January 31, 2011

Universal



konsep saya dalam berkawan bersahabat adalah
-UNIVERSAL-
ini konsep saya amal saya guna saya pegang
sejak saya kena tikam dari belakang oleh sahabat teramat karib masa zaman skolah zaman cinta monyet dulu
sejak dengan secara tak sengaja tanpa sedar telah melukakan hati sahabat baek saya dengan banyaknya
ya
sejak semua itu
ini konsep saya selalu amalkan



mak selalu pesan bila beliau nampak saya terlalu rapat terlalu menyayangi kawan
"adik, sayangkan kawan ni biarlah manis-manis buah sahaja. jangan terlalu manis macam gula. nanti sakit yang ditinggalkan akan begitu dalam"


yeah
saya selalu ungat pesan mak tu



sebab tu saya sayangkan semua kawan-kawan saya sama sahaja
cuma cara layanan itu mungkin berbeza
ye la kan
layanan tu kenalah ikut cara dan rentak kawan kita tu kan
mana boleh nak semua orang ikot cara kita kan?



kat sini saya just nak HIGHLIGHT
saya tak pernah ada niat nak rampas mana-mana sahabat karib orang
TAK PERNAH ada niat
saya hanya hulurkan sebuah persahabatan
dan kalau beliau sambut dengan baek
itu tak bermakna beliau mula mengatur langkah meninggalkan kamu



dalam bersahabat
jangan sesekali biarkan hati anda ada perasaan ingin MONOPOLI
maksud saya menguasai
sebab perasaan itu bakal menjerat diri anda sendiri
konsep kawan itu sangat luas
tak terbatas tak terdaya kita nak membatas



saya sayang semua
saya ambil berat semua
saya amek tahu perihal semua tentang anda
cuma saya tak pandai sangat nak tunjuk
bila anda datang dengan cerita suka duka anda
hey
saya sentiasa ada
bahu saya sentiasa untuk dipinjamkan anda
apetah lagi telinga
semua ada



saya nampak agak rapat dengan si A
tak bermakna saya abaikan kamu wahai si B
cuma lumrah hidup ni
ada situasi yang mana saya rasa kamu tak sesuai untuk ada
dan ada jugak situasi yang mana saya rasa dia tak perlu ada
niat saya cuma nak me-naturalkan keadaan
taknak ada yang rasa tersisih
sakit
terasa
sentap
dan kurang gembira
itu aja



kalian semua penting bagi saya
selagi anda semua tak BUANG saya



sayang semua!




January 30, 2011

28.01.2011




ini single storey shop
corner lot
location kat Jalan Pandan Indah 4/4
Pandan Indah



bukan untuk dijual
apetah lagi untuk disewa



bukan entry IKLAN
bukan entry PROMOTION SALE CNY ke hape


Gambar di atas di ambil pada tarikh 28 Januari 2011
jam: 5 pm


nak HIGHLIGHT kat sini
aku akan HENGAT tarikh tersebut
JUMAAT yang INDAH
PROPERTY di JALAN PANDAH INDAH
yang hampir meragut hidup aku yang INDAH!

demn!






January 27, 2011

Dear Bloggers+Followers, INI PENTING


awak
korang
kamu
cik adik manis
cik abang hensem


ini perkara sangat PENTING


boleh tak saya nak mintak tolong you guys
tolong tinggalkan link blog u guys kat komen entry ni
tengoklah kiri anda
list THE SENET semua hilang
T_________T



oh my GOSHHHH
list KEGEMARAN pon dah hilang semua
tak tahu kenapa
maybe sebab penulis lately gatai tangan main coding
sebab keinginan hati ini mahu menukar layout
at last hilang list-list korang
macam mane nak updated semua story korang neh
uwaaaaaaaaaaaaaaa
sedih sangat




pelish pelish pelish ea
thak you!



January 26, 2011

Classmates Shayang. Saya Rindu


ok.
Cik Nad tagged picture ni kat fb saya
tengok je gambau ni
omg
sangat rindu classmates shayang saye semua ni
T____________T



abaikan perempuan baju kurung puteh tu
berlagak betui cara dia pose
wek
kahkahkahkahkahkah



January 25, 2011

Mode Swing Gila Babi


rindu nak senyum macam ni
sekarang dah tak mampu
T____T



sumpah currently mode swing gila babeng!
my first time aku gagal kawal emosi gagal kawal stress
macam semua abdomen badan ni tercabut screw
longgar habis semua segala semangat dan kekuatan yang ada
oh my!
benci tengok diri sendiri yang macam ni




tahu tak saya stress sampai tahap saya menangis tak boleh nak berhenti
en.bf muka dah macam orang gila sebab sangat risau
saya makan tak rasa pape
saya tak rasa lapar
saya tak rasa gembira
saya seolah-olah takde perasaan tentang rasa lansung
fikiran melayang
otak gila melampau kosot



hoih
EJ tak pernah rasa stress melampau macam ni
macam mana nak handle???



stress tentang apa?
HAHAHAHAHA bukan tentang hati
en.bf baek-baek saja jaga saya
maaf buat awak risau terlampau

T_________T


P/S: tadi call mommy tersayang. mak tak sehat sangat. terus tak sampai hati nak kongsi kesedihan hati stress melampau yang dialami. nanti mak tolong fikir sama untuk saya. bila susah hati pasai anak-anak mak slalu tak boleh tido. tapi tadi mak ade tanye. "tak sedap hati dengar suara adik. anak mak ok?" hmmm nak mengalirkan air mata ni macam air kat waterfall tu. tapi kena control. taknak mak risau. oh mommy. nak pelok mak.





January 22, 2011

Aku Cinta Kau Terlalu






terima kasih untuk segala kesedaran itu
di pihak saya juga sama
cuma tak punya hak sebagai hamba yang namanya perempuan
untuk menagih mengharap merayu
itu bukan caranya



saya hanya ada sebaris doa
semoga diperkenankan Ilahi
membuka mata hati kamu
untuk melihat betapa dalamnya cinta milik kamu
di segenap ruang hati saya
kukuh
padat
tepu
hingga tak mampu ditembusi mana-mana hati



terima kasih chenta
segala kesedaran kamu tentang cinta saya itu
bukanlah balasan bagi saya
tetapi anugerah paling indah buat saya masa ini
kerana kamu kembali tanpa dipaksa
pulang dengan hati yang cerah
untuk melihat cinta saya
merasa sayang saya
menghargai apa yang punya KITA


semoga ia berkekalan menjadi milik kita


AJIE
aku cinta kau terlalu!
itu FAKTA



January 20, 2011

Si Dia Si Kurang Dikenali



Surat untuk si dia
seseorang yang kurang aku kenali tapi terpalit rasa bersalah untuk segala situasi yang meletakkan kita berdua. tak sengaja tanpa diduga. diatur cantik yang Esa atas sebab musabab yang tak diketahui olehnya kita.


Hey babe,

Saya tahu anda membaca belog comot saya
bila ada masa ada kesempatan anda
dan mungkin terus mengikuti perkembangan perceritaan belog saya
saya tak marah
saya tak benci
saya izinkan


cuma tiap kali saya terpikir tentang kamu
tangan saya terhenti untuk menulis dengan lebih meriah lebih gembira lebih dan lebih
terpalit secara tak sengaja rasa bersalah
walau situasi kita bukan saya yang cipta
bukan saya yang mulakannya
tetapi kerana saya ianya semua berakhir tamat dan sudah



dunia kecil milik saya ini
memang takkan pernah dapat lari dari cerita perihal kisah hati saya
kesayangan saya
kebahagiaan saya
gembira suka duka saya
takkan pernah lari


dan saya bimbang
kalau-kalau bait-bait kata di belog saya ini
akan mengganggu perjalanan kehidupan kamu
buat kamu sedih


saya lansung takde niat untuk terus-terus melukakan kamu
lansung takde
tapi
saya jugak tak mampu nak membataskan penulisan saya hanya kerana mahu kamu gembira
kamu tidak terluka
kerana saya juga mahukan kepuasan mahukan kebebasan dalam penulisan saya
kamu pahamkan??


saya alu-alukan kamu di sini
cuma saya nak kamu tahu
saya mohon maaf andai ada cerita-cerita di dunia kecil saya ini mengganggu emosi kamu
mengguris mana-mana lokasi hati kamu
menjadi penghalang untuk kamu terus mengukir senyuman paling manis yang termampu kamu


saya pernah rasa pelbagai luka
ianya pelbagai
makanya saya terlalu paham situasi dilalui kamu
kalau boleh, saya taknak sesiapa rasa apa yang pernah saya rasa
tapi saya tak punya kuasa untuk pastikan semua orang gembira


saya tak pernah membenci kamu
kamu perlu tahu itu


kita punya kelebihan dan kekurangan kita
saya bangga dengan apa yang saya ada
saya kagum dengan segala punyanya anda
saya tak pernah rasa terganggu dengan segala kekurangan saya
tak pernah rasa selamat dengan semua kekurangan kamu
dan kelebihan punyanya kamu juga sedikit pon tidak mengurangkan keyakinan miliknya saya
kerana saya yakin
kita sama sahaja
masing-masing diciptakan Tuhan dengan sempurna
kan?


jangan pernah dendam ya
ini hidup
mari kita lalui dengan sempurna dengan tabahnya


Penuh Ikhlas,
EJ






NurFadilah





kepada antara sahabat terbaek saya
-NurFadilah-
Happy Belated Birthday



Semoga menjadi Nurfadilah Cantik macam mommy harap-harapkan
^______^





January 18, 2011

Murtabak Maggie Comot



haip haip haip
dah lama rasanya EJ tak jadi chef hampas main masak-masak kat belog kesayangan neh
^___________^


okey kali ni nak kongsi resepi COMOT milik saya
eh eh eh sebenarnya milik orang ramai
cuma version EJ je
sebab tu ianya COMOT


saya berbunga-bunga nak buat entry tentang Murtabak Maggie Comot ni sebab ia comot tak macam version orang laen masak
tapi kan tapi kan
ia tetap menjadi kegilaan En. bf saya
since pertama kali saya cuba buat
long time ago!
sejak tu dia adore dia suka dia sangat gemar!



Ya Tuhan
sumpah saya sangat-sangat bahagia tengok muka excited ajie bila dapat 1 Tupperware murtabak maggie saya masak
bahagia berbunga-bunga
dan jangan haraplah dia nak kongsi dengan sesape
makan sampai habis
HAHAHAHAH
comel gila prangai



Okeylah
weekend hari tu saya telah membuli ajie
alaaaa sikit je saya buli
timbul rasa bersalah plus nak mintak tolong beliau teman saya pergi inspection property yang jauh-jauh esoknya
makanya saya decide nak buat murtabak maggie comot untuk dia
^______^
saya tak pandai pujuk
ini la salah satu cara kalau saya rasa bersalah
wek!


Here we go
resepi comot ni sangat mudah dan murah
tak tipu la awak


okey
mulakan dengan bahan-bahannye ea
seperti gambar-gambar yang di bawah

oh ho
ini maggie yang telah dikembangkan
3 bungkus semuanya
sebelum awak rendam makesure hancur-hancurkan ea
ia penting


bawang besar sebijik
daun sup potong halus cantik-cantik manis-manis
cili api kale merah
ingat ye kale merah sebab nak bezakan dengan daun sup
nanti ade yang tergigit cili plak
^______^

ini part paling ajie suke
penambah rasa murtabak comot ni
saya memilih sosej daging sebab en.bf suke
potong dadu halus halus kemas kemas ok
lepas tu saya prefer letak fishcake dan sedikit fishball sayur
sama jugak potong halus-halus ok

ini pulak campuran telor dengan sedikit blackpepper+serbuk maggie
tak payah letak garam ok
nanti masin sangat plak

kalau rajin sket
potonglah sosej+fishcake+fishball tadi dengan potongan agak kasar
nak tambah sket lagi rasanya
jangan banyak tau



campurkan semua bahan-bahan tadi ok
kacau manis-manis molek-molek
dan PERAPkan ia lebih kurang 1 jam ok


sambil-sambil tu bolehlah kemas dapur tu
^______^



selepas 1 jam
bolehlah masak atau goreng dengan minyak paling sedikit
dan potong cantik-cantik jangan comot-comot macam saya buat



tengok ni
comotkan kan kan??


saya tak pentingkan sangat rupa
janji kesayangan sukakannya
habis beliau makan
tu part paling penting paling bahagia
tengok beliau senyum kekeyangan




masak untuk kesayangan memang membahagiakan!

selamat mencuba

January 16, 2011

MICROWAVE aka KIPAS


"Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar HAMA merosakkan sebuah persahabatan yang BESAR, (Syafa, 2010)"


okey
semalam terjatuh cinta tertarik dengan status salah seorang kesayangan saya
kat atas tu status fb beliau malam tadi
mendalam kan kan kan maksudnya
dan bukan senang kita iaitu watak-watak yang terlibat ni
nak handle situasi tegang macam tu
bukan perkara mudah



untuk entry kali ini
saya takde lansung niat nak marah-marah
nak perli-perli
nak mensakitkan hati orang
lansung takde
saya repeat
takde
niat saya just nak TEGUR je sikit
secara random secara general
sebagai peringatan buat diri saya jugak


"Jadilah PETI SEJUK, sejukkan benda yang panas. Jangan jadi MICROWAVE, panaskan benda yang sejuk, hanguskan benda yang dah panas"


ya
saya nak bercakap tentang MICROWAVE dan KIPAS
yang memang kita tak boleh terlepas terpisah dari kehidupan kita
saya taknak cerota pasai isu dapur
tapi saya nak cerita isu SAHABAT



Microwave aka kipas yang saya maksudkan kat sini adalah mereka-mereka yang sangat suka memanaskan lagi situasi yang sedia kala panas
kipas hal ini tiup-tiup api kemarahan untuk isu itu
sampaikan si pemilik hati yang sedang marah ni
membuak kepanasan


at last
isu kecik jadi besar
luka hati yang tercalar jadi makin dalam
marah yang sedikit sudah mula menguasai hati
membuak
menggelegak
lalu mengeluarkan lava kata-kata yang panas dan tajam



lalu
segala AIB yang pernah kita kongsi bersama
yang semasa bahagianya kita
kau terima kurangnya aku
aku seadanya tak kisah akan kurangnya kau
kongsi gembira ketawa kahkahkah bersama
semua hilang dari hati
yang ada di bibir
segala AIB segala KURANG segala BURUKnya dia



kenapa macam ini??



sebab bila Tuhan tiupkan dugaan
rumors
fitnah
salah faham
ada mereka-mereka yang gemar menokok tambah
ada pihak-pihak yang suka kipas kemarahan
suka
gembira
senang hati lihat sebuah perpecahan



padahal
apa salahnya
kau sejukkan dia
turunkan sedikit ego
datang bertanya
belajar mencari kebenaran
jangan terus-terus pegang percaya pada isu tak pasti
cerita yang ntah kita tak tahu titik kebenarannya dekat mana



hey
seronok ke bantu si pemilik hati yang sedang marah
membuka segala aib si pengsalah??
suka sangatkah anda menyelak satu persatu AIB orang
lalu tanpa sedar
kau bantu membuka jugak aib empunya diri kamu dan dia




"Kau takkan pernah temui perhubungan atau persahabatan yang bersih yang bebas dari segala kesalahan. Manusia adalah watak dalam perhubungan. Dan didatangkan manusia itu dengan pelbagai kekurangan. Kau TAKKAN jumpa."




makanya
bersedia menerima kekurangan dan menikmati kelebihan
jangan suka membuang
jangan cepat melatah dengan ujian
buka dada
buang ego
luangkan sedikit masa untuk melihat mencari kebenaran
penceritaan sebenar
dan paling penting
jangan letakkan KITA di titik hidup
yang mana untuk apa-apa situasi itu
kitalah yang betul kitalah yang sempurna
jangan




saya bercerita dengan pengalaman
dan kadang-kadang pengalaman buat saya takut
takut bila putaran roda hidup saya meletakkan saya di atas
saya takut saya lupa diri
saya bimbang saya tak dapat memuaskan hati perlbagai pihak
yang pernah berjasa
yang pernah susah senang bersama



"True friend TAKKAN sesekali menyokong sesuatu yang memudaratkan sahabatnya. Sebaek mana kita seakrab mana kita, SALAH tetap SALAH. Jangan jadi sahabat yang sentiasa cuba menegakkan benang yang basah hanya semata-mata mahu si dia gembira. Banyak lagi cara untuk buat sahabat anda gembira. Cara yang BENAR"




saya bercerita secara random




January 15, 2011

Hey Chenta, TQ


Ini cerita tentang kisah hati gembira jiwa bahagia saya
Part 2#




saya baru dapat lotsa pictures dari cik adik manis pemilik DSLR tuan empunya belog ini

makanya
saya nak upload semahu saya ke dunia kecil milik saya ni
jadikan kenangan manis buat saya


yang terasa macam segala pictures ni bakal menyemak mata
sila-silalah ke laman sesawang yang lain
sekian
sebab EJ memang penuh niat di dada nak mentayang segala pictures yang ada
kahkahkahkah


Before that
nak cakap THANK YOU banyak-banyak buat si manis Yayang Nas yang sedang dilamun bunga-bunga cinta
untuk segala pictures yang shantekk
thank you jugak untuk adik manis saya Unisha sebagai photographer tambahan untuk malam indah saya
^________^
anda semua memang best


okeh
mari layan segala gambar mentayangkan diri and all da Yayangs!
auw





Ini Cik Yayang Nas




Okey
saya sayang mereka berdua
dan sangat gumbira untuk bahagia mereka
^______^
orang kuat di sebalik tabir majlis ini
yang teman ajie cari tuberose serata KL-BANGI-SERDANG pon pasangan inilah

eh eh eh
buah hati Cik Yayang Nas itu adalah yayang saya IJAL




EimAjiE-The Perfect "WE"






Ok
EJ tayang gifts
auw!




Oh TUBEROSE idaman kalbu
^____^


All our gifts





^____^
muke bayi gila dapat hadiah




Dia sangat manis


Oh itu namanya senyum sampai ke telinga



Saya dan Along



KAMI
-Yayang IJAL +Yayang NAS + En. Hubby +EJ-





Susu pembinbing di situ


Semua watak yang hadir


ok
ini KELUARGA BAHAGIA milik saya


da Yayang



End with Cheese Cake Sheeeeeeedddaaaap!




Alhamdulilah
saya tak pernah lupa diri dengan kebahagian yang Tuhan pinjamkan untuk saya
amin dan amin
saya tak pernah lupa jasa orang atas diri saya
saya tak pernah lupa akan kesayangan saya
cuma skop hidup saya agak besar
tak tertumpu dan tak menumpu
itu aje
tapi sayang tu sama
hormat tu tetap terus ada


hari ini anda sedang marah
heyy
ambil la sebanyak masa semahu anda
one day nanti andai diizinkan Tuhan
kebenaran itu akan muncul
segala simpulan kekusutan akan terurai
segala api dendam bahang kemarahan akan memadam
InsyaAllah


Semoga







January 14, 2011

Michele



semalam hati rasa tersentuh dengan seorang CLIENT saya ni
namanya Mr. Michele
saya pernah siapkan Valuation Report untuk Individual Loan beliau
last month


Property yang beliau nak beli adalah sebuah condominium kat Seputeh Permai Condominium
First time jumpa beliau masa nak pergi inspection untuk unit ni
beliau datang sendiri teman saya
kebetulan unit tu Tenanted



masa tunggu beliau kat guard house
macam biasa saya selalu imagine muka client
macam-macam imaginasi mengisi masa lapang
samalah macam kisah Merry Anne dulu tu


Ingat lagi masa dia sapa saya
ok fine
saya terpukau sesaat terkesima auw!
mak aiiii very da handsome guy okeh client aku!
terus semangat kerja membuak-buak
kahkahkahkahkah
dah la pakai baju pink belang putih
oh my


dan paling best tentang client saya ni
beliau sangat sangatlah SOFT SPOKEN
susah nak jumpe chinese guy yang macam ni
sorang je yang ada tersimpan rapi dalam hidup saya
classmate saya Mr. Ong Hong Yew
eh eh eh beliau lagi soft spoken dari bestfriend saya tu
T_____________T


memang jatuh cinta gila masa tengok beliau interaksi dengan tenant Japanese yang agak kurang pandai berbahasa Jawa
eh silap
english
senyum
cakap baik baik lembut lembut
haishhhhh!




kerana beliau
saya pilih kasih gila!
balik je office esoknya
terus saya pulun siapkan report beliau
kahkahkahkahkah
takde nak kepam-kepam sebulan dua
lalalalalaalalala


beliau plak selalu call saya tanye perkembangan report beliau
suruh bayar beliau bayar dengan pantasnya without ask any discount
oh kayanye kau!



dan bila report dah siap
ya Tuhan
comel gila beliau punye suara kegembiraan
masa tu beliau dah kat Aussie pergi bercuti
dari sana beliau call saya
just nak cakap THANK YOU
oh ho
terharu gila




dan dan dan malam tadi
beliau SMS saya lagi
just nak inform saya yang home loan beliau dah APPROVED
beliau sangat happy
dan tak henti cakap thank you kat saya sebab cepatkan kerja




Hmmm saya wish
saya dapat lagi 100 clients macam ni
senang hati
lapang dada
haishhhhh
rasa dihargai tau!



ini tak
nak cepat je tapi bayar taknak
huh



Michele oh Michele
haishhhh



Hmmm officemates saya ramai yang memperkatakan tentang kehenseman sale officer/banker name MAX LEE
hensem sangat ke?
sampai supervisor saya yang lelaki ni pon nampak sungguh teruja
okeh
ada 1 case dengan dia
nak ushaaaa sket



eh eh eh EJ
kau kerja ke menggatai??



ok bye!




January 11, 2011

Maaf dan TQ



saya diam sebab saya sayang
masih sayang
dan akan sayang


maaf dan tq

January 10, 2011

Hey Love, TQ

Ini cerita tentang kisah hati gembira jiwa bahagia saya
-PART 1#-


This is for HIM
Short Jeans from TOPMAN
I know you'll and always love it my dear



This is for ME
yes
for you EJ!
Its yours
LALALALALAALAALALA
hey love
tq sooooo muchiessss
^__________^


White gold ring by Lazodiamond Jewellery
Oh my
tak riban pon takpe en.bf
nilai sentimental tu paling penting
ok.mode bahagia melimpah ruah ke ladang gandum
T______T

ini part kedua paling sweet selain ring tadi
a bouquet of flowers
yang paling manis
lihatlah TUBEROSE kegemaran EJ
oh my God
tq encik bf
tq soooo much
saya sangat terharu bila dapat tahu anda mencari TUBEROSE ke serata lembah klang kuala lumpur


HEY
This is OURS
Germany Cheese Cake yang lazat
biar bukan SR nookkk tapi cedaaaaaaaaaaaaaap




To All da YAYANGs:
NAS+IJAL+ALONG+AJIM+UNISHA+SUE
thank you memeriahkan suasana



p/s: berdunyun gambau bakal menyusul. cepatlah wahai Nas pemilik camera. saya mahu pictures yang berdozen tu





January 08, 2011

EJ and AJIE- Happy 5th Year Anniversary!




08 JANUARY 2006- 08 JANUARY 2011


Macam-macam RASA dah rasa
bahagia gembira sedih luka kecewa


Macam-macam dah lalui
dugaan rintangan kejayaan kegembiraan

Macam-macam dah hadap
ON OFF ON OFF
untuk keadaan yang dah terlalu sarat nak ditanggung 2 watak ini


TAPI SATU YANG KAMI PASTI
kami masih di situ
ya
di situ
situasi yang sama
SAMA MEMERLUKAN


5 tahun tu
bukan tempoh yang sekejap
kau tipu kalau hubungan kau SMOOTH BAHAGIA GEMBIRA je sepanjang masa
dusta!


okey
TAK NAK hengat yang sakit yang pahit
nak palit nak pahat as pengalaman pembelajaran untuk lebih manis lebih berhati-heti lebih teliti ke depan nanti
Tuhan ada pelbagai cara nak uji nak matangkan hambaNya
ya
aku PERCAYA



HAPPY 5th YEAR ANNIVERSARY EIMAJIE

EimAjiE
AjiEimA

Hey
kau dengan aku sama
saling memerlukan
dan InsyaAllah aku mohon padaNya
biarlah sampai bila-bila



Terima kasih kerana terus meletakkan cinta saya yang paling dalam dalam hati awak
dan jutaan terima kasih
masih dapat merasa menilai menghargai
cinta saya yang tak pernah pudar tak penah hilang
ya
untuk kamu!


hey bloggers
hai readers
yooo silent readers
hye hye stalkers
doa yang terbaek untuk KAMI
please!


EimAjiE- The PERFECT "WE"



January 03, 2011

Selamat Membesar Unisha!




03-01-2011


Selamat Hari Lahir yang ke-22 UNISHA!


semoga yang baek-baek
yang indah-indah sahaja menyinari hidup mendatang kamu
WE Love you soooo much!
^_______^





p/s: semalam buat suprise small partay untuk si kecil ni kat William SS26. Cool huh?? William je. Sape tahu Uncle Willian tu sporting abes. meriah okeh! tak payah restaurant berputar bagai! tq sooo much Ajie+Ijal+Nas+Fanny+Janna+Deeha+Luncai+Aisya+Fatin+Eity+Ajim+Sue karna sudi memeriahkan suasana. teheeeeeeee


segala pictures akan menyusul esok
letih
nak tido



January 02, 2011

Film Review: THE TOURIST


dah lama EJ tak buat review film kan kan kan
sebab dah lama tak pegi tengok muvie idaman kalbu
hehehehehehe
al-maklumlah saya hanya buat review tentang film idaman dan film yang tak patot sy tonton je
kahkahkahkah


okeh
untuk entry ke-2 tahun 2011 ni
saya nak buat review tentang filem idaman kalbu penghujung tahu 2010 iaitu
-THE TOURIST-


banyak cerita di sebalik betapa excitednya EJ nak tengok cite ni
counting days tau cepatlah December ni sampai ke penguhujungnya!
tapi janji Tuhan tu tak ada kuasa kita nak ubah
Allah aturkan penghujung 2010 dengan cerita hidup yang tak pernah terpikir dek saya
alhamdulillah


EJ adalah DIE HARD FAN my sexy and adorable ANGELINA JOLIE
sangat!
dan saya jugak sangatlah meminanti JOHNY DEEP
teramat
bila tengok je 2 orang ni digabungkan dalam 1 film
Tuhan saje yang tahu betapa saya EXCITED nak tengok cite ni



saya memilih 1.1.11 iaitu semalam untuk keluar menonton
ye la
tunggu semua yang ada dalam rumah ni free cuti bla bla bla
baru boleh planning masa riadah yang sempurna untuk ahli rumah kan kan kan


kami berlima semalam
dan kelima-limanya peminat pelakon yang sama
gabungan mantop



TAPI
kahkahkahkahkah cerita ni taklah semantap secargas sehebat SALT
taklah sesengal PIRATES
both of them bawak watak yang totally different dengan watak yang slalu kita tengok dorang dalam muvie


jalan penceritaan tu best
cuma SLOW sket
apa yang aku boleh cakap
kalau korang nak tengok betapa CANTIKnya JOLIE
filem ni memang menonjolkan segala kecantikan keanggunan hot bla bla bla yang dia ada
Jolie macam sangat cantik dalam filem ni
Aggressive dalam kelembutan
oh itu sangat sexy!


JOHNY plak
memang sangat-sangatlah berbeza imej yang beliau bawak dalam filem ni
seorang yang lurus
messy
nerd pon ade
macam tak boleh nak gelak tengok muka beliau
padahal si Johny ni t engok muka pon dah nak tergelak kan kan kan
beliau sangat cool dalam filem ni
cool yang macam nerd n ala ala bodo-bodo alam
kahkahkah
bukan senang nak tengok muka bodo-bodo alam tapi comel
watak beliau bawak pon slow sangat


dan yang paling KETARA
The Tourist ni lebih banyak promote betapa indah romantiknya kota VENICE!
itu sangat ketara
jangan tengok dengan chenta hati okeh
nanti kau mula berangan nak pergi honeymoon ke venice sana
sungguh romantik


maybe sebab ia Kota VENICE
maka jalan cerita pon jadi slow je sebab banyak dipengaruhi elemen romantic
kahkahkahkahkah


senang cerita
kepada penonton yang kurang berminat dengan Jolie and Johny
anda dinasihati memilih filem lain


bagi saya filem ni taklah FAILED sangat
cuma kita dah biasa tengok watak ganaz and aggressive si Jolie
dan watak sengal si JOHNY
sebab tu nampak filem ni slow sangat!
(EJ back up pujaan hati)



3 stars from 5


selamat menonton!!

1.11.11






Semoga yang baek-baek sahaja untuk 2011 ini
dan semua kesayangan di atas
akan terus bersama
bahagia
happy



sayang kalian semua
Thank you untuk hari ini
1-1-11
masa untuk housemates dan chenta hati
perfecto!