang bakal menjengah dalm masa terdekat
=)





March 05, 2010

Tak Perlu

tagged by Cik Mimie di FB saya


kata-kata di atas buat saya terpikir



tak perlu sebok mengkaji perubahan dalam hubungan persahabatan kita
tak perlu mengeluh betapa susahnya hendak mencari sahabat karib
tak perlu sentap sana sentap sini
tapi lihat diri sendiri dulu
adakah kau seorang sahabat yang baik?




siapkan diri kau dulu eima
untuk menjadi seorang kawan yang baik
InsyaAllah
mereka ada menanti bersusah senang bersama
tak perlu mengejar kawan
kawan yang baek tak akan biarkan dirinya dikejar
tapi persiapkanlah diri untuk menjadi seorang kawan terlebih dahulu



saya bercakap secara RANDOM!
diingatkan lagi
^______^



credit to:
Cik Mimie




March 04, 2010

UTM dan 'Say NO To Polystyrene'

sumber: google image



hari ni mood baek
sangat baek
thesiskan dah hantar kat supervisor untuk semakan terakhir
sure la hati bunga-bunga



sebab mood penulis sangat baek
nak bercakap sesuatu yang ILMIAH sket
hehehehehe



'SAY NO TO POLYSTYRENE!'


ini yang nak dibincangkan oleh penulis
ilmiah bukan?
^___________^



sebelum tu, jom kita ushar sket bahaya penggunaan polisterin atau dlm bahasa inggerisnya polystyrene ni


Pertubuhan alam sekitar antarabangsa, Californians Against Waste misalnya mengklasifikasikan polistiren ini sebagai ancaman masa depan yang mampu mewujudkan revolusi hijau yang menganggu gugat elemen pembangunan mapan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan dengan menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Malah Foundation for Advancements in Science and Education (FASE) pula menyatakan bahawa styrene, komponen utama dalam polistiren ini berpotensi untuk bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam bekas makanan polistiren.

Malah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyenaraikan polistiren sebagai bahan buangan yang ke lima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.

Sumber:
http://kdoclass0809.blogspot.com/2009/03/berita-bahaya-politerin-terhadap-alam.html
makaseh tuan empunya blog di atas ini




Isnin lalu bersamaan 1 March 2010, seluruh kampus UTM sudah mula mengharamkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan
proud so!
sehingga entry ni dibuat, tiada lagi kelihatan wajah-wajah polisterin di sekitar kafeterian UTM ni
semua pelajar dan kakitangan sangat comel dibekalkan dengan bekas makanan plastik yang boleh dikitar semula seperti di bawah ini oleh pengusaha kafe jika mereka memilih untuk membungkus makanan

comelkan??
mesra microwave lagi!




menurut maklumat yang saya perolehi sepanjang kajian thesis saya berkaitan sustainable campus ni, perancangan ke arah penggunaan polisterin sifar di kawasan kampus adalah termasuk di bawah Program Inisiatif Perlaksanaan Kampus Lestari Fasa 1 di bawah pengawalan Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM
ini merupakan hasrat NC UTM yang sangat mementingkan pemeliharaan alam sekitar
sungguh bangga dengan NC baru kami!



berita baik!
UTM memang sudah mula mempunyai perancangan ke arah perlaksanaan kampus lestari di mana draf perancangan untuk dimuatkan di dalam projek-projek pelestarian kampus di bawah RMK-1O nanti sudah mula dirancang dan diatur dengan teliti
tahniah Pejabat Harta Bina, UTM!
tahniah NC untuk ketegasan anda!




pengusaha kafe tak rugi ke?
taklah
sebab bagi sesiapa yang willing nak tapau makanan, mereka akan di charge RM0.30 bagi setiap bekas makanan di atas
dan kalau kau taknak membazir RM0.30, rajin-rajinlah bawak bekal makanan sendiri1
comel dan jimatkan??




ada warga UTM yang mengeluh ianya remeh??
oh ho
jangan begitu
sebagai golongan berpendidikan, mentaliti kitalah yang sepatutnya sangat senang diubah
kan?
bukan susah pon untuk mula membawa bekal sendiri
dan ia bukan sesuatu yang memalukan lagi bila semua warga UTM berbuat demikian
saya sangat suka
sangat bangga
taknak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk UTM
taknak buat utk UTM, buatlah untuk alam sekitar kita
kalau alam sekitar pon kau berkire nak jaga
cuba buat untuk generasi kau keturunan kau akan datang
=)




act, banyak lagi perancangan UTM yang dah saya tengok di bawah program ni
antaranya penggalakan warga kampus menunggang basikal di kawasan kampus
sungguh comel kan??
dan mata kepala sendiri pon sudah dapat melihat ramai para pelajar yang sudah mula gila membeli basikal
parking untuk pembonceng basikal pon sudah mula dititik berat oleh pihak UTM dari segi peningkatan penyediaannya
bagus!
saya bangga dengan kamu, UTM



haishhh
selamatlah saya lagi 2 bulan je nak lepak kat bumi UTM ni InsyaAllah
kalau tak, dah beli dah basikal satu
bestnya!!




kepada semua warga UTM
teruskan mensupport usaha pihak pentadbiran ke arah program-program yang berunsurkan alam sekitar dan kelestarian kampus sebegini
bukan untuk siapa-siapa
untuk kebaikan bersama juga



cukup kata-kata ilmiah saya setakat ni saja
nanti orang suruh masuk pilihanraya MPP lak
hahahahahaha



sebarang info yang lebih lanjut berkaitan sustainable campus, anda boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM iaitu Encik Zulkarnain bin Mohd Shah.
^_____^



UTM
'kerana Tuhan untuk Manusia'



Hairan

[[sekadar gambar hiasan]]


  • aku sangat hairan dengan insan-insan pelik di luar sana yang boleh MEMBENCI seseorang dengan kebencian meluak-luak tanpa kau pernah kenai pon akan orang yang kau benci tu. tak payah nak tahu dan selami hati budi beliau, suara beliau pon kau tak pernah dengar live tetibe nak benci tahap dewa-dewa. hairan bukan?? manusia dijadikan dengan pelbagai jenis hati, perangai, perlakukan. kenal dulu baru judge! tak semua kat beliau tu BURUK!

  • aku juga hairan dengan segelintir orang yang lansung tak bolehlah aku ni lebih sedikit daripada beliau. bukan stakat aku tapi orang-orang lain jugaklah. asek kau je yang nak nampak hebat da bomb. kau perlekeh orang ni, kau perlekeh orang ni. Up diri kau kat sini, Up diri kau kat sana. Apsal tak sewa je belon panas, and enjoy terbang dalam bakul tu. tak payah penat nak angkat bakul sendiri kan. terbangkan belon panas sendiri. okey? tak bagus prangai tu. kesudahan?? kau jadi bahan ejekan dan kutukan orang je.

  • aku lagi-lagi hairan bila tengok para ibu sekarang ni dah lansung tak sayang anak. kau boleh biar anak kau selama ni di dera oleh bf tersayang asalkan kau terus dapat hidup bersedudukan bersama. anak mati mula nak maki hamun bf tersayang binatang syaitan bangsat bagai. haishhhh taknak anak kau, bagi je aku! family aku boleh jagakan InsyaAllah.

  • ni satu lagi perangai manusia yang aku rasa dalam kategori yang paling-paling aku MENYAMPAH iaitu prangai PILIH KASIH.



p/s: alhamdulillah, thesis dah siap. Pagi nanti akan dihantar kepada supervisor tersayang untuk semakan sebelum submit full draft kepada penyelaras 10 March ni. Wish me best of luck kawan-kawan =)



Eima Jer: Aku bercakap secara random! itu perlu ingat...