August 12, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kesayangan

sumber: tumblr




SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN 
buat sahabat gemilang dan terbilang saya dan Ajie
si cantik manis

-AIDA-



Dengan ucapan:

  • Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

  • Sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya

  • Cepat-cepat didekatkan jodoh dengan orang tersayang 

  • Dikurniakan kesihatan yang baek dan dipermudahkan urusan-urusan kehidupan

  • Terus-terus cantik 

  • Harapnya segala impian dan angan-angan yang diimpikan akan menjadi kenyataan

  • Dipermudahkan jalan-jalan menuju hari bahagia mendatang

  • Dipelihara daripada kecelakaan dan kesusahan




kamu antara contoh awek setia dan baik
semoga dipelihara cinta yang dijaga hingga ke syurga sana



Love our friendship!
terus-terus menjadi sahabat terbaek untuk kami


Love and Hugs,
EJ and Angah
^___________^


August 06, 2012

Ramadhan Dan Arwah Abah



aku akan ulang topik ABAH ni saban tahun pada tarikh yang sama
repeating and akan terus repeating
aku tak akan muntah
korang nak muntah, terpulang


sebab aku hanya ada KENANGAN
yang hanya boleh dikenang
dengan repeatkan setiap ingatan
yang menjadikan ia kenangan



REALITI dan dijemput Tuhan
9 tahun lepas.
semuda seusia 16 tahun



jadi biarkan aku
mengimbas kembali kenangan
menggambit balik memori
mengulangi lagi entry 
TENTANG ABAH




sistem ibu dan mak aku dalam berumahtangga
TIDAK-MEMENTINGKAN-LANSUNG-TEKNOLOGI-DAN-KENANGAN-UNTUK-MASA-DEPAN


sebab tu kami TAK PUNYA family album
aku tak pernah tengok gambar mak ayah aku sebagai pengantin
TAK PERNAH
sebab mak abah aku tak ada!



tengok sudah gambar kecik-kecik aku
aku tak punya gabar waktu baby
waktu kecil
waktu tadika
TAK PUNYA



dan bila abah pergi
aku hanya ada ingatan kuat tentang raut mukanya
yang tak pernah padam
dari usia mudanya
sampailah ke hembusan nafasnya yang terakhir
ingatan tersebut terus kuat
sebagai ganti galang setiap kepingan gambar yang tak pernah direkodkan




aku hanya mampu hidup dengan kenangan abah
ingatan aku tentang abah
jadi jangan marah aku
untuk 3 tahun berblogging
bila tiba hari ulangtahun pemergian arwah abah
aku sajikan entry yang konsepnya sama



menulis ada sebahagian daripada cara aku meluahkan rindu
pada seraut wajah tegas dan bengis
yang saban hari aku rindukan kehadirannya



tak sama.
bila aku cakap aku rindu abah
dengan aku menulis betapa aku rindukan abah
rasa yang berbeda.



9 tahun abah pergi menghadap Ilahi
9 tahun sudah aku hilang kenikmatan anak bongsu
9 tahun jugak aku punya jutaan rungutan tentang betapa sukarnya hidup seorang anak gadis tanpa seorang ayah



dan 9 tahun ini
aku masih anak bongsu abah yang gagal dalam mencari istiqamah
dalam mengaplikasikan asas agama
yang dah diterap molek, dididik rapi oleh abah
aku masih gagal



sebab itu
aku antara anak abah 
yang sangat jarang perolehi hadiah Tuhan
iaitu mimpi bertemu abah
saat rindu terlalu memaut hati dan jiwa




moga yang ke 10 nanti
entry tentang abah ini
akan aku tulis lagi
tapi bersama istiqamah yang sudah mampu dijejaki dan digenggami.




Al-Fatihah buat hero dunia akhiratku
Arwahyarham Haji Yussof Bin Hassan


malam ini malam ulangtahun pemergian hero dunia akhiratku
menghadap Ilahi
9 tahun sudah






Selalu. Tak Pernah Tak Ada



August 04, 2012

P.e.r.e.m.p.u.a.n






"Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca." Adam, kenalilah Hawa. 








  • Sebok-sebok mana pun Perempuan tu menyidai kain, memasak or bermain Twitter. Dia takkan pernah lupa pada Boyfriend dia.

  • Perempuan bila dah couple, dia mesti macam happy tak ingat dunia. Tapi bila dah break, dia lah orang paling sedih di dunia. Perempuan bila dah couple, dia mesti macam happy tak ingat dunia. Tapi bila dah break, dia lah orang paling sedih di dunia.

  • "Allah menciptakan wanita itu sensitive. Terlalu sensitive hingga dapat merasakan sesuatu walaupun di sorok, di sorok dalam hati sekalipun " 

  • Perempuan ada rahim, satu dari Asmaul Husna. Allah bersifat Ar-Rahim yang bermaksud penyayang. Sebab itu lah kaum hawa sungguh penyayang. 

  • Lelaki tahu basic agama Islam, hormat orang tua, beramal ibadat, boleh membimbing ke arah kebenaran. Ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita 

  • Perempuan kalau dah cinta someone memang susah nak lupakan. Biarpun someone tuh dah banyak kali sakiti hatinya, dia tetap akan sayang juga. 

  • Kalau perempuan dah couple menangis. Bf buat something special baru berhenti. Kalau perempuan single nangis. Sampai tertidur baru berhenti. 

  • Lelaki mengejar perempuan dikira romantik. Perempuan mengejar lelaki ? Desperate. 

  • Bila perempuan "sedih", Kita akan tanya "Awak ok tak" dia akan kata '"I ok", kerananya perempuan suka simpan kepedihan di dalam hati 

  • Perempuan bila dah break dia memang senang menangis. Tapi bila dia dah "move on" kau tengok lah, senyuman dia kalau boleh sampai ke telinga. 

  • Wahai lelaki, bila korang berniat untuk Curang. Fikirkan Gf korang yang sentiasa setia dan dah buat banyak kebaikan untuk korang. 

  • Jangan salahkan wanita jika tidak pandai memasak seandainya dirimu wahai kaum adam, tidak pandai mengimamkan solat :) 

  • Perempuan tak suka girls lain kacau or tackle Boyfriend dia. Sebab dia akan rasa Insecure gila babi. 

  • Perempuan cuma akan jadi manja dan kebudak-budakkan bila dia dengan orang yang dia sayang je. Tak percaya cuba perhatikan. 

  • Perempuan sedih? mereka akan simpan kepedihan di dalam hati dan itu sebabnya mereka sentiasa menangis tanpa sebab 

  • Perempuan susah nk cari perkara yg dia benci dekat pasangan yg dia sayang. Jadi dia anggap org yg paling dia sayang merupakan org yg terbaik 

  • Perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis :) 

  • Perempuan suka dengar lagu favourite dia. Tapi dia lagi suka kalau Boyfriend dia cakap "this song for you sayang". 

  • Bila perempuan mengalirkan air mata, bukan maksudnya dia lemah tapi maksudnya dia cuba mencari kekuatan untuk terus tabah 

  • Perempuan bila dia dah kata 'sayang', itu bermaksud dia mmg betul-betul sayang. Sebab perkataan 'sayang' bagi dia mmg tak boleh dibuat main. 

  • Perempuan susah nak ungkap kata CINTA pada lelaki. Tetapi apabila mereka berani ungkap kata tersebut, maka dia amat mempercayai lelaki itu. 

  • Perempuan yang "Asli" bukannya yg mempunyai ramai lelaki dalam hidupnya tetapi dia yg menolak ramai lekaki hanya demi lelaki yg dicintainya. 

  • Perempuan yang kena control oleh Boyfriend dia. Well, perempuan akan hilang rasa cinta/suka perlahan-lahan 

  • Perempuan menangis, bukan lemah, bukan lembik. Tapi hati tu lembut. Perempuan ni kuat. Bukti, Allah bagi perempuan mengandung. Bukan lelaki. 

  • Wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Manakala lelaki 1 nafsu 9 akal. Nafsu wanita yang banyak tidak tertumpu pada hubungan seks. 




3 perkataan yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita. Bukan I Love You atau I Miss You. Tapi " AKU TERIMA NIKAHNYA "  



p/s: kenalilah wanita anda ;)



Sebagai Ratu Telenovela



DEJAVU DI KINABALU
baru saja menamatkan episod akhirnya


dengan pelbagai teka-teki
dengan pelbagai kata caci
dengan pelbagai rungutan tak puas hati


sebagai Ratu Telenovela Melayu
eceehhhhh
aku nak buat review sikit la isu ENDING drama top ni
review tentang ketidakpuasan hati aku



cerita Erma Fatimah memang selalu cerita kualiti
lain dari yang lain selalunya
beliau sama macam pengarah yang aku kagumi si Kabir Bhatia tu
TAPI aku perasan sesuatu
drama arahan beliau memang selalu sangat gempak 
tapi selalunya di bahagian permulaan drama dan tengah-tengah
bila peringkat KLIMAKS iaitu final episode
beliau selalu gagal untuk habiskan watak semua orang dengan baik
same goes masa Malaysia demam dengan TAHAJJUD CINTA dulu
ending yang kurang baik jugak



dan lagi tak boleh blah
bila untuk klimaks Dejavu Di Kinabalu ni
beliau mengambil kesempatan di atas deman-deman rakyat Malaysia ke atas drama arahan beliau ni
dengan membuat undian hero pilihan malaysia 
untuk memiliki cinta Nadira
ini SALAH BESAR actually




bagi aku
bila ENDING sesebuah drama ditentukan oleh penonton
apa yang nak diraih dalam pengarahan drama tersebut?
ada kepuasan ke?
dan penonton sendiri la kan
PUAS ke tengok ending yang korang tentukan
sedangkan plot-plot cerita yang dah disusun kemas sebelum penggambaran bermula tu
lebih manis
dah para pelakon lebih menghayati plot penceritaan tersebut



okay.
aku anggap saja pengarah pon tak aspect yang Malaysia akan memilih Bazli
sebab terang-terang memang Ammar aka Aqasha adalah hero asal berdasarkan poster drama ni pon kita dah boleh jangka
dan siapa sangka Nazim aka Bazli telah meraik pepolurati yang mendadak akibat dari Bazli Fever all around Malaysia
kaaaaaaaan?
padahal Nazim memang good actor dari drama beliau dengan Ainul dulu tu




LAGI satu
okay nak buat macam mana kan produksi dan tentukan ending biar penonton pilih
mungkin pelakon disajikan bayaran lebih hasil kutipan duit dari undian
dan scene lebih yang perlu dilakonkan
wallahuallam
TAPI apa yang bertambah tak puas hati
kalau dah final milik penonton
WHY diletakkan jugak tayangan ending sebenar yang tidak mendapat undian tinggi dari peminat?



aku percaya
ini ending sebenar cerita hebat ni
sebab kalau kau tengok episod akhir alternatif ni di tonton.com.my
kau akan rasa lebih tersentuh
watak yang dijiwai lagi mendalam


walaupun NADIRA dimatikan wataknya dengan kematian
ending yang sedih untuk love story penuh ranjau ni
TAPI aku puas hati




berbanding ending pilihan penonton
yang aku rasa serba tak kena


contoh:
bazli sarung cincin ke Nadira dan boleh pulak seorang isteri meluahkan isi hatinya kepada bekas kekasih
"Ammar, awak tahukan rasa cinta ini bukan dari jantung saya"
dialog apakah ini??



dan aku yang sukakan sesuatu yang logik
terus tweet mempersoalkan
"why pengarah tak terapkan isu agama sikit dalam watak Nadira yang seorang isteri HARAM mengingati lelaki lain selain suami"
dan Bazli terlalu nampak dayus di situ
bukan seorang yang sangat berkorban



kedua.
senang dan mudah sekelip mata sahaja
Nadira boleh membuat transplant jantung lain
sedangkan di awal drama lagi
dah diterapkan bukan senang nak cari penderma jantung nowadays
nampak tak di situ betapa cacamarbanya plot yang disusun



honest.
8 episod akhir Dejavu ni aku memang emosi dengan watak Nadira
Tiz bawakkan watak dengan baik
sebab boleh tengok semua manusia di twitter dan facebook sangat rasa annoyed dengan Nadira
TAPI kalau kita tengok ending dengan Ammar
bila Nadira mati
rasa annoying tu hilang sebab Nadira finally mati
even sedih
ini adil untuk semua orang



berbanding dengan ending bersama bazli
sudah la dia annoying
dah jadi isteri pon mendayuskan suami
lepas tu kecapi lagi bahagia dengan tranplant baru



watak ibu bazli yang kemain garang tu macam mana?
pegi mana?
ending macam mana?



hmmmm 
tu belum lagi kita tanya ending watak TYRA pegi mana??



Bazli hanya seorang lelaki yang baik, berkorban apa saja, memiliki hati mulia yang hanya segala baik tu diaplikasikan dekat Nadira je ke??
aku rasa dengan Tyra si Bazli tu sangat kejam tahu?



aku harapkan at least Bazli pergilah melawat Tyra
dan endingkan watak Tyra dengan baik
thats it



sebab tu aku cakap
Erma Fatimah ni selalu poor bab endingkan drama beliau yang superb
haishhhhh
kecewa sungguh!


dan lagi mengecewakan aku
why dia memilih NEELOFA sebagai heroin untuk drama terbaru menggantikan Dejavu Di Kinabalu tu
hilang mood nak jenguk tengok


Sorry man,
I Hate Neelofa!


bagi aku lakonan dia so so sahaja
tak layak untuk peganag watak utama bagi slot akasia tv3
tak layak.



p/s: So ratu telenovela melayukan?? hehehe *muntah


August 02, 2012

Alahai Agent Asmawi



contract rumah OUG dah nak habis
disebabkan masing-masing isi rumah ada yang dah kawen dah bakal berkahwin
makanya TAMATLAH tempoh masa hidup bujang tinggal sebumbung kami bertiga



Less than 1 month InsyaAllah akan meninggalkan Bukit OUG Condominium 
T____________T

2 years dah tinggal sini memang dah selesa sangat semua benda
TAPI disebabkan projek kerajaan di bahagian hadapan condo ni iaitu station LRT Star sambungan Bukit Jalil tu maka dan maka
sewa rumah kat sini naik mencanak
walaupun projek kerajaan tersebut dijangka siap pada 2014 kalau tak salah



seronok ye tuan rumah
menangguk di air yang keruh



bhahahaha hotak kau EJ menangguk di air keruh
itulah namanya PROPERTY INVESTMENT!
Tenant akan sedih
Owner akan suka
Tenant kena keluar cari rumah lain
Owner padan muka!!




rumah sekarang sewa RM1100 per month dengan keluasan 1547 square feet
aku rasa sangat WORTH
sebab rumah ni memang sangat besar!
bilik air saje sebesar bilik no 3 flat kos rendah



TAPI bila nak menyewa dengan suami sahaja
itu bebanan
dan dengar kata owner ada hati nak naikkan hingga ke RM1300 untuk contract yang baru
ape kau gila??



maka kami semua pon masing-masing cari rumah lain
sobs!




mencari rumah sewa yang baru bukan sesuatu yang mudah hokay
terutamanya bagi pasangan yang bakal berkahwin dah tak berapa laaa nak stabil ni
sebab tu menyewa
kalau aku kata dah stabil baik beli je rumah
ye dop?



dalam 2 weeks ni aku sangat bertungkus lumus mencari rumah untuk disewa di MUDAH.my
klik sana klik sini
call sana call sini
deal sana deal sini
sakit hati pon banyak jugak
dengan seorang AGENT yang tertera namanya di TAJUK ENTRY AKU
-ASMAWI-




aku tak pernah jumpak agent ni
hanya sekadar pernah bercxakap melalui telefon
tapi nak tahu tak
kalau korang call dia ni untuk deal pasai rumah sewa
dia memiliki antonasi n tone suara yang sama semasa menjawab soalan
dan dialoq jugak sama


"heloo"


"ye, nak tengok rumah"


" ye ada, bila nak tengok rumah"


"datang je ke unit ____ . (sambil petik ikot suka no rumah)"


"ye dah tengok rumah?? bila nak bank in deposit"



kau call la dia 1000 x pon tetap ayat yang sama
seolah dirakam
adik aku terkena
aku pon terkena
T________________T


adik aku lagi extreme sebab dia pergi tengok rumah sekian sekian yang dipetik asmawi ni
dia cakap rumah tu either tak wujud atau rumah kosong yang dah dieroboh
dan jiran-jiran kawasan tu cakap
si asmawi ni dah banyak kali kena pukul dengan tenant sebab deposit taken tapi rumah tak wujud pon lagi
baru nak cari



apa jenis manusia laaaaaaaa



so lepas adik cerita
dan aku sendiri dah on phone dengan dia
aku decide memang takkan call dia la kalau kat iklan mudah tu memang tertera nama dia



tapi dua tiga hari ni dia buat hal plak
iklankan rumah untuk disewa harga yang below than market price




tak pecaya??
meh aku paste sikit



rm450 per month
1+1 deposit
FULLY FURNISHED



sedangkan korang tengoklah
market price for rental area tersebut




ni lagi satu tak boleh nak blah


RM450 per month
1+1 deposit
FULLY FURNISHED

mak aiii kitchen cabinets dia punya segak sewa banyak tu abang??


sedangkan market price for rental untuk kawasan ni





nak pengsan baca!!


pernah tau call TIGA NAMA yang dia letak dalam iklan tu
haram memang 1 pon tak angkat
T_____________T



persoalan di hati
ASMAWI ni betul ke tak??



serrraaaammmmm tau!!




so kepada korang-korang yang tengah cari rumah ni
jangan la percaya si asmawi ni
tu je nak pesan



p/s: Hmmm dah dapat dah rumah untuk kawen tapi itulah takde laaa sebesar rumah kat OUG ni. dapur pon kecik je. jenoh laaaa nak baisakan diri. tapi takpelah nanti2 kumpul duit beli rumah sendiri ye EJ. now focus on your wedding first!