Masuk ni dah 7 kali aku klik new entry tapi stuck tak tahu nak mulakan baris-baris ayat macam mana. Otak yang berserabut, hati yang sakit, jiwa yang parah tapi berpura-pura KUAT dan terus mengukir senyuman adalah diri aku yang aku sedang persembahkan sehari-hari ini.
SANGAT HIPOKRIT bukan???
Yaaa, aku memang sedang mentipu orang sekeliling..
aku sedang mentipu keluarga terchenta..
aku sedang mentipu insan yang aku sungguh cinta itu..
aku sedang menipu DUNIA bahawasanya aku adalah si pemilik hati yang masih bisa KUAT, TABAH, COOL dek kerana cinta yang mekar berkembang subur menumbuh sedikit demi sedikit untuk membuahkan hasil iaitu perkahwinan dan masa depan yang dipaksa dan terpaksa dicantas, ditebang dan dicangkul-cangkul keluar akar umbinya yang menebal mencengkam hati kami berdua.
Sedangkan dalaman aku tersangatlah lemah, tersangatlah sakit, tersangatlah derita mengharungi setiap detik hidup aku.
Sumpah aku sakit!
Sumpah hati aku tenat!
Sumpah aku sangat-sangat terluka wahai kalian yang teramat aku sayang....
Aku tak salahkan siapa-siapa..
Semua adalah kegagalan aku untuk menjadi seorang yang SEMPURNA..
Kedaifan aku dek kerana terlalu menjadi diri sendiri di mana-mana situasi dan orang yang aku jumpa, aku bergaul mesra, yang aku sayang, yang aku cinta dan yang aku hormati..
Kegagalan aku untuk menjadi seorang perempuan yang hipokrit berpura-pura sempurna di mata insan-insan tersayang..
Kealpaan aku yang terlalu memikirkan kebahagian dan kegembiraan insan-insan yang aku sayang hinggakan terlupa tiada siapa yang memikirkan kebahagian dan kegembiraan aku sebenarnya..
Itu SALAH aku...
Aku REDHA ya Tuhan..
Sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku tidak pernah tahu..
Aku REDHA ya Allah dengan ujian yang Kau datangkan untuk aku hari ini..
8 comments:
tiada manusia yang sempurna..
setiap orang mempunyai kekurangan masing2.. (slay,2009)
i know it's hurt..
n pretend nothing wrong to the world it's more hurt..
ambil la masa secukupnya untuk bangun semula.
walau ia sukar.sakit.pedih.dan perit.
perlu ditelan jua.
kerna perjalanan kamu masih panjang.
dan.
perlahan.
kau pun lupakan aku.
p/s : maaf sue.pinjam ayat kamu sekejap ;)
slay:
nak bersweet2 dgn sue bukan ini tempatnyua...
heh
siot.
aku bagi kate2 semangat.
tak pasal pulak aku kene.
slay tu jiwang la eima...hahaha...sebab tu dia tak bagi aku masuk blog dia...wakakaka...
err...carik baru...hehe
fairuz :
ni lagi sorang.aku lagi yang kene.ciss.korang berpakat ke ape ha??
memang eima tak sempurna
sebab mmg tade sape pon yang sempurna
tapi tak salah kalau kita berusaha untuk mencari kesempurnaan tu
mencari kesempurnaan pada orang lain
atau mencari kesempurnaan untuk diri sendiri
jangan penat berusaha untuk kesempurnaan tu
jangan give up
sebab you wont realize what's there for you on the other side
if you stop trying
eima!!!
berusaha!!!!
Fiza:
Thanx fiza...
i'll leave him..
i cant b 1 of his frens...
its HURT!
i'll be back...
bila hati saya sudah cukup2 KUAT
be strong okay!
Post a Comment