cinta kau buat aku hipokrit
pelari masalah
kau secara tak sengaja telah membentuk hipokritasi dalam cinta aku
yang dulu suci
yang dulu LURUS
yang dulu luhur
boleh aku salahkan kau??
bila mana lidah aku sudah pandai bermain dengan kata-kata manis
aku buang jauh-jauh rasa bersalah
tatkala berjaya mencuri sedikit ruang di dalam mana-mana hati lain
dan aku kecewakan
dan aku biarkan
dan aku seksakan
semua gara-gara kau!
boleh aku salahkan kau??
impian dah aku campak jauh-jauh dari lubuk hati
minda aku tak lagi aku isi dengan emosi tentang ketidaksempurnaan 'KITA'
aku ambil keputusan untuk biarkan sahaja ia 'cacamarba'
terus dan terus
tak kuasa lagi aku fikir
aku penat
aku letih
aku pencinta yang kurang serius
keadaan memaksa aku untuk berada di situasi ini
tak aku suka
tapi aku perlu begini
harus
boleh aku salahkan kau??
sejarah rampas segala sifat setia aku
sejak mana kelukaan menjajah segenap ruang diri aku
aku benci harapan
aku paksa untuk leburkan segala impian dari benak fikiran
biar hati ini kosong
ya
hampir kosong
kosong yang aku hanya perlu isi
dengan kegembiraan
pelbagai kegembiraan
*sigh
1 comment:
Bagus kata"nya . . !
Post a Comment