September 07, 2010

Lepaskan



aku watak jahat
sentiasa antagonis sifatnya untuk sekalian pemilik hati baek
kering
kontang
kejam
penuh penipuan



hanya kerana sebuah senyuman kebahagian



hey
bukan untuk aku
tapi senyuman yang terukir di bibir kamu dan kamu dan kamu
terpaksa aku menipu
membelit lidah
menyimpul kata
memenjarakan segala riak muka
agar kamu dan kamu dan kamu
tak dapat merasa
tak bisa melihat
aku yang sedang senak sesak dengan pelbagai perkara
hati yang kian rabak dek pelbagai mainan rasa



aku mahu kamu kamu dan kamu terus tersenyum gembira
tak perlu sakit berduka



aku dah penat menjadi diri yang lansung tak aku gemar untuk berdiri
apatah lagi mengakui dengan berani hebatnya diri
hey
di sini dulu



aku LEPASKAN semua pergi
bebaslah
terbanglah
menghilanglah



aku tak punya apa


September 05, 2010

Kontraktor Pembina Cinta Concrete


inilah Kontraktor Pembina Cinta Concrete



payah untuk diurai terurai bercerai-cerai
aku cuba
beliau cuba
sekeliling tak jemu mencuba!



ia concrete
dibina oleh kontraktor yang punya hati baek
dan terlalu memikir kegembiraan sekeliling
dan tapak yang diguna untuk membina juga
bukan calang-calang tapak
si tapak yang juga sering memikirkan kebahagian sekeliling
kegembiraan dan kebahagian sekeliling
lalu kontraktor dan tapak??bagaimana??



binaan kami tetap kukuh di situ
kerana binaan cinta itu penuh dengan keikhlasan
walau punya banyak kenakalan kealpaan kelukaan kesedihan
juga berganang kegembiraan



hey kontraktor
semoga binaan kamu akan mencapai tahap sustainable construction
dan aku si tapak
akan tersenyum bangga dengan gah terbangun binaan cinta hati yang penggunaannnya adalah tertinggi dan terbaek!



amek kau
bila budak property bercerita tentang hati
HAHAHAHAHAHAHA segala teori keluar
ok bye!



p/s: japppssss..apsal concrete??bukan konkrit? amboi!! hahaha


September 04, 2010

Bahasa Jiwa 8#



malam ini malam bosan
malam ini malam sedih
malam ini malam sayu



walau sudah aku cuba menjauhkan minda dari pelbagai pemikiran yang sedih sayu



syukur untuk hari ini
ya Tuhan
tidurkan aku segera
aku mahu labuhkan tirai hari ini dengan kadar paling segera
untuk aku segera menghampiri hari esok InsyaAllah dengan izinNya



selamat malam sayang
drive safely
forget me not



semoga kau ketemu titik permulaan untuk segala penguraian simpulan yang mengikat serabut
mencengkam penuh kemas tetapi kejam
semoga



aku di sini penuh dengan bantuan
asalkan titik usaha itu datangnya dari hati miliknya kamu
aku sentiasa ada
iya ada
seperti biasa ada
dan akan terus ada




Lailatulqadar
aku memohon
kembalikan gunung ganang kasih sayang yang pernah Kau pinjam untuk aku tawan ya Tuhan
aku perlukan segala pengaliran lava sayang
bagi menyuburkan hati aku yang kian kontang



September 02, 2010

Selamat Ya?




saje tayang muke webcame
tak suka ke?
pejam mata ea
HAHAHAHAHAHAHA




HEY
upload gambau ni bukan sesuka hati takde sebab
belek gambau ni
aku teringat SEMESTER AKHIR aku belajar


gambar ni aku ambik masa tengah bosan tunggu appoitment dengan orang-orang kuat Pejabat Harta Bina, UTM
nak collect data untuk thesis
mood thesis yang sedang mencengkam dada
mengacau tido setiap malam
yang mengganggu ketenteraman hati
semualah!
masa genting ni aku suka habiskan dengan bermain dengan webcame
buat macam-macam muka
dan
simpan!



macam hilang stress plak




baeklah baeklah
tujuan entry ni just nak ucapkan
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN buat sahabat handal saya yang masih study!!
esok student UPU dah sebok balik kampung berpusu-pusu menyesakkan hometown masing-masing
budak-budak skolah yang duduk asrama plak dah mula bersesak-sesak menyesakkan rumah masing-masing
hey!
saya jeles
saya belum boleh balik kampung



oh ho
indahnya STUDENT LIFE
tak payah pikir banyak
setakat THESIS tu wei
tak payah kau rasa hidup kau azab sangat
hidup dunia kerja ni lagi stress tau
stress yang kau perlu hadap mungkin sampai kau mati!


eh emosi plak kau EJ
niat nak wish slamat balik kampung je pon
T______T



sekalian sahabat
balik kampung hati-hati yep
ingat,
mak abah menanti dengan penuh gembira kat rumah tu
jaga diri kalian untuk senyuman mereka
tak payah tunjuk baek gendong buku sampai senget bahu-bahu tu
PENIPU
bukan sentuh pon
segala asemen-asemen lecturer tu
biarkan pending
balik je raya
enjoy sakan je
asemen blakang cerita
huhahahahahahahaha
itu baru RAYA SAKAN namanya



hoih EJ
pesanan ke petua kehancuran??
dah dah dah




kalian
selamat kembali ke pangkuan keluarga
=)



saya happy untuk anda semua!



mari men-counting hari raya menjelma


Hmmm Lailatulqadar tu jangan lupa cari
K.E.B.E.R.K.A.T.A.N tak terhingga





September 01, 2010

Bahasa Jiwa 8#



sebok kau rasa kau diluka
tapi kau juga si penghantar luka



sebok kau rasa kau diluka
tapi kau juga si pencipta luka



ah
iya?
aku tak sedar
sungguh



dah bila aku tengok susuk badannya yang makin mengurus
berhimpit timbunan rasa bersalah menguasai diri


ya
aku akui
aku juga penghantar dan pencipta luka




boleh aku katakan semuanya kerana terpaksa?