June 19, 2009

Tingkatan Satu



ntah budak skolah mana laaa aku ciplak


tetiba teringat zaman skolah tingkatan 1 dan 2 dulu.
aku ni punya la nakal.
degil nak mati.
bila pikir balik prangai skolah2 dulu, sumpah memang erti kata nerd lansong takde dalam kamus hidop aku.

Tingkatan 1

aku pelajar pintar UPSR. heh. tapi haram lansong tak dapat mana2 panggilan dari skolah2 asrama penuh. aku mmg frust abes. masa zaman tu, kalau dapat masok asrama penuh ke mrsm ke sure mak bapak kembang kempis hidung menahan bangga la. alaaaa, aku kan budak kampung. membesar di kampung. tapi kesian mak aku. tak dapat kembang kempiskan hidup kat jiran tetangga sebab skolah turun temurun keluarga aku tu jugak aku di campakkan untun meneruskan sesi skolah menengah. kesian aku.


aku mmg tak sudi lansong act masok skolah ni. tak payah la aku sebut skolah apa. bukan ada yang nak amek hal pon. cukup sekadar aku gelar skolah keturunan sbb dari zaman mak aku lagi skolah ni dah ada. semua keturunan aku masok sini. tak style lansong skolah ni. harap ada pokok ru besar cantik tempat dating semua pelajar konon2 nak study je pon. yang lain, buruk je.
almaklumlah,
aku kan pelajar pintar upsr.
tak sepatotnya aku kat sini.
heh.


masok seminggu aku kat skolah keturunan ni.
aku mmg fade up la nak blajar2 ni.
umur pon dah masok zaman akil baligh (on da way, belum agik masa ni).
zaman perubahan hormon.
umur2 remaja memberontak.
ya. aku juga tak pernah lepas dari umur2 memberontak ni.
tapi aku memberontak malas belajar.
dengan prinsip bodoh masa tu.
"blajaq pulun2 pon bukan boleh masok asrama penuh pon"
hahaha macam bodoh je kan prinsip tu.


masuk je skolah keturunan ni
aku masuk kelas no 1. biasa la.
lansong tak baik dengan clazmates aku sbb semua dorang nerd2 belaka. adoyai.
alaaa, yang jenis bungkus bedak dalam kertas tu.
pastu ada cermin kecik 1.
jap2 tengok muka kat cermin.
jap2 tempek bedak.
jap2 betui tudung tu.
hahahaha boleh plak aku masuk dengan budak2 macam tu.
sedangkan waktu tu, BMX milik amlan(abg aku) dan bertukar tangan kepada aku.
paham2 la kan?


masa tingkatan 1 ni.
hampir setiap hari aku kena pulau dengan student pompuan kelas aku.
sebab dorang kata aku ni just kawan dengan dorang dalam kelas je.
kat luar aku ada geng lain.
dah kau.
takkan la nak ajak aku join korang tempek2 bedak belek2 muka kat cermin segala bagai?
pastu balik skolah jap lagi, aku pulun kayuh BMX??
masyukkkk ke?????
huh, peduli hapa aku.


masa di tingkatan 1 ni.
aku hanya rapat dengan budak2 cina kls aku.
semua ada 8 orang.
cina2 pandai.
bukan cina laut macam mak aku kata 'keturunan lanun laut tu'.
hahahahaha
bebudak laki kls aku??
sumpah aku jarang cakap.
macam tak wujud pon ada gak dalam hidup aku masa tu.
mak elergic kwn dengan lelaki2 nerd ni ok nyaahhh!!

dan siapa geng aku??
sudah pasti semua student bermasalah dari kelas paling blakang skali!
hahahaha.
ntah la, aku rasa tenang kwn dengan dorang.
tak ke bodoh kan masa tu.

maka,
sesi persekolahan menengah aku memang dipenuhi dengan aktiviti2 bodoh.
hahaha tapi benda2 bodoh tu jugaklah merupakan kenangan2 yang masih segar aku ingat sampai skrang.
otak aku ni sewel sket la.
memory asek hengat benda2 yang jahat ja aku buat.
yang baik2 macam jadi ketua kumpulan nasyid tu xmau hengat.
haish!


contoh aktiviti permenant yang aku buat sampai la ke tingkatan 2 adalah menukar kertas jawapan exam dengan student cina melalui perjanjian kerjasama yang telah dipersetujui.
aku bagi jawapan untuk paper BM n Sejarah.
Dorang bagi aku Math n Sains.
maka,
sure la result aku gempak.
kelas jarang gile masok tapi result tetap top 10 u!
dan sebab tu aku bodoh sains!
hahahaha


seterusnya adalah sesi memonteng solat zohor dan asar secara berjemaah.
oh ya. aku skolah petang masa tu.
sesi pemontengan solat tu kami 1 geng penuhi dengan memecah masuk kebun2 buah milik cikgu kemahiran hidup yang dijaga rapi.
rekod aku penah buat, panjat pagar kebun tu semata2 nak curik anggur dia tanam.
masa tu tengok anggur dapat hidup kat mesia abes bangga la klu dapat p petik makan.
walaupon masam tak hengat.
kesian cikgu tu.
aku rembat abes!
sebiji pon tak tinggai.
lagipon masa tu cikgu tu p kursus.
line clear.
hahahaha dan segala buah kedondong mangga belimbing dalam tu kau tak payah la nak cakap.
memang disapu bersih la.
tinggai cempedak je aku tak amek.
bukannya lapaq.
tapi tu la.
benda bodoh saja gatai nak buat.


dan aku jugak mempunyai masa PJ yang banyak skali dalam 1 minggu.
kelas aku pj aku pj
kelas org lain pj aku salin baju p pj gak.
memang hari2 la aku bawak baju pj.

tapi yang aku bangga masa tingkatan 1 ni.
bapak aku yang garang tu lansong tak dapat hidu aktiviti durjana aku kat skolah.
walau pak sedara aku cikgu kat skolah tersebut.
aku jugak bangga sebab lansong tak pernah terlibat dengan dating2 kat tangga skolah atau pulang berdua2 keluar pagar skolah sbb aku tak pandai cintan2 tu lagi.
dan aku jugak bangga walau aku jahat tak masuk kelas bagai, paper agama islam, sejarah n BM tetap aku maintain A.
tak tiru ok.
orang yang tiru aku.

dan aku masih kukuh berada di kelas no 1 walau prangai aku.
ado la clasmate je yang tau cane.

eima oh eima

Eima Jer: Hahaha bila hengat zaman nakal aku, cam pelik lak aku boleh masuk u skrg ni. hahaha mak aku pon pelik sampai skrg. sbb mak aku kata, bila tgk prangai aku zaman tu, mak aku mmg tak penah set aku akan p u. hahaha

p/s: Tingkatan 2??? akan bersambung isnin ni..

10 comments:

Drunbella Khoo said...

hahaha :D mengong. nti ak cte pasal zaman tadika ak. rare~

z.a.r.a said...

hahahaha gilerr ganas gak ko ni ek? ingatkn dak baik time skola hehe..

tp yg pnting ko xdela buat keje2 bodo kn...takat nakal2 tu adat aa..

ko xde ke buli bdak2 lain time skola dlu?

Eima Jer said...

bella:
hahaha sila2..

sha89:
babe..
kan baru tingkatan 1..
cane nak buli..
nanti wait entry tingkatan 2..
sbb form 2 time upgrade skill.. =p

kile said...

kalo nk bndg zaman form 1 i..
huhu..leh kate nerd kot..
adehh..eh,x kot..
sbb ade gak msk kadet2 nie..
huhu..

abeh da bersih pulun kebun cikgu tu xpenah kn tgkap ke?

Eima Jer said...

kile:
hahahaha tak pernah la plak..
tapi penah la jugak kecut perut sbb hal tu naik dalam perhimpunan skolah..
tapi kami sume buat muka cool..

Ilyana Fauzy said...

haha. ganas sungguh. tp tol r. xkn nk join dak2 yg tempek2 bdak 2 kn. ..

Lizze said...

nakainye eima~ hihi. saye adalah stock bebudak tempek bedak itu. hoho

nuyun said...

hahaha..x pa agi tuh..aku agi la tukaq markah dlm buku rekod chekgu...hahahah..sbb takot kena junjong kerusi..

Fairuz said...

nak masuk U tak semestinya kene baik. nakal pun boleh masuk gak...

tapi cerita cam kau ni biasa gak aku dengar...zaman² nak mula besar kepala...haha

Eima Jer said...

The Ex:
hahahaha xde la ganaz..
aku maintain ayu ok..
hahahaha

Lizze:
adeh..
patot la bergaya sakan skrg ni.
hehehehe =p

Nuyun:
mak aiii..
lagi lahanat prangai! xmau ngaku bodoh

Apai:
hehehe kau lagi jahat!
aku tau...