July 06, 2012

Thursheena Big Day


Sabtu lepas bersamaan 30 June 2012 
kakak saya Thursheena selamat diijab kabulkan
menjadi isteri kepada jejaka misteri beliau dengan 2 kali lafaz
ecececece EJ macam pergi je majlis kad nikah beliau
;p



EJ hanya datang pada majlis persandingan siang 30 June 2012 tu
manakala majlis akad berlansung selepas asar petang Jumaat 29 June 2012
bekerjakan tu
macam mana nak pergi



Thursheena ni ex-officemate saya
dia blah meninggalkan kompeni komunis sebulan sebelum saya
semangat nak stay kat situ hilang dibawa bersama Thursheena
sebab tu semua pakat berhenti
huehuehue
hebat panahan thursheena




2 years saya kenal minah kurus tinggi puteh pucat ni
seorang kawan separa matang
sebab sewel tu lebih sangat
bhahahahahaha
but she is a nice person
dan wanita tabah mengharungi kisah cinta yang sangat berliku
bagi aku memang sangat-sangat berliku



dan minggu lepas
Allah makbulkan doa beliau saban hari
agar didatangi bukan kekasih di dalam hidupnya
tetapi bakal suami yang akan mengimamkan solat-solat hariannya
Alhamdulillah
berkat doa dan sabar
beliau sekarang sudah mempunyai imamnya sendiri
iaitu si lelaki misteri



WHY lelaki misteri??
sebab EJ tak pernah jumpak beliau


WHY lelaki misteri?
sebab kat facebook dia tak pernah nak approve friend request kami
katanya biarlah selepas kawen nanti

WHY lelaki misteri?
sebab tiba-tiba muncul dalam hidup Thursheena lalu membawa sinar cinta dan jodoh yang kuat


WHY lelaki misteri?
masa bersanding itulah kali pertama EJ menatap wajah suami thursheena




Lelaki misteri milik Thursheena
lelaki yang punya kerjaya dan juga punya agama
alhamdulillah
happy for you kakak





Thursheena kami mengenakan busana pengantin yang agak extreme bagi zaman-zaman sekarang ni
busana pengantin minangkabau
makcik ni memang suka buat kerja gila sentiasa
tapi tetap cantik dan unik





hahaha ini semua ex-officemates saya
sayang mereka semua to the mooooonnnn
^___________^




moment-moment bergelak kah kah kah kah dnegan bebudak ni memang tak boleh nak replace!





with mommy Fifie
^_______^


wah wah ini laaa hero kak Fifi
ALEXANDER ADAM MIKHAIL
believe me memang namanya Alexander
class kan!!!


Adam,
mama EJ rasa nak gigit-gigit je peha adam yang bam bam tu tau!!
nasib tido




oh oh oh ini pula pasangan manis secocok sepadan
before penulis naek pelamin
InsyaAllah makan nasik minyak mereka berdua dulu
^___________^


suka sangat-sangat tengok muka si nadia ni
cantik mulus lembut menawan
untung acap



sudah-sudah
ini entry THURSHEENA bukan entry OFFICEMATES mahupun entry ACAP



SELAMAT PENGANTIN BARU 
THURSHEENA DAN SUAMI
semoga berbahagia hingga ke syurga sana


We love you kakak!


July 05, 2012

Journey To The Happiness Life Ever After #Vol. 6



CHECKLIST


3 days to go!


macam biasa masa untuk check semua benda supaya semua lengkap dan berjalan seperti yang dirancang.
biasalah semua perempuan akan merasa peringkat di mana kau hidup dengan segala macam list yang kalau boleh dilihat mata kasar boleh buat kau tenggelam dihempap semua list-list tersebut.
T____________T



THE HANTARAN 


fuhhhh lega
semalam dah berjaya siapkan ke semua 7 dulang bekas hantaran
berkat pertolongan tanpa jemu housemate sejak awal-awal bulan 6 hari tu
tak lupa jugak Ajie yang turun sama turun padang
^________^


Finally dapat jugak rasa macam mana feeling siapkan every single hantaran by your own
puas yang macam mana tak tau
walaupon hasilnya macam zombie nanti
I don't even care!



Esok adik sayang saya Eira akan datang tido rumah
nak bantu siapkan apa yang patot
so, jumaat malam dan sabtu pagi  aku akan settlekan semua barang-barang yang nak letak kat atas dulang yang EJ dan housemate buat sendiri tu
iyelah 
pending sebab mostly manisankan
nak dekat majlis barulah boleh ambil segala tempahan



MINI PELAMIN


Hai mini pelamin zombie saya
T___________T


hal pelamin ni semua dah settle
tinggal hari sabtu ni selepas maghrib vendor akan datang pasang


eh eh eh dalam kabur tetap nampak unsur-unsur warna coklat
oh tidak
coklat itu sudah ditukar dengan warna silver
EJ yang cerewet sangatlah tidak suka sesuatu yang lari dari TEMA asal


harap-harap kakak aku yang islamic itu okay dengan mini pelamin ini
sebab tak tunjuk dia pon
tak sempat
T______________T



CANOPY


Adat rumah tak berapa nak besar macam kat kampung 
maka kenalah keluarkan sedikit budget untuk canopy
nasiblah kat klang sewa canopy semua murah-murah


InsyaAllah pakcik Ramli akan datang pasang canopy petang sabtu 
misi mencari Ramli di petang sabtu
pffftttt


Hal-hal canopy ni serah bulat-bulat kat abang ipar ustazku
TAPI si cerewet EJ macam biasa akan turun padang jugak pantau
walau banyak kerja nak kena buat
hahahahaha


BAJU DAN TUDUNG


Masalah baju dan selesai
yang besar dah dikecilkan
yang kecil dah disendatkan
pfffttt


cuma kena akur saya tak sempat nak hantar jahit manik
maaf Syaqeera
nanti untuk majlis akad nanti
memang saya akan buat baju kosong je dan hantar kat awak untuk buat HD Flowers tu
cantik sangat-sangat!


mula-mula memang kecewa sangat
tapi takpelah
saya pakai yang simple-simple je
bak kata mak
BUKAN NAK NAIK KE BULAN!
T_____________T


*sentap



Tudung oh Tudung

saya masih ada masalah dengan hal tudung ni
banyak sangat pendapat
sampai sekarang saya tak decide apa pon lagi


saya tempah shawl yang dijahit manik di kepalanya
TAPI maybe miss communicate kat mana-mana
shawl yang sampai tu dah macam veil
T________T


adik saya Jim suruh pakai macam dia kawen je
tapi leher baju saya V bukan macam dress kawen dia
now saya ada tudung canopy adik saya bersanding hari tu
shawl yang dah macam veil
dan sehelai shawl biasa keliling ada manik


Aza and Jim ada advice suruh pakai bawal je seem saya ada terjumpak bawal cantik yang dijahil pearl sungguh mentarik
TAPI seharian saya ke kerja memang saya pakai bawal je all da times
tak nampak macam saya repeating benda yang sama ke on my E-day?
*bosan



Hmmm ntahlah
harap-harap juru makeup saya pandailah sedikit tentang tudung ni
dan kawan-kawan saya yang ada hari tu nanti dapat menyumbangkan sedikit idea
eh banyak idea pon takpe
T_________T


saya risau saya dan tudung kaan menghasilkan EJ yang so zombie
T___________T



MAKE-UP


hahaha saya tak blurkan sebab ni bukan saya punya


saya bukan pemilik kulit mulus
jugak bukan seorang penulis yang gemar menyuntik botox atau mengambil sebarang collagen
atau jugak bukanlah seorang perempuan yang mengambil sebarang supplement seperti Vitamin C dan E
hasilnya
kulit saya dari dulu sampai sekarang sama sahaja
seperti kawah bulan



saya jugak bukanlah seorang EJ yang suka akan make-up
dapat pulak bf yang asek membebel bila kau calitkan sebarang make up di muka
saya hanya pandai pakai bedak asas dan compact powder
nak conteng-conteng eye liner pon tak pandai
T__________T


Eira kawan saya ada cakap
untuk orang tak pernah make up macam saya
apa salahnya spend sedikit duit appoint juru make-up untuk majlis bermakna buat diri sendiri ni
nampak sedikit kelainan in stead of just mintak kawan baek tolong contengkan muka
saya percaya kawan-kawan baek saya semua boleh make up kan saya
tapi saya jugak perlu sedar diri yang kulit saya tidaklah flawless macam madu tu
better be careful



saya teringat kawan saya LIZA masa majlis beliau di melaka
cantik!
so saya rasa tak salah kot saya merasa



untuk ahad ni
saya appoint Kak Azie as juru make up saya
ni link blog beliau
jenguklah kot ada nak buat tempahan



mesti orang kata saya over kan kan kan
HAHAHAHAHA ada 2 sebab saya pilih beliau

satu
sebab beliau perempuan
sudah lupa, kakak dan abang ipar aku itu islamic
perkhidmatan juru make-up lelaki mahupun separa lelaki amatlah ditegah habis-habisan
jadi, saya perlukan hormatkan tuan rumah

dua.
Kak Azie hanya sedikan perkhidmatan di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja
kalau saya tak merasa sentuhan tangan dia untuk majlis tunang
saya memang tak boleh nak rasa dah lepas ni
sebab majlis kawen saya di Perak dan Penang
Takkanlah majlis cukur jambul anak saya nanti nak appoint beliau makeup saya kot?
pffftttt




harap-harap ada kelainan on that day
nebes ni sebab saya tak pernah dimake-up
huehuehuehu
*loser


DOOR GIFT


hahahaha doorgift sempat siap sticker je
doorgifts nye masih pending
esok baru nak settlekan


bagi doorgifts lolipop je boleh??
blur arrrr
T_________T



OFFICIAL PHOTOGRAPHER


ini OP saya untuk ahad ini
seorang perempuan jugak
^_________^


beliau kawan blogger saya
budak UTM jugak
awek Kuantan


Beginner OP yang berani mencuba
dan custom album beliau agak awesome


saya mengikuti perkembangan photography beliau since beliau di bumi Jepun lagi untuk program master beliau
waktu tu pernah la pasang niat
kalau beliau maju nanti nak cuba rasa service beliau
Alhamdulillah Tuhan perkenankan niat



eh eh eh
kami ada Outdoor Photo shoot tau dengan kawan-kawan selepas majlis

Tema:
Polka Dot dan Kemeja Petak
^_______^
*Ini part paling tak sabar


nasiblah OP mahu layan kerenah EJ
terima kasih!





....................................................................................................................................................


okaylah
itu je kot yang penting 



Catering memang totally family handle
kakak masing-masing tunjuk skill memasak 
Alhamdulillah tak perlu appoint caterer
kopak weh kopak




doa majlis saya berjalan lancar
tak sabar nak jumpa dengan sahabat-sahabat gemilang saya
yang dah confirmed tak dapat datang tu
takpe jangan rasa bersalah
saya faham
dahulukan keperluan ye
^____________*






okaylah
bye!



July 04, 2012

EJ Dan Drama Pilihan #Vol. 6



Malaysia makin dihujani drama-drama berkualitikan??
perlu diakui
pengarah-pengarah di Malaysia bijak dan kepakaran seninya lebih kepada karya panjang dan berepisod
bila cerita dipendekkan untuk membentuk filem
maka jadilah seperti OMBAK RINDU
yang bagi aku filem hancus yang hanya gah pada barisan pelakon dan OST yang syahdu tu




Pengarah Malaysia masih tak pakar memendekkan jalan cerita kehidupan melayu yang rumit dan kompleks ni
masih tak pakar



TAPI
kita masih ada barisan-barisan drama dan drama bersiri yang hebat dan menusuk untuk kita banggakan
betul tak??
dan barisan drama berkualiti ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan
sehingga kau si penggemar drama melayu ini
terpaksa hadap tonton.com.my
khatam habis semua episod tertinggal sepanjang hari kerja



itu tanda drama melayu kita semakin maju
dan mendapat tempat dihati penonton
syabas!





macam biasa mukadimah panjang berjela.
T_________________________T



baeklah
kali ni ada 4 drama bersiri aku nak kongsi
yang aku tengok tak tinggal 1 episod pon



here we go!




mulakan dengan drama bersiri Slot Samarinda TV3
-AMEERA-



aku tak suka Syamsul Yusof
tak pernah suka!
bagi kau dia tak pernah pandai berlakon pon
dan kalau berlakon memanjang nak jadi hero
drama or filem yang diarah beliau sendiri
pffftttttt
TAPI dalam Ameera
aku agak suka mutu lakonan beliau



Rita Rudaini tak payah cakaplah
kekuatan drama ni pon mostly terletak pada dia
cantik sentiasa
watak romantik yang dibawak beliau memang real sangat
sampai aku terbayang
mungkin dia layan suami tak kenang sayang cinta isteri tu sure sama dan lebih romantik dalam drama tu
sebab hidup sangatlah manja dan romantik beliau dalam drama ni
^________^



abaikan Zarina yang sangat berjaya membawa watak meghoyan beliau itu





kedua.
drama bersiri Slot Ratu di TV9
-ANDAI KU TAHU-



sama macam Ameera
ini drama mengisahkan rumah tangga
kekuatan dan tarikan aku sudah pastilah pada si cantik manis FAEZAH ELAI



EJ adalah peminat tegar Faezah Elai
comel dan cantik
pemilik mata bulat yang galak
^_______^



saya kurang suka Ezany
tetapi beliau membawa watak dengan baek
so biarkan beliau di situ
tidak mahu komen apa-apa



Natasya Hudson.
korang kena tengok beliau dalam drama ni
subhanaAllah lemah lembut sangat
sesuai dengan watak isteri solehah yang lemah lembut dan taat
*tersentuh*





ketiga.

Drama bersiri Slot Lestary TV3
-BUKAN BIDADARI-



jujur aku tengok drama ni hanya semata si NAD ZAINAL ni
sebab aku sangat suka beliau since dalam Memberku Hawa
beliau sangat comel especially cara beliau bercakap
antonasi suara tu kena dengan kecik moleknya!



selain tu
ada SARA ALI di situ
aku suka pelakon cool dan berbakat ni
dengan imej bertudung
ia sesuatu yang baru



oh Sharnaaz
siapa tak suka beliau
cuma watak beliau buat masa ni belum keluar lagi
so tak tahu nak komen apa


hero lagi sorang tu
maaf lupa nak google nama
beliau bawak watak 'Kamal' dalam drama ni
aku tak suka sangat beliau
oooppppssssss




seterusnya.


Slot Zehra TV3 tak pernah mengecewakan saya
semua cerita sangat best
termasuklah drama bersiri milik gadis manis IZARA AISHAH iaitu
-NAZIHA-



saya sangat-sangatlah suka Izara Aishah ni
sebab dialog beliau bersahaja
macam bukan ikot skrip
dia punya bakat semulajadi
bukan macam Neelofa. eh




jangan EJ
nanti kena saman
;p



Hmmmmmmm!~
ratu telenovela melayu sungguh la kau EJ




sebelum akhiri entry
nah amek ni sekalian pembaca
aku tahu korang tengah gilakan cerita ni




Aqasha awesome!
okbai



July 02, 2012

Journey To The Happiness Life Ever After #Vol. 5


Less than 6 days 
dan semua masih berterabur
T________T



sekian.



kesian Ajie
aku tak sempat nak tanya baju dia okay ke tak
pffftttttttt



Tentang Fernando Torres dan SPAIN






  • Fernando Torres never lost a final in his life and he done it again by winning Euro 2012.

  • Despite playing only 194 minutes out of a possible 558, Fernando Torres still claims the Golden Boot at EURO 2012

  • Torres wins the FA Cup, Champions League & Euro's all in one season. And had a bad season?

  • Torres and minutes 75




  • Vicente del Bosque's team became the first side to successfully defend a European Championship title, as well as the first to win three consecutive major tournaments after their triumphs at Euro 2008 and the 2010 World Cup.

  • Broke the record as the 1st team who won 4 goals in Euro Final




ESPANA VIVA FOREVER
^__________^




EJ setia hanya pada 1 warna dan 1 negara




next World Cup?



see you in 2014!