May 20, 2009

Pembantu Tadbir Am( N17) vs Eima Jer (Trainee)


Table aku di opis ini

Aku dah hampir 3 minggu dah lepak kat meja yang aku pinjam 2 bulan dari pemilik asalnya iaitu Puan Ina yang sedang cuti bersalin. Memang agak heaven aku dapat pinjam meja ni daripada beliau sebab Pc beliau telah berjaya aku pujuk pihak atasan untuk memasukkan internet. Walau internetnya pon macam hampeh je. Semua nak block!!

Walaupun meja ni adalah sebelah bilik bos besar unit ni iaitu Cik Mar selaku Pen.Pegawai Daerah tapi aku tetap selesa sebab beliau sangat2 la sporting dan lemah lembut.

Meja aku ni jugak adalah dibelakang Pendaftar merangkap CC di unit ni. Tapi aku tetap selesa sebab beliau juga adalah seorang ketua yang sangat baik hati dan merangkap Penyelia aku. Borak pasai bola dengan beliau memang best sebab beliau juga adalah fan MAN UNITED Lalalalala!~ Kuat berpolitik dan selalu memforwardkan semua info-info politik
yang terlatest ke email aku. Hehehehe walaupun sangat tua dan perlu kepada persaraan, tapi beliau sangat komited dengan kerja beliau.

Di unit ini, aku memang di layan setaraf dengan staf2 yang lain. Kami macam 1 family yang sengal serta gelong sebab semua staf kat sini memang sengal-sengal belaka. Dan apa yang aku nak belajar, akan mereka terangkan sampai aku paham. Sentiasa ada masa untuk ajarkan aku. Thanx God!

Tapi,

Semalam CC(Penyelia aku) tanya aku:

CC: Eima, ada kerja x?
Aku: Takde cc. Kenapa? CC nak mintak tolong pape ke? Okey je..
CC: Nope la..Nak p belajar kat unit lain tak? Unit Pembangunan Tanah ka. Kat sana banyak lagi benda eima leh blajar.
Aku: Okey gak tu CC. Kat sini eima dah blajaq abes sume dah.
CC: Jom CC bawak pi sana.

Pergilah aku ke unit baru bersama penyelia aku itu. Setelah selesai sesi perkenalan, aku dibawa la ke meja yang kebetulan kosong kat unit tersebut kerana pemilik meja tersebut pergi kursus di INSTUN selama seminggu.

Tak sampai 5 minit aku dok kat situ, pappppp sorang staf ni datang kat aku bawak fail yang messy gila untuk tatapan aku.

Kak X:"Eima tengok la fail ni, study lu na. Nanti Kak x (bukan nama sebenar) bagitau apa nak kena buat."

Aku: Orite!

Study la aku semua kertas-kertas yang ntah apa yang dimencarutkan tu.



Selepas 10minit...


Kak X: Eima tolong buat kat akak kronologi kes ea. Tiru kertas ni. Ikut tarikh tau. Nnati dah siap bagi akak.

Aku: aku yang blurrrr lansung tak tau ape tu kronologi kes pon cakaplah 'okey kak'.


Weh, hampir setengah jam aku belek2 apa nak buat dan dia wat bodoh ja aku dok blurrr nak kena buat kerja dia. Dah tu suruh aku tulis tangan plak tu. Grrrrr aku dah semakin kurang selesa diperlakukan sebegitu tapi aku kuatkan semangat untuk try siapkan kerja tu jugak. Yeah, aku musti boleh settlekan ikot cara aku.




1 jam before lunch hour:


Aku: Akak, dah siap dah. Mai la semak. Takut salah plak.
Kak X: Takpe2, letak ja atas meja tu. Panjang sangat la hang tulis, malas aih nak baca.
Aku: (monolog dalam hati: 'Haram punya kakak. aku punya pulun perah otak bagi benda ni siap boleh palak dia kata malaih nak semak sebab panjang! babi la...)



5 minit selepas kejadia bermonolog seorang diri tu....


Kak X: Eima, mai buat kerja ni laaa. Amek buku log ni, pastu salin balik semua maklumat dalam buku log lama ni ke dalam buku log baru yang akak dah buat ni. Akak dah devide ikut Seksyen dan Mukim. Senang kita nak semak nanti. Akak sampai bawak-bawak balik rumah la punya nak bagi siap, tapi pending gak. Tolong naaaa

Aku: Orite.



Lalu,
Aku pun bukak la kedua-dua buku log tersebut untuk meyiapkan tugasan yang diberikan...


Perrrrggggghhhhh,
Aku hengat banyak la sangat dia dah buat sampai bawak balik buku ni buat kerja kat rumah la konon. Ada la kot dalam 10 yang dia salin. Dan cuba teka ada berapa lagi yang perlu aku salin balik????


Hahahaha bukan 50 okey...
100 pun tidak...
Tapi,
500 okey!!!!
Grrrrrrrrrr bayangkan lah nak kena tulis tangan plak tu sume data-data tu. WATAFAK laaa!!!



Aku siapkan jugak buku log tersebut secepat yang mungkin sebab aku malas nak bertengkar dengan minah ni. Sampai ke nombor 400, tangan aku dah macam nak tercabut. So, aku decide nak KIV keje ni ke esok harinya.


Al kisah hari ni plak.......

Dalam pukul 10 pagi baru aku gerak p unit pembangunan tu. Malas aku nak pergi sana awai-awai. Nanti serba mak nenek kerja aku kena buat plak.

Sampai je meja yang aku pinjam semalam tu, aku terus sambung balik keje semalam tu sampai la siap. Memang sangat lega la sebab dah siap.

Tapi,
Hidup kembali macam neraka bila dia datang kacau aku lagi dengan mintak tolong aku scan kan kertas-kertas apa ntah untuk dia. Wei, ko bukannya mengandung pon nak kena memerintah ikut suka!! Grrrrrr

Dah abes dia menguli aku dengan kerja2 scan tu, aku pun bagi la kat dia kedua-dua buku log tu dengan harapan pasni aku nak blah je dari unit ni. Tapi dia lagi pantas dari aku bila dengan selamba katak dia bagi plak kat aku buku log yang baru.

Kak X: ni buku log no 2, sambungan yang tadi. Dalam ni dok ada dalam 800 lot. Sambung bagi siap naaa.

Memang macam haram laaaaa...

Kebetulan,
Kawan dia pun ada dok bergosip dengan dia kat meja tu dan tetiba kawan dia keluarkan kata-kata puaka yang buat sabar aku hilang.

Kak Y sahabat Kak X: Wei, hang bagi kat dia kerja apa wei??? Aku nak bagi jugak la kerja. Boleh dak???

Hahahahaha memang ni nama dia DEWA HARAM!!!
Aku memang hilang sabar dengan ayat tersebut.


Lalu,
aku amek buku log tu dan blahhh...

Dan sekarang aku tengah memasukkan no2 lot yang salah sebagai habuan Kak X itu. Lalalala padan la muka hang pasni. Ngeeee =)
Masak la kau nak semak nanti. Lalalalala!

Tetiba aku teringat plak kat Aza yang asek mengadu beliau dikerah tenaga cukup-cukup dengan staf-staf kat tempat li dia. Aza, aku dapat rasa apa kau rasa. Memang kari berapi wooooo rasanya!!


Eima Jer: Benda paling aku benci jadi trainee ni bila ada pihak yang nak amek kesempatan buat kita kuli dan kita ni tak boleh nak melawan sebab nak kena jaga rekod. Memang macam haram!!!! Kalau boelh melawan, aku dah lama melawan. Tapi aku pernah tengok sendiri effect yang kita dapat bila melawan staf macam mana yang berlaku kat kawan aku masa kami buat li masa diploma dulu. Dengan aku2 skali rekod buruk. Tak masal!




7 comments:

Drunbella Khoo said...

hahahaha :D mcm arem kena buli. da mcm kerahan tenaga kut. ak dlu trainee lepak jak. hari2 kaler drawing. pasthu potong kertas jadikan draft paper. sempoi. bln2 dpt elaun~

Eima Jer said...

tau xpa!!
memang macam haram la wei..

dah la aku tak dapat elaun pape! Lahanat tui la kakak tu. Dia manja ang tau dak. Sure orang tak nampak dia sedang buli aku. wtf!

Eima Jer said...
This comment has been removed by the author.
Drunbella Khoo said...

hahaha :D weih da baca da blog thu. jenuh ak tahan gelak sampai kepam. last2 tersemboQ jgk. gila lah kelakar. bodo punya bloG. hahaha ^^ sgt njoy~

Eima Jer said...

tau xpa! banyak lagi..ang klik oldest post kat bawah skali..gila kan john hafiz itu. aku memang akan jenjalan blog dia time lunch hour. so boleh gelak kekuat!

Fairuz said...

hahaha...aku nak gelak. kau kene buli..haha..

itulah nasib trainee yang buat di gomen ni kan... dikerah secukupnya...

Eima Jer said...

hahaha mane de kena kerah...

dia je, yang lain ok sgt!