August 31, 2010

Dunia Kecil Saya



Lately
dunia kecil milik saya dipenuhi dengan ramai insan-insan yang penuh kasih sayang
saya gembira



dunia kecil saya
kecil sahaja
tak ramai penghuninya
tapi yang datang menjenguk pintu dunia kecil itu
semua secara tak sengaja
manis-manis belaka
pelbagai karakter
tapi punyai fahaman yang sama
dan memahami apa yang saya rasa



dunia kecil saya dunia yang senyap diluarnya
tapi penuh kegembiraan di dalamnya
yang melihat mungkin tak sedar
saya ada dunia kecil saya
yang penuh dengan kesayangan saya



EJ
kau gila??



tidaklah
saya tak gila
saya bercerita tentang bahagianya saya
punyai dunia kecil miliknya saya
tak gilalah



hey
saya tahu
ada di kalangan anda adalah watak di dalam dunia kecil saya
yang sentiasa mengikut cerita hati saya
cerita hati yang sebahagiannya tersimpan kemas di dalam dunia kecil miliknya saya
hanya penghuninya sahaja dapat merasa dapat memahaminya



oh oh oh EJ
kamu ada dunia khayalan??fantasi??
bukan kamu benci akan perkara yang bukan realiti?



hey
dunia kecil saya bukan dunia khayalan
bukan juga ciptaan imaginasi saya
yang membentuk sebuah fantasia
dunia kecil saya adalah sebahagian realiti diri saya
yang hanya nampak keseluruhannya
jika anda adalah sebahagian daripada penghuninya



terima kasih twitter saya
terima kasih belog saya
terima kasih facebook saya
terima kasih formspiring miliknya saya
hey
kamu semua adalah teknologi yang mendekatkan saya dengan ramai kesayangan saya
ya
kesayangan yang juga penghuni dunia kecil miliknya saya




hey
kenapa kamu tersenyum sendiri??
kamu mulai rasa kamu adalah sebahagian daripada dunia kecil saya??
oh oh oh
itu tepat
kamu adalah penghuninya
kerana kamu merasa




manis sangatkah mereka-mereka di dalam dunia kecil kau tu EJ?



hey
sangat manis okey
sangat tabah
sangat perhatian
sangat memahami saya
saya yang punyai jiwa yang mungkin pelik bagi semua
tapi tidak bagi mereka
kerana mereka jua punya jiwa yang sama



kepada yang sedang senyum
terima kasih kerana terus dengan saya
berkongsi cerita jiwa
bergelak ketawa
tiup meniup semangat dan kekuatan jiwa
bagi mengawal pelbagai rasa
rasa yang ion nya lebih kepada kuasa negative dua
negative dua?
HAHAHAHAHA teori apekah itu EJ
nak jadi saintiskah pula??
hehehehe
maap
si buta sains cuma cuba membuat teori sendiri
menggambarkan rasa negatif yang sama kuasanya dengan kesedihan kelukaan kepahitan
T______T
buruk plak teori saya itu
abaikan!



eh eh eh
saya nak cerita pasal dunia kecil saya laaa
apsal pergi kepada teori palsu pula?
haishhhhhh



hey chenta dan kesayangan saya
terus menjadi sebahagian daripada dunia kecil saya
saya memerlukan anda semua!!



ini serius!!




^__________*




1 comment:

slay said...

*senyum*