October 19, 2010

Lagak Kau Menghukumi



sesuatu yang perlu kau akur wahai EJ
HATI kau kalah
tetapi kian MEMBEBAS




ah
peduli pada siapa yang tak pernah percaya
yang aku ini
MAMPU untuk hidup
punya hati membebas
dari cengkaman cinta tak kemana itu




ah
peduli pada siapa yang tak pernah cuba menDALAMI mengenali
tetapi cukup LAGAK menghukumi
hukum hati aku
sifat aku
sayang aku
segalanya kau hukum


ada kau ambil masa untuk datang mengenali aku?
duduk bersila bercerita perihal hidup
perihal selok belok liku ranjau hidup aku?
pernah?




jadi jangan terlalu TAMAK mahu memiliki
jika kau sendiri KEDEKUT dengan masa untuk kau mengenali



Ya
kenali dulu aku
aku yang sebenar di sebalik senyum manis
gelak tawa kah kah kah



pasti kau dapat jawapan
dan kunci untuk memiliki hati ini


No comments: