aku pernah punya cinta
cinta suci
tak pernah didustai
tak sesekali ia mengkhianati
manis
lemak
syahdu
tapi maaf
ia sekadar persinggahan hati
aku tak mampu mencintai
ya
mencintai sepenuh hati
kau persembahkan yang terbaek
hey
aku tak layak mempertikaikannya
ia memang cinta sempurna
tapi maaf
jiwa jahanam milik aku
tak mampu nak memikul sebarang rasa
ya
rasa yang kau impi yang kau harap yang kau garapkan sebagai satu impian
seperti hari sebelum ini
dah aku bilang
aku ini pemilik hati jahanam
jahanam kerana tak bisa menerima
jahanam kerana tak bisa berganjak
jahanam kerana istiqamah mencinta
makanya aku statik di situ
ya
masih di sini
tapi maaf
istiqamahnya aku itu bukan dibaluti cinta kamu
jahanamnya hati aku
bukan kerana cinta tak sempurna milik kamu
tak
oh tidak
jahanam hati aku itu
kerana aku tak mampu bergerak
aku hanya mampu statik di sini
menanti dengan sabar
karma berputar
meletakkan aku di atas
segala salah aku yang lepas
dah dicuci bersih melalui segala bagai dugaan
lalu
aku akan dianugerahkan Tuhan
habuan kerana terus sabar
makanya aku menunggu tanpa sedar
mengharap tanpa mengira waktu
meneruskan hidup tanpa sebarang penggarapan impian
kau hadir di tengah si satu
kau muncul di tengah si dua
kau melambai bahagia si tiga
semuanya di tengah-tengah
tengah-tengah ruang lingkup masa
hati aku tenat
hati aku parah
jiwa aku memberontak untuk bangun dari kekalahan hati
ya
kamu dan kamu dan kamu muncul di tengah-tengah masa yang tenat itu
dek kerana jiwa yang memberontak mahu bangun
aku tak pernah menghalang
dan aku memaksa hati untuk tidak menghalang
ya
itu tempoh bebas secara fizikal
rasanya tak salah aku punya rasa sebegitu
tapi bila karma itu berputar
dan meletakkan aku di situasi sebegini
situasi sekarang ini
aku rasa aku KEJAM
aku pemilik hati TAK PERI KEMANUSIAAN
maaf
maaf
maaf
aku terlalu mintak maaf
hey
kadang-kadang aku rasa konsep SETIA tu bullshit!
bukan diri sendiri je termakan
orang lain pon turut sama jadi korban!
tapi
ada sesiapa boleh lawan KETENTUAN??
No comments:
Post a Comment