Salam Ramadhan Ke Lima!!
Kejap je kan dah masuk hari ke lima
terawih penoh ke makcik??
T_________________T
semalam hampir terkantoi dah 1 malam
nasib la sebelum tido tu aku gagahkan jugak
tapi 8 je la
kakak perli tadi
"kata weekend nak terawih kat surau??"
teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt
makan dalam!
kahkahkah surau hapenya
weekend sebok berjalan seperti weekend-weekend sebelum ini
sehat cergas cerdas seperti biasa kalau bab-bab berjalan
^__________^
hey bloggers and readers
korang dah shopping raya??
aku pesan
kalau nak pegi SOGO atau bangunan berhampiran dengannya sila-sila makan sahur sampai buncit dulu
okey??
motif?
takde motif cuma nak bagitau orang kat situ ramai macam ulat taik!
tak payah nak redah
tengok pon kau dah sesak nafas
Alhamdulillah
Shopping Raya Part I DONE!!
tak banyak aku beli untuk diri sendir
settlekan baju konvo
beli kain baju raya sebab kakak aku dah bising aku berlagak cool gila tak bagi kain nak jahit lagi mentang-mentang ada 2 orang kakak tukang jahit
T___________T
weh
apsal tetiba baju raya aku secara tak sengaja ada unsur PINK?
adoiiii
geli mak nyah!
lega!
barang raya untuk Mommy saya dah settle
tahun ni mak taknak jubah taknak tudung bling bling tak mau baju kurung takmau kasut
semua beliau takmau
katanya dah banyak
dah bosan
aku tanya lagi
"abes tu adik nk beli apa?"
mak aku comel
benda ni berlaku minggu lepas masa mak balik dari skolah pondok dia
aku sebok pening kepala nak beli apa kat mak aku
sebab semua dia dah ada
bergaya lebih pada aku
2 ALMARI pon tak cukup nak simpan baju dia
al-maklumlah anak pompuan saje ada 5 orang, menantu belum kira
pastu anak sulung plak tu
adik kandung ada 5
aku tanya lagi
"mak nak ape untuk raya. adik pening ni."
mak aku jawab dengan tenang
"tak payah la beli pape. dah cukup dah."
sambil tangan pegang-pegang handbag aku
"Hmmm ni handbag Ajie beli dulu ke?"
A'ah, nape mak? cantik ke?
"Hmmm hang ni bukan tau pakai benda murah. patut la lawa"
"Got It!! Mommy saya nak handbag baru ea? kan dah lama tak beli handbag baru. teeeeeeeeeeeeettttt kantoi!!!"
"=)" comel macam ni la mak aku senyum
"nanti adik beli naaa mak! yang vogue tau!"
"Mak nak yang besaq-besaq sket tau."
amboi
mak aku kalau beli handbag kat beliau memang puas hati kau
sebab. beliau akan menunjukkan tindak balas yang sangat positif
dia belek habis
dia pulun pakai habis
T_____________T
dan aku pon hampir terlupa
stock handbag beliau memang aku yang updated!
mak ni kan
sangat comel merengek nak handbag!
Mommy
HANDBAG RAYA kamu dah dibeli
tak sabar nak tengok muka mak riang gembira
biarlah kopak jap bulan ini untuk mommy tercinta
apa salahnya!
korang plak beli apa untuk mak abah korang??
hey
jangan shopping untuk diri sendiri je tau
mak abah kita sangat-sangat tersentuh terharu kalau kita hadiahkan pape pon sempena sambutan hari raya nanti
walaupun hanya sehelai kain pelekat dan sehelai tudung
jangan lupa okey!
ibu bapa itu hatinya kita perlu sanjung perlu letak di tempat paling tertinggi
bukan boyafriend bukan girlfren
bukan
itu hubungan belum pasti lagi
ok.
cakap bab mak abah ni aku agak sedih sedikit raya tahun ni
status dah berubah
kalau dulu time-time macam ni aku dah sebok prepare hadiah raya untuk mak aku n bakal mak dan abah mertua
kahkahkah
jubah mak aku mesti sama dengan jubah mak mertua
comel ja mereka berdua
kalau mak dpaat handbag, mak mertua mesti dapat handbag
tapi kali ni
aku beli untuk mak sorang ja
ok
rasa kekurangan dan kehilangan
Hmmmmmmmmmmm
takpelah Tuhan
aku tahu Kamu sedang menguji
aku Redha dan berikan sekalian sekeliling aku masa
masa secukupnya bagi mengubati segala salah faham yang membawa kepada timbunan kesulitan hubungan
semoga keberkatan dan kemuliaan ramadhan kali ini dapat bantu aku membetulkan apa yang kurang
merapatkan apa yang sudah terjurang
dan ditunjukkan Allah kebenaran dan hakikat
semoga!
Amin
doakan ya?
eh eh eh
dah
tadi happy-happy cerita pasal mommy aku yang comel nak handbag kan?
termelalut sampai ke sini plak dah
T___________T
dah tutup topik
takmau sedih
semalam bukak puasa makan beriani kaw gile best kat Shah Alam
jauh aku pergi cari makan
HAHAHAHAHAHAHAHA
dan
masa kat situ ramai gile orang
selamat sempat dapat table
tengah-tengah tunggu azan
ada aku tengok satu perangai umat islam ni yang tak brape nak cool
dan?
agak bodoh!
semua orang sebok doa nak berbuka
kau pon baca doa
orang makan kurma kau makan kurma
orang makan nasik kau sebok HISAP ROKOK!
hey
terooooooooooknya!
makan la dulu
jangan la tunjuk kemaruk rokok kau sangat
tak senonoh okey!
okey dah
bulan puasa ni
tak baek marah-marah
bye!
2 comments:
okayy lah tu.
hikmahnya bila kita solo.
kan dah sep duit hg.
hahaha.
:D
owhh..jd ehh p shopping ari tu?? sampai ati..hahhaha
Post a Comment