August 11, 2010

Kerana Tuhan Untuk Manusia



hari ini takmau cerita pasal hati
takmau
taknak
wek!



okey
sekali lagi aku nak sentuh nak ulas nak komplen sikit pasal isu-isu tempat kerja ni
iya la
aku kan fresh graduated
masih bangang
masih kosong
layak ke nak bagi nasihat nak bagi teguran
yang aku boleh buat
tengok rasa tanggung layan!
dan
perlu diam
nak mengeluh pon kena tengok kiri kanan
2 bulan baru bercampur gaul dengan persekitaran
bukan kita tahu tahap mana hati budi sekeliling
manusia ni pelbagai luaran
dan kita selalu gagal untuk menilai
makanya
baik ambil jalan selamat untuk diam
atau
mengeluh diam-diam
HAHAHAHAHAHAHAHA




eh eh eh
aku ada belog kan
tanah jajahan aku
apa susah
mengeluh la sehabis kau mahu EJ
takkan ada sesiapa yang mempunyai HAK untuk tidak puas hati tentang keluhan kau
sebab?
kau ada satu ayat power tentang tanah jajahan kau ni
'belog aku, aku punya suka la nak tulis apa. kau suka kau baca. tak suka angkat kaki no need to say babai hai2"
heh.
apa aku dok merepek ni?
mukadimah panjang berjela!!




persekitaran kerja aku penuh stress
ini kenyataan paling terus terang
yang berjiwa kental je boleh lepak lama kat kompeni ni
yang lembik yang touching yang gemar sentap tak pandai bawak diri curi peluang bersaing secara sihat
memang akan rabak hati
tekanan perasaan lalu akan mula menghantar surat cinta kepada tuan empunya kompeni mahu say babai!
seriously!!



baru 2 bulan aku kat sini
dah lali tengok orang keluar masuk keje
tak paham aku!



okey okey
tak kisahlah mereka-mereka yang keluar masuk ni
tak pernah ada kaitan dengan aku pon
masing-masing ada target hidup sendiri yang dorang cuba capai
manusia itu sama
naluri yang sama
mesti nak yang terbaek untuk diri sendiri bukan?



cuma kali ini bila melibatkan rakan sekelas aku masa diploma
rakan seuniversiti sefakulti aku masa degree
hati aku agak tersentuh
agak tak puas hati
agak sedih
hingga hati kecil ini sedikit terusik sedikit sedih sedikit mengeluh
walau ia tiada kaitan dengan diri aku pon
tapi
ntah la
aku kan manusia
yang hidup atas perhubungan masyarakat sekeliling



okey
ringkaskan cerita
kawan aku ni memang tak brape kental mungkin nak lepak lama kat kompeni hebat aku ni
kahkahkah
tak sampai sebulan
3 minggu je tak salah aku
terus dia decided nak blah
alasan?
dapat peluang kerja yang lebih bagus
environment kerja yang lebih baik
kompeni melayu
okey
macam aku cakap tadi
masing-masing mahu yang terbaek untuk masa depan sendiri
kan?
makanya aku perlu sokong
bagi moral support
kalau itu yang membahagiakan dia
kan?



makanya surat cinta untuk bos pon dia hantar hari sabtu lepas
dengan harapan dia boleh quit dalam notis 24 jam la
sebab less than 1 month kan



tetiba kompeni tolak notis 24 jam dia
dengan alasan notis perlulah 21 hari
kecewa la minah ni
sebab dia dah planning baek punya isnin tu nak masuk keje tempat baru
ok.
aku tumpang sedih tengok dia serabut
dan hanya mampu suruh dia sabar
prosedur tetap prosedur
itu realiti tuntuan kerja
bukan?




cuma dan cuma
apa yang aku kurang suka
apa yang berlaku semalam
sumpah aku tak suka bangsa aku dilayan macam tu
wah
main bangsa
hehehehe biasalah kan aku keje kat kompeni komunis
lalalalalala!~



ntah kenapa after lunch hour semalam
kompeni berubah pikiran
slumber je suruh kawan aku balik
tak perlu notis 21 hari tu lagi


ok
itu menyenangkan kawan aku yang memang dah takde hati nak keje kat sini
tapi dan tapi
kenapa perlu suruh dia blah after lunch hour?
tak boleh ke tunggu office hour habis dulu
dan pesan
" tomorrow u taknak datang pon takpelah, no need 21 days tu lagi..bla bla bla"
kan lagi manis pemergian kawan aku tu
dengan cara sedikit hormat
tak la macam di HALAU!
grrrrrrr


aku taknak tahu kenapa jadi macam tu
taknak tahu sape kipas sape buat aduan tentang apa-apa perkara berkaitan dia
taknak tahu
TAPI
tak perlu kot layan orang macam tu
bukan lama pon lagi dari jam 2 petang nak ke 6 petang
sedih aku tengok kawan aku blah petang tu
serba salah
blurr
haishhhh!
tak sanggup nak bayang



ini la hakikat dunia kerja
memang perlukan hati sekering yang mungkin
terlalu banyak dugaan!


dah la
taknak cakap lagi
semoga kamu berjaya diluar sana kawan
=)
Kerana Tuhan Untuk Manusia
tetiba semangat UTM datang
hahahahaha
hey, sebab kita ni bangsa UTM kot aku jadi macam ni
TERASA


salam ramadhan kawan!
selamat bersahur jap lagi


ok bye!

No comments: