September 18, 2010

Bahasa Jiwa 9#



sesuatu yang aku pasti tentang cinta basi aku
-Tiada lagi RINDU-


ntah ke mana pergi hilang musnah lebur semua molekul rindu itu yang sebelum ini menghimpun di segenap pori darah aku
pekat dan kuat


tapi sekarang ia hilang
aku dapat rasa



kehidupan aku lalui seperti biasa
ada atau tiada kau
seperti sama sahaja



kali ini aku mahu biar
tak mahu aku sulami rindu itu lagi


bak kata seseorang
"Pergilah cari cinta sebenar atau bencilah dia paling pekat"



aku nekad
mahu tiba ke pengakhiran segala luka dengan segera
aku tak lagi percaya pada masa
kerana masa selalu dibuli hati aku yang degil



pedulikan hati
aku penat melayan hati
aku mahu bangun bersama JIWA
kerana jiwa aku punya semangat untuk pulih



di situ sahaja hati
biar aku dan jiwa yang mula mengorak langkah
kau lemah
juga tak tetap serta istiqamah


1 comment:

Drunbella Khoo said...

patotnya dari dulu lagi eima oi.
jangan layan sangat.
sebulan dua tu okayy lah.
tapi kalau dah sampai berlarutan tu aku rasa tak perlu kut.
huhuhuhu.