September 16, 2010

Mintak Maaf



Hey
saya tahu kamu baca belog buruk saya ni



Maaf saya delete kamu dari facebook saya
kawan-kawan kamu
segala link berkaitan yang boleh menampakkan segala photo tagged muncul di depan mata
saya tak kuat
masih lemah
tak cukup cekal untuk menatap segala rakaman hari bahagia kamu



situasi saya masih situasi tak pasti
sedangkan kamu
sudah berjaya menakluki kebahagian impian hati



patutnya saya di situ
itu buat saya sangat sakit
maka
biarlah saya LARI dari segala kemungkinan untuk si hati terus terluka lagi



kamu tak salah
saya yang lemah
jadi
maaf saya berundur dari kehidupan anda



maaf dan maaf



pasti kamu cantik di hari bahagia kamu
saya hanya mampu berimaginasi
saya masih lemah untuk menghadapi
TAHNIAH
saya doa yang terbaek untuk kamu




terus tabah EJ
terus berusaha mencari jalan keluar untuk hati kamu
pasti ada
mesti jumpa jua


September 15, 2010

Eid Mubarak Part 2#





PART RAYA paling best adalah menghabiskan masa berguling ketawa KAHKAHKAHKAH dengan telatah si kecil ini
hey
itu masa paling menghiburkan hati
menyenangkan jiwa




ini budak kecil berusia 7 bulan
kelebihan??
KUAT MAKAN
-nestum 6 sudu, susu 1 botol tinggi, susu ibu-
pelahap tamat selamat sekali hadap
fuhhhh
lepas tu mata kuyu
guling-guling
main kuku mak iman dengan Maksu EJ
pastu sambung tido dalam buai auto henjut
gile rilex hidup beliau



keistimewaan??
budak ini punya nama yang pelbagai
nama sebenar:
Nur Iffa Zafirah


Maksu EJ panggil ORKED
Nenek panggil UMAIRAH
Mommy panggil IFFA
Daddy panggil CHOMPAH!
amek kau
gile cool nama chompah
HAHAHAHAHAHAHAHAHA



Orked
Maksu sudah rindu teramat sangat ni
macam mana??






















Errrrrrr
mata orked bulat macam Maksu EJ kan kan kan kan?
lalalalalala!~



ok bye!


September 14, 2010

Surat Untuk Sahabat Hati




Dear Chenta,


Saya mahu kamu sehat dengan sempurna
kembali senyum kembali ketawa kembali dating sentiasa di alam maya


Dear Chenta,

saya mahu kamu sehat dengan segera
terus pelok saya di hari kebesaran saya
pastinya Konvokesyen saya



Dear Chenta,

saya mahu hati kamu sentiasa gembira
jangan turuti ikuti saya
yang memiliki hati yang makin menipis yang makin kurang daya tahannya



Dear Chenta,

kamu sahabat hati saya
KITA ada ketabahan jiwa yang kita bina bersama
ya, kekuatan jiwa yang dah dikuasa duakan
adanya kamu banyak membantu saya untuk terus tabah menghadapi perihal hati yang sungguh celaka rasanya
saya si lemah yang mengharapkan pengkongsian semangat kamu
makanya
kamu perlu segera sembuh segera sihat
untuk kamu
untuk keluarga
untuk saya


Dear Chenta,

kilometer menjarakkan kita
tanggungjawab mengikat saya untuk terus di sini
bukan di sana
di samping kamu
ketidakmampuan untuk berada di sisi kamu bila mana kamu memerlukan saya sangatlah menyakitkan saya
maaf untuk ketidakmampuan itu
tapi saya terus-terus sahabat hati kamu
makanya saya di hati kamu
terus menemani kamu
untuk kembali sehat kembali bersemangat



Chenta
cepat sembuh!
matahari rindukan senyuman kamu
=)

Lotsa Love,
EJ




p/s: Daniel's Mommy, I Love You So Much

Eid Mubarak Part 1#




HAPPY EID MUBARAK Peeps!!


Maaf zahir batin andai ada tersalah bahasa buruk budi bicara
auw!
bermadah helah



Oooopppsss saya sudah di PETALING JAYA
life??
back to normal
I AM WORKING TODAY!!!
T__________T




banyak stories yang akan gua updated
tunggu yep
gua perlu keluar inspection FULLDAY hari ini
harap-harap ade rumah yang gua [ergi inspect tu buat openhouse yep
HAHAHAHAHAHA



To Sensei
tak perlu PUASA lagi hari ini okey
kita boleh jalan-jalan cari makan sambil bekerja
yahooooooooo!~



Hey EJ
before balik kampung kompiden gile hati kental hadapi aidil fitri
huh
pungkoq!
jahanam patah rabak jugak!




rilex la kakak
i am at PJ already
bumi PJ banyak ubat luka aku
10 days lagi dapat peluk jiwa-jiwa yang sangat memahami di bumi UTM sana
tak sabar
tak sabar



off to inspection!
jumpa malam nanti
=)

September 08, 2010

Selamat Balik Kampung EJ

Iftar at Tropicana Golf and Country Resort
-opismates sayang saye-



Salam Ramadhan semua!
malam ramadhan terakhir
Tuhan, sekejap sangat rasanya bulan keberkatanMu berlalu
semoga diberi kesempatan untuk aku hambaMu ini menikmatinya lagi tahun hadapan
dengan lebih menyeluruh
dengan lebih penghayatan
baek dari tahun ini sebulan ini semalam dan hari ini
syukur ya Tuhan
untuk nikmat nafas yang kau pinjamkan
tubuh badan yang sihat Kau jua kurniakan
untuk aku habiskan ramadhan ini dengan sempurnanya





Penulis baru lepas mengemas barang untuk pulang ke kampung halaman
oh ho
jangan ditanya lama mana tak balik kampung weyh!
sangat lama!!!!
uwaaaaaaaaaaaaaaa



Midnite travel mungkin malam ini
semoga abang saya boleh drive full time yep
penulis ini budak rabun
agak hancussss drive malam-malam
T_____T



Awok
saya sebok bekerja sampai terlupa nak beli kasut raya
shawl raya nak pakai kat kampung agar ayu-ayu sentiasa pon terlupa nak beli
T________T
bersederhana betul lah saya tahun ni




Yang paling saya tak puas hati
saya LUPA nak beli kain putih kosong
untuk sesi photoshoot raya bersama keluarga nanti
Mommy
siaplah mana-mana cadar awok yang putih bersih tu saya rembat!



Penulis sangat rindukan Amciknya
anak sulung Amciknya
Isteri comel Amciknya
T____T



Penulis juga sangat rindukan Amlan nya
Amtehnya
kucing-kucing gay nya
T____T
oh lupa nak cakap
saya ada sepasang kucing gay
tapi dah lama tak updated dengan Amcik
hope salah seorang tak mati kena AIDS
eh jangan
mereka hensem ok!




Hey
EJ rindu plak nak cuci mata tengok jejaka-jejaka hensem kampungnya
oit!!
hensem tau budak-budak muda kampung saya
auw!!



amboi EJ
gedik ea suka skodeng anak teruna orang sambil buat muka ayu segala!
EUW



hahahahaha bak kata GDSJHT
'Aku tak perlukan adobe photoshop untuk meraikan kasih sayang'
macam tu jugak saya
EJ tak perlu untuk AYU bagai untuk menskodeng jejaka hensem kampung saya
KAHKAHKAHKAH
sebab
port lepak dorang memang dari dulu kat rumah saya
depan rumah saya
dan pelbagai segenap ruang legar di luar rumah saya
dan paling comel
bila saya balik je
semua blah sebab malu dengan saya



eh eh eh
bukan malu tapi menyampah tengok saya
T______T




apa khabarlah si Johan jejaka paling hensem kampung saya
panjangkah rambut anda
pendek kah rambut anda
mata tetap sepet kan kan kan kan??
muka tetap maintain japan kan kan kan
dan paling penting ia jejaka sepet ala-ala japan tapi TAN!
oh itu yummy
^_____^



okey Amcik
dah boleh sepak penampor adik awok ni sebab dah getik sangat dah
HAHAHAHAHAHAHA
kawan sape?
kawan Amcik jugak kan kan kan




haisshhhhh
dah lama tak melalak dalam bilik air kat kampung
best best best
boleh duet lagi dengan jiran sebelah nyanyi dalam bilik air
tak sabar!




mancing oh mancing
aaaaaaarrrhhhhh tak kira Amcik!
before balik KL saya nak pegi memancing ikan puyu kat sawah
okeppp
tapi awok letakkan umpan untuk saya ye
sebab saya geli




Gossipgurl session
ini paling tak sabar
anak Mommy Sabariah berkumpul 1 bilik
kunci bilik
pastu gossip sampai lebam gelak guling-guling
laki masing-masing kat luar bilik
asek menjerit panggil bini masing-masing
sebab lama nau bergosip dalam bilik
IA TERJADI SETIAP TAHUN OKEY
hahahahahaha
dan paling best
tak sabar nak mandi sama-sama dengan kakak n mommy saya beramai-ramai
HAHAHAHAHAHA
jimat masa dan tak perlu Q
=)



esok esok esok esok
saya mesti kena paksa bakar ikan terubuk bakar
kena kerah korek lengkuas
kena tebang pokok serai
adoiiii
semua kerja extreme saya yang kena
benci!



tahun kedua saya raya sebagai si EJ yang SINGLE
hahahahahaha
tapi InsyaAllah
ia tak seseksa tahun lepas
sebab saya dah lepaskan sebahagiannya pergi



SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
Semoga Bersua Lagi di Tahun Hadapan


SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL ya kawan sekalian Umat Islam
semoga tiada pembaziran
tiada sebarang dendam
tiada lagi kesedihan
tetapi dipenuhi dengan pelbagai kegembiraan




doa EJ selamat sampai ke kampung halaman ya?
PJ to BAGAN SERAI
saya tak sabar!