March 01, 2011

::HANI::

T_____________T



dah lama tak dapat tengok seri drama melayu yang BERKUALITI
saya ulang
BERKUALITI



lately asyik disajikan dengan drama-drama melayu yang ntah merepek jiwang karat terlampau
pergi balik kisah orang kaya-kaya
cinta yang taksub gila
yang kita tengok pon kita dah boleh tahu ENDING cerita macam mana
hmmmmmm!~



selepas NUR KASIH melabuh tirai
ini cerita yang berjaya menyentuh hati saya
titiskan air mata saya
yang tarik kaki saya suruh balik dari office dengan kadar paling cepat dari hari biasa



::HANI::


ini barulah drama melayu yang berkualiti
cerita masyarakat yang penuh realiti
banyak pengajaran
yang kadang-kadang ada episod drama ni yang buat aku takot nak tengok
tak terdaya nak berimaginasi kalau-kalau aku ditempat Umu Hani
diambil kembali nikmat pandangan mata
dunia yang cerah bertukar gelap gelita
SubhanaAllah
T_______________T



HANI dah melabuh tirai sekejap tadi
episod akhir yang sungguh menyayat hati



aku menangis sebaldi tadi
sedih gila part dia pelok Al-Quran
dengan jubah serba putih bersih suci



dan paling tak tahan
bila di saat-saat akhir hembusan nafas terakhirnya
dia dianugerahkan Allah untuk dapat melihat dua raut wajah kesayangannya
Ibu dan ayahnya
Ya Tuhan
T_____________T
sedih gila



sungguh halus sususan penceritaan drama ni
pengakhiran yang paling sempurna
penerbit yang hebat
pengarah yang superb
barisan pelakon yang malatop
T______________T



p/s: habis cerita je, terus telepon mommy sebab sedih sangat. mommy cool gila. pergi bantai gelak sebab saya sedih tengok muvie.








February 28, 2011

Kuat-kuat+rapat-rapat+sendat-sendat+kemas-kemas


Woot wooot wooot!~


3 hari lepas Cik Yuni mesej saya
kabarkan berita gembira
berita bahagia



setelah diperkenankan oleh mommy dan encik bf
yeay
LULUS!~



Sungguh tak sabar menanti 12 March ni
mahu berjumpa pelok kuat-kuat rapat-rapat sendat-sendat semua kesayangan
oh yeah!

si bakal darah manis
^________^
nak pelok awak kekuat
tak sabar


si shantek Yuni
nak pelok awak ketat-ketat
tak sabar
^_______^


si manis Epy
nak pelok awak sendat-sendat
tak sabar
^_______^


Si comel Pekja
nak pelok awak rapi-rapi
oh ho tak sabar
^_______^


Si itik gembo-gembo saya Cik Mar
nak pelok awak paling kemas!
tak sabar
^_______*


Si gebu Aza
nak pelok awak geli-geli sambil duet menjerit
tak sabar
^_________+



TAK SABAR NAK JUMPA SEMUA!
tahu tak?
tahu tak rindu?
tahu tak?







Lets counting days!
I love you guys
a lot!



hope semua ada kat ganu nanti




rindu KITA




dengan penuh jujur walau tak siapa percaya
aku itu RINDU




rindu 'KITA'
semua tentang 'KITA'




anasir-anasir luar yang menambah cerita memanaskan apa yang sedang menggelegak
sedikit pon aku tak hairan
jujur dengan perasaan yang punyanya aku sudah memadai
buat apa aku tipu
kalau dah sebetulnya aku RINDU



dan aku tak harap ia dibalas difahami didalami



sejauh mana aku pergi
secuba mana aku usaha untuk pergi
aku tetap yang kau kenal dulu
yang masih mengharapkan yang terbaek untuk KITA



aku masih berdoa
semoga
amin




February 25, 2011

Tak Cukup Baek Ke Lagi?

-sekadar gambar hiasan lantai-


bila saya MARAH
saya benci mulut puaka saya
serius saya benci
tak suka saya yang macam ni


TAPI kenapa ya?
susah sangat ke nak kawal situasi agar terus baek-baek sahaja?
apa dari mulanya
saya jahatkah pada kalian?



bak kata seseorang yang used to be my bestfriend
"mulut saya ni manis"
dan saya rasa dia betul
saya dah habis manis dah permulaannya situasi kita
saya diam bila hanya saya dahulunya tahu apa yang berlaku
saya kunci mulut
saya penjarakan amarah
saya tanam dalam-dalam sifat dendam
saya lempar jauh-jauh perasaan ingin memusnahkan



ya
MEMUSNAHKAN
apa yang masa itu punyanya anda
yang sepatutnya kekal milik saya



sedangkan saya punya kuasa
saya ada hak
saya tahu lemahnya dia di mana
tak pernah saya guna
lansung tak saya ganggu
saya lepaskan sebetul-betul lepas
untuk siapa?
kalau bukan untuk anda?



hingga sekarang ini
saya pelik dengan anda
kenapa begitu manis bila kita selesaikan apa yang kusut antara kita
tetapi bertukar watak negatif
bila selesai semuanya?
saya tak cukup manis lagikah dengan anda?
tak cukup sopan?
tak cukup menghormati?



dah saya tunaikan janji saya
memujuk dia untuk tidak melayan amarah
mencemuh melayan hasutan syaitan
yang mana tiap-tiap bait ayat itu mengguris hati kesayangan kamu



janji kamu bila pula?
untuk mengawal kesayangan kamu
dari terus membina isu mewujudkan pertelingkahan tak sudah?




saya cakap dengan antonasi paling lembut ni



kami dah lama pergi dari kisah lampau tu
menuju hari baru
tanpa dendam



kenapa masih mahu ada isu?


kenapa masih suka membangkitkan amarah?


tak paham tahu
tak paham!



p/s: dunia ni pelik. consider sangat pon payah manis sangat pon payah baek sangat pon payah. GARANG sangat pon payah. Haiissshhhhh







February 24, 2011

L.I.D.I




jika saya salah
makanya tetap akan SALAH
saya akan dikritik ditegur diberi nasihat paling terbaek
dengan cara dan bait kata yang disusun rapi dan sempurna


jika saya betul
maka ia akan disokong
dipersetujui



ya
dialah sahabat jiwa saya
yang tak menyokong saya untuk semua perkara
yang tetap hentam saya jika saya salah
tidak sesekali menuding jari tanpa unsur periksa
tidak mengajar saya untuk membenci
cool down kan saya bila saya sedang marah



ya
dialah teman sejiwa saya
yang hormati keputusan saya
yang bersama saya waktu gembira sedih saya
secara senyap
tapi sentiasa ada


ya
dialah kawan sejiwa saya
yang cintakan bahasa jiwa



terima kasih ya si lidi
selalu dengan saya waktu susah senang saya
^_____________*