May 19, 2009

UNTITLE


Sekadar Tatapan Percuma

Hari ni dah masok minggu ke3 internship aku kat opis yang sememangnya bosan teramat ni. Ntah kenapa pagi ni aku rasa macam nak bermuhasabah diri di pagi selasa dengan apa yang aku ada dan aku miliki sekarang ni.

Sumpah,
Ntah kenapa bangun je dari tido pagi tadi, aku tetiba terpikir macam mana la hidup aku tanpa kasih sayang insan bernama ABDUL KHAIR BAHARIN. Ya Allah, aku hampir sudah melupakan hidup aku tanpa kehadiran beliau. Jangan Kau ambil beliau dari aku, panjangkanlah jodoh kami dan berkatilah hubungan kami berdua. Amin

Tetiba je aku terpikir balik soal kawen yang dibangkitkan ibu beliau 2 minggu lepas. Bila aku fikir takot akan kehilangan beliau, aku memang macam nak je kawen sekarang tapi bila pikir plak akan tanggung jawab, aku perlu menjadi lebih matang untuk semua-semua itu.

Alhamdulillah,
Hampir 4 tahun aku bercintan-cintun dengan beliau. Rekod baru woooo. Aku dulu, 3 tahun dah clash! Beliau???Lagi terok..tak sampai 3 bulan dah clash!! Alasan, belum jumpa wanita idaman. Hahaha ni dah sampai 4 tahun ni?? Kategori wanita idamankah saya??? Lalalala berani tak idam-idaman, aku sepak hang nanti!! Hahahaha

Sepanjang internship aku kat sini, setiap hari hati aku pasti tersentuh a.k.a terharu dengan kasih sayang beliau. Bukan beliau sahaja, tapi keluarga beliau juga yang tak henti-henti menabur kasih sayang dan perhatian yang Allah sahaja tau betapa menggunungnya kasih sayang tersebut. Terbalaskah aku jasa dan budi mereka?

Mengenali beliau dan keluarga, aku hampir terlupa hidup tanpa seorang ayah sebab Allah hantarkan aku ayah yang sangat baik menggantikan tempat Arwahyarham Abahku yang pergi ke pangkuan Ilahi pada 21 November 2002 yang lalu. Dan lebih bersyukur lagi, aku mendapat seorang lagi ibu yang teramatlah penyayang dan ikhlas dengan kasih sayangnya. Dan lagi dipanjatkan kesyukuran bila aku diberi juga peluang olehNya untuk merasakan betapa indahnya memiliki adik-adik yang sangat penyayang di sekeliling aku.

Ya,
Aku anak bongsu dari keluarga yang agak besar. Aku memiliki seorang ibu yang sangat cool dan penyayang serta 4 orang abang dan 4 orang kakak. Anak-anak mak aku semua dah besau panjang dah dan masing-masing berselerakan membesarkan keluarga amsing-masing di ibu kota. Hanya tinggai 3 orang abang aku yang masih kental hati mereka untuk terus hidup di kampung. Lebih memenuhi jiwa kata mereka. Ibu aku pula selesa di sekolah pondok untuk mempertingkatkan lagi ilmu agamanya.

Mengenali beliau dan keluarga,
Nampakkan yang hidup aku bertambah sempurna??
Aku ada kakak, aku ada abang, aku ada 2 orang ibu yang cool n sweetest, aku ada abah yang sangat2 sengal tapi tegas, aku ada adik-adik yang sengal dan comel dan aku ada bilangan anak sedara yang agak ramai. Besarkan keluarga yang aku miliki sekarang??? Syukur sangat.

Walaupun aku dan beliau belum lagi ke jinjang pelamin, tapi hubungan kami 2 keluarga sangat-sangat baik. Kehadiran beliau dan keluarga, menyempurnakan lagi perjalanan hidup aku. Thanx God di atas anugerah ni.

Dan pagi tadi,
Aku yang sedia kala ntah tak tau pasai apa hati ni berirama malaysia lenggok senggol-senggolan ni menjadi lebih terharu bila pagi-pagi buta keluar je dari rumah, aku di sambut dengan senyuman pagi yang amat sempurna dari beliau yang sabar menunggu aku di dalam kereta. Kalau laki aku, aku dah tangkap pelok dah depan semua orang sebab geram, tapi sebab tak kawen lagi kena la cover sket gatai tu. Hahahahaha =p

"Selamat Pagi Chenta, I Love You"

Haish, tu la ucapan harian beliau setiap pagi setiap kali aku masuk kereta beliau untuk dihantar ke tempat kerja.

Dan lebih terharu,
Setiap pagi juga aku akan dibekalkan juga dengan sarapan yang sedap-sedap belaka kiriman ibu mertua di rumah. Indahkan pagi-pagi yang aku lalui sepanjang intern ni kan??

Keterharuan tu tak habis hanya pada sebelah pagi tu je....
Sepulangnya aku dari kerja, aku akan dibawa pulang ke rumah mereka untuk disajikan dengan masakan abah yang sangat-sangat sedap. Makan malam sekeluarga yang sangat sempurna pada setiap hari. Thanx abah, thanx mak

Sempurnakan keluarga yang aku miliki sekarang ni kan?
Sangat sempurnakan hubungan yang aku sedang terus bina ni kan?

Sebab tu aku setia wahai Amie...
Sebab tu aku setia wahai Rizal..

Sebab cinta aku sangat-sangat sempurna.

Sebab aku sentiasa bertahan untuk terus menyempurnakannya. Ya, hubungan pasti ada cacat celanya, tapi semua dugaan tersebut aku terima sebagai suatu jalan ke arah mematang dan menyempurnakan lagi hubungan kami.

Doakan kesempurnaan itu terus menjadi milik aku sehingga ke akhir hayat.

Eima Jer: Kepada yang membaca, thanks sebab tak muntah dengan ayat-ayat aku. Hahaha bukan senang nak tengok aku mengarang ayat yang macam ni. Tetibe je pagi ni tersesat jiwa yang ala-ala jiwangness tahap gaban ni. =p

To Hubby: Aku sangat-sangat mencintai kedebaban badanmu itu. Tak payah pulun nak kurus. Tak suka!!!

6 comments:

Fairuz said...

sarapan aku adalah dengan membaca entri kau. terus aku tak jadi nak gi makan roti canai. ade rasa macam loya² sket dah..hahaha

Drunbella Khoo said...

hahaha :D apalah jiwang bagai.weih ak pun nk masuk 4thn jgk bln 11 neh.walaupun penuh onar n propaganda dlm relationship kami tp kami tetap togetha-getha.meh kita doa hope hbgn neh kekal smp beranak pinak...amin...

Eima Jer said...

APAI:
bongeng la kau! Hmmm tengok la entry lapar aku plak. Sure kau cepat2 nak p makan sbb laparrrr!!

BELLA:
Hahaha hang kan spesis senet. Mana nak ada prasaan. Bukan onar dah tu, CSI MIAMI dah. hahahaha =)

Amin...
Mari berdoa

Drunbella Khoo said...

hahahaha :D CSI glemer kut. seswai lah ngan ak walaupun ak blom penah tgk cite thu lg. haish~

Anonymous said...

sempurna...

Eima Jer said...

joe:
makaseh kamoooo =)