January 20, 2011

Si Dia Si Kurang Dikenali



Surat untuk si dia
seseorang yang kurang aku kenali tapi terpalit rasa bersalah untuk segala situasi yang meletakkan kita berdua. tak sengaja tanpa diduga. diatur cantik yang Esa atas sebab musabab yang tak diketahui olehnya kita.


Hey babe,

Saya tahu anda membaca belog comot saya
bila ada masa ada kesempatan anda
dan mungkin terus mengikuti perkembangan perceritaan belog saya
saya tak marah
saya tak benci
saya izinkan


cuma tiap kali saya terpikir tentang kamu
tangan saya terhenti untuk menulis dengan lebih meriah lebih gembira lebih dan lebih
terpalit secara tak sengaja rasa bersalah
walau situasi kita bukan saya yang cipta
bukan saya yang mulakannya
tetapi kerana saya ianya semua berakhir tamat dan sudah



dunia kecil milik saya ini
memang takkan pernah dapat lari dari cerita perihal kisah hati saya
kesayangan saya
kebahagiaan saya
gembira suka duka saya
takkan pernah lari


dan saya bimbang
kalau-kalau bait-bait kata di belog saya ini
akan mengganggu perjalanan kehidupan kamu
buat kamu sedih


saya lansung takde niat untuk terus-terus melukakan kamu
lansung takde
tapi
saya jugak tak mampu nak membataskan penulisan saya hanya kerana mahu kamu gembira
kamu tidak terluka
kerana saya juga mahukan kepuasan mahukan kebebasan dalam penulisan saya
kamu pahamkan??


saya alu-alukan kamu di sini
cuma saya nak kamu tahu
saya mohon maaf andai ada cerita-cerita di dunia kecil saya ini mengganggu emosi kamu
mengguris mana-mana lokasi hati kamu
menjadi penghalang untuk kamu terus mengukir senyuman paling manis yang termampu kamu


saya pernah rasa pelbagai luka
ianya pelbagai
makanya saya terlalu paham situasi dilalui kamu
kalau boleh, saya taknak sesiapa rasa apa yang pernah saya rasa
tapi saya tak punya kuasa untuk pastikan semua orang gembira


saya tak pernah membenci kamu
kamu perlu tahu itu


kita punya kelebihan dan kekurangan kita
saya bangga dengan apa yang saya ada
saya kagum dengan segala punyanya anda
saya tak pernah rasa terganggu dengan segala kekurangan saya
tak pernah rasa selamat dengan semua kekurangan kamu
dan kelebihan punyanya kamu juga sedikit pon tidak mengurangkan keyakinan miliknya saya
kerana saya yakin
kita sama sahaja
masing-masing diciptakan Tuhan dengan sempurna
kan?


jangan pernah dendam ya
ini hidup
mari kita lalui dengan sempurna dengan tabahnya


Penuh Ikhlas,
EJ






No comments: