July 02, 2009

Pelajar UTM Ditemui Mati Selepas Beranak- Part 2 (DNA Mayat Bayi Diambil)

sekadar tatapan percuma

JOHOR BAHRU: Polis mengambil contoh DNA mayat bayi lelaki ditemui mati di sisi seorang bekas siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang turut meninggal dunia selepas melahirkan anak dalam sebuah bilik di asrama universiti itu, Isnin lalu.


Contoh DNA itu diambil bertujuan mengenal pasti identiti bapa bayi wanita berusia 26 tahun itu yang turut menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci meliputi semua aspek walaupun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan masih menjejaki lelaki yang bertanggungjawab terhadap kehamilan wanita berasal dari Kelantan itu.

“Bedah siasat dilakukan mendapati wanita berkenaan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika melahirkan anak bersendirian.

Sementara itu, Penolong Pendaftar (Media dan Hubungan Luar) Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata, wanita terbabit pelajar yang tercicir dari universiti.

Beliau berkata, mangsa itu yang berusia 26 tahun gagal peperiksaan semester pertama dalam tahun keempatnya pada November lalu.

“Dia menyewa bilik di asrama itu sejak 11 Mei dan sebelum ini pelajar fakulti Sains,” katanya.

Orang luar dibenarkan menyewa bilik di universiti itu mengikut kes.

Sumber: Harian Metro


Dari Pandangan Aku:

kepada yang sudi singgah blog aku sempena entry hot smlam.
jutaan terima kasih.
segala komen amat di alu-alukan.
bukan nak bergosip tapi sebagai peringatan dan tauladan.
bukan nk membuka aib seseorang tapi sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan kalian yang lain.


ni aku paste news terkini.
omg.
aku harap sgt bapa baby tu dapat di kesan.
bukan berdendam, tapi biar dunia nampak yang salah tu bukan hanya si ibu
kalau si ibu menderita mengharungi menghadapi sisa saki baki hidup sebelum menghembus nafas terakhir, biarlah si bapa aka bf tak bertanggungjwb tu merasa derita dunia seumur hidup beliau.
tu pun aku rasa tak cukup lagi.


adehh..
aku emosi skali lagi.


teguhkan hati kalian wahai keluarga si mati.
kami disini sentiasa berdoa arwah tenang dan diterimaNya.


Eima Jer: ada komen yang tanya knape nak bersalin kena bogel. heh. kwn2 laki aku pun rmi jadikan itu soalan dan bahan gurauan. hmmm wallahualam, Dia ja yang tau perkara sebenar. tapi menurut pemikiran logik aku, mungkin si ibu baru selesai mandi. ntah la, aku masih di penang. nanti update cite baru dari kwn2 yg dah ada kat sana. cuma fakta yg aku bawa ke entry ni lebih kepada sumber dari newspaper.


p/s: teruskan komen!

22 comments:

Drunbella Khoo said...

perghh...harap sgt laki durjana kena tangkap. tawu bwat tp xtaw nk tanggungjawab. itu laki aaa manyak siyall wooo~

Fairuz said...

kenapa orang mesti ingat itu sumer angkara lelaki / boyfriend dia?

entah² ade sebab lain yang menyebabkan dia mengandung.

jangan hanya tahu menyalahkan lelaki. mungkin lelaki tu tak tau, mungkin ye. tapi biarlah hasil siasatan keluar dulu, baru buat kesimpulan...

awal lagi beb!!

tapi lumrah kes yang tipikal di malaysia macam ni la kan. angkara boyfriend yang tak bertanggungjawab..

Eima Jer said...

bella:

hahahaha...
aku juz harap dia dapat pembalasan yg sama..
=)

Eima Jer said...

fairuz a.k.a apai:


lex la bro..
jgn marah..
standard laaaa...
tepuk sblh tangan xkan bebunyi..
=p

The Property Hunter said...

apai emo siot..heh.

tepuk sebelah tangan bunyi la.
kalo dok tepuk dengan meja.kan bunyik.kan? ;p

.Gha A. said...

em arwah tu memang dah tau due date dia. dia dah prepare untuk deliver baby tu. masa tu dia pakai kain batik aje sbb dah memang nak beranak dah, sebab tu mayatnya dijumpai bogel.harap maklum.

lelaki tu pada aku bukan tak bertanggungjawab, dia kaget.

Eima Jer said...

slay:

dah tu p maen dgn meja la wei..
hahahahahha

Eima Jer said...

Lil^Grizzle:

heh.
andakan ada kat sana..
siap jadi CSI terlarang agik..
hehehe thanx 4 da info..

tabik!
u mmg brani..
=)


pssst pssst pssst..
u kenaikah?

z.a.r.a said...

hmm...lg skali sedih....bila baca berita cmni...sedih jdinye...

eima..ko rase2 bilik tu akn ditutup slama2 nye atau akn disewa balik?

tp sape la sengal sgt nk duduk dlm bilik tu lg ek~adess

seram~

Eima Jer said...

sha89:

hehehe ntah la sha..
aku rasa tutop kot..
xpon buat stor ke hape..

bagi aku sewa free pon aku xnak duduk..
=p

kau nak ke?
aku tolong suarakan kat pihak pengurusan..
hahahahaha =p

feeza fauzi said...

serius..bile bace berite ni memang terkejut..dkt utm plak tu..

ape yg terbayang ialah seksanya beliau di saat kematiannye..dah le keseorangan..

untuk keluarga si mati,takziah diucapkan..walaupun sedikit tercalar name 'kelantan',tapi bende dah berlaku,pengajaran untuk semua..

Jalaks said...

hmmm..bile aku fikir kan balik..mesti masing2 ade salah..tak mungkin salah laki sj..tak mungkin salah pempuan shj..

mcamner die bley kenal laki yang perangai lagi teruk dari anjing tuh?..smpai sanggup korban kan tubuh badan die kat jantan tuh?..ayat2 die manis ker? atau wanita itu yang mudah terpedaya dengan kata2 laki ..

kalu diikutkan bnyk dah kejadian mcm nih..ni bukan 1 kes..aku tak tau nk cakap sape yg betul sape yang salah..dan end up die..mati camtuh jer..kalu die mati ketika lahir kan anak tu mati syahid..harap2 arwah di tempatkan di golongan orang2 yang beriman..

yang laki tadi..bley carik mangsa lain..jaga2 lah yer..dalam situasi mcm ni Cicakman pn tak leh tolong..

ni pandangan aku je tau..jgn kutuk lebey2..aku nanges nanti..

Eima Jer said...

feeza fauzi:

hmmmm smoga keluarga beliau kuat menghadapi dugaan Allah ni..

amin

Eima Jer said...

emir aez a.k.a jalaks:

wahhhh..
panjang lebau syarahan!

hmmm xsume lelaki kat dunia ni baek cam en.emir..
hehehe =p

kemungkinan jugak sex education yg low bawak mangsa jadi ceni..

wallahualam..
s long s dia usaha jugak nk lahirkan anak dia, kira dia masih brani nak hadapi dunia..

brani untuk menghadapi semua masalah tanpa calarkan nama baik keluarga..

mana kita tau arwah dh bertaubat dan sedang kembali ke jalan allah..
sbb tu dia xnak gugurkan kandungan mcm org lain katluar sn buat..

kita yg hidup ni should pikir yg baik2 aja..
bukan siapa..
seagama kita jugak..

hal kat akhirat sn, tu urusan arwah dengan yang maha Esa..
sbb Dia yang mengetahui segalanya..


buat sang bf..
ada pembalasan yang dah Allah sediakan utk dia..
bila dan mcm mn..
wallahuallam..
=.=

Fairuz said...

sori ah...aku tak main emo² cam pompuan nih...

orang pompuan ni cuma suka tengok dari satu perspektif...akal kontot..

aku cuma nak bukak minda para pompuan yang bagi komen yang sempit...

luaskan sudut pandangan anda para pompuan...

jangan marah ye eima...nanti kalau marah, aku jual...hahaha

Eima Jer said...

Apai:

hahaha xde hal la babe..
hmmm aku paham maksud kau..
mcm aku kata b4 ni..
tepuk sblh tangan xkan berbunyi..

Anonymous said...

Erm..dgr kata dri pak guard..bf arwah dh menyerah diri...taktaula menyerah or menbantu siasatan..sbbnyer daripada diary arwah..diketahui bhawa arwah pernah tido dgn ramai lelaki...termasuklah suami orng...menurut keterangan kakak arwah, sebelum ni arwah pernah mengandung ttp ayah dia suh gugurkan..apa2pun...kepada perempuan diluar sana..berhati2 lah..jaga maruah..ingat keluarga..yg penting..ingat allah..

Fairuz said...

haha...celah mana Anonymous atas ni tau citer...

tapi kalau betul, macam aku kata sebelum ni la...jangan buat kesimpulan terlebih dahulu sebelum tau keseluruhan keadaan...

aku bukan nak burukkan orang yang dah mati, tapi pompuan pun tak semestinya baik...

jangan cuma tau menyalahkan lelaki sahaja...

Anonymous said...

Eloklah mencegah maksiat sebelum ramai lagi pelajar UTM melahirkan anak haram....

Semua pensyarah dah lakukan tugas menegur pelajar? Jangan sibuk mengejar gaji dan pangkat...

Eima Jer said...

anonymous 1:

adeh..
betul ke babe??
hmmm ade lg ea org layan diari bagai..
hahaha klu betoi mcm yg kau cite..
bukan salah sape2 la tapi salah dia sendiri la pilih jalan hitam..


ada jugak sorang dua kwn aku kat utm ni yg BANGGA dengan sex b4 kawen ni..tak paham aku.

Eima Jer said...

apai:

hahahaha yo la apai..
kau betoi..
tapi kita xtau kebenarannya...

hmmm kau ade pic arwah x?
nk jugak tgk..

Eima Jer said...

anonymous 2:

hahahaha dengarkah sgt student2 tu ckp lect??
bukan student skrg dtg kls sekadar nak score exam ke?

hmm mak ayah dan bagi didikan secukopnya..
mcm tu jugak cikgu, lect, kementerian pendidikan n bla bla bla..

sume letak atas diri sendiri..
klu kita nak yg +ve maka +ve la..
org lain xboleh tolong..