July 08, 2010

Sendiri



ketika 'kehangatan' itu semakin hampir menerpa diri
aku masih kaku
masih keliru
masih bermadu dengan cinta dan curiga



hati menanti
tetapi minda cuba lari dari memikir
dan realiti?
aku tak pasti aku mampu menghadapi hari itu



hari di mana kau berdiri di depan mata
dengan senyuman penuh manis
menagih pelukan
mengharapkan kaki ini berlari anak dengan penuh senyuman
penuh kasih sayang merangkul erat tubuh yang cukup aku rasa selamat



aku tak pasti aku akan kuat
mengunci gerakan kaki
mengawal peperangan emosi daripada riak muka
riak mata




kerana aku ini si gagal
si gagal
si gagal yang sentiasa gagal mengawal emosi yang penuh dengan cinta kau!



boleh tak masa terhenti di sini?
aku mahu terus di sini


SENDIRI



1 comment:

Anonymous said...

miss eima kamu harus kuat yeahh,
sekurang2nya dia dihadiahkan untuk kamu dari tak punya siapa2 kan!

semoga kamu kuat.
nad nad nad