September 30, 2010

Senyum Semanis




hey
aku yang tak punya kau
juga mampu untuk senyum semanis ini



kan?



terus senyum EJ!
itu sebenarnya kekuatan kamu













Bahasa Jiwa 10#



Finally


kau aku lepas pergi sebetul-betul pergi


Alhamdulillah Tuhan
terima kasih untuk kekuatan ini

September 29, 2010

Convocation Saya Part 1#




before tempek gambau banyak-banyak million-millon
Part 1# ni aku mulakan dengan ucapan jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih (gile skema ayat aku!) buat TIGA MANUSIA kesayangan yang banyak membantu dan melayan kerenah aku sepanjang 5 hari indah di bumi UTM





ini Nurfadilah
awek hensem yang paling banyak tolong aku sepanjang aku kat sana
eh tak
before aku sampai lagi dah dia dah banyak tolong aku
dialah yang tolong amekkan jubah (siap pakej pulang jubah! =p)
dia jugaklah yang tumpangkan aku menginap di hotel 5 Starz milik beliau
kenapa 5 starz??
sebab ada pakej dobi sidai baju lipat baju iron baju
kahkahkahkahkah
mengadanya kau EJ!
dan beliau secara lansung merangkap PA saya sepanjang majlis konvokesyen itu
tq Nurfadilah
kamu kawan yang baek dan adik yang manis
bak kata Mommy Saba
" nurfadilah yang cantik!'
auw
terima kasih untuk 5 hari yang indah
nanti saya jadi PA kamu plak okeh untuk konvo kamu nanti
siap pakej photoshoot percuma
ok janji!




ini Sapik classmate tersayang yang melanjutkan pelajaran ke peringkat master
auw! ayat tak boleh blah la kau EJ
hehehehe
manusia kesayangan ini jugak sangat banyak bantu saya sepanjang saya di sana
jemput saya kat Sri Putri jam 2 pagi
bawak saya jenjalan sana jenjalan cni
lepak sana lepak sini
makan kat sana makan kat sini
dan hantar saya pulang naek bas kat Sri Putri semalam pon beliau jugak
baekkan manusia ini?


hey sapik!
tq sooooo much okey untuk 5 hari yang indah
kamu kawan saya yang terbaek di antara yang terbaek
saya sangat happy kat sana




ini plak Chenta hati kesayangan saya
si manis Nad Nad Nad
si kecil yang manis tapi berjiwa kental
beliau semangat hati saya
hati milik EJ yang jahanam kondisinya
tak banyak sangat masa dapat saya luangkan untuk si manis ini
saya kurang sihat dan beliau agak sibuk dengan tuntutan assignment
tapi masa-masa kami luangkan bersama walau sedikit tetap padat dan manis sekali
terima kasih ya Nad sudi datang konvo saya
berbaju merah lagi
berbekalkan chocolate comel dan sekuntum bunya rose yang habis romantic
saya sangat sayang kamu!!





okey habis part penghargaan
nanti saya upload segala kenangan indah yang sempat saya rakam!



Tahniah kepada diri sendiri EJ
tahniah kawan-kawan seangkatan
dan
Good Luck untuk semua bakal graduan!



Hey
cemerlang itu indah rasanya bila tiba hari konvokesyen anda!
masih ada peluang bagi yang sedang di menara gading
usaha ya!




-back to normal life. no more honeymoon EJ. mari kerja!!-



September 21, 2010

d.u.i.t



terasa otak ni nak mereput dah pikir pasal DUIT




ok bye!

September 19, 2010

Jangan Pernah Membenci

Mommy-Madu-Daddy Cool




tetiba teringat Hunny Madu Chenta Kaliau sekeluarga
raya ketiga hari datang bertandang ke rumah
Ya Allah
riuh rendah macam dah kenal berabad lama
padahal
baru pertama kali je jumpa


madu punya keluarga sempurna
kecil tapi cukup sempurna
parents yang abis sporting abis gile
masyuuuukkkk je dengan semua benda semua perkara
berkedudukan sempurna tapi tak pernah sombong tak pernah nak membanding sesama manusia
layan sama rata
bertuah wahai bakal menantu yang berjaya memiliki hati anak-anak mereka



Mommy nampak sungguh selesa dengan madu
dengan semua keluarga kecil milik madu
bergelak ketawa tanpa henti
macam-macam cerita kami kongsi
-manis-



tetiba hari ini aku terfikir



kita manusia memang tak pernah jangka apa yang dah Tuhan tetapkan untuk kita
kan?



tengok aku dengan madu
asalnya MUSUH KETAT hati aku
SCANDAL boyfriend aku tu
kahkahkahkah


tapi bila masing-masing tak menunding jari menyalahkan orang lain
masing-masing akur dengan kekurangan kesalahan masing-masing
dan cuba membetulkan keadaan
ikhlas hulurkan persahabatan
lihat KAMI
bahagia bersama sehingga hari ini
dan boleh aku cakap madu adalah sahabat karib aku sahabat hati aku sahabat yang aku boleh cakap BLAIR WALDOFT aku la
macam gossip girl tu
-BFF-



Honest
Mommy aku pon pelik dengan kami
sangat rapat mesra macam tak pernah ada kisah hitam jadi antara kami
padahal dulu
aku pernah menangis dekat mommy
bf aku curang ada orang lain
dan paling tak boleh blah
-dia manis-




itulah bukti bila huluran kemaafan yang ikhlas
dia dan aku sama
sama-sama ingin memulakan semula
buang yang hitam yang busuk yang bodoh
kami sulam dengan gelak ketawa sayang menyayangi gila menggila
-indah-



banyak aku belajar
bila aku lihat dengan mendalam persahabatan kami



aku ajar hati aku diri aku
untuk menerima sesiapa sahaja sebagai SAHABAT
buka hati seluas alam
delete segala prasangka dan kebencian
sebab manusia itu pelbagai
tak kenal maka tak cinta
datang dan cuba kenal
mungkin beliau adalah sahabat paling manis buat anda




tapi aku akur tentang suatu perkara tentang diri aku
-aku sering disalaherti-


ntah
hairan
manusia sekeliling sangat gemar salah anggap dengan aku
dan kadang-kadang salah anggap tu sampai boleh timbulkan persengketaan
kebencian
fitnah
yang berjaya memusnahkan keakraban persahabatan
ia selalu terjadi
dan sebab itu jugaklah aku tak pernah tutup hati dan bataskan diri aku untuk terus bersahabat
sebab hidup aku pelik
hari ini kau akrab dengan aku
belum tentu esok kau sebaek ini



kerap terjadi
sampai melalut menerjah kisah hati aku
yang turut disalah erti




kau di luar sana
jangan pernah membenci
manis yang kau akan dapat untuk tidak membenci itu sangat sempurna rasanya
-benar-



mari bersahabat semua!





September 18, 2010

Bahasa Jiwa 9#



sesuatu yang aku pasti tentang cinta basi aku
-Tiada lagi RINDU-


ntah ke mana pergi hilang musnah lebur semua molekul rindu itu yang sebelum ini menghimpun di segenap pori darah aku
pekat dan kuat


tapi sekarang ia hilang
aku dapat rasa



kehidupan aku lalui seperti biasa
ada atau tiada kau
seperti sama sahaja



kali ini aku mahu biar
tak mahu aku sulami rindu itu lagi


bak kata seseorang
"Pergilah cari cinta sebenar atau bencilah dia paling pekat"



aku nekad
mahu tiba ke pengakhiran segala luka dengan segera
aku tak lagi percaya pada masa
kerana masa selalu dibuli hati aku yang degil



pedulikan hati
aku penat melayan hati
aku mahu bangun bersama JIWA
kerana jiwa aku punya semangat untuk pulih



di situ sahaja hati
biar aku dan jiwa yang mula mengorak langkah
kau lemah
juga tak tetap serta istiqamah


September 17, 2010

Handbag dan Terjahan





baeklah baeklah Cik Dunbella
saya buat TAGGED awok yep
saya ni pemalas actually untuk hal permainan sekeliling belog yang tujuannya saya tahu amat manis
-merapatkan silatulrahim-
ok la ok la
kali ni saya rajinkan diri okeh



"Mari dekat mari dekat.
Lihat apa yang ada dalam handbag i.
Isk geli kuutt sebut handbag.
Cekidauuttt."

p/s: ini ayat cik bella. ayat saya nak tempek kat sini macam mana??hey saya tak pandai



baeklah
TAGGED ini lebih kepada sebuah cabaran
nak USHA sket apa kau setorkan dalam handbag kau
tak perlukan kekuatan zahiriah
cuma kecekalan batiniah
hahahaha
apa aku merepek ni??


-teruskan EJ-
tolong!



hey
ini dua makhluk penting tiap kali saya HANGOUT
tak sempurna tanpa salah satu daripada mereka
saya pakai untuk situasi yang berbeza
contoh:
kalau lepak dengan kawan-kawan yang sebaya saya, opismates, skulmates, si gejez si cantik manis saya lebih selesa yang hitam tu
tak nampak saya comot budak-budak sangat
T__________T


DAN
kalau saya rasa saya nak hangout dengan adik saya AJIM and UNISHA
better bawak yang puteh tu sebab dorang suka buat bag saya setor mereka jugak
ok
melalut
si puteh untuk nampak lebih santai and relax
^___^



EJ, please!!
ini bukan entry pasal handbag
jangan melalut buleh???
Grrrrrr



baeklah baeklah
tak bagi chance lansung!
tau lah saya takde handbag LV GUCCI CHANEL COACH bagai
huh
tapi LAYOUT LV saya MALATOP okeh
auw!
kan kan kan kan?



EJ, tolong okey
teruskan?
mahu cik bella marah??



okey okey okey
sebelum cik bella bertukar jadi gorila version kering baek saya mulakan terjahan isi-isian handbag saya
lalalalalala!~




hey
lihat kat atas ini
INI SAHAJA keperluan kepentingan kemestian saya jika keluar berjimba bersuka ria gedik menggedik lepak melepak sasau mensasau dengan segala jenis kawan dan tempat
ini BENDA WAJID perlu ada



di sini saya lampirkan mengikut turutan kepentingan
PALING PENTING kepada SUAM-SUAM PENTING
x____x



1. PURSE
hahahahaha mari tampar saya
memang la PURSE benda paling penting paling kemestian keperluan kalau nak keluar hangout
biar kosong asalkan bawak
kahkahkahkah
ini antara purse kesayangan saya


hey EJ
macam budak sekolah pakai purse Roxy


weh
okeylah tu pada aku pakai purse Hello Kitty?
eeeerrrrr
[nak kena bakar dah aku ni dgn peminat hello kitty]
erk??
okey la okey la
purse Winnie The Pooh
mau?
HAHAHAHAHAHAHAHAHA


okeylah tu Roxy
saya budak kampung
mana ada roxy punya boutique kat ulu Bagan Serai tu masa saya skolah-skolah dulu
so
pakailah waktu sekarang ni
lalalalalala!~




2. SIKAT MERAH
hey. sikat sangat penting bagi saya.
biar tak sikat pon sangat rambut tapi sikat tu kena ada dalam bag
baru tenang jiwa
macam gegurl kat luar sana yang tak boleh hidup takde cermin solek kecik nampak lobang hidung aku je tu kalau pi sua muka sebab terlampau comel dan mesti nak kale pink kan kan kan




3.PERFUME BERBOTOL COMEL
ini juga penting
saya jarang sembur pon
tapi saya suka merepek pergi merata hala tuju mengukur jalan serata KL dan Lembah Klang
dan mewangikan diri untuk tempat-tempat dan situasi-situasi yang kita rasa perlu itu penting jugak kan?
untuk SELESA saya
ada aku kesah perfume aku perfume murah tak mahal macam orang laen?
hehehehehe
DKNY BE DELICIOUS sudah memadai untuk maintainkan kompiden diri saya
^_____^



4. COMPACT POWDER
ini antara kesayangan saya
tapi takla keutamaan sangat yang perlu saya bawa
sebab saya pakai compact powder sekali je
masa nak keluar tu
dah habis kat muka maka habislah
tak bawak takpe bawak pon takpe
dan buat masa ini, ia adalah jenama kegemaran saya



5. SKIN BASE VISAGE
dah pakai compact powder of coz saya perlukan base visage ini
sama macam compact powder, tak bawak takpe bawak pon takpe




6. EYE LINER
hey
saya ini pemakai eye liner yang comot paling tegar
orang nak pakai saya nak pakai jugak
gatai gedik
tapi genyeh mata ikot suka ja punya pulun tenyeh
mana tak comot??
maka, perlulah bawak eyeliner tu ke mana-mana
nak topup yang mana dah bertukar macam gothic tu
hahahahahaha



7: SERUM
hehehehehe ini sesuatu yang penting jugak
untuk rambut mak lampir saya
kat dalam gambar tu economic punya
DOVE oh ho sangat murah
saya pakai bila perlu sahaja
tertarik sebab bau beliau
kalau tanya serum terbaek untuk rambut saya
saya always jatuh cinta dengan Loreal Alseve Smooth-Intense Anti Frizz Serum
amek kau
panjang gile nama
hehehehe alaaa yang bottle kale orange-orenge coklat jernih tu
ia bagus untuk saya
cuma botol dia tu agak besar
tak selesa nak usung merata
makanya DOVE di buat pengganti sementara



8. HANDPHONE Cap Ayam Saya
ia hp paling manis dan selesa
hahahaha
hp memang keperluan
tak payah nak cerita la kan
huh



Okey
cukup cik bella??



dan saya tagged kesayangan yang lain ya
nak tahu jugak apa yang ada dalam handbag anda!


.
.
.




thank you!






September 16, 2010

Eid Mubarak Part 3#




ini NURUL QISTINA BATRISYIA
anak sulung buah hati pengarang jantung Amcik saya



hey
ini pemilik nama yang ABAH beliau curi dari bank simpanan nama-nama future kids saya
T____________T



dan kanak-kanak sepet berusia 2 tahun ini juga adalah antara penyeri HARI RAYA 2010 saya
sungguh sombong jual mahal
sangat cemburu bila saya duduk sedikit rapat pon dengan Amcik saya
pasti dia datang tolak dia datang merengek tarik perhatian
asalkan Abahnya tak bermanja dengan saya
asalkan ye
sungguh pendengki


benci saya yang berkaca mata
just nak baek dengan saya bila saya ber contact lense sahaja
haishhhh!
kau hengat kau sepet kau MAHAL??
hahahaha
memang mahal pon lah sayang
sebab kamu anak buah Maksu EJ



hey EJ
asek perkenalkan anak buah je
anak sendiri bile?
KAHKAHKAHKAH



Mintak Maaf



Hey
saya tahu kamu baca belog buruk saya ni



Maaf saya delete kamu dari facebook saya
kawan-kawan kamu
segala link berkaitan yang boleh menampakkan segala photo tagged muncul di depan mata
saya tak kuat
masih lemah
tak cukup cekal untuk menatap segala rakaman hari bahagia kamu



situasi saya masih situasi tak pasti
sedangkan kamu
sudah berjaya menakluki kebahagian impian hati



patutnya saya di situ
itu buat saya sangat sakit
maka
biarlah saya LARI dari segala kemungkinan untuk si hati terus terluka lagi



kamu tak salah
saya yang lemah
jadi
maaf saya berundur dari kehidupan anda



maaf dan maaf



pasti kamu cantik di hari bahagia kamu
saya hanya mampu berimaginasi
saya masih lemah untuk menghadapi
TAHNIAH
saya doa yang terbaek untuk kamu




terus tabah EJ
terus berusaha mencari jalan keluar untuk hati kamu
pasti ada
mesti jumpa jua


September 15, 2010

Eid Mubarak Part 2#





PART RAYA paling best adalah menghabiskan masa berguling ketawa KAHKAHKAHKAH dengan telatah si kecil ini
hey
itu masa paling menghiburkan hati
menyenangkan jiwa




ini budak kecil berusia 7 bulan
kelebihan??
KUAT MAKAN
-nestum 6 sudu, susu 1 botol tinggi, susu ibu-
pelahap tamat selamat sekali hadap
fuhhhh
lepas tu mata kuyu
guling-guling
main kuku mak iman dengan Maksu EJ
pastu sambung tido dalam buai auto henjut
gile rilex hidup beliau



keistimewaan??
budak ini punya nama yang pelbagai
nama sebenar:
Nur Iffa Zafirah


Maksu EJ panggil ORKED
Nenek panggil UMAIRAH
Mommy panggil IFFA
Daddy panggil CHOMPAH!
amek kau
gile cool nama chompah
HAHAHAHAHAHAHAHAHA



Orked
Maksu sudah rindu teramat sangat ni
macam mana??






















Errrrrrr
mata orked bulat macam Maksu EJ kan kan kan kan?
lalalalalala!~



ok bye!


September 14, 2010

Surat Untuk Sahabat Hati




Dear Chenta,


Saya mahu kamu sehat dengan sempurna
kembali senyum kembali ketawa kembali dating sentiasa di alam maya


Dear Chenta,

saya mahu kamu sehat dengan segera
terus pelok saya di hari kebesaran saya
pastinya Konvokesyen saya



Dear Chenta,

saya mahu hati kamu sentiasa gembira
jangan turuti ikuti saya
yang memiliki hati yang makin menipis yang makin kurang daya tahannya



Dear Chenta,

kamu sahabat hati saya
KITA ada ketabahan jiwa yang kita bina bersama
ya, kekuatan jiwa yang dah dikuasa duakan
adanya kamu banyak membantu saya untuk terus tabah menghadapi perihal hati yang sungguh celaka rasanya
saya si lemah yang mengharapkan pengkongsian semangat kamu
makanya
kamu perlu segera sembuh segera sihat
untuk kamu
untuk keluarga
untuk saya


Dear Chenta,

kilometer menjarakkan kita
tanggungjawab mengikat saya untuk terus di sini
bukan di sana
di samping kamu
ketidakmampuan untuk berada di sisi kamu bila mana kamu memerlukan saya sangatlah menyakitkan saya
maaf untuk ketidakmampuan itu
tapi saya terus-terus sahabat hati kamu
makanya saya di hati kamu
terus menemani kamu
untuk kembali sehat kembali bersemangat



Chenta
cepat sembuh!
matahari rindukan senyuman kamu
=)

Lotsa Love,
EJ




p/s: Daniel's Mommy, I Love You So Much

Eid Mubarak Part 1#




HAPPY EID MUBARAK Peeps!!


Maaf zahir batin andai ada tersalah bahasa buruk budi bicara
auw!
bermadah helah



Oooopppsss saya sudah di PETALING JAYA
life??
back to normal
I AM WORKING TODAY!!!
T__________T




banyak stories yang akan gua updated
tunggu yep
gua perlu keluar inspection FULLDAY hari ini
harap-harap ade rumah yang gua [ergi inspect tu buat openhouse yep
HAHAHAHAHAHA



To Sensei
tak perlu PUASA lagi hari ini okey
kita boleh jalan-jalan cari makan sambil bekerja
yahooooooooo!~



Hey EJ
before balik kampung kompiden gile hati kental hadapi aidil fitri
huh
pungkoq!
jahanam patah rabak jugak!




rilex la kakak
i am at PJ already
bumi PJ banyak ubat luka aku
10 days lagi dapat peluk jiwa-jiwa yang sangat memahami di bumi UTM sana
tak sabar
tak sabar



off to inspection!
jumpa malam nanti
=)

September 08, 2010

Selamat Balik Kampung EJ

Iftar at Tropicana Golf and Country Resort
-opismates sayang saye-



Salam Ramadhan semua!
malam ramadhan terakhir
Tuhan, sekejap sangat rasanya bulan keberkatanMu berlalu
semoga diberi kesempatan untuk aku hambaMu ini menikmatinya lagi tahun hadapan
dengan lebih menyeluruh
dengan lebih penghayatan
baek dari tahun ini sebulan ini semalam dan hari ini
syukur ya Tuhan
untuk nikmat nafas yang kau pinjamkan
tubuh badan yang sihat Kau jua kurniakan
untuk aku habiskan ramadhan ini dengan sempurnanya





Penulis baru lepas mengemas barang untuk pulang ke kampung halaman
oh ho
jangan ditanya lama mana tak balik kampung weyh!
sangat lama!!!!
uwaaaaaaaaaaaaaaa



Midnite travel mungkin malam ini
semoga abang saya boleh drive full time yep
penulis ini budak rabun
agak hancussss drive malam-malam
T_____T



Awok
saya sebok bekerja sampai terlupa nak beli kasut raya
shawl raya nak pakai kat kampung agar ayu-ayu sentiasa pon terlupa nak beli
T________T
bersederhana betul lah saya tahun ni




Yang paling saya tak puas hati
saya LUPA nak beli kain putih kosong
untuk sesi photoshoot raya bersama keluarga nanti
Mommy
siaplah mana-mana cadar awok yang putih bersih tu saya rembat!



Penulis sangat rindukan Amciknya
anak sulung Amciknya
Isteri comel Amciknya
T____T



Penulis juga sangat rindukan Amlan nya
Amtehnya
kucing-kucing gay nya
T____T
oh lupa nak cakap
saya ada sepasang kucing gay
tapi dah lama tak updated dengan Amcik
hope salah seorang tak mati kena AIDS
eh jangan
mereka hensem ok!




Hey
EJ rindu plak nak cuci mata tengok jejaka-jejaka hensem kampungnya
oit!!
hensem tau budak-budak muda kampung saya
auw!!



amboi EJ
gedik ea suka skodeng anak teruna orang sambil buat muka ayu segala!
EUW



hahahahaha bak kata GDSJHT
'Aku tak perlukan adobe photoshop untuk meraikan kasih sayang'
macam tu jugak saya
EJ tak perlu untuk AYU bagai untuk menskodeng jejaka hensem kampung saya
KAHKAHKAHKAH
sebab
port lepak dorang memang dari dulu kat rumah saya
depan rumah saya
dan pelbagai segenap ruang legar di luar rumah saya
dan paling comel
bila saya balik je
semua blah sebab malu dengan saya



eh eh eh
bukan malu tapi menyampah tengok saya
T______T




apa khabarlah si Johan jejaka paling hensem kampung saya
panjangkah rambut anda
pendek kah rambut anda
mata tetap sepet kan kan kan kan??
muka tetap maintain japan kan kan kan
dan paling penting ia jejaka sepet ala-ala japan tapi TAN!
oh itu yummy
^_____^



okey Amcik
dah boleh sepak penampor adik awok ni sebab dah getik sangat dah
HAHAHAHAHAHAHA
kawan sape?
kawan Amcik jugak kan kan kan




haisshhhhh
dah lama tak melalak dalam bilik air kat kampung
best best best
boleh duet lagi dengan jiran sebelah nyanyi dalam bilik air
tak sabar!




mancing oh mancing
aaaaaaarrrhhhhh tak kira Amcik!
before balik KL saya nak pegi memancing ikan puyu kat sawah
okeppp
tapi awok letakkan umpan untuk saya ye
sebab saya geli




Gossipgurl session
ini paling tak sabar
anak Mommy Sabariah berkumpul 1 bilik
kunci bilik
pastu gossip sampai lebam gelak guling-guling
laki masing-masing kat luar bilik
asek menjerit panggil bini masing-masing
sebab lama nau bergosip dalam bilik
IA TERJADI SETIAP TAHUN OKEY
hahahahahaha
dan paling best
tak sabar nak mandi sama-sama dengan kakak n mommy saya beramai-ramai
HAHAHAHAHAHA
jimat masa dan tak perlu Q
=)



esok esok esok esok
saya mesti kena paksa bakar ikan terubuk bakar
kena kerah korek lengkuas
kena tebang pokok serai
adoiiii
semua kerja extreme saya yang kena
benci!



tahun kedua saya raya sebagai si EJ yang SINGLE
hahahahahaha
tapi InsyaAllah
ia tak seseksa tahun lepas
sebab saya dah lepaskan sebahagiannya pergi



SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
Semoga Bersua Lagi di Tahun Hadapan


SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL ya kawan sekalian Umat Islam
semoga tiada pembaziran
tiada sebarang dendam
tiada lagi kesedihan
tetapi dipenuhi dengan pelbagai kegembiraan




doa EJ selamat sampai ke kampung halaman ya?
PJ to BAGAN SERAI
saya tak sabar!




September 07, 2010

Lepaskan



aku watak jahat
sentiasa antagonis sifatnya untuk sekalian pemilik hati baek
kering
kontang
kejam
penuh penipuan



hanya kerana sebuah senyuman kebahagian



hey
bukan untuk aku
tapi senyuman yang terukir di bibir kamu dan kamu dan kamu
terpaksa aku menipu
membelit lidah
menyimpul kata
memenjarakan segala riak muka
agar kamu dan kamu dan kamu
tak dapat merasa
tak bisa melihat
aku yang sedang senak sesak dengan pelbagai perkara
hati yang kian rabak dek pelbagai mainan rasa



aku mahu kamu kamu dan kamu terus tersenyum gembira
tak perlu sakit berduka



aku dah penat menjadi diri yang lansung tak aku gemar untuk berdiri
apatah lagi mengakui dengan berani hebatnya diri
hey
di sini dulu



aku LEPASKAN semua pergi
bebaslah
terbanglah
menghilanglah



aku tak punya apa


September 05, 2010

Kontraktor Pembina Cinta Concrete


inilah Kontraktor Pembina Cinta Concrete



payah untuk diurai terurai bercerai-cerai
aku cuba
beliau cuba
sekeliling tak jemu mencuba!



ia concrete
dibina oleh kontraktor yang punya hati baek
dan terlalu memikir kegembiraan sekeliling
dan tapak yang diguna untuk membina juga
bukan calang-calang tapak
si tapak yang juga sering memikirkan kebahagian sekeliling
kegembiraan dan kebahagian sekeliling
lalu kontraktor dan tapak??bagaimana??



binaan kami tetap kukuh di situ
kerana binaan cinta itu penuh dengan keikhlasan
walau punya banyak kenakalan kealpaan kelukaan kesedihan
juga berganang kegembiraan



hey kontraktor
semoga binaan kamu akan mencapai tahap sustainable construction
dan aku si tapak
akan tersenyum bangga dengan gah terbangun binaan cinta hati yang penggunaannnya adalah tertinggi dan terbaek!



amek kau
bila budak property bercerita tentang hati
HAHAHAHAHAHAHA segala teori keluar
ok bye!



p/s: japppssss..apsal concrete??bukan konkrit? amboi!! hahaha


September 04, 2010

Bahasa Jiwa 8#



malam ini malam bosan
malam ini malam sedih
malam ini malam sayu



walau sudah aku cuba menjauhkan minda dari pelbagai pemikiran yang sedih sayu



syukur untuk hari ini
ya Tuhan
tidurkan aku segera
aku mahu labuhkan tirai hari ini dengan kadar paling segera
untuk aku segera menghampiri hari esok InsyaAllah dengan izinNya



selamat malam sayang
drive safely
forget me not



semoga kau ketemu titik permulaan untuk segala penguraian simpulan yang mengikat serabut
mencengkam penuh kemas tetapi kejam
semoga



aku di sini penuh dengan bantuan
asalkan titik usaha itu datangnya dari hati miliknya kamu
aku sentiasa ada
iya ada
seperti biasa ada
dan akan terus ada




Lailatulqadar
aku memohon
kembalikan gunung ganang kasih sayang yang pernah Kau pinjam untuk aku tawan ya Tuhan
aku perlukan segala pengaliran lava sayang
bagi menyuburkan hati aku yang kian kontang