January 30, 2010

Belajar Menghargai Permata Yang Dah Kau Genggam!


selamat pagi sabtu
pelik aku bangun melihat dunia seawal jam 6.30am

Happy Weekend Guys!!


"When a guy doesn't want you anymore, NOTHING can make him STAY!"

aku terpanggil-panggil nak berulas-ulasan tentang perkara di atas
lelaki oh lelaki
kalaulah manusia ni bukan diciptakan berpasang-pasangan aku rasa pasti ramai bersepah-sepah wanita yang tenteram hatinya!
hahaha aku rasa
tapi Dia lagi mengetahu apa yang tak pernah kita ketahui
sebab tu diciptakan manusia tu dari dua keturunan iaitu Adam dan Hawa


kalau tanya aku
aku sangat bersetuju dengan ayat di atas
memang dan memang
tak payah lelaki, perempuan pun
kalau berada di situasi di mana hati kau dah hilang rasa sayang rasa ghairah rasa cinta
takkan ada cara lagi nak buat kau stay!


keterlaluan tak kalau aku cakap kaum perempuan ni memang ditakdirkan perlu berkorban lebih berkaitan penderitaan hati berbanding lelaki?
aku rasa tak keterlaluan
sebabnya terlalu ramai aku tengok, aku nampak dan aku cuba menjadi pendengar setia tentang penderitaan hati sang kekasih mengadap hubungan cinta yang pelbagai ragam
bagi aku
bukan mengadap perhubungan cinta
tapi mengadap kerenah lelaki yang pelbagai
yang kadang-kadang aku jadi naik meluat!


aku suka jadi ajie
dalam hubungan, aku tengok dia lebih menikmati saat-saat bahagia pada kadar peratusan paling tinggi berbanding aku
jarang makan hati
tak payah risau ketidakjujuran aku
hidup dengan hati yang sentiasa gumbira
mak aku sayang dia
kakak-kakak aku sayang dia
abang-abang aku memang bagi green light baik punya kat dia
semua
semua sempurna
tapi di bahagian aku
tak nafikan untuk berada di peringkat sekarang
macam-macam aku rasa
macam-macam aku perlu tempuh
air mata bertimba-timba
hati ni kejap hancur kejap dijahit balik


tapi inilah hati wanita
kami akan terus berjuang untuk cinta kami
walaupun ada sesetengah situasi tu
si wanita dah tahu hubungan yang dipupuk tu dah tak boleh nak diteruskan lagi
dicekalkan jugak hati
ditabahkan jugak hati
terus berjuang
terus berendam air mata
dengan harapan si lelaki akan berubah dan kembali menghangatkan balik hubungan yang dah tersedia hampir berkubur tu
inilah wanita
yang selalu biarkan si lelaki menzalimi hatinya
yang terus-terus redha untuk berada dalam situasi menyakitkan



payah nak ajar hati kami menerima hakikat yang cinta terbina sudah musnah
sebab tu wanita lebih rela memilih derita hati dari memilih kehilangan
walaupun itu yang sepatutnya jalan yang betul
kami takot pada kehilangan
tapi kami kuat untuk menerima penderitaan hati
sebab hati wanita ni satu
semakin hari semakin mendalam cintanya
tidak seperti lelaki
semakin hari semakin besar hatinya
dan kebesaran hati tersebut membawa kepada keinginan mereka memenuhi hati tersebut dengan pelbagai pemilik
demn!


aku pernah mempertahankan cinta monyet aku
gile aku suffered
depressed tahap cibai
nak ingat pon aku masih rasa sakitnya
kau sangat ego masa tu
merasakan diri begitu sempurna
sebab aku layan kau macam putera raja
demn!
tapi lihat KITA sekarang
kau messy
kau meloyakan aku
kau terus-terus hidup di dalam ego kau
terus-terus dengan hobi melukakan hati perempuan yang sayang akan kau
InsyaAllah, masa untuk kau belajar sesuatu pasti akan tiba
belajar menghargai cinta seorang wanita
dan aku?
aku yang lansung kau tak hargai dulu
aku yang lansung kau tak pertahankan dulu
terlalu dihargai ajie
terlalu disayangi ajie
terlalu penting di dalam hati seorang lelaki yang sepatutnya dari dulu aku perlu jumpa dan berkongsi hidup dengannya
kau bukan lelaki baik
sebab kau tak tahu menghargai permata yang sedang kau genggam sekarang ni


ok bye!
nanti aku naik marah
macam-macam plak maki hamun keluar



No comments: