June 25, 2012

Journey To The Happiness Life Ever After #Vol. 1

Pesanan Awal:
Abaikan TAJUK ENTRY yang memang tak boleh blah!


Sedikit Catatan Awal:
Sahaja aku membuat tajuk entry di atas serta labels baru hanya kerana catatan diri sendiri dan meraikan bahagia yang Allah pinjamkan. Amin




InsyaAllah
Less than 2 weeks aku bakal bertukar status menjadi tunangan orang
amin.



Bahagia.
Bila diri dilamar untuk menjadi isteri
Gembira.
Bila bakal mertua datang merisik kita dan kenal-kenal keluarga
Terharu.
Bila keluarga dan sahabat handal turun padang bantu apa yang patot



TAPI dalam bahagia, gembira dan terharu itu
ada perasaan bercampur baur
perasaan yang merisaukan!
dan kurang selesa



OP aku selamat dah bertunang minggu lepas
ada jugak refer beliau
dan kebetulan OP aku perempuan
dia cakap perubahan hormon
dan kebanyakan perempuan melalui benda yang sama termasuk dia



bila dengar macam tu
hati sedikit lega
cuma selalu mohon bakal tunang sedikit tebalkan benteng kesabaran tu



EJ yang sekarang ni
cepat moody
selalu nak melenting
suka sangat bebai dan marah tak tentu hala
dan mangsanya??
sudah tentulah takdir berkali-kali saya yang seorang itu



eh eh eh
jangan lupa satu benda
EJ sekarang ni
seorang kekasih yang sangatlah kayu
T___________T
kayu bermaksud,
kurang mengekspresikan kasih sayang
keras
kaku
dan kayu



PADAHAL 
EJ yang sebelum ini
paling tidak tahu menyembunyikan rasa sayangnya pada sesiapa pon
X___________X


hebatkan panahan perubahan hormon ni
[bak kata OP la]
nasiblah takdir berkali-kali lately cool je
penuh sabar
dan tak suka amek port benda-benda atau isu-isu aku timbulkan
lalu
aku terasa sangatlah jahat sekitar 2,3 minggu ni



mohon rasa pelik ni akan berakhir terus tak lama lagi
janganlah sambung sampai ke tarikh keramat
mati den!




patotlah orang tua-tua tak galak bertunang lama-lama
ini rupanya rasanya



Tapi kan tapi kan
aku bertunang pon belum
dah kenapa nak rasa pelik ni awal sangat??
grrrrr



btw,
thank you my dear Official Photographer for all da good advices
sangat-sangatlah hargai

and CONGRATS on your Engagement Day
Lets counting mine
and we can together counting months to our Big Day!
^_______^





P/S: mohon yang ada pengalaman bagi la tips sikit ;p





June 23, 2012

EJ Dan Drama Pilihan #Vol. 5



Seindah Sakura dah tamat
dan sambungan slot Lestari makin meletup panas bila si kacak AQASHA mengambil tempat aura Fasha Sandha setiap jam 7 malam TV3 ni


DEJAVU DI KINABALU


actually aku tak sepat pon tengok 4 episode pertama sepanjang minggu pertama ni
sibuk sangat dengan urusan hidup yang pelbagai
TADI baru sempat habiskan semua melalui tonton.com.my
thankyou tonton!
^_________^


Drama arahan Erma Fatimah must be sebuah drama yang mahal dari segi penceritaan dan susunan plot nye kan
semua hampir sempurna
beliau juga berani tampilkan pelakon-pelakon baru sebagai watak-watak utama
dan semuanya selalu kena-kena belaka
cayalah kat patimah weh!



siapa pelakon-pelakon tu selain jejaka idaman hati EJ si Aqasha tu??


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa
abaikan baju TIZ ZAQYAH yang macam nak naik ke bulan tu
T______T


aku tengok Aqasha bila dengan Tiz
nampak sket yang lawak-;awak dia buat tu agak menjadi
tidaklah sepanjang drama serius
kan kan kan
maybe sebab Tiz sudah terkenal dengan watak semulajadi garang dan serius kot



haishhhhh 
drama ni tak macam Seindah Sakura yang terlalu banyak kisah-kisah permulaan kanak-kanak yang agak bosan
start je EPISOD 1 i guarantee uols akan melekat terus
macam aku yang berbaju kerja hingga ke jam 12 malam habiskan semua episod yang tertangguh
bhahahahahaha



dan skrang ni mood terus jadi bunga-bunga tak tahu kenapa
;p



panahan betol!



kau suka overkan EJ??



iyolah mana tak over
cuba amati jejaka ini

sangat kacak bukan??



hmmm awek suara selsema ini
aku suka dia bila dia bersama lelaki yang aku suka
hahahaha
^__________^





so jom layan cerita ni sampai episod akhir!


June 20, 2012

Rumusan



tetiba datang aura nak menulis
tetiba ye
dari dalam kereta masa on the way nak balik rumah tadi lagi
amboi semangat betoi



senang kabo lah
actually hati senang jiwa tenang
apa yang dikejar dah mula menunjukkan bayangnya
dan apa yang cuba digenggam sudah mula menunjukkan jalannya
InsyaAllah apa yang nak dicapai akan disusun usaha seterusnya satu persatu nanti
syukur ya Allah kau berikan aku jalan
terima kasih ibu bapa tak henti-henti berdoa
tak juga lupa buat insan tercinta yang saban hari bagi support kat aku tanpa kenal erti penat dan give up
terima kasih semua!




KERJAYA.
alhamdulillah aku rasa aku dah jumpa PASSION aku kat mana
selama 2 tahun ni aku bekerja dengan skills sahaja without any passion yang aku letakkan ke atas kerjaya aku
sekadar bekerja untuk sesuap nasi dan keperluan hidup yang lain
Alhamdulillah.
keputusan untuk meninggalkan pekerjaan lama mndekatkan aku kepada passion aku sebenar
Ya.
sekarang ni aku bekerja dengan SKILLS dan PASSION serentak seiring sejalan
bila both ini combined dan bergerak seiring
hati happy jiwa tenang semangat berkobar rajin tinggi menggunung
bila stress, passion kau akan bantu kau bangun
bila face problems or situasi tegang, skills kau akan bantu kau banyak segi
dan hasilnya
kau akan capai KEPUASAN dalam bekerja
ditambah pula persekitaran kerja yang lansung tak stress
senang cakap
persaingan secara sihat walafiat wallepat liat
aku doa dan berharap sangat
ia akan berpanjangan sampai bila-bila
amin



CINTA.
syukur alhamdulillah
less than 3 weeks aku bakal bertukar status
bhahahahaha macam tak percaya weh
semoaga berjalan lancar.
bertukar kerja bermaksud bertukar kehidupan
dan jangan tipu kalau tak mengganggu perjalanan financial kau
kan??
agak stress melalui 2 bulan ni
mana nak pikir pasai kerjaya
mana nak manage saving manage financial lagi
Alhamdulillah masih ada keluarga yang sudi bantu bila sesak
;p
nak bahagia nak senang bukan semudah buat cucur udang
tahu??
jadi hati, kau kena sabar
kena tabah
jangan mengada
terus usaha
manage apa yang boleh dan mampu kau manage
InsyaAllah perjalanan kerjaya dan perjalanan majlis nanti lancar seiring sejalan
^_________^
*sedapkan hati



KELUARGA.
tiada masalah serius
semua berjalan baik-baik sahaja
tak sabar nak hantar mak kerjakan umrah
mak doakan adik murah rezeki ya?
anak-anak buah sayang maksu
sabar ye
maksu nanti akan terus-terus bantu urusan pembelajaran korang




SAHABAT.
ini masalah besar
aku teramatlah busy mengejar impian
sampai tak punya masa sangat nak amek tahu perkembangan kalian wahai sahabat
yang mana datang berdiri depan mata
itu sahajalah yang sempat aku beramah mesra
T______________T
maaf maaf maaf
mohon jangan berkecil hati
mohon jangan putus doa yang baek-baek untuk aku ya?




TUAH.
kakak masih kakak awak yang sama
rindukan awak saban hari




woah woah woah
ini ucapan pelancaran novel terbaru ke??
hahahaha



20 JUNE 2012
actually aku happy sangat-sangat today
kenapa??
biarlah menjadi rahsia aku buat masa ni
^___________^



terima kasih semua





June 17, 2012

Selamat Hari Bapa, Abahku



tak bercakap sebulan sebab aku potong rambut pendek ala-ala pengkid
kena libas dengan tali pinggang terkencing terkejut menahan sakit tengah-tengah rumah sebab keluar malam
ditarik telinga sebab kantoi bergayut di public phone
dicekik dibelit dengan tali pinggang sebab taknak pakai tudung
dirotan sebab liat bangun subuh


ah sedikit pon aku tak rasa dia kejam
sedikit pon tak



ini kenangan yang paling bermakna bagi aku sampai sekarang
yang membentuk aku menjadi manusia tidak mengada
dek panas dunia
dek sejuk malam 
dek susah mencari sesuap nasik
itu semua titik permulaan hati kental milik aku



bila dia dipanggil tuhan
sakit dilibas tali pinggang itu adalah kenangan paling indah
bila rindu aku ingat sakit itu
terasa diri disentuh ayah
yang dah lama pergi menghadap Ilahi


abah lelaki paling tegas dan garang
yang mendidik anak sedikit keras



aku rindu kekerasan itu
aku rindukan garang yang ada padanya
untuk membentuk aku yang lebih tepu
pada dugaan hidup yang semakin perit ke depan



ABAH.
Selamat Hari Bapa
satu.
tiada galang ganti.
Abah tetap hanya dihati sanubari







June 09, 2012

Welcome Uefa Eura 2012





Welcome UEFA EURO 2012!

wah wah wah
masa untuk datang kerja sambil mata sembam
lunch tak hengat nak makan tapi nak tido
curi-curi tido dalam surau
tak peduli nikmat tido malam
oh masa-masa kepuasan bola sudah mari menjengah
ayuh nikmati wahai kaki-kaki bola
^____________^





macam biasa pasukan pilihan aku tentulah ESPANA viva forever



ada abang Torress ada Abang David Villa di situ
wewit!!!




pasukan-pasukan pilihan aku yang lain yang memang aku bersemangat nak tengok game dorang antaranya ialah

PORTUGAL 
ITALY
GERMANY
ENGLAND
NETHERLANDS
FRANCE


so maknanya
tak tido malamlah sebulan ni jawabnya!!