January 20, 2013

Drama oh Drama Melayu Kita



Haloooooo semua
today penulis nak update entry pasai drama melayu
hehehehe



asal ada drama Nabila Huda yang baru je
adalah entry pasai drama melayu
kan kan kan kan
EJ pilih kaseh betei



errrr apa nak buat
penulis adalah peminat NO. 1 Nabila Huda yang penuh kontroversi itu
dan Fasha Sandha busy dengan suami dan perut yang boyotkan??




mesti ramai dah dapat agak drama melayu yang nak kau buat review kan kan kan
tak lain tak bukan mestilah drama yang baru berlansungnya 2 episod secara serentak ahad lepas iaitu
JANJI SHIRAH


lama gila aku tunggu drama ni ditayangkan
asyik baca tweet si Abil ni je pergi shooting drama Janji Shirah



2 SEBAB UTAMA ternanti-nanti sangat drama ni
2 sebab je


PERTAMA:
mestilah sebab adanya Nabila Huda
ada ke drama lakonan beliau yang tak best?
yang skrip tak bagus?
yang pembawakan watak tak berkesan?
ada ke?
takde kan??
sebab hot mommy ni memang sangat talented dalam dunia lakonan ni
sangaaaaaaaaaaaaaaaaat!



KEDUA:
hoiiihhhh tengoklah HEROnya siapa kan kan kan
penulis adalah peminat setia yang sangat-sangat dengan pelakon bibir sexy suara sexy renungan sexy mata sexy cara bercakap sexy 
aaahhhh yang penuh dengan elemen lelaki sexy ni
tak lain tak bukan si ARIEL ZAFRIEL
Ya Allah
sukaaaaaaaaaaaaaaaanya dekat dia
dan bila tengok JANJI SHIRAH adalah gabungan 2 pelakon hebat di mataku ini
makanya tak terhingga rasa seronoknya



banyak pelakon hebat dalam drama ni
ada ZARINA yang bagi aku watak psycho-psycho cinta ni memang dia sahaja yang paling sesuai membawakan watak tersebut
dengan imej rambut pendek yang hawt
memang kena sangat-sangatlah



2 episod ni memaparkan penampilan SHERRY MERLIS yang merupakan 1 of my favor actress dari zaman aku kecik-kecik lagi
beliau ni makin tua makin cantik
less make up
tapi tetap awet muda


macam biasa
Nabila Huda sangat sesuai dengan lakonan tentang kisah-kisah realiti kehidupan ni
dengan imej yang biasa-biasa sahaja dalam cerita ni
tapi tetap mampu menarikhati ramai lelaki



so drama ni nampak real
why?
sebab heroin tu tak perlu cantik melampau
tak perlu putih gebu
tak perlu make up tebal seinci
TAK PERLU
tapi punya aura yang memikat semua watak dalam drama ni
so jalan cerita nampak hidup
tak CLICHE sangat
macam..........errr heroin cantik mestilah ramai yang suka




TAPI Nabila Huda ni memang cantik cara dia sendiri
dan kadang-kadang aku rasa sebab dia nakal dan huru hara tu laaa
nampak dia cantik dan versetile



So drama ni ditayangkan di TV3
setiap hari AHAD jam 9 malam
minggu lepas tayangan direct 2 jam
minggu ni tak tahulah pulak



................................................................................................................................................



okay ini review untuk drama kedua pilihan hati


Malaysia sedang demam cerita SEHINGGA HUJUNG NYAWA selepas tamatnya kisah percintaan panjang berjela ADAM DAN HAWA


TAPI bagi aku
aku lagi suka cerita yang aku nak review ni


Sehingga Hujung Nyawa tu best
cuma aku kurang gemar cerita percintaan budak-budak
maybe sebab heroinnya nampak sangat budaknya kot
TAPI jalan cerita menarik



sebab aku tak tengok sangat
so aku taknak review



yang aku  nak review adalah drama bersiri slot LESTARY di TV3 jugak iaitu

CINTA QASEH


Drama ni masih di episod yang ke 3
So masih ada mood kalau nak qado kat tonton.com.my tu
hehehehe



Siapa tak suka ADI PUTRA??
hahahahaha
ada ke??



TAPI aku jugak peminat SHAH JAZLE ni
bagi aku dia pandai membawa watak beliau dengan baik
ketepikan masalah cinta lokasi beliau
ketepikan masalah romeo beliau
aku tak suka shah jazle sebenar di luar
tapi dalam dunia lakonan
aku mengikuti semua lakonan drama beliau kecuali filem AZURA
mungkin kerana adanya NEELOFA di situ


WAWA ZAINAL
Hmmmmm delecious sangat muka beliau
siapa la tak suka
dengan antonasi suara yang aku rasa unik
wawa memang sesuai la dengan watak LELAKI MANA TAK JATUH CINTA PANDANG PERTAMA BILA TERSEREMPAK GADIS CANTIK GEBU MULUS BERLESUNG PIPIT DI TAJ MAHAL??
memang sesuai sangatlah



CINTA QASEH pon punya kekuatan barisan pelakon yang hebat
selain kawan si ain yakni AZIE dalam adam dan hawa
IZREEN si minah makin kawin makin cantik ni pon ada
dan watak beliau adalah watak BAIK
hehehehehe



So SELASA ni jangan lupa tengok drama ni
jam  9 malam 



Hmmmmmm
aku selalu kompius
drama apa laaa yang JULIA PEREZ si pelakon indonesia tu tengok sampai tweet kutuk-kutuk drama melayu kita
padahal aku tengok semua channel televisyen malaysia nowadays banyak sangat-sangat menghasilkan drama yang sangat berkualiti 
skrip yang baek
para pelakon yang hebat
dan pengjiwaan watak yang memang tiptop



sebab??
sebab MALAYSIA terlalu ramai rakyatnya yang nak jadi artis
SUPPLY terlalu banyak
so untuk hidup
artis kami kena bersaing dan mempersembahkan mutu lakonan dan hasil seni yang paling terbaik
tu belum lagi kira nak bersaing dengan artis-artis singapura



ASYRAF SINCLARE tu je yang lupa daratan
rasa drama berjela indonesia tu best
hmmmmmmmmmmmmm
yang sebenarnya beliau punya lakonan yang tak laku kat malaysia
okbai



January 14, 2013

Bahasa Jiwa #44





aku ini manusianya biasa-biasa sahaja
biasa dari segi harta
biasa dari pandangan zahirnya
juga biasa-biasa sahaja dari segi perlaku diri utamanya



jadinya ya
sambutlah aku dengan segala biasa-biasa ini
agar aku mampu menjadi pelengkap kesempurnaan hidup
yang dah Tuhan nampakkan kepada aku
ke atas semuanya tentang kamu.



iya. 
kamu.



suamiku.



January 10, 2013

Peringatan EJ Kepada Pengguna Jalan Raya



sumber gambar: tumblr.com


Kejap tadi jenjalan kat tumblr
tetiba terberhenti kat gambar ni
jangan tanya sape post
sebab tuan empunya tumblr tu minah salleh mana ntah
*abaikan*



setiba dipersimpangan langkah kita tak lagi sehaluan
oh tidak
itu lagu alyah



apa aku nak tulis adalah
ADA KE ORANG JUJUR KAT DUNIA NI??



sedar tak sedar atau kita saja buat tak sedar
dunia dan manusia yang menghuninya makin kejam
kejam tu subjektif
bukan israel je yang kejam
kejam ni pelbagai
so jangan lupa boikot MCD dan STARBUCKS
eh??





aku nak cerita tentang topik JUJUR
dengan mengaitkan kisah benar yang berlaku kepada aku seminggu yang lepas



1 JANUARY 2012
aku fixed banyak appointment nak pergi tengok site
iyolah nak cover balik duit yang mengalir seperti air terjun sepanjang persiapan dan hari berlansungnya perkahwinan aku gituw



Appoitment pertama aku adalah sekitar KUCHAI LAMA
sesiapa yang tak master dengan area kuchai lama ni mai ceq nak cerita bagi
kuchai lama ni area cina
cina modern ada
cina kaya nak  mampos ada
cina bukit ada
cina kongsi gelap lagilah ramai
masuk kuchai lama jangan ingat nak drive thru kat MDC Kuchai Lama blakang SHELL tu je
tapi drive lah dengan penuh berhati-hati 
agar tidak sama sekali melanggar sesiapa di area ini
nescaya susahlah anda naka keluar dari sini



habis mukadimah tentang perihal kuchai lama dan cina bukit di sana
T_______________T


kisah tentang KEJUJURAN ni macam ni mulanya
sampai je kat area MCD kuchai lama tu
aku berhenti tepi jalan
sebab dah rasa macam sesat
niat di hati nak amek buku MAP kat bonet kereta
almaklumlah inspection pertama selepas kawen
buku map memang aku campak ntah sudut mana kereta 



disebabkan buku map kat bonet
so aku kena la keluar kereta
sebagai langkah berhati-hati aku matikan enjin kereta
sepantas kilat bukak bonet kereta dan ambil buku map
dan rasanya laju-laju jugak aku nak masuk dalam kereta
sebab takotkan kalau ada peragut ke perompak ke nak curi kereta aku



dalam kekalutan semua nak cepat tu
tiba-tiba bahu aku dicuit orang
ya Allah punya la terkejut
dan diizinkan Allah
pastas je otak aku bagi isyarat kat tangan untuk lock pintu kereta yang tak sempat lagi aku masuk tu
nak taknak terpaksa layan 
teguran seorang LELAKI lingkungan awal 30-an
sebab kalau aku nak masuk dalam kereta
aku takot dia samun aku dan rampas kunci kereta



muka aku memang aku control bagi nampak cool
tapi dalam hati subhanallah punya la TAKUT


Aku tanya lelaki tu 'kenapa ye'
lepas tu dia mulakan ayat macam ni



LELAKI ITU: Maaf ganggu. Saya malu sebenarnya nak kacau cik tapi saya terpaksa. Allah saje laa tahu macam mana rasa malu ni.

AKU: Errrr kenapa ye?


LELAKI ITU: Macam ni, saya nak ke Bandar Country Home, Rawang ambil isteri dan anak-anak saya. Tapi kereta saya kehabisan minyak. Saya nak ke petrol pam depan tu nak draw duit dan isi minyak tapi ATM card saya kena telan. Saya memang takde CASH lansung ni. Dah 3 jam saya try call bank nak settlekan hal ni tapi maybe sebab today public holiday, sampai sekarang tak settle-settle lagi. Wife saya dah dekat 3 jam tunggu sana. Risau saya. Kebetulan hp saya plak terus mati ni. Tak dapat nak call sesiapa dah pon. Nak balik pon dah tak lepas.


AKU: Tadi tak call isteri ke? Hmm kalau encik nak pinjam hp saya, maaf saya tak boleh bagi sebab hp saya pon mati ni. (walaupun ad je charger kat kete)


LELAKI ITU: Err macam mana ea nak cakap. Saya ada 1 je ATM card sebab saya keje dengan STANDARD CHARTERED BANK so ada atm bank  ni je. Salah saya jugak tak buat banyak ATM. Tak sangka boleh jadi macam ni.


AKU: Hmmm skrang ni encik nak saya tolong yang macam mana?


LELAKI ITU: Hmmm saya kalau boleh nak mintak cik PINJAMKAN SAYA DUIT SIKIT so saya boleh isi minyak lepas tu pergi amek wife dan anak-anak saya. Kalau lepas ni nak saya ganti 2 kali ganda pon takpe, asalkan saya boleh pergi amek dorang. Saya risau sangat. Saya tak sangka boleh jadi macam ni.


AKU: Errrr encik ada business card?? Keje standard chartered bank kan. mesti ada business card. Boleh bagi saya? At least saya tahu office encik kat mana.


LELAKI ITU: Business card?? ada. Sekejap ye saya amek. Ada dalam kereta.


Masa dia pergi kat kereta beliau
aku sepantas kilat masuk dalam kereta dan kunci kereta
masa tu aku memang dah start enjin kereta nak blah
TAPI
tetiba ada satu rasa
PERASAAN BERSALAH DAN KEJAM
kalau aku blah macam tu je


dalam masa yang sama jugak
aku WAS-WAS betul ke mamat ni lelaki baik
sebab aku berada di bumi Kuala Lumpur
manusia terdesak sanggup buat apa sahaja kat bandar ni



lepas tu sepantas kilat jugak
aku terfikir
kalau aku tak tolong dia
aku ni valuer
aku bekerja hampir setiap hari atas jalan
travel dan travel
mana la tahu
aku pulak Allah nak uji
rosak kereta ke tengah highway
hp habis bateri
cash pon takde
subhanaAllah
hidup ni kan KARMA


serious aku stuck masa tu



dalam aku dok memikir dan melayang
lelaki tu datang ketuk cermin kete aku
masa tu aku dah sorok dah handbag bagai
dan dah keluarkan cash rm30 je




aku bukak tingkat kereta kecik gile
dia bagi business card dia
aku tengok dan aku bagi business card aku


sedikit conversation berlaku di situ


LELAKI ITU: Cik, ini business card saya. 

AKU: Okay, ini business card saya.

LELAKI ITU: Oh valuer. Saya bahagian personal loan.

AKU: *senyum*

AKU LAGI: Macam ni lah encik, saya tak ada banyak. Saya boleh bagi RM30 je lepas buat encik isi minyak nak ke Bandar Country Home sana. InsyaAllah cukup sebab saya selalu pergi sana. Saya bagi ni atas 3 sebab. SATU: Encik ni muslim, saya muslim. Kita berkongsi Allah yang sama. DUA: Saya percayakan encik dan harapnya encik jujur demi anam-anak dan isteri encik. KETIGA: Saya buat untuk diri saya sendiri sebab saya taknak nanti kalau Allah nak duga saya sama macam situasi encik ni, karma turn on me kalau saya tak tolong encik. Harap-harap encik jujur dengan saya atas nama Tuhan kita, agama kita dan keluarga encik.


LELAKI ITU: Terima kasih banyak-banyak. Macam mana saya nak contact balik mintak no account??

AKU: Nanti dah settle semua, contact saya. Nanti saya bagi no account.


LELAKI ITU: Terima kasih. Allah je boleh balas jasa awak. Insyaallah saya bayar 2x ganda.


AKU: *Hanya mampu senyum*


Conversation tamat
beliau berlalu
aku masuk gear dan cabut


Persoalannya sekarang
Now dah 10 JANUARY 2013
Lansung takde sms or call


Aku saja la try call nombor dalam business card tu
TIADA DALAM PERKHIDMATAN
Hmmmmm
nampak tak apa aku cuba nak sampaikan??



ada ke manusia JUJUR kat dunia ni?



aku berkongsi ni bukan nak aibkan beliau
kita masih boleh fikir positif
maybe beliau tunggu gaji ke bla bla bla baru nak call/sms aku
TAPI
tujuan aku nak kongsi ni
aku nak pesan kepada para pengguna jalan raya di luar sana
tolong berhati-hati dengan situasi macam ni



bukan nak fikir buruk
tapi kalau dah nombor tiada dalam perkhidmatan tu
memang aku rasa aku kena PRANKKKK la kan
tapi ebtul tak betul kena prank tu
hanya Allah dan dia sahaja tahu



kalau uols berada dalam situasi macam ni
PLEASE berhati-hati
dan ikot kata hati



aku tak kisah kena prank ke hapa
bagi aku
aku bagi duit tu kat dia
aku buat untuk diri aku sendiri
InsyaAllah 
Tuhan kita tu maha adilnya
Ada tu nanti rejeki berganda Tuhan sediakan
cuma tak tahu bila



Yang PALING PENTING SEKALI
pleaselah make sure uols dalam keadaan selamat ok
dab bijak handle situasi
jenayah ni macam-macam cara



oh Melayu saya
saya halalkan sahaja duit tu
sekian







December 31, 2012

EJ's 2012 Highlights



*sapu sawang*
fuhhhhhhhhhh kasik tiup sikit habuk-habuk december 2012
ye la kan lansung takde entry ni
apa laaaaa yang penulis sibuk sangat tu
padahal december laaa banyak perkara besar berlaku dalam hidup
gitew!~


wah wah wah menyepi sebulan
tup tup hupdate entry 2013
adehhhhhhhhh


ehem ehem!~
macam biasa seperti tahun-tahun sebelum ini
penulis pasti akan updated sedikit hightlight kisah hidupnya sepanjang tahun
sebab tu even dah masuk 6 januari pon penulis tetap tak malu nak update entry lapuk!


hek ellleeeehhh
orang dah tak borak pasai tahun baru la babe
orang dah busy dengan AJL 
orang dok busy dengan wedding Apex Luiney
haishhhhhh!
errrrrr


baek teruskan entry kau EJ!


wah wah wah
tengok tu status facebook penulis bertarikh 1 JANUARY 2013
memang jahanam betei
sebab tu lah nak hasilkan entry pon jahanam punya lambat
memey jahanamlah!


tapi apa yang status ni cakap
memang ada betulnya
nak tahu kenapa??
sebab yang tulis status fb dan entry belog ni orang dan jemari yang sama!
kahkahkahkah




jom jom sambung entry turun temurun ni
sebelum melalut sampai ke laut lagi ni

JANUARY 2012


aku taknak bebel panjang pasai anniversary aku dan ajie tahun 2012 ni
sebab semua entry HIGHLIGHT je mesti dimulakan dengan gambar-gambar kasih sayang sempena sambutan ulangtahun perhubungan cinta pada 8 January setiap tahun


kali ni amek korang
aku letak gambar sepotong kek je
sebab sambutannya pon memang sepotong kek je pon
kahkahkahkah


Alhamdulillah
cinta yang sama
kasih sayang yang masih sama
walaupun terlalu banyak dugaan ditengah-tengahnya
Makaseh Allah


yang paling penting sekali
wishlist masa anniversary ke 6 tahun ni
sudah pon menjadi kenyataan
iaitu memiliki cinta yang halal 
alhamdulillah syukur



January jugak menemukan aku dengan buah hati kesayangan aku iaitu si bijak TUAH
comot. 
kecik.
ntah mana-mana keturunannya.
Alhamdulillah membesar segak cantik comel elok di bawah jagaan aku
harapnya tanggungjawab aku ke atas haiwan kesayangan aku ni terlaksana 
hingga saat terakhir nafas beliau
harapnya


Kakak sayang awak Tuah
sampai sekarang ni
walaupun kamu dah berbahagia di syurga Allah sana


*kesat air mata*
;(




woot woot
January jugak menyaksikan adik kesayangan saya menamatkan zaman bujangnya!


haloo Puan Ajim
kakak always love you!



FEBRUARY 2012


February bulan cinta bulan kasih sayang
bukana untuk aku
tapi untuk Tuah


ini Atan
boyfriend Tuah
disebabkan Tuah dah mula bosan hidup sendiri dan start bercakap dengan cermin
aku carikan Tuah boyfriend segak kacak bernama Atan


maka berserilah rumah kami sepanjang February ni
macam-macam perangailah budak dua orang ni menghiburkan hati kami
sehinggalah saat-saat Tuah dipanggil Tuhan


*kesat air mata lagi*


MARCH 2012


March menganugerahkan shahid dan pipah seorang puteri sulung bernama Amanda Zara
march melihat betapa aku dan ajie sangat-sangat happy untuk pasangan sahabat baik kami dunia akhirat



tadaaaaaaaaaa
Amanda on mama EJ and Baba Ajie's wedding day~
cantik gebu dah anak mama and baba ni


March jugak march yang sedih
bila mana Allah memanggil Tuah selamanya
mimpi ngeri
aku meroyan macam mati anak


Ini last picture of Tuah
sebelum aku gerak ke Kuantan
dan esoknya Tuah pergi menghadap Ilahi



*dah aku taknak cerita lagi. sedih yang sama*


APRIL 2012


April tahun lepas takde yang menarik selain SELAMAT HARI LAHIR CHENTA HATI!

okbai



MAY 2012


-



JUNE 2012



-




JULY 2012

SELAMAT HARI LAHIR IBU

SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG EJ!

Alhamdulillah
8 July 2012 saya selamat menjadi tunang orang dan ibu tersayang selamat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 65
semua pada hari yang sama





tarikh kawen semua dah ditetapkan sebelum bertunang
saje galak je tu nak bertunang
hahahahhaha

aku pon nak jugak merasa benda-benda yang insyaAllah kalau boleh nak sekali je rasa seumur hidup ni.


Majlis tunang aku rasanya lagi happening dari majlis resepsi sebelah aku
hahahahaha
kawan-kawan plak tak sangka sangat datang ramai-ramai especially kawan-kawan ajie
terharu tau
sebab tu for those yang tak dapat hadir majlis resepsi kami
aku tak marah pon sebab rasa terharu tu dah aku rasa masa majlis pertunangan


nak tau ramai tak ramai??
jap ye nak tempek gambar


ini sebahagian kawan-kawan rapat aku
sebahagian tau
yang datang ramai lagi


ini separuh dari kawan-kawan lelaki ajie
separuh baru ni


ramai lagi tau
sampai tak muat laa mini pelamin tu nak ambik gambar semua


terima kasih semua!~


family aku and family ajie masa tu memasing terkejut sebab ramai sungguh yang datang
paling penting abam kacak MAHALI JASULI dan BUNYAMIN OMAR yang gile punya busy training tapi sempat jugak curi masa datang ke majlis pertunangan kami
sayang korang!



AUGUST 2012


-




SEPTEMBER 2012




-




OCTOBER 2012


Abdul saya akhirnya graduated jugak
hehehe dia bukan extend ke hape
tapi itulah mula belajar la lewat sikit pada aku
so lambatlah sikit grad
tapi takpe habis je final exam terus masuk meminang aku
itu bagus!
;p




ini sekeluarga mertua saya
gambar ni tergantung cantik di rumah mak abah di Penang
suka sangat tengok


TAPI jangan tak tahu
version gilaaaaaaa pon ada
tak pernah dibuat orang amek gambar konvo kat studio tapi gila macam ni



semua pakat layan je
lepas orang lain yang dok tunggu Q turn dorang amek gambar keluarga semua dok terpinga-pinga tengok kami dok menggila
yang photographer tu pon 
punya layan
berbelas-belas shoot jugak la dia hentam
eleh sukeeee lewtew amek gambar family kitew
;p



NOVEMBER 2012

November saya biasa-biasa sahaja
sambutan hari lahir saya yang ke 26 pon biasa-biasa je
masa ni kepala hotak pikir nak settlekan keje kawen je


yang comel gaji bulan 10 ajie dah beli hadiah bufday siap-siap
katanya takut sampai je bufday aku
duit dah habis buat kerja kawen
kahkahkahkah



tapi november tak pernah kecewakan aku!



DECEMBER 2012

Jeng jeng jeng
ini bulan paling bermakna buat aku dan seluruh hidup aku
bulan di mana aku bertukar STATUS


apa lagi kalau bukan KAWEEEEEEEEEEEEEN!
Yehoooooo!~


aku yehoo bukan sebab syiok dapat hasben
syiok tu syiok la
everything halalkan
bercinta laa puas-puas siang dan malam
takde siapa nak marahkan


tapi benda paling aku rasa seronok 
sebab berat beban dok buat kerja kawen tu selesai
majlis berjalan lancar


LEGA tu taktau nak describe macam mana
nanti uols kawen uols tau la




gambar ni dulu okay


nanti aku review lah majlis kawen aku
gile ke hape tak review
separuh gila buat keje kawen


TAPI bila tu ntah la
I have no idea
kahkahkahkah



eh eh eh eh EJ kejap nak tanya. Bulan-bulan lain yang kau letak simbol 

-

apa maknanya??



HAHAHAHA maknanya itu semua bulan JAHANAM.
okbai



Semoga 2013 ni aku boleh mengandung
dapat anak
bina keluarga
jaga suami dengan baik
doakan aku ye kawan-kawan


HAPPY NEW YEAR!


-Entry 2012 tamat di sini-