kalau aku ada kuasa
aku mahu kau menjadi raja sang hati
sebab aku tahu kau sangat SETIA pada cinta
tapi aku tak berkuasa
takdir dah tetapkan begitu rupa
jangan biarkan perasaan untuk memiliki yang menguasai diri hancurkan jalinan kasih sayang yang kita ada
aku tak mampu untuk memenuhi apa yang dinginkan dikehendaki akan hati miliknya kamu
aku tak mampu
sedaya upaya mana aku cuba
aku tak mampu
dan takkan mampu
jangan terus-terus begini
aku bimbang aku TAMAK
aku tak jujur dengan hati
dengan realiti
Maaf bila mana aku rasa kasih sayang aku itu banyak membunuh hidup kamu
menenggelamkan realiti kehidupan dari benak akalmu
semua kerana kasih sayang aku
maaf
No comments:
Post a Comment