January 29, 2010

Secara Randomnya

sexy chick huh?? bukan aku, towel tu =p

  • aku sangat-sangat letih dengan life sebagai final student. kenapakah? sebabnya kerja ya Allah belambak-lambak menggunung ramainya tapi ketinggian KEMALASAN pon sama banyak sama tinggi. sudahnya, aku akan bermalasan pada siang harinya dan mula gelisah pikirkan keje yang masih pending pada sebelah malam sebelum lelapkan mata. esok pagi bangun aku masih malas dan lemau.

  • aku rasa menyampah dengan diri aku bila mana aku tak boleh handle sifat malas aku. malas untuk membuat assignment dan thesis SAHAJA! aku heran. suruh aku kemas bilik hari-hari aku boleh. suruh aku moping lantai lap sana lap sini, masih boleh dan dibuat hampir setiap hari. tapi aku masih tak mampu nak kawal sikap aku yang suka pending tugasan aku dan mencari satu masa yang paling-paling sesuai iaitu ketika mana mood rajin membuat assignment berada pada tahap paling tinggi! TAPI mood tu mungkin datang sebulan sekali.

  • aku hairan dengan diri aku yang malas ni bila aku MAMPU siapkan 2 assignment yang memang aku start from ZERO dalam masa 7 jam aku bertapa dalam Library. kan? bila mood aku berada pada tahap paling tinggi kerajinannya. tapi bila balik je bilik pada malamnya, aku kembali lemau!

  • aku kurang suka rasa kurang yakin yang wujud dalam diri aku tiap kali aku jogging kat padang bola kolej aku ni sebanyak 5 pusingan pada jam seawal 8 pagi lepas tu aku malu nak baring telentang kat padang tu sambil menikmati langit pagi yang sangat indah. sedangkan aku sangat minat nk berbuat macam tu. tapi aku takot orang pikir aku dah pengsan sebab pulun lari pusing padang 5x. demn! sedangkan kau tahu ramai umat manusia utm ni tak bangun pon lagi tido.

  • aku sungguh tak berkenan dengan diri aku ni bila ada masa-masa tertentu aku akan rasa annoying dgn someone! sesiapa sahaja secara random tapi lucky aku akan pendam.

  • aku semak dengan diri aku bila aku still berblogging update blog sedangkan mood rajin aku agak tinggi sekarang ni! bye!!

1 comment:

Shahira said...

standardlah cmtu.
i pn cmtu.
lebih2 lg bile kte consider tu kerja last min nthen walla cepat je idea dtg.