rindu pemandangan ini
Salam Ramadhan ke 9
^______-^
kejap je kan masa berlalu
ramadhan dah menjengahhari yang ke 9
cepatnya peredaran waktu
makin tua aku!
penulis baru lepas berblog walking
jenjalan tanah jajahan jiran tetangga
penulis sangat malas
betul betul seorang blogger yang pemalas
jarang-jarang blog walking
sebab tu traffic lembap sejuk suam sepanjang tahun
kahkahkah
okey
tadi jenguk menjenguk blog sahabat karib saya si comel sapik
[eh eh eh tak tipu dia memang comel!]
sangat tertarik dengan entry beliau pasal HUJAN
bukan Band Hujan tu
Hujan anugerah Tuhan untuk bumi yang tampung para manusia sekalian alam
adehh
bahasa apakah ini??
hahahahaha hantam la labu!
tamat khatam entry beliau
kepala hotak mula berputar-putar jalankan tugas
kotak ingatan mula hidupkan enjin untuk pergerakan memori
memori tentang hujan muncul satu persatu
hey
aku sayang suka hujan
aku pencinta hujan
hujan itu cantik
dan membawa sejuta ketenangan
sejuk lembut yang sungguh tenang
Hujan selalu ingatkan aku tentang keindahan milik bumi UTM
aku banyak habiskan masa menikmati keindahan hujan di sana
menikmati keindahan titisan demi titisan yang menjadikan suasana cukup indah
kabus
sejuk
dingin
dan skali skala titisan halus sehalus zarah terbang bersama angin membasahi pipi si pemerhati yang dari tadi leka merenung hujan sambil di bawa minda memikirkan pelbagai perkara
ya
hujan bisa buat kamu leka
tenggelam dengan jiwa milik sendiri
dan tenggelam itu tenggelam yang sangat-sangat tenang
seperti lansung tidak mahu kembali timbul ke alam nyata
rindu nak buat perkara gila seorang diri berdating dengan hujan
mandi sambil rambut di biar berjurai basah
kemaskan diri ala kadar
diri yang segar dibiarkan tenggelam dalam angan
sambil merenung hujan berselang seli dengan hirupan nescafe panas
oh itu indah
kerja gila seorang diri yang paling digemari
kolej 13
saya rindu roof top anda!
rindu nak bermain hujan seorang diri melayan hati yang luka parah menanah busuk
tanpa ada yang tahu aku di atas
menikmati hujan miliknya Tuhan
tahukah anda menangis di dalam hujan itu amatlah puas
satu gambaran kepuasan yang tak mampu aku wakilkan dengan kata-kata
pergilah cuba!
Hujan itu indah
hujan memang masa untuk melayan jiwa
kepada yang tahu menikmatinya
sumpah best!
dah kau basah terketar-ketar
mandi
lepas tu masuk dalam comforter lalu tido
oh itu jugak nikmat!
hujan serba serbinya indah!
eh eh eh
jiwa la plak aku ni
kau la ni sapik!
entry kau punya pasal
hehehehehe
bye!
2 comments:
haha aku ingat nak rahsiakan identiti aku sebagai blogger. cuma kau, syafa ngan sape2 yg terdekat je yg tau. tapi kau dah reveal pulak. haha tak kisah la. takde hal.
apepun, thanks banyak2 promote blog i. and thanks for reading! appreciate that! :)
aku susah hati kalau taiping tak hujan.
huuuuu panas.
Post a Comment