October 10, 2010

Mr. Sweet-n-Mistakes

-in memory-



hey
minggu ini minggu penuh SESAK dengan pelbagai kisah hidup aku
yang penuh dengan ombak hidup
fuuhhhhwwww




10.10.10
ramai gila orang mendirikan masjid hari ni
alhamdulillah dan sejuta tahniah
semua nak kongsi anniversary dengan Datuk SMS kita tu kan
^______^



kau plak EJ??
10.10.10
apa sejarah yang terukir??




HAHAHAHAHAHAHAHA
sejarah??
hmmmm aku rasa tak sesuai dinamakan sejarah
sebab aku rasa
aku macam orang lain yang memulakan hidup berumahtangga jugak
tapi bezanya kat sini
tarikh ni secara tak sengaja buktikan aku betul-betul dah boleh terima realiti kisah hati aku



hoih EJ
tak habis-habis dengan kisah hati kau!!




oit
tu je kisah yang aku ada
HAHAHAHAHAHAHAHA



Alhamdulillah
aku sangat TENANG minggu ni
sangat tenang bila hati aku tanpa dipaksa melepaskan cinta aku pergi sebetul-betul pergi
[mode: sedang serius berbicara ttg hati]
dan kali ni
aku dapat rasa yang ianya adalah sebetulnya
setelah hampir setahun aku asyik main tarik tali dengan kisah cinta sendiri



jangan tanya aku tentang KEKECEWAAN
hati aku sangat kecewa dengan segala yang berlaku
tapi sumpah aku TENANG
hati aku PASTI
dan HATI aku mulai bangun dengan sendirinya membina hidup baru
ya
hidup yang betul-betul baru




terima kasih kamu
sebab jujur dengan saya
walaupun kejujuran kamu itu adalah kejujuran yang penuh dengan kelukaan
saya hormat
dan saya tenang begini
terima kasih jugak
sudi lepaskan saya dengan sebetul-betul lepas



YES
this is our FATE
dan saya terima dengan penuh redha
KITA itu sudah tiba ke penghujung penamat kisahnya
saya terima




kamu
dah saya letakkan di suatu sudut hati saya
yang dah saya kunci kemas sebagai sebuah memori penuh ragam
dan saya namakan kotak tu
"sweetsnmistakes"
sebab
kamu adalah memori terindah saya selama 5 tahun ini
dan kamu jugak adalah antara biggest mistakes saya jugak
sama rata sama banyak
dan segala sweetest memori yang penah kita kongsi bersama
akan saya simpan sebagai penyeri hidup saya
dan segala kesalahan saya memilih kamu akan saya jadikan pengajaran untuk saya lebih matang lebih baek dari semalam



hey Mr.SweetnMistakes
thank you untuk 5 tahun penuh cerita pelbagai rasa
kamu jaga saya dengan baek dengan penuh teliti
tak pernah ada dendam
tak pernah wujud benci
tak pernah timbul rasa marah
dan jangan terus berusaha untuk buat saya membenci kamu
kamu takkan pernah berjaya




benci dendam dan kemarahan
bukan terapi yang baek untuk hati
itu bukan cara saya
untuk membebaskan hati dari segala luka



this is our FATE
YES, it is



doa yang terbaek untuk kamu
yang terbahagia untuk hati kamu
yang paling sempurna untuk perjalanan kehidupan kamu
amin




tq Allah
untuk ketenangan dan kepastian ini
amin




October 09, 2010

SERDANG-UPM-SERI KEMBANGAN



kerja tu kena dengan HATI kan kan kan??
hey
aku selalu letakkan hati aku SEPENUHnya untuk karier aku
sebab aku TAKNAK stress
taknak tension
nak happy-happy je buat kerja
nak ikhlas-ikhlas je buat kerja
baru progressive!
auw




tapi kan
tapikan
segala mak nenek semangat dan keikhlasan kerja aku memang hilang entah ke mana jumaat semalam bila dapat new cases
tengok je file
peeerrrgggghhhh jantung ni macam nak tekeluaq lari-lari anak takmau terima cases ni
hati jangan cakap la
memang mereput segala keikhlasan dalam kerja yang aku pupuk selama ni
haishhhhhh



apsal EJ??


Explain please!!



baeklah
apportionments aku untuk hari SABTU yang indah ni adalah di sekitar SERDANG + SERI KEMBANGAN
Senang cakap segala tempat yang berhampiran sangat dengan bumi UPM
oh ho
tempat yang cukup tak manis untuk terapi hati saya
kamu yang dah lama ikot entry saya pasti paham apa saya maksudkan
kan kan kan kan



Ya Allah
Tuhan je yang tau betapa saya TAK IKHLAS nak pergi ke sini
bayangkanlah
saya ni jenis yang bersedia habis-habisan before pergi jumpa client tapi untuk semua cases hari ni
SATU FILE pon saya tak belek
memang lansung takde hati dan tak rela nak ke sana
nak je cakap kat kompeni
'boleh tak bagi saya tempat lain??..saya sedang dalam tempoh pantang tempoh terapi hati'
aiyakkkk!!



TAPI
ini realiti kerja
komitmen kerja
tanggungjawab
amanah
dan ia dibayar
maka tuntutan kerja kenalah saya penuhi jugak
cuba ketepikan segala kesakitan hati
dengan harapan
EJ, redah jerrr
sila TABAH dan FOKUS!
kahkahkahkah




apa kita buat seharian
perlukan KEIKHLASAN
bila semua tu takde
macam inilah jadinya



SEPANJANG HARI SAYA SESAT DI SANA!!
Grrrrrrr



lansung tak boleh fokus kerja
sebab saya memang TAK IKHLAS untuk ke sana
aaaaahhh maaf orang SERDANG
maaf orang SERI KEMBANGAN
maaf semua student UPM
T_____T




lawak pon ada babe
saya punyalah pulun sesat
sampaikan segala appointment yang lain DELAY dan DELAY
dan paling best
nak pergi BAYU APARTMENT
boleh pergi ke ROSE APARTMENT
apalah kau pikir EJ
T______T



nak cari VISTA SERDANG tu punyalah lama
padahal kat hujung celah Jalan Kasturi tu je
mencari jalan berjam-jam
dah rasa macam PUTUS ASA dan nak nangis
dah terpikir nak masuk UPM culik si Ijal my yayang saya dah bawak mai jumpak client saya
tapi nasib hati masih kental
cari jugak
usaha jugak
sampailah jumpa SUBJECT PROPERTY tersebut




Eira opismate sayang saya cakap saya tadi:
"HATI ni memang boleh buat kita jadi macam-macam"



hey kamu!
sangat betul
fokus kerja saya hilang semuanya tadi
saya sketch floor plan tanpa ada apa-apa perasaan
hanya ada hati yang sangat mahu keluar dari kawasan mensakitkan hati saya ni
ITU AJE
terima kasih Eira
ada untuk saya hari ni
saya masih belajar untuk jadi lebih kuat



saya BENCI saya yang hari ini
cara saya bekerja
komitmen saya pada kerja
kualiti kerja
oh ho
saya terlalu banyak CARELESS today



EJ
tolong okey
asingkan urusan HATI dengan urusan KERJA okeh??
EJ adalah seorang yang PROFESIONAL bukan??
no more bad day n bad EJ like tiday okey??



Hidup kamu akan lebih MANIS nanti
InsyaAllah
^_____^



Eima Jer: Hey hati, terus tabah yepp. Hey jiwa, terus kuat okey. kamu makin sihat act. sabar sikit je lagi okey?? =)










October 06, 2010

Convocation Saya Part 2#



Ini Mommy Sabariah yang selalu sabar dengan kerenah anak bongsunya
^___________^
Love you Mommy!




Ingat lagi
masa graduation diploma hari tu
Mommy ada ajukan soalan paling panas kat aku
tergamam jugak nak jawab



Adik,
Kenapa kawan adik Soraya Othman tu pakai pingat kat leher dia??
Awat anak mak takdak pon???



Errrrrr...errrrr
dia pelajar hebat mak
errr adik tak sebijak dia





Ohhhhh baguih noh dia
dah la segak
pandai plak
dia rajin lebih sket kot dari adik
heran jugak mak nape anak mak tak pakai pon pingat tu




errrrr hehehehe






SENTAP kan???




sejak hari terkeluarnya soalan panas panas suam tu
aku NEKAD dalam hati
mak takkan ajukan soalan yang sama lagi masa datang konvokesyen degree aku



maka
tiap kali mood PEMALAS STUDY datang menjelma
soalan cepumas mak tadi selalu jadi pemanas aku
untuk terus sabar menelaah apa yang patot untuk cemerlang dalam setiap ujian dan final exam



Alhamdullilah
INI UNTUK MAK




hanya untuk mak
adik bersengkang mata berusaha setakat termampu dek otak
walau tak cemerlang mana
ini adalah hasil usaha habis-habisan adik
khas untuk mak




terima kasih ibu
selalu jadi pembakar semangat anak kamu
kalaulah arwah abah dapat tengok adik membesar
merangkak mengorak hidup
kan indah
T__________T




kepada yang masih perlu mengadap final exam every sem tu
anda masih ada masa
untuk buat ibu bapa tersenyum bangga
cemerlang di hari Graduation
adalah sesuatu yang MANIS






p/s: errrrr selamat grad hari tu mommy tak tanya 'mana suraya othman?' mati aku nak pikir cane nak further ke JEPUN sana. hahahaha mommy mommy, beliau bijak sangat! =,=






October 03, 2010

Thursheena


kakak saya si manis Thursheena



terima kasih kakak
untuk semua masa kamu luangkan
semangat yang kamu tiupkan
pengalaman yang kamu kongsikan
luka-luka tentang hati jahanam milik kita yang sama-sama ditukar ceritanya




terima kasih kakak
masih sudi bantu saya untuk bangun dari kekalahan hati ini
masih sudi tolong saya kembalikan diri ini
yang dah separuh kurun
saya biarkan terbengkalai dari memikirkan diri sendiri
terima kasih




saya seorang yang lemah
bantu saya
bimbing saya




October 02, 2010

Bahasa Jiwa 10#



aku sedang melalui MASA



dan MASA yang aku sedang lalui ini
adalah kerana TERPAKSA



MASA yang tenat
dengan cerita hati yang sendat
dek kerana luka yang memadat




-cepatlah berlalu wahai MASA yang luka-





aku mohon